oleh Ibnuyaacob

Saya tertarik dengan komen dengan salah seorang pengunjung Blog D’ iaitu:
“Saya rasa kenaikan harga minyak dunia adalah permainan Rockefeller dan Rotchild.. Boleh tak ibnuyaakub merungkai permasalahan ini dan adakah masalah kenaikan harga minyak negara yg pertama kali dalam sejarah negara dlm kadar yg paling tinggi iaitu 78 sen. Adakah syarikat halliburton ini terlibat secara tidak langsung dgn kenaikkan harga minyak di malaysia? Harap penulis dapat memberi penjelasan.. TQ..”
Soalan ini berdasarkan kenaikan harga minyak Malaysia pada beberapa minggu lepas yang meninggi macam roket Soyuz. Range Boy (pengunjung) memberi pendapat bahawa kenaikan harga minyak dunia adalah permainan Rockefeller dan Rothschild.
Saya setuju dengan pandangan itu!!
Namun jika dilihat dalam konteks kondisi Malaysia yang mencapai kenaikan 78 sen seliter, kita tidak boleh terlalu terlatah dengan permainan syarikat-syarikat minyak Illuminati dunia.

Ya, memang benar minyak dunia dikuasai Rockefeller dan Rothschild. Hatta di Malaysia sendiri pun syarikat Exxon Mobil, Esso dan Shell sudah lama bertapak di Ketereh, Terengganu iaitu sebelum penubuhan Petronas lagi.
Dan jentera-jentera gergasi pelantar minyak di Laut China Selatan juga bukan teknologi atau hak milik Malaysia. Petronas sekadar tuan rumah yang menggunakan namanya dalam setiap cari gali. Petronas juga adalah gerai minyak baru zaman Tun Razak.
Tetapi saya percaya kenaikan kadar 78 sen di Malaysia yang diumumkan oleh Pak Lah bukanlah kesan dari tekanan syarikat-syarikat Illuminati ini hatta syarikat Halliburton sekali pun.
Mengapa demikian?
Kadar minyak di Malaysia ditentukan sepenuhnya oleh Perdana Menteri dan kambing hitam (scapegoat) di Petronas iaitu Dato’ Hasan Merican. Malah kenaikannya telah pun dijangka oleh para pemerhati politik sebelum Pilihanraya Umum ke-12.
Sebelum PRU12, dalam beberapa ceramah perdana, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun memperingatkan seluruh rakyat Malaysia tentang kemungkinan kerajaan Pak Lah akan menaikkan harga minyak pada 14 April 2008 dengan kadar 70 sen.
Jangkaan Anwar tepat, tetapi kadarnya lebih tinggi iaitu 78 sen, lebih 8 sen dari kadar jangkaan. Saya percaya Halliburton tidak terlibat dalam urusan kenaikan harga minyak Malaysia.
Kita perlu ingat, di dalam lembaga pengarah Petronas, barisan-barisan eksekutifnya masih lagi terdapat saki baki “orang-orang Anwar” (bukan bermaksud Anwar mengupah agen, tetapi ada sebahagian eksekutif yang sukarela membantu kempen Pakatan Rakyat) seperti mana di DUN Sabah.
Tanpa maklumat orang-orang ini, mana mungkin Anwar berani berceramah dengan fakta 70 sen kadar minyak akan naik.
Kita juga perlu ingat, Petronas pada zaman Mahathir tidak pernah menghantar akaunnya untuk di audit oleh Juru Audit Negara. Dan juga tidak pernah mengeluarkan zakat mengikut kadar yang sepatutnya.
Kenaikan Adalah Kehendak Pak Lah Sendiri
Sebenarnya kenaikan minyak adalah kuasa penuh Pemimpin setiap negara. Kenaikan minyak Malaysia adalah kehendak nafsu Pak Lah sendiri. Keputusan beliau pula dipimpin oleh produk karat dari Oxford iaitu Khairy Jamaludin.
