Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah

oleh Ibnuyaacob

Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.

Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ‘salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?

Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang

1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

  • Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
  • Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.

Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah – maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, – Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.

Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

   

Kesimpulan

Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Wallahu’alam.

 perhatian23

35 Responses to Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah

  1. Ya, saya setuju 100% apa yg saudara perkatakan di sini. Naik meluat saya saban hari di media setiap kali US menyerang timur tengah mesti mengkaitkan US dan minyak. Dajjal tak perlu wang kerana dia boleh ‘create’ wang. Dajjal tak perlu harta, kerana dia boleh ‘create’ harta. Minyak tu faktor sampingan je. Tak lupa juga sebab musabab US menyerang timur tengah adalah untuk menggeledah dan mencari the True Cross yg menyalib Nabi Isa suatu masa dahulu. Spear of Jesus telah dijumpai. Yg menyedihkan Kunci Kaabah yg telah diamanahkan oleh Salahuddin Al Ayubi untuk dijaga oleh penjaga kunci tersebut pada zaman ini, telah dibeli oleh satu ‘pihak’ laknatullah dengan harga lelong RM64.4 juta beberapa bulan yg lalu (dlm tahun ini) di London. Dgr kata, apabila angkatan dajjal telah memperolehi ketiga2 barang ini (spear of jesus, true cross dan kunci kaabah), maka agenda dajjal akan menjadi lengkap dan full scale plan akan diexecute kemudiannya. Kunci kaabah yg diamanahkan oleh Salahuddin Ayub itu ialah kunci kepada suatu tempat yg menyimpan True Cross dan dikatakan berada di Syria (Syria next akan kena serang dan bukannya Iran spt yg didakwa oleh ramai pihak). Semua ini umpama mcm cerita Lord of The Ring (maaf, bukan nak berfantasi melalui movie), akan tetapi, boleh diumpamakan spt movie tersebut (apabila sesuatu watak telah memperoleh “Ring” itu). Amalan sihir,dukun,bomoh tidak lenyap pada zaman modern ini, hanya ‘tekniknya’ sahaja semakin advance, ramai tidak perasan akan perkara ini. Teruskan saudara tuan punya blog, kita gunakan pendekatan capaian internet sehabis mungkin utk berjuang.

  2. Saya setuju dengan pendapat itu.
    Beberapa orang Indonesia sudah ada yang menjadi kaki tangan Dajjal. Mereka mengaku memiliki ribuan triliunan uang rupiah yang akan dibagikan kepada pengusaha Indonesia. Ada yang memprovokasi kehidupan agama Islam dengan non-Islam dan penganut kepercayaan. dst.

  3. salam…

    pendapat yang menarik…tuan memang seorg pemikir yang bagus. sebenarnya, dalam usaha dajjal laknatullah untuk menguasai manusia dan alam…sesungguhnya ALLAH juga merencanakan panglima2NYA untuk menentang mereka…

    cuma, kebanyakkan dari manusia tidak mahu terliabt dalam hal ini dan mengelarkan usaha ini sebagai ‘karut’…tetapi ALLAH berjanji, tentera di jalannya tidak perlu ramai, kerana “1 orang yang bersabar mampu mengalahkan 100 orang musuhnya”…

    walluaklam

  4. Tuan IbnuYaacob,
    Saya setuju sesangat2 dgn teori2 yang diberikan in,semoga mendapat Rahmat Allah dalam mengkaji perkara ini..dan seterusnya..Amin

  5. Saya berpendapat,… Pihak Dajjal sengaja membuat kemusnahan di benua Arab, supaya mempercepatkan proses keluarnya Imam Mahadi… Dari apa yang saya sedia maklum dan pelajari,… Imam Mahadi telah lahir melalui keturunan ke Sebelas Nabi Muhammad S.A.W… bapanya ialah imam Hassan Al-Askari… merupakan imam ke 11 dari keturunan Rasullullah melalui Anaknya Fatimah dan Saidina Ali Bin Abu Talib…

    Imam Mahadi telah dighaibkan pada usia 5 tahun…selepas menyempurnakan sembahyang Jenazah bapanya (Imam Hassan Al-Askari)…

    Mengenai kehilangan (ghaib) Imam Mahadi adalah suatu perkara yang bukan mustahil… Beliau kini dilindungi dan cuma menunggu masa yang sesuai untuk membuat Pengumuman tentang dirinya di depan Kaabah di Mekah…

  6. Teruskan wahai pejuang muslim :)

  7. Bersedia. didik anak2 kamu untuk mengenali Dajjal sepertimana kamu semua mengenalinya. Inshaallah mereka bakal menjadi pejuang2 fisabillillah.

