oleh Ibnuyaacob
Pemikiran Asas
Semua penulisan Muhammad Isa Dawud yang sampai ke Malaysia adalah mengenai perkara-perkara misteri yang diberitakan dalam al-Quran dan hadith. Perkara-perkara misteri berikut merangkumi hal ehwal Dajjal, Imam Mahdi, Jin dan Yakjuj Makjuj. Selain itu, karangan beliau juga ada bertumpu kepada soal-soal kesihiran serba sedikit khususnya dalam bukunya yang bertajuk Sihir Dalam Perkahwinan.
Semua perkara-perkara misteri yang ditulis oleh beliau itu adalah topik-topik kegemaran masyarakat Islam masa kini khususnya di Malaysia. Topik-topik itu pula dihuraikan dalam bentuk bersahaja dan tidak langsung mengikut gaya penulisan buku yang sepatutnya. Tetapi itu bukanlah persoalan yang berat, bagaimana gaya pun yang dipamerkan dalam tulisannya pasti habis di pasaran.
Tambahan pula, setiap kali mengemukakan teori, beliau bukan sahaja menyandarkan pada hadith dan al-Quran, malah dipetk juga dari kisah-kisah sahabat yang jarang kita dengar dan baca sebelum ini. Disamping itu, fakta-fakta penulisannya juga disokong oleh manuskrip-manuskrip kuno yang dikaji beliau. Itu lebih meyakinkan kita untuk membeli bukunya.
Maka semua itu saya kategorikan sebagai pemikiran asas Muhammad Isa Dawud dalam dunia penulisan.
Persoalan Utama Penulisan Beliau
Dalam kebanyakan tulisannya, saya yang kurang ilmu ini dengan yakin mengatakan terdapat dua buku yang paling laris di pasaran, buku tersebut ialah ;
- 1) Dialog dengan Jin Islam
- 2) Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Jika anda bersetuju, senyum saja dalam hati, jika tidak, tidak perlu marah, kerana ia bukanlah sejenis pertandingan membaca.
Saya adalah kategori orang yang kerap ke kedai buku, paling kurang 3 kali seminggu. Dalam pemerhatian saya, kedua-dua buku inilah kerap habis, sekejap ada, kemudian tiada. Manakala buku yang sentiasa ada ialah
- 1) Imam Mahdi Di Ambang Pintu (Jilid 1 & 2)
- 2) Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia
- 3) Sihir Dalam Perkahwinan
- 4) Kejutan : Imam Mahdi (Siri 1)
- 5) Kejutan : Imam Mahdi (Siri 2)
- 6) Kejutan : Imam Mahdi (Siri 3)
Sepanjang pengetahuan saya, hanya inilah buku-buku yang sampai ke Malaysia. Kajian-kajiannya yang lain lagi entah mengapa tidak diterjemahkan. Mungkin ianya kurang menarik, maksud saya kurang menarik perhatian editor penerbit syarikat di Malaysia. Manakala semua buku-buku di atas pertama kali di jual di Indonesia dan kemudian barulah di bawa masuk ke Malaysia. Sungguh beruntung rakyat Indonesia !
Saya sendiri sedang berusaha sedaya upaya mendapatkan kertas-kertas kerja Muhammad Isa Dawud yang banyak dibentangkan di seminar-seminar di Arab Saudi. Selain itu, saya masih cuba dapatkan video tape atau audio tape berkenaan ceramah-ceramah yang disampaikannya di kebanyakan negara khususnya di Mesir. Setakat ini, usaha saya masih tidak membuahkan hasil. InsyaAllah jika berhasil, akan saya paparkan semua maklumat itu di dalam blog saya ini.
Kategori Pembaca Buku Tulisan Muhammad Isa Dawud
Saya melihat terdapat dua kategori pembaca bagi buku-buku beliau di Malaysia;-
a) Kategori Santapan Rohani
Kategori pembaca jenis ini adalah banyak dan terlalu banyak. Pembaca jenis ini membaca kerana minat perkara-perkara yang dibahaskan tetapi kurang memikirkan hal ehwal pemikiran penulis buku itu.
Cara pembacaan pembaca kategori ini pula, adalah jenis langkau mukasurat. Maksudnya, jika mukasurat tersebut mengandungi fakta-fakta yang kurang menarik maka bacaan akan dipindahkan ke mukasuat yang berikutnya dengan cepat.
