oleh Ibnuyaacob
Perkataan Dajjal sudah termaktub dalam minda setiap muslim bahawa ia berkaitan dengan kejahatan dan manusia akhir zaman. Bahkan bila seseorang itu marah, lantas ia bisa menyebut terus perkataan “Dajjal” itu. Dan kejahatan Dajjal ini tidak disukai juga oleh orang yang engkar arahan Allah. Cuba anda panggil seorang yang tidak pernah sembahyang dengan gelaran Dajjal, pasti orang termasuk akan marah. Yakni, umat Islam yang kufur juga menganggap Dajjal adalah seteruk-teruk manusia.
Persoalannya, siapa Dajjal itu? di mana ia tinggal? atau wujudkah dia?. Saya akan menjawab soalan ketiga iaitu, dia adalah makhluk yang memang wujud, serta kewujudan adalah sebagai makhluk yang bernama manusia bukannya gelaran bagi sesuatu kelompok manusia atau pertubuhan atau fahaman. Ya, ianya memang seorang manusia.
Apa buktinya? Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia, ada dua perkara yang perlu kita baca, kaji dan fahami. Saya ulang sekali lagi, BACA, KAJI dan FAHAMI. Pertama sekali kita perlu baca hadith-hadith yang berkaitan. Setiap hadith membolehkan kita membuat dua tanggapan tentang Dajjal, iaitu tanggapan Dajjal itu sebagai manusia dan kedua tanggapan Dajjal itu sebagai sebuah fahaman atau sikap. Dan ini adalah perkara biasa, sememangnya hadith itu mengandungi makna tersirat yang perlu dibahas oleh umat Islam.
Menganggap Dajjal adalah Sebuah Konsep, Pertubuhan atau Pemikiran Adalah Salah
Bagi sebahagian orang Muslim, mereka beranggapan perkataan Dajjal yang selalu Rasulullah sebutkan adalah merujuk kepada sebuah sistem, gaya pemikiran, ideologi, konsep pemerintahan, jenis pertubuhan dan sebagainya. Anggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Kita ambil contoh sebuah hipotesis, Dajjal adalah sebuah sistem pemerintahan. Saya tidak bersetuju sama sekali tetapi jika dikatakan Dajjal mencipta sebuah sistem pemerintahan, saya bersetuju.
Dan saya juga bersetuju Dajjal tidak menggunakan nama Dajjal untuk hidup di tengah-tengah manusia, kerana dia sendiri tahu nama Dajjal itu sudah popular dikalangan umat Islam. Dajjal sudah pasti, dan memang PASTI akan menggunakan nama lain untuk mengkaburi mata masyarakat dunia.
Jika Dajjal muncul dengan menggunakan nama asalnya iaitu DAJJAL, tidak perlulah Rasululllah bersabda panjang lebar dalam pelbagai hadith, cukup sekadar satu hadith saja. Rasulullah bersabda tentang Dajjal dengan banyaknya disamping memberikan ciri-ciri fizikal sekali kerana Dajjal itu sukar dikenali. Maka gunanya hadith-hadith yang banyak itu ialah untuk mengenal ia dengan tepat.
Hipotesis 1 : Dajjal sebagai konsep atau sistem
Jika benar Dajjal bukan seorang manusia, dan dia adalah simbolik kepada suatu konsep atau sistem, cuba kita baca hadith di bawah. Saya percaya, orang yang menganggap Dajjal sebagai suatu konsep tidak mampu mentafsir hadith ini. Dan tiada nabi, sahabat, ulama atau imam mengatakan Dajjal itu sebuah sistem.
Hadith Panjang Yang Membatalkan Hujah Hipotesis 1
(Di sini saya hanya ambil sebahagian potongan hadith panjang itu) . Perkataan yang diwarnakan BIRU adalah hadith, manakala perkataan berwarna MERAH adalah dialog yang ditutur oleh Dajjal dalam hadith Rasulullah.
Fatimah r.a berkata, “…..maka aku pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah SAW duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda; “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya. Selanjutnya beliau bersabda, “Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?”
Mereka menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan atau ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua oleh sebab Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang berbai’at untuk masuk Islam. Ia menceritakan kepada ku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepada bahawa ia mengendarani sebuah kapal bersama tiga puluh orang dari Lakham dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh di suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.”
“Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Mereka berkata;
“Celaka kamu, apakah kamu ini?”