  8. Assalamualaikum,

    Amat menarik rencana saudara. Dalam saat berganti siang menjadi malam, sesuatu sedang direncanakan oleh Yahudi bagi menghadapi Mahadi. Mahadilah yang akan dibantu Isa yang akan menyembelih Yahudi. Hingga bila Yahudi bersembunyi dibelakang batu pun batu akan memanggil ” dataanglah, di isni ada Yahudi” melainkan pokok Gharqod. Dikatakan Israel menanam pokok tersebut dengan agresifnya. mereka amat yakin.Masa akan tiba jua. Harusnya semakin mendekat.

    Bersama kita kongsi maklumat.

    Jazakallah

  9. assalamualaikum,
    Lontaran pemikran yang cukup baik hingga mencetuskan semangat kebencian yang merapi dalam jiwa saya.Perbanyakkan doa moga umat Islam sedar akan agenda kafir laknatullah mendapat balasan yang sewajarnya.Wallahu a’lam

  10. Lontaran pemikiran yang cukup baik hingga mencetuskan semangat kebencian yang merapi dalam jiwa saya terhadap musuh-musuh Allah.Perbanyakkan doa moga umat Islam sedar akan agenda kafir laknatullah mendapat balasan yang sewajarnya.Wallahu a’lam

  11. Satu teori yang menarik dan logik walaupun berbeza dengan kebanyakan pandangan-pandangan sebelum ini.

    Kedatangan dan kemunculan Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s hanya akan dikenali oleh mereka yang terpilih sahaja iaitu mereka yang benar-benar beriman (bertaqwa) kepada Allah dan Rasul (Nabi Muhammad saw dengan menuruti segala perintah Allah dan amalan sunah.

    Kerana pastinya Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s akan mengamalkan kesemua sunnah (amalan) Nabi Muhammad saw ketika mereka zahir kelak.

    Bagi mereka yang mengaku beriman tetapi tidak mengamalkan perintah Allah dan Rasul belum tentu akan menerima kedatangan Imam Mahadi dan Nabi Isa as kerana mereka akan merasakan amalan Imam Mahadi dan Nabi Isa as adalah fanatik dan extreme.

    Jadi pastikan kita mendidik diri sendiri dan ahli keluarga bukan sahaja untuk beriman dan mentaati perintah Allah swt bahkan kita perlu belajar untuk mengamalkan segala sunnah-sunnah Nabi Muhammad saw sebanyak yang terdaya.

    Kalau kita tak cinta pada sunnah Nabi macam mana nak kenal Imam Mahadi dari keturunan Nabi saw yang akan mengamalkan seluruh sunnah Nabi saw?

    Fikir-fikirkan, cari, belajar dan amalkan sunnah-sunnah Nabi saw.

    Salam

  12. Satu teori yg padat…..

  13. dajjal memang celaka! Saya amat menyokomg pendapat saudara2 sekalian.

  14. Tanhniah, teori yg bernas dan logik.

    Kepada Azmi Taufik, apa yg saudara kata itu jgk benar. Gigitlah sunnah nabi dgn gigi geraham hingga kiamat. Itulah senjata ampuh menentang Dajjal.

  15. Salam,
    Saya menyokong teori anda. Kerana terdapat seorang kanak2 di Iran yg telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan beliau boleh mengingati setiap ayat terletak pada halaman tertentu. Selain Iran, Yaman, dan Bahrain mungkin sasaran berikutnya jika matlamat ‘mereka’ tidak tercapai.
    Wassalam…

  16. untk melawan dajjal ada perlu untuk kt bersama imam mahdi, untk bersama al mahdi adalah perlu untuk kt mncari pembantunya kanannya.. krna yg paling kenal al mahdi itu tentulah pembantu kanannya.. kalau kita lihat hadis2 akhir zmn, dia itu bergelar Al fata tamimi. pemuda yg dtg dari sebelah timur. wallahu alam..