Pak Lah mungkin perlu cari wang saku lebih untuk syarikat-syarikat menantu dan kroni-kroninya yang banyak menghadapi bill-out.
Zaman Mahathir juga harga minyak menjadi persoalan kerana kerap dinaikkan, setiap 4 bulan selepas pilihanraya, maka harga minyak diumum kenaikannya. Cuma kenaikan harga minyak zaman Mahathir tidak seganas Pak Lah. Dan kenaikan ini juga memeranjatkan diktator tua itu.
Kita perlu ingat, pada ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, maka harga minyak kekal RM 1.30 seliter. Selepas itu, Anwar atas arahan Mahathir menaikkan sedikit kepada beberapa sen tetapi menerima tentangan dari NGO, pembangkang dan sebahagian rakyat. Dan pada ketika Anwar jugalah prestasi ringgit berada keadaan paling terbaik dalam Malaysia iaitu RM2.50 untuk satu dolar.
Saya sarankan untuk meneliti ekonomi Malaysia dengan lebih tepat, sila baca Harakah pada ruangan ekonomi tulisan Dr. Rosli Yaakop.
Wallahu’alam
P/S : Saya berusaha untuk tidak memasukkan hal-hal berkaitan politik Malaysia di dalam blog ini, namun begitu, saya terpaksa juga menyentuh sedikit sebahagian darinya kerana terdapat sedikit perkaitan antaranya.


16 responses so far ↓
amir ss yusof // June 22, 2008 at 4:32 pm |
nmpknya dlm penulisan artikel ini ada unsur2 pro anwar ibrahim. maaf kalau saya silap. tapi nampaknya penulisan sedkit menuju ke arah itu. ok..x kisah lah.ia cukup menarik. itu pasal pak lah. sekarang cuba kupaskan pendapat yg mengatakan anwar adalah salah seorang konco2 yahudi di malaysia dia mana dia berkawan baik dgn beberapa nama2 besar org yahudi.
harapan supaya blog ini bersih dari agenda politik pihak2 tertentu. demi agama islam dan bangsa melayu..sekian.
:maaf jika ada yg tersinggung.
IbnuHusain // June 24, 2008 at 5:25 am |
saya juga seperti saudara amir ss yusof melihat penulisan saudara seperti menjurus ke arah menyokong Anwar Ibrahim..tetapi jika dilihat “siapa” Anwar Ibrahim barang tentu saudara tidak sesekali akan menyokong perjuangan beliau.Bukanlah niat saya untuk memfitnah sesiapa..Oleh itu saya sama seperti saudara amir ss yusof berharap agar tulisan saudara tidak menunjukkan pro kepada mana2 pihak..tetapi lebih menegakkan yang benar..biar sapapun yang salah..kita sekarang diambang peralihan zaman..InsyaAllah..
cz // June 28, 2008 at 6:51 pm |
Maap le tuan rumah, saya pun menyokong statement kawan2 di atas. Saya/Kami takkan terlepas pandang pemimpin yg ada kaitan dgn barat. Pemimpin nak berkompang camne pun, kita rakyat di bawah tetap jadi mata2 bg negara tak kira mana parti politik sekali pun. Org boleh kata dek kerana terpengaruh dgn hearsay dan statement2 media semasa peristiwa 97/98, tapi …not for us (kajian susulan).
lelamanja // June 29, 2008 at 4:13 am |
Wah…banyak yok yg krtitik penulis artikel ni, tp heran la, ibnu Yakop ni approve gak komen ni! Kalau aku, jgn harap la nak aprove komen2 camni dlm blog aku…menyemak je!