Pembaca kategori ini juga mungkin hanya sekali baca buku yang dibeli itu, atau paling rajin 2 kali dan kemudian tiada lagi pengulangan bacaan.
b) Kategori Kajian Ilmiah
Pembaca jenis ini, membaca dengan tujuan melihat apa yang cuba disampaikan oleh penulis itu. Kemudian, mereka juga melihat apakah yang sedang difikirkan oleh si penulis semasa menulis buku tersebut.
Pembaca kategori ini membaca berulang-ulang kali, dan mungkin ada catitan yang dibuat pada buku tersebut. Pembaca jenis ini juga amat kurang sekali bilangannya dan mungkin hanya terdiri dari kalangan penuntut IPT dan penulis-penulis buku atau yang betul-betul obses dengan topik tersebut.
Kesimpulannya, di manakah kategori bacaan anda? Jika anda kategori A, maka tidak salah anda bersikap demikian kerana ia bergantung kepada minat anda. Tetapi jika anda di kategori B, maka seharusnya anda mempamerkan atau meluahkan buah fikiran anda melalui blog-blog anda atau website anda. Jangan biarkan ia bersarang di dalam pemikiran, carilah rakan yang sesuai untuk berbincang hal-hal misteri ini.
Muhammad Isa Dawud Pembawa Pemikiran Yang Cekap
Gaya penulisan beliau walaupun meleret-leret, seolah-olah seperti ingin membawa kita kepada suatu matlamat. Apa yang dapat saya nyatakan di sini, matlamat Muhammad Isa Dawud ialah beliau mahukan pembaca-pembacanya meneliti dengan berat masalah hal ehwal Dajjal dan kemudian mengaitkan Dajjal tersebut dengan permasalahan negara Amerika dan Segitiga Bermuda.
Muhammad Isa Dawud sedar, sekiranya dia membuka pendahuluan bukunya dengan ‘permasalahan di Amerika dan Israel‘ sebagai tajuk utama, saya yakin amatlah kurang orang membacanya. Maka jalan yang baik membawa pemikiran pembaca ialah dengan menghidangkan dahulu hal ehwal misteri di awal pendahuluan buku kemudian sedikit demi sedikit dikaitkan Dajjal dengan permasalahan Amerika.
Teknik penulisan sebegini banyak diamalkan oleh penulis-penulis Sains Politik, Sejarah dan penulis-penulis yang kerap berceramah di depan orang awam. Teknik sebegini memang betul dan berkesan. Lihatlah semua bukunya pada bahagian akhir akan disentuh juga sedikit berkenaan masalah Amerika. Jika saya menjadi beliau, saya tetap akan menggunakan kaedah yang sama kerana pemikiran umat Islam sukakan yang misteri dan mistik.
Saya juga dengan pasti mengatakan, semasa menulis buku, Muhammad Isa Dawud bergantung sepenuhnya dengan daya ingatannya. Maka semasa menulis, beliau tidak membuka buku-buku lain sebagai rujukan. Fakta-fakta yang ditulis adalah berdasarkan apa yang diingatnya dan dibacanya sebelum ini. Begitulah cara menulis orang yang obses dengan kajian-kajiannya. Adalah tidak mustahil seseorang dapat mengingat fakta-fakta yang spesifik dengan spontan.
Lihat sahaja pencerama agama atau politik. Mereka berceramah tanpa teks, kemudian menghuraikan topik-topik dengan detail termasuk statistik-statistik yang tepat. Begitu juga Muhammad Isa Dawud, saya secara peribadi mengkategorinya sebagai Penulis Yang Obses. Ianya sesuai dengan umurnya yang semakin meningkat tetapi masih ligat dalam arena penulisan.
Matlamat Akhir Penulisan Muhammad Isa Dawud
Ini adalah hasil kajian saya berkenaan buku-bukunya, matlamat akhir beliau dalam penulisannya ialah Menyedarkan umat Islam bahawa Dajjal itu adalah perancang utama segala isu-isu politik seluruh dunia atau disebut Bapa Konspirasi Dunia. Maka disebabkan itulah saya meletakkan blog ini dengan tajuk Dajjal : The King of the World Conspiracy. Tajuk blog ini adalah matlamat semua penulisan dan kajian-kajian Muhammad Isa Dawud.
Melalui blog ini juga saya akan cuba mengaitkan organisasi-organisasi Yahudi dan perancangan mereka dengan fakta-fakta yang ditonjolkan oleh Muhammad Isa Dawud. Keberkaitan itu juga akan saya cuba tonjolkan agar pembaca-pembaca sekelian membaca berulang kali buku-buku tulisan Muhammad Isa Dawud.