  17. DSAI dikelilingi oleh orientalis dan yahudi untuk memusnahkan islam di malaysia. Sama seperti Kamal Attartuk( yahudi salonika) melenyapkan pemerintahan Uthmaniah. Ayuh umat islam (PAS & UMNO) bangkit mempertahankan islam dan melawan anasir2 jahat golongan ini.

  18. saya amat bersetuju dgn segala huraian saudara penulis blog.. harap ramai umat islam yang sedar tentang propaganda DAJJAL utk menghapuskan umat islam.. ALLAHUAKBAR

  19. teori yang bagus namun ada sedikit fakta yang perlu diperbetulkan.. mengikut mazhab syiah, imam mahdi telah pun dilahirkan dan sekarang ini di ghaibkan oleh Allah swt.. jadi, jika terjadi serangan keatas iran atau iraq, bukan bertujuan utk menghalang kelahiran imam mahdi..melainkan mungkin utk membunuh muslim syiah disana yang akan menjadi pendokong kuat terhdap imam mahdi semasa kemunculannya.. allahualam..

  20. Lebarkan jalur pengetahuan tentang dajjal ini.
    kalau bukan untuk kita diusia ini..
    pupuklah benih untuk generasi yg akan datang.
    IAlllah pakat-pakat sebar dgn cara masing-masing.
    ameen..ya rabb!

  21. Penulis : SHUIB SULAIMAN ( Eratimur.com)

    Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah disentuh . Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi.

    Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau peranannya kecil sahaja. Sebaliknya yang tertonjol adalah ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa.

    Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid?

    Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh, mana ada di kalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah di sebalik sejarah dan peribadi mereka.

    Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola. Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang.

    Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekali gus hilang kekuatan umat Islam.

    Siapa itu Mujaddid?

    Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.’ Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezamannya. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.

    Peranan Mujaddid.

    Setiap Mujaddid yang Tuhan utus setiap awal kurun itu beserta peranan masing-masing. Setiap Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masaalah yang paling utama d izaman Mujaddid itu muncul. Contohnya zaman Umar Ibnu Abd Aziz masaalah besarnya ialah kepimpinan. Maka Beliau mentajdidkan kaedah kepimpinan. Zaman Abu Hassan Ashaari umat Islam menghadapi masaalah dengan percampuran ilmu ketuhanan dengan falsafah. Beliau membawa kaedah mengenali Allah swt melalui kaedah Ilmu Sifat Dua Puluh. Zaman Imam Shafei pula berkaitan dengan memahami hukum hakam dalam Islam. Beliau memperkenalkan Usul Fiqh dan Qawaidul Fiqh. Imam Fakhruddin mengenai Ilmu Al Quran dan Imam Al Ghazali mengenai penggabungan ilmu atau menyatukan ilmu. Dan begitulah seterusnya. Amat besar jasa para Mujaddid dan Mujaddid juga dijamin kejayaan dalam perjuangan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang dijanjikan oleh Allah swt.

  22. bismillah x3 karisma wal mujri sini wal mujri walkabir (wahai sekelian manusia aku akan membunuh semua benda2 pelik – jin/syaitan)

  23. astaghfirullahhalazim…benar2 menginsafkan..

  24. …huraian saudara jelas tetapi bukankah dajjal itu pasti menguasai dunia kecuali haramain? ramai yg menjadi pengikutnya!…kalau dia itu genius dia pasti tahu dari ajaran islam bahawa dia pasti kalah kpd nabi isa as dan imam mahadi ra yg mampu mengalahnya ….maka mengapa dia masih memburu mereka ?…..apa yang berlaku sekarang hanayalah proses dajjal menguasai dunia sebelum dia di tewaskan…!apa yg penting umat islam jangan terlalu cinta dunia kerena hanya mereka yg cinta dunia akan terikut menjadi pengikut dajjal….!

  25. salam Apa maksud mahdi?