aku mahu tahu // June 29, 2008 at 4:53 pm |
artikel ini berjaya menarik minat dan pelbagai pendapat dari pengunjung/pembaca blog ini (termasuk saya). sememangnya pujian harus diberikan kepada penulis. namun agak terkilan dgn comment yg di tulis oleh ‘lelamanja’. bkn kah lebih baik jika blog seperti ini sanggup menerima kritikan dr pembaca. tp nmpknya lelamanja tidak berpendapat sebegitu. bkn niat saya berpihak kepada sesiapa tp harus diingat, kritikan itu tidak semestinya utk menjatuhkn sesorg tp mgkin menguatkn atau memperbaiki sesorg. mgkin blog ini menjadi lebih baik dek kerana kritikan. inshallah.
fikirkn lah.
sekian.
ubey // July 2, 2008 at 3:30 am |
erm. ketereh ke kerteh?
rosemary // August 1, 2008 at 3:00 am |
untuk Amir SS Yusof,
Kamu menyatakan blog ini perlu bersih dr unsur politik , tp kamu terlupa blog Dajjal ini bukan kamu punya.. ikut suke blogger ni lah dia nak tulis ape pun…amendelah kamu ni.
So, jadilah org yg menghormati hak org lain utk meluahkan pendapat. TQ.
salahudin // August 1, 2008 at 3:03 am |
Busuk punya Pak Lah, bile nak naikkan harga minyak, berbuih-buih bg alasan harga minyak dunia naik.
La ni, harga minyak dunia dah turun. Tp kerajan buat dek je…kerajaaskrg menipu rakyat
Busuk punya Pak Lah.
AsSidek // August 30, 2008 at 4:41 am |
Sahlah k’jaan BN penipu.
Dulu masa sblm pilihanraya Pmtg Pauh beriya-ia cakap minyak tak blh turun. Kata k’jaan rugilah, blh bankraplah.
Bila dah dkt pilihanraya Pmtg Pauh tiba2 je turun, itu pun ciput je 15 sen. Sah, Pak Lah tipu rakyat.
Harap 16 Sept 2008 ni k’jaan BN jatuh la.
Hidup Pakatan Rakyat!
Taro // September 4, 2008 at 1:58 am |
kepada cik rosemary…
walaupun ni blog beliau, xlayak kah kita sebagai pembaca menegur?
walaupun kita tuan rumah, tak layakah untuk orang lain menegur untuk kebaikan?
cara cik rosemary cakap melambangkan betapa tingginya mentality cik…tahniah
sy pun stuju dengan cik Amir SS…
diharap penulis blog jangan masuk ke 1 side…cari yg benar…tegaskan yg salah…
walaupun kadang2 kebenaran tu pahit rasanya
Salam Alaika // September 10, 2008 at 1:06 pm |
saye tak sependapat dgn penulis..walaupun paklah yg menentukan turun naik harga minyak 100% dgn bantuan pakar2 ekonomi kerajaan..tp minyak global yg terlalu tinggi naik menekan semua negara di seluruh dunia..saya berpendapat rockefeller dan rothchilds family melalui syarikat2 minyak mereka bermain spekulasi dan merupakan pemegang saham terbesar minyak seluruh dunia..bile mereka bermain spekulasi dan membeli atau menjual saham mereka dgn jumlah yg byk sekaligus, maka keadaan pasaran minyak dunia terpengaruh dan tidak menentu..mereka juga pastinya punyai agen di OPEC utk bermain politik di sana ttg harga minyak global..jd keadaan dunia sgt tertekan dan ini membawa kepada dependency kita terhadap hubungan dagangan luar bertambah..sprt D8,ASEAN makin memerlukan antr 1 sama lain..ini menjurus kpd misi One World Government mereka..manipulasi ekonomi adlh langkah pertama utk menambah dependency atr negara..kerana kita punyai minyak lah maka kerajaan tergesa2 menaikkan harga dgn begitu tinggi sbyk 78sen utk mengaut keuntungan segera utk menampung ketirisan dan korupsi sebelum ni..budaya mahu cepat kaya terjadi antr penasihat2 ekonomi paklah kerana mereka punyai janji2 yg ditaburkan utk rakyat utk melancarkan koridor2 dan men-subsidi makanan .. maka manipulasi ekonomi itu berkesan keatas negara kita walaupn punyai minyak, ape lagi klau yg tiada..kesimpulannya misi illuminati dlm menganggu kestabilan ekonomi tampak berjaya dan mempercepatkan misi new world order mereka..kestabilan ekonomi pula berkait rapat dgn kestabilan politik..bila kerajaan dituduh punca kejatuhan ekonomi negara..maka rakyat mula tercari2 pengganti utk kerajaan..