Binatang itu menjawab; “Aku adalah mata-mata.”
Mereka bertanya, “Mata-mata apa?”
kemudian ia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.”
Tamim ad-Dari berkata, “Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.”
Selanjutnya ia berkata, “Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga ke dua mata kakinya. Kami katakan,…”
“Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?”
Ia menjawab, “Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?”
(saya ringkaskan hadith ini)
“…..maka kami pun bersegera menjumpai mu. Kami takut pada binatang itu, dan kam tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina.”
Orang itu (Dajjal) berkata, “Beritahukan kepada ku tentang kurma Baisan?”
“Tentang apakah yang ingin engkau tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma itu hampir tidak akan berbuah?”
“Ya…”
Lalu ia berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabriyah.”
“Tentang apakah yang hendak engkau tanyakan?”,
“Apakah tasik itu masih berair?”
(Saya berhentikan hadith ini di sini sahaja untuk penelitian)
Nah, bagi mereka-mereka yang beranggapan Dajjal adalah seperti Hipotesis 1, sila tafsirkan hadith ini dengan kaedah “mengandaikan” Dajjal sebagai suatu sistem. Bolehkah anda tafsirkan ia? Mana mungkin anda boleh.
Jika benar Dajjal itu tidak wujud dan bukan manusia, habis! dengan siapa Tamim ad-Dari bercakap? Adakah Tamim ad-Dari bercakap dengan sebuah SISTEM? Mungkin orang yang berpegang dengan Hipotesis 1 akan berkata begini?
“Tamim ad-Dari pergi ke suatu kawasan dan hidup di kawasan itu dengan pemerintahnya menjalankan sistem diktator….bla…bla.. kemudian Tamim ad-Dari kembali ke Madinah dan menceritakan peristiwa hidupnya di kawasan ‘itu’ dengan menggunakan gaya bahasa KIASAN kerana orang zaman dahulu suka bersyair dan bermadah.”
Jika ini jawapan dari kelompok pendokong Hipotesis 1, ini bermakna Rasulullah juga berbahasa kiasan dalam menceritakan hal ehwal Dajjal. Jika Rasulullah bersabda secara kiasan tentang Dajjal, mengapa hadith lain tentang Iblis tidak dianggap kiasan? Mengapa kita percaya Iblis itu ada walaupun kita tidak nampak? sedangkan Dajjal pula kita tidak percaya ia wujud?
Adalah kekuasaan Allah untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan manusia. Sekiranya ada makhluk berumur panjang seperti jin dan syaitan boleh dicipta adalah tidak mustahil Dajjal juga mampu dicipta Allah.
Hipotesis 2 : Dajjal Adalah Manusia Berumur Panjang?
Hujahnya adalah mudah. Semua hadith menceritakan Dajjal sebagai seorang manusia. Cuma apa yang tidak digambarkan ialah Dajjal sebagai bapa konspirasi (konspirasi atau fitnah Dajjal tidak disabdakan dengan teliti oleh Rasulullah dengan tujuan untuk kita berfikir tentangnya). Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia dan memang wujud hidup sehingga sekarang. Ianya boleh dibuktikan dengan 2 perkara.
Pertama : Hadith-hadith Rasulullah
Kedua : Sejarah dunia.
Bukti melalui hadith tidak perlu saya huraikan panjang lebar kerana anda boleh baca sendiri di kebanyakan blog-blog di internet tentang Dajjal.
(bersambung…)
|
“Get FREE Traffic With A Top Ranking In Google!” Discover how EASY it can be to blast your website to a top ranking in Google, and attract 1,000s of FREE, qualified buyers! Learn the SAME secrets we used to beat 248 Million competitors for a Top 5 listing in Google for 3 years straight. Get all the details in 4 online videos, a newsletter, and private discussion forum – all for just $2.95. Get Your $2.95 Copy |
// –> // –>

Penasarraaaan…
dajjal itu sebenerx msh idup ga..??
perlu Info yg lebih akurat nih…
Dajjal hingga detik ini masih hidup, dan akan di bunuh nanti oleh Nabi Isa. Namun sebelum Nabi Isa datang, akan datang terlebih dahulu Imam Mahdi. Sebelum Imam mahdi turun akan ada meteor yang bersinggungan dengan BUMI dan menyebabkan Perubahan yang cukup signifikan terhadap cuaca di Bumi. Seperti Film Armageddon. Steven Spielberg adalah sutradara YAHUDI yang menuangkan beberapa FILM masa depan sebagai mantisipasi Masyarakat Amerika ketika ada bencana Hebat. NAmun sepertinya dia lebih tahu dan dekat dengan DAJAL.. lihat saja karya2nya.