  26. Buat cz…kalau x silap saya ada hadis Rasulullah berkaitan Damascus / Damsyik/ Syam/ Syiria pd akhir zaman. Betulkan kalau saya salah…Sbb Rasulullah S.A.W pernah bersabda, Alaikum Bi Akhiri Zaman fi Syams…Sesungguhnya bagimu di akhir zaman ialah Negeri Syam…Selain dari al Haramain yg suci …ALLAH akan memelihara Damascus kerana ia merupakan Kota Suci dimana Syaidina Isa A.S akan turun utk membunuh dajjal. Msjid Umayyad/ Manaratul Baidha’ / Menara Putih tmpt turunnya Syaidina Isa A.S pd waktu subuh yang hening mengimami Ribuan Junudul Mahdi A.S dlm Solat Subuh. Jadi adalah mustahil Syiria akan diserang…Selain itu hadis turut menyebut Khurasan terletak di Iran sbg tmpat keluarnya dajjal Laknatullahi alaih…Sbelum keluarnya Syaidina Mahdi A.S..menurut suhbah yang disebutkan oleh Mawlana Sh Nazim Haqqani al Qubrusi, Iran dan Turki bakal diserang oleh Amerika dan Rusia dan ketika inilah terjadi Perang Armageddon dimana akhir zaman penggunaan teknologi yang terakhir digunakan…Syaidina Mahdi A.S akan muncul dgn Takbir 3 x bergema di serata alam dan semua makhluk akan mendengar dengan Jelas dimana diakan mengatakan Ana al Mahdi mengikut kefahaman bahasa masing2…Semua teknologi akan berhenti…Peperangan ala “Lord of the Ring” Bakal berlaku.Kisah LOTR merupakan gambaran dr peperangan di akhir zaman dimana Yahudi telah lama mengkaji dan menayangkan kepada kita…Namun umat Islam masih belum sedar lagi mesej yg dismpaikan…Who is the Return of the King…???He is Syaidina Mahdi A.S..Wallahua’lam… ALLAH Maha Mengetahui jua…Allahu Haq …Madadul Haq..Hidayat Seluruh Alam…Amin…

  27. Please click here :

    Imam Mahdi akan dizahirkan di timur, ie Malaysia.

    http://heliconia.wordpress.com/tag/mahdi/

  28. saya satuju dgn semuanya…
    kita hidup pada ketentuan yg Allah tetapkan…apa yg belaku di palastein adalah kemurkaan Allah @ Kehendak Allah jua termasuk Dengan Kuasa Israel..adalah kuasa Allah jua… kita bercakap pasal Imam Mahadi,adakah kita kenal siapa dia? adakah kita kenal siapa Nabi Isa a.s ? sedangkan wajah mereka belum pernah kita lihat suara mereka pun belum pernah kita dengar… apakah kita semua tgh buat? adakah semua orang cuba kenal mereka? sedangkan Azazil sendiri cukup hebat dalam urusan agama… boleh kah kamu bezakan Azazil dgn yg lain? lord of the ring adalah kisah dimana Nabi Iskandar Zulkarnain mengurung dan berperang dengan golongan yakjud dan makjud.. dan sekarang binatang atau makhluk itu semua akan di lepaskan Allah kembali… sekarang kita sebagai perintis kiamat kelak,kita kna asuh anak2 dengan tauhid yg sebenar tauhid…kita kna kembali kpd Allah.. seperti awal agama mengenal Allah.. Belajar mengenal Allah baru kamu kenal siapa diri,siapa mahdi,siapa Nabi Isa,Siapa Azazil dn Banyak lg…

  29. satu teori yg padat….tapi adakah umat islam sudah bersedia dengnkemunculan MAHDI..sebagaimana umat-umat dajjal memaksa akan kemunculan NYA…………

  30. Bukankah Raja Dajjal Si-Mata Satu udah ada diPalestina…??? Satu lagi Putra Dajjal Si-Mata Empat yg memegang kunci Kota Suci Mekah dan Madinah. Koq sebab itu Bala-Tentera Dajjal dengan mudah bermaharaja-lela diTimur Tengah…..

  31. betul ke sai baba tu salah satu antara 30 dajjal ???

  32. erm…..sy x brani komen apew2….asalkan untuk mnegakkan umah islam sy sokong 100%…….
    lag pun dunia skang pun x mnentu hala….
    asalkn ada pjuang islm y brani bngkt psti rmai y brani trun….aper2 pun truskan pjuangan anda…..

  33. bodoh punya dajjal

  34. Pingback: Kenapa Ada Persamaan?PKR- Imam Mahdi- Konspirasi- Krisis Kewangan- Revolusi Negara Telok « http://rmf7.wordpress.com

  35. tentera mahdi

    Allahh Hu Akbar !!!Demi Allah aku mensyariatkn aku d seluruh keturunan aku sentiasa berjuang menentang dajjal laknat wlwpn dgn mata trtutup dn tngan terikat. … Allahhu Akbar !!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s