kadarison // September 24, 2008 at 4:51 pm |
Lihatlah anak bakal Perdana Menteri Malaysia di bawah ni. Inikah yg org UMNO sanjung sangat.
Memang anak ikut bapak, kaki betina!! Bayangkan bakal PM kita nanti kononnya Ketua Negara Islam mempunyai anak yg macam tak Islam perangainya.
http://www.ohbulan.com/gambar-anak-lelaki-dato-sri-najib-tun-razak-bersosial/
ganah // October 9, 2008 at 8:31 am |
saye sebenarnya dah lama dok perhatikan gelagat dan tulisan dalam blogs pasal harga minyak ni. semua dok blame Hassan Merican & Petronas. korang tau tak petronas takde kena mengena harga runcit petrol naik ke tidak, sales amount tetap sama. sebab petronas (melalui Petronas Dagagan) akan jual petrol & diesel dalam negara ikut harga pasaran. cuma harga yang dibayar oleh pembeli tu lebih rendah dan selebihnya subsidised by kerajaan.
lagi satu pasal akaun petronas tak pernah diaudit ni. apa yg korang tau pasal audit-audit ni? tau tak baca akaun and audit report? tau tak mekanisme audit macam mana? tau tak nama firma audit yg megaudit akaun petronas ni? kalau tak tau diam and tanya pada yg tahu. jangan dok hentam suka hati aje. menampakkan tahap ilmu yg rendah.
saye ni orang “hijau” jugak. tapi takdelah terikut2 ngan emosi. memang saye tak setuju dan bangkang kenaikan harga minyak ni. tapi takdelah saye hentam petronas. sebab saye tahu sape yg salah dalam hal ni.
haikalhisham // October 14, 2008 at 10:17 pm |
yang salah nye adalah kerana mengikut fahaman sekular dalam mengendalikan pengurusan kewangan dan mentadbir perbendaharaan negara, bukan tak boleh kira ikut syarak ..kalau ikut cara islam..distribution of income pn ikut cara islam..money market pn berlandaskan islam..insya allah boleh,,,cube ikut modul rassullah saw menggunakan masjid selaku medium untuk mentadbir negara..kalau setakat laungkan islam madani islam hadhari tapi masih kira ikut conventional..compounded interest,annuity,present value ..npv tu semua bagus tapi mejurus ke riba yang tak adil ..duit dari e.p.u pun ramai yang elit berebut2 nak gune
uk55 // February 12, 2009 at 6:09 am |
huh!apa la korang ni..sama2 umat pn nk bergaduh…kalo sentuh pasal politik je,ada la yg naik angin,ada yg org ni betul la,org ni silap la..ada yg ckp kaki bertina ikot bapak la..mcm2..huh,mcm la org yg ckp 2 baik sgt,dy pn duk kutut org gak..bkn semua sempurna..bg aku,BN ke PKR ke..same jerk..ada keburukan dan kebaikannya..baik korang sumua kutut org yahudi,ni duk kutut sama2 melayu…org yahudi gelak tengok org melayu di malaysia bergaduh sesama sendiri dengan kebodohan masing..
ahmad // May 7, 2009 at 7:27 am |
kepada orang yang tidak tahu,silalah research….kalau tak tahu,buat la macam tak tahu…jangan la buat2 pandai pulak…