Muhammad Isa Dawud Yang Pemarah
Beliau saya kategorikan sebagai orang yang pemarah. Jika anda melihat tulisannya dalam artikel di akhbar al-Midan bertarikh 2 Januari 2003 berkenaan rejim Saddam Hussain, anda tidak dapat bayangkan bahawa bagaimana beliau seorang lebih arif dalam hal ehwal Dajjal telah menuduh Saddam Hussain sebagai Dajjal (antichrist). Mungkin juga kerana terlalu marah akan sikap Saddam Hussain yang bersekongkol dengan Amerika dahulu maka tohmahan itu dilemparkannya.
Beliau sendiri tahu Saddam bukanlah Dajjal tetapi kerana terlalu marah, beliau menggelarkan Saddam adalah al-Masikh Ad-Dajjal. Saya sendiri tersenyum lebar bila membaca artikel itu.
Buku-buku Muhammad Isa Dawud Dalam Bahasa Arab
Title: Ightiyal Bashshar al-Asad: wa wilayat al-khawf al-Arabi al-muttahid
Year: 2006
ISBN-13/EAN: 9789772862283
Title: al-Haykal : saat al-sifr : khatwat al-Sahayanah al-qadamah
Author: Muhammad Isa Dawud
Year: 2006
ISBN-13/EAN: 9789772861859
Title: Ashbah la arwah
Author: Muhammad Isá Dawud
Year: 1997
ISBN-13/EAN: 9789772620920
Title: al-Hubb wa-al-jasad
Author: Muhammad Isá Dawud
Year: 1999
ISBN-13/EAN: 9789772620913Wassalam
Ada buku lain berjudul : Para Penghuni Bumi sebelum kita. Sudah beli belum? Thanx
Saya sudah beli buku Penghuni Bumi. Unfortunately, buku tersebut dipinjam teman. I am very sad, because I rarely see them anymore in bookstore. Can you posting summary of this book in your blog? Thank you very much for your attention.
saya seorang mahasiswi…
saya tahu buku muhammad isa dawud dari ayah saya..
ayah saya sangat menggemarinya..
tapi yang ayah saya punya baru 3 judul
dialog dengan jin muslim, dajja akan muncul dari segitiga bermuda dan penghuni bumi sebelum manusia.
yang lainnya blum masuk di jambi.
atau mungkin kami yang belum ketemu.
padahal ayah saya sangat menyukai bukunya,
saya mencari kejakarta, bandung dan palembang juga tidak ada.
apa anda bisa membantu?
Alhamdulillah setakat ini saya sudah ada 5 buah buku penulisan Muhamad Isa Dawud..penyampaian yang agak baik bagi saya..dan saya dapat menerima apa yang ditulisannya,dan masa yang sama turut mengkaji kesahihannya dan saya meyakini apa yang ditulisnya,kepada yang tidak yakin itu masih buta hati lah..ada tak buku tulisan Muhamad Isa Dawud membincangkan tentang Michael De’ Nostradamus kerana saya masih mencarinnya..kerana pada akhir muka surat buku “Dajal Di segitiga Bermuda” ada menceritakan tentang Kisah Rasulullah SAW menceritakan tentang kepada Huzaifah Al-Yamani tentang nama2 orang FITNAH hingga hari kiamat..harap dpt membantu..
hati-hati dgn atmoon
saya fikir ejen dajjal sangat mengetahui tentang blog ini. jadi ada segelintir dari mereka yang mungkin cuba mempengaruhi kita dari sini. sepanjang pemerhatian saya ini adalah satu laman perbincangan untuk membongkar dan menentang al-Masih Ad-Dajjal..
fikirkan-
sekiranya agen atau sekutu terkuatnya iblis dan syaitan,setiap pergerakan dan pemikiran kita diketahuinya. namun seperti dikatakan penulis, satu teknologi yang tidak mampu Dajjal tandingi ialah zikir.
Perkembangkan teknologi ini supaya Dajjal tidak mampu menilai pemikiran kita..
Betul tu saudara “Melihat”,saya lihat pada artikel yang lain juga mereka menidakkan fakta yang boleh difikir logik..dan sy berpndpt mereka adalah org yg sama..
Sedutan kisah lelaki yg…
@Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya
**Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan
**Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam
Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?