dojal-dajal thok……!!!!! mendingan makan dodol uenak!!!!!! dajalnya mungkin kita sendiri yg terlalu sibuk mikirin dajal…. akhirnya malah jadi dajall. Dah….. Mendekatlah kepada Sang Pencipta……!!!!!! gitu aja kok repot.
org malas mikirin macam lo….dajal suka bangat! kamu bilang mesti mendekat pada Sang Pencipta….tapi lo ngak tahu 1428 tahun dulu Sang Pencipta mendetikkan hati Rasulullah utk bilang sama sahabat tentang Dajal. Maka apa gunanya kamu dekatkan diri kepada Sang Pencipta….mungkin lo makan dodol bangat!!
Uda uda!
Argumen-argumen memang boleh dikeluarkan. Namun setidaknya, berikanlah bukti yang signifikan tentang pernyataan-pernyataan kalian!
Sebaiknya dalam hal ini, kita tidak menuduh orang secara sepihak. Berikan bukti yang jelas dan mendasar seperti apa yang diungkapkan saudara udin dalam komentarnya di atas. Maaf, jika saudara Udin merespon, tolong jangan salah paham. Saya hanya meminta bukti bahwa pernyataan anda benar. Terima kasih
Salam. According to Concise Encyclopedia britannica, 80% of the jews of the world are Azkenazi jews. Azkenaz is son of gomer son yapheth son of noh as. They are the dajjal and they are also ya’juj wa makjuj. Dajjal is fitnah on aqidah and ya’juj wa majuj are fitnah on politik. Azkenazi jews are not yahudi. yahudi is from bani ya’kub – the 12 tribes. From sam son of noh as. Azkenazi jews is from yapheth. go brother. we are with you.
setuju…mungkin dajjal takkan guna nama dajal bwt masa ni..tp bila sampai satu tahap, (klimaks – contoh, kejatuhan amerika kepada iran @ bencana alam super @ apa2 event besar yang mengubah keadaan dunia )…dia akan keluar dari penyamarannya dan berjalan2 di bumi….
sebagai entiti yng akan mengaku dirinya tuhan, (padahal dia bukan )sudah tentu dia akan bangga dan menunjukkan diri yg sebenar…
*member hasell usiby
mognet! baca lah buku -buku agama baru lah kau faham. tau! jangan sibuk tanya mana dapat fakta..FAHAM! lagi satu rajin -rajin solat baru terbuka iman dihati!
Memang Dajjal manusia dan sukar dikenali tetapi sifat-sifat dajjal tak dapat disembunyikan lihatlah individu yang kita kenal seperti Anwar Ibrahim Presiden PKR(pernah lebam biji mata hanya sebelah mata yg kelihatan,Gus Dur mantan presiden Indonesia(Buta sebelah mata),Sai Baba (pernah buta sebelah mata ketika kecil),.Antara sifat Dajjal yg lain bila ia berkata-kata orang ramai akan tertarik kepadanya lihat saja pemimpin tadi berapa ramai pengikut mereka kerana kagum dengan pidato dan hujah mereka.
Ape bende la ko cakap ni anti pkr??habis kalau ade ulamak yang bercakap, bersyarah, berpidato tu sampai ramai orang tertarik pon kira nya sifat dajjal jugak lah ye??lain kali kalau nak komen fikir guna otak bukan guna ketiak!!
Nabi Muhammad s.a.w pon kalau berpidato, berkhutbah ramai yang tertarik pasal sikap baginda yang lemah lembut, AL-AMIN, semua akhlak yang baik sampaikan pihak kafir Quraisy pon ade yang tertarik dengan baginda.
Aku rase la ko ni mesti baru2 nak belaja cara nak idup kan? tu yang main cakap sebarang je macam budak tadika…ko nak masuk Tom Tom Bak tak ? Nanti aku rekemen name ko kat Aznil
Babai
Assalamualaikum
tidak perlu persoalkan yg sudah terkandung didlam hadith….bacalah hadith..