oleh Ibnuyaacob

(Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.

(Gambar 2) Dajjal perlu muncul dengan wajah-wajah seperti ini agar masyarakat dunia menerimanya atau dengan wajah yang lebih cantik.
Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?
Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.
Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.
Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.
Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.
Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?
Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.
Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.
Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.
Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawud dalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.
Period kemunculan Dajjal sekarang
Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri.
Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.
Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.
Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:
“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”
(Riwayat oleh At-Tarmizi)
“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)
Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.
Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.
Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.
Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah
Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).
“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”
(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Lihat perkataan ini MELELEH
Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.
Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…”
Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.
Dalil bagi teori ini
Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.

(Gambar) Wajah Michael sebelum dan selepas pembedahan plastik.
Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.
Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.
Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?
Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach. (Gambar)

Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikaji, mengapa pula Michael yang kristian itu mengambil penasihat dari agama lain?
Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain” yang melantiknya untuk Michael?

(Gambar) Michael bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon
(Saya berharap para peminat konspirasi dapat mengkajinya)
Kemajuan Teknologi Nabi Isa
Artikel sebelum ini saya ada menyentuh tentang Nabi Isa akan diturunkan (bukan muncul) sebagai manusia termaju sesuai untuk melawan Dajjal yang genius itu. Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.
Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.
Wallahu’alam
P/S : Penyelidikan di atas sekadar teori dan pandangan peribadi, dan ia mungkin berubah mengikut fakta dan maklumat semasa. Diharap pembaca tidak menjadikannya sebagai pegangan. Pegangan yang baik adalah isu yang dibahas oleh masyarakat umum yang berilmu.