@pokok kurma itu berbuah
**Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah
Maksudku airnya apakah masih ada
@Airnya tidak susut
**Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat
@Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah
**Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?
@Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab
**Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?
@Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya
**Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya
**“Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
saya baru minggu lalu membaca buku: dialog dengan jin Muslim karangan MID.
Disitu ada bab yang membahas bahwa david copperfield adalah orang yang bekerja sama dengan jin
saya sebagai pesulap muslim ingin tertawa sekaligus sedih. tertawa karena begitu polosnya dialog itu.. sedih karena banyak masyarakat polos yang terpengaruh.
Untuk melihat apa yang sebenarnya dilakukan david copperfield bisa dilihat di:
pesulap pake ngaku muslim
salam…
maaf, teringin banget nak tengok wajah M.isa dawud nie…mgkin bleh dipaparkan.
salam…saya sudah membaca tulisan muhammad isa dawud…seperti berdialog dengan jin…dajjal segitiga bermuda…tetapi paling saya suka ada satu buku tulisan beliau al-masekh dajjal dan isa almasekh…buku ini memang best…belilaaa..paling best..
a,kum, saya azmi (nama gelaran)…sejak kehancuran rumahtangga saya 8 tahun lepas akibat dari perbuatan sihir dan kejahatan perempuan yang maha laknat telah membuka benak di hati saya untuk terus menerus mencari kebenaran akan segala sesautu dan semenjak dari itu saya mula aktif membaca buku -buku ilmiah dan buku karya isa dawud memang telah memikat hati saya dan saya telah membelinya walaupun saya kekurangan duit…saya kagum dengan karyanya dan saya berhasrat untuk berjumpa dengannya dan berintreksi dengannya tapi saya tida ada alamat beliau…saya amat meminat dalam R n D ini….saya harap pihak saudara dan pembaca sekelian akan berhubung dengan saya menerusi email….wasssalam…dajjal adalah raja yahudi yang ditunggu-tunggu itu dan musuh kepada semua bangsa manakala iblis pula musuh manusia dan pencipta dosa….
mygdm76@yahoo.com.my
ada berapa buku karangan beliau yg sdh diterjemahkan ke bhs indonesia? mohon jawabannya.tks
…INGIN MENCARI BUKU KARYA Z.A MAULANI(INDONESIA)….’FITNAH ITU AKHIRNYA TERUNGKAP’..SESIAPA YANG ADA SILA HUBUNGI SAYA SEGERA!!!!!!!!!
…INGIN MENCARI BUKU KARYA Z.A MAULANI(INDONESIA)….’FITNAH ITU AKHIRNYA TERUNGKAP’..SESIAPA YANG ADA SILA HUBUNGI SAYA SEGERA!!!!!!!!!
….muggee03@yahoo.com.sg
As’kum semua kpd pembaca blog ini.
saya sgt meminati buku krangan M.Isa Dawud kerana penelitian beliau yang sangat terperinci, berunsur fakta, dinamik, masuk akal, saling ada perkaitan dengan isu-isu international, mengkaji melalui alquran dan hadis serta manuskrip kuno yang merupakan khazanah sejarah, luar biasa dan sangat mengagumkan.
walaupun tersgat kagum tetapi jangan lupa ttg mesej dan isi yang disampaikan kerana ia adalah pedoman untuk umat islam yang tidak mahu kehilangan jati dirinya sebagai seorang muslim.
saya telah memiliki buku segitiga bermuda, berdialog dgn jin muslim dan imam mahdi di ambang…membaca membuat sya sentiasa berfikir akan nasib dunia akan datang.
Tulisan beliau juga berkaitan rapat dengan buku YAHUDI INTERNATIONAL karangan HENRY FORD sebelum perang dunia ke-2. buku ini telah diharamkan di beberapa negara di dunia di bawah kuasa yahudi tetapi Alhamdulillah, di Malaysia buku ini sangat digalakkan untuk dibaca dan diperbanyak.
ejen dajjal ada ejen manusia dan ejen ghaib.
ada yg tau ga alamat e mail muhamad isa dawud.please..kirim ke alamt gw ya,,tau klo tambah enak kita ngobrol di face book.tahnks
alamat serta no talipon syeikh Muhammad Isa Daud boleh didapati di dalam karya asal beliau versi Arab yang bertajuk “Al-Khuyud Al-Khafiyyah wa asrar as-shuhun at-thoiroh wa khuruj dajjal fi musallas bermuda”