Nabi Isa AKan Muncul Sebagai Manusia Paling Maju Di Dunia

oleh Ibnuyaacob

Beratus-ratus laman web dari seluruh dunia menceritakan dan menghebahkan tentang Dajjal atau Antichrist ini. Setiap pendedahan yang dinyatakan boleh disimpulkan kepada beberapa perkara:

  1. Keupayaan Dajjal meracuni pemikiran umat manusia sejak tahun 1800.
  2. Keupayaan konco-konco Dajjal menguasai ekonomi dunia.
  3. Keupayaan organisasi-organisasi sulit Dajjal menguasai pemerintahan dalaman setiap negara di dunia.
  4. Keupayaan agen-agen Dajjal menggunakan teknologi terkini dalam meneroka dunia angkasa melalui UFO.

Kesimpulannya, Dajjal yang kita kenali itu merupakan manusia yang maju gaya pemikirannya. Seperti kata Muhammad Isa Dawud, “….dia adalah anak yang genius..”

Tapi kita terlupa akan seseorang yang ditakdirkan akan melawannya…

Iaitu Nabi Isa a.s.

Ciri-Ciri Manusia Maju

Dajjal dikatakan maju dan menguasai segala ilmu disebabkan perkara-perkara berikut:

  • Hidup terlalu lama sejak sebelum kelahiran Nabi Musa.
  • Telah merantau seluruh pelusuk dunia sejak beribu-ribu tahun.
  • Mempelajari pelbagai bahasa di dunia.
  • Melihat sendiri perkembangan tamadun masyarakat dunia.
  • Mengetahui selok-belok tempat di dunia.
  • Dan lain-lain lagi…

Maka, saya percaya Nabi Isa a.s. yang ditakdirkan Allah SWT untuk melawan Dajjal dibekalkan juga dengan perkara-perkara berikut:

  • Kemajuan pemikiran dan teknologi setanding atau lebih daripada Dajjal.
  • Kekuasaan ilmu teknologi moden yang melampaui pemikiran manusia.
  • Strategi peperangan yang lebih maju.

Nabi Isa adalah manusia maju yang bakal diturunkan Allah SWT sesuai dengan tempoh masa hidupnya yang lama seperti Dajjal. Adakah Allah akan menurunkan hamba-Nya ini dengan tangan kosong sahaja untuk melawan makhluk termaju.

Apa yang perlu dibimbangi?

Sebagai umat Islam, saya amat bimbang tentang tiga perkara:

  • Pada ketika Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat, tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal. Mungkin disebabkan wajahnya telah diubah.
  • Pada ketika munculnya Imam Mahdi, tiada seorang pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang tertentu yang ditakdirkan Allah sahaja.
  • Pada ketika turunnya Nabi Isa, tiada seorang pun sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan jahil dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.

Apabila membaca hadith Rasulullah SAW, kita mungkin hanya berfikir Nabi Isa turun dari langit kemudian terus membunuh Dajjal. Anggapan sebegini mungkin timbul kerana hadith berikut ringkas sahaja dan kita akan mengandaikan kejadian tersebut hanya berlaku sekejap sahaja.

Tetapi sebaliknya, kemungkinan kejadian tersebut lebih lama dari yang kita dijangkakan.

Wallahu’alam….

 

About these ads

8 responses to “Nabi Isa AKan Muncul Sebagai Manusia Paling Maju Di Dunia

  1. hasellusiby

    salam..anda punya pandangan betul2 out of box..saya kagum…
    well…sebenarnya kami juga ada group membincangkan hal ni secara underground…jika tuan ingin berkongsi sama…boleh pergi ke blog saya…

    http://futurephenomenon.wordpress.com

    dan, di sana tuan akan dapati ramai lagi pengkaji fenomena masa depan seperti tuan…

    sekian

  2. Bang, mau bertanya nih. Selain nabi isa as. Adakah nabi lain yg masih hidup sampai sekarang? Siapa itu? Mohon dijelaskan ttg tugasnya selama ini….

  3. kadimsaporno

    Logik juga eksplen ni..

    Kepingan aku menunggu Nabi Isa yg dibilang maju itu. INsyaAllah!!

    takbir!!

  4. Memang pasti seperti apa yang dituliskan oleh saudara. Dari pandangan saya kehadiran Dajjal, Nabi Isa A.S dan Imam Mahadi manusia tidak sedar. Cuba kita lihat hari ni(tidak payah jauh,cuma Malaysia saja) semakin hari rancangan tv tempatan banyak menyiarkan tentang hiburan. Hari2 berhibur mcm mana nak sedar?. Cuma orang2 yg take serius tentang hadith nabi dan percaya saja tentang pekara ini akan sedar. Yang pasti saya sbgai hamba ALLAH hanya mampu berdoa dan bersedia dgn memperbanyakan amalan2 baik. Setahu saya yg akn jadi pejuang Imam Mahadi, ALLAH s.w.t akan pilih.

  5. betul tu zy..

    satu lagi…dakyah kekuatan teknologi tentera USA disebarkan melalui filem..
    contohnya transformer..1 and revenge of the fallen..(peminat nih…)sighh…

  6. Pingback: Teori Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul « warkah dari langit

  7. agak-agak kita sekarang berada di fasa mana?sama ada sudah datangnya dajal? Adanya imam mahdi? atau turun nya nabi isa?

  8. mnurut hadis2 yg sohih dajjal mempunyai kuasa yg allah pinjamkan.iaitu kuasa mnipu dan kaya…..dajjal boleh di kenal….bagi org beriman iaitu nampak di dahi dajjal tertulis uruf KAF, PHA, RORR..wa’llahu”alam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s