21 responses so far ↓
ahmad suharyadi // June 24, 2008 at 2:49 pm |
ASSALAMUALAIKUM..
ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR..
aku // July 17, 2008 at 6:16 pm |
kalau tak silap aku si Rabbi Shmuley Boteach. ni tengah jadi host dalamsatu prgram kat astro. cuba korang cek sikit syaitan ni.
BatangKeramat // July 29, 2008 at 1:08 pm |
Betul tu,
cuma aku heran dgn Rabbi ni, dia ni lain skit dgn Rabbi-Rabbi lain..dia ni selalu je ade dgn org2 ternama dan popular
macam ade sesuatu motif le…
helper // August 1, 2008 at 12:50 pm |
assalam…..
apa-apapun rujuk la hadis sahih. Semua kenyataan berbaur penipuan kepada umat Islam yang kurang pedoman.
dalam Hadis Sahih (riwayat alBukhari)
dajjal itu juga “BERMATA DUA SEPERTI MANUSIA BIASA TETAPI MATA SEBELAH KANANNYA BERBONJOL KELUAR SEPERTI TELUR AYAM”.
Wallah a’lam
helper // August 1, 2008 at 12:52 pm |
assalam…..pembetulan
Apa-apapun rujuk la hadis sahih. Semua kenyataan di atas berbaur penipuan kepada umat Islam yang kurang pedoman.
dalam Hadis Sahih (riwayat alBukhari)
dajjal itu juga “BERMATA DUA SEPERTI MANUSIA BIASA TETAPI MATA SEBELAH KANANNYA BERBONJOL KELUAR SEPERTI TELUR AYAM”.
Wallah a’lam
salahudin // August 1, 2008 at 5:36 pm |
dear Helper,
ntah! ntah! hang ni Dajjal..kot. Sebab hang gelarkan hang ni Helper. Dah tu kata umat Islam kurang pedoman plak tu.
Sah lah hang ni Dajal. Tak pun agen bawahan.
Salam Alaika // August 8, 2008 at 3:51 am |
mungkin helper xnmpk tujuan penulis..penulis sengaja meletakkan gmbr ats sekali tu sbg hiasan..dan bukanlah itu wajah sebenarnye..klau begitu buruk wajahnye..masakn orang akan terikut dgnnye..tp die perlu muncul dgn wajah yg lebih cantik dan normal..itu mungkin maksud penulis..penulis juge bercakap ttg 10 hadith sahih ttg rupa bentuk dajjal..sudah tentu die juge mengkaji..
tp bg saya..bush dan konco2nye dr the fed, cfr, bilderberg,S&B, freemasonry hanyalah dajjal2 kecil yg menjadi tentera kpd dajjal yg sebenar yg digambarkan dlm hadith..umpama tajuk blog ni sendiri..
konspirasi teori membuatkan kite prejudis dan berhati2..
tapi saudara salahuddin xperlu terlalu prejudis dgn org..para pengkaji konspirasi teori perlu mengawal perasaan utk prejudis..tp perlu sentiasa berhati2..
salahudin // August 8, 2008 at 11:41 am |
Sy setuju dgn Salam Alaika,
Sy juga setuju dgn nasihat ke atas sy bhw pengkaji konspirasi teori perlu kawal prasaan. T’ma kasih.
Komen dr “helper” tu menunjukkan seolah2 dia tak baca keseluruhan artikel di atas. Itu yg buat sy bengang tu.
Jika “helper” tak setuju bolehlah lg diterima, ini pulak cakap kajian artikel tu satu penipuan. Kemudian tak bagi plak dalil-dalil mengapa dikatakan artikel itu menipu.
Helper ni kesimpulan sy tak pafam pasal konsep muzakarah dan muqabalah kot. Dah le..penat layan.
marabahaya // August 9, 2008 at 3:59 pm |
“Helper” ko kurang kaji kot..psl ko beri salam pun x betul..aku perhati dari setiap artikel ko asyik komen yang sama jek “Dajal bermata dua dan sterusnya” Hadis2 sahih sebagai rujukan jerk kita perlu tgok teknologi zaman sekarang dan akan datang..
nashidul // August 20, 2008 at 7:24 pm |
sokong 300 peratus. Ini idea baru ni… kena catat dlm buku nota.
zakaria ismail // August 24, 2008 at 6:11 pm |
Dajjal adalah pembawa Fitnah terbesar di akhir zaman. Fitnah maksudnya PEMBOHONGAN. Sebarang kemungkinan pasti ada untuk kita sama2 mengkaji PEMBOHONGAN DAJJAL. Tak elok terus dikatakan penulis menipu. Itu tak tahu adab mencari Ilmu namanya. Minta maaf kalau terkasar bahasa
haikalhisham // October 14, 2008 at 10:33 pm |
telur ayam ade tiga satu yang biasa jual kat kedai satu lagi telor ayam kampung dan satu lagi telor ni ayam dia kontroversi sikit kerana diragui cara pembenihannya walaupun disembelih ..wallahuawalam..sape yang jumpa dan gune teknologi dna kalau bukan dajjal n the gang…
malis5 // October 28, 2008 at 1:50 am |
apa2 pun dajjal adalah laknat!!!
pc // January 21, 2009 at 8:04 am |
bayangkan dajal bermata satu seperti dalam gambar teratas, mesti susah nak dapat pandangan 3Dimensi….nak lari pon mesti tak betul step nyer
tunduk dan sujud // January 22, 2009 at 8:26 am |
“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)
hadis ini adalah benar… ia tidak bermaksud atau berkias… di minta saudara pengarang tidak membuat andaian sendiri… apa yg diriwayatkan oleh hadis memang rupa dajal begitu.. dia seorang pendek,matanya buta sebelah.. rambutnya kerinting… kalau saudara memandangnya dari belakang nampak seperti pohon yang rendang… ada seseorang yg menyerupainya…
tunduk dan stujud // January 22, 2009 at 8:28 am |
gambar di atas adalah palsu semata-mata..
tundutk dan stujud // January 22, 2009 at 8:34 am |
Lihat perkataan ini MELELEH
Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.
Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…”
artikel saudara adalah menyimpang… maksud di atas meleleh ialah….dajah meleleh air peluhnya…kerana berdebar..kerana inilah kali pertama beliau memandang isa putra mariam.
Rozaidi Abd Wahid // January 22, 2009 at 6:48 pm |
tunduk & sujud, camna ko komen ni..cam tak bace je..
Ko kena paham maksud analisis hadith, setiap hadith ada bermacam2 jenis, sahih, marfu’, qudsi, dhaif dll.
Hadith di atas adlh sahih, jadi kesahihan tidak blh dipertikaikan melainkan ilmu ko setanding dgn Imam Muslim dll.
Tp dlm artikel kat atas, ia bukan menolak maksud hadith, ia menganalisis, mengkaji maksud tersirat dan menyelidik bahasanya utk membenarkan hadith tersebut.
analisis kat atas kategori tarqiq hadith dan dibolehkan. Ko kena belajar kat sekolah pondok balik lah.
Rozaidi Abd Wahid // January 22, 2009 at 6:52 pm |
Camne ko cakap ulasan hadith tu menyimpang. Menyimpang maksudnya mengada-adakan perkataan yg tiada dlm hadith.
Ko lagi ler menyimpang, bila masa pulak Dajjal berpeluh, dan ko tahu ke itu kali pertama Dajjal nampak Isa. Ko kenal Dajjal ke?
Ko pesan kat penulis jgn buat andaian sendiri, ni tiba2 ko pulak buat andaian sendiri Dajjal tu berpeluh. Hati2 bile kritik orang, takut kena batang hidung…wakakaka
qayyum // August 23, 2009 at 5:55 pm |
sokong rozaidi abd wahid….tunduk and stujud,ko kalo stakt nk ckp owg 2 salh yg nie betil tnpa bukti n kajian yg betul baik ko pg bramal byk2…owg pnat2 kaji ko tduh dia mcm2…
kepad pnulis teruskn kajian anda,dh x rmai owg yg mnhbiskn mse mgkaji kbnyakannya mnuduh dan mengadili kajian owg len je,mcm tunduk dan stujud 2
afwan // August 29, 2009 at 7:33 pm |
salam..kalau korg nk tahu interpretasi siapa dajjal yg baik…ikuti ceramah dari Sheikh Imran Hosein..ada kt utube…taip je nama dia…