Siapa yang boleh mengenali Dajjal?

oleh Ibnuyaacob

Rasulullah SAW memberi hadith yang banyak sekali tentang Dajjal sebelum baginda wafat. Antara hadith yang masyur ialah yang berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal Dajjal dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Baginda sendiri mengakui dalam suatu hadith yang berbunyi

“Tiada nabi selain diriku yang mengetahui lebih banyak tentang Dajjal.”

Ini bermakna, Rasulullah diperlihatkan Allah akan rupa sebenarnya Dajjal itu. Saya percaya Dajjal berselindung disebalik rupa yang palsu sekarang ini atau ketika ia muncul. Jika Dajjal itu mudah dilihat dan dikenali, tidak perlu sebegitu banyak hadith untuk menerangkan tentang Dajjal. Cukuplah sekadar 4 atau 5 hadith.

Berbalik kepada persoalan tadi, “Siapa yang boleh mengenali Dajjal?”, saya dengan yakin (InsyaAllah) ingin mengatakan orang yang mampu mengenalinya ialah:

“Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi”

 Siapa ahli Tasawuf / Sufi ?

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang keenam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah.

Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Wali Songo yang terdapat di Indonesia suatu ketika dahulu. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan yang mengamalkan tasawuf dan kebanyakannya berada di Kelantan (Malaysia) dan Selatan Thai (Thailand).

Terdapat juga seorang mudir yang dipercayai mencapai taraf wali iaitu Mudir bagi sebuah Pondok pengajian di Pengkalan Hulu, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Teh dan masih hidup sekarang.

Apakah Kelebihan Ilmu Tasawuf?

Kelebihan yang tidak boleh disangkal ialah kebolehan membaca dan menilai hati seseorang tanpa perlu bercakap dengan orang tersebut. Yakni seseorang yang bertaraf wali (Kekasih Allah) itu mampu mengetahui bisikan hati kita dan apa yang kita niatkan di dalam hati.

Contoh terdekat ialah Allahyarham Hj Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau menubuhkan  sebuah madrasah yang bernama Madrasatul Daeratul Maarifil Wataniah dan masih wujud sehingga sekarang. Beliau juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kewalian beliau (Ahmad Badawi) diakui oleh bekas-bekas pelajar madrasah tersebut. Menurut mereka, Hj Ahmad Badawi mampu membaca isi hati seseorang terutamanya pelajar-pelajar didikannya. Pernah suatu ketika apabila tiba waktu pendaftaran pelajar baru, beliau menghalau seorang pelajar kerana mengetahui niat sebenar pelajar tersebut.

Menurut bekas pelajar yang saya temui, rakan mereka (yang dihalau) itu bukan datang dengan niat untuk belajar tetapi datang dengan sebab ‘terpaksa’ dan ‘dipaksa’ oleh ibu bapa mereka. Bagi mengelakkan timbul masalah dikemudian hari, Hj Ahmad Badawi tidak membenarkan pelajar itu mendaftar.

Menurut mereka lagi, semasa sedang belajar, semua pelajar boleh mendengar hentakan kaki beliau dari jarak lebih 50 meter. Sedangkan tubuh badan beliau hanyalah kecil dan tidak mungkin tapak kakinya mampu mengeluarkan bunyi hentakan yang kuat sebegitu rupa seolah-olah badannya mempunyai berat melebihi 200kg.

Amalan Ilmu Tasawuf

Pengamalan ilmu-ilmu tasawuf boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status keilmuan agama. Ilmu ini hanya mendampingi orang-orang yang tidak cintakan dunia dan rindu akan akhirat. Kecintaan ini tidak ditonjolkan melalu ucapan sahaja tetapi merangkumi seluruh gaya hidup individu tersebut.

Apakah itu Tasawuf

Islam itu terdiri daripada 3 tiang agama, yang pertamanya ialah Tauhid, kedua ialah Fekah dan ketiga ialah Tasawuf. Mana-mana muslim harus mempelajari Islam berdasarkan turutan ini, bermula dengan mengenali tuhan melalui ilmu Tauhid, kemudian ilmu sosial, fardhu ain dan syariah melalui Fekah. Dan akhir sekali mempelajari Tasawuf sebagai menjaga hati agar tidak tergoda dengan nafsu dunia.

Ilmu ini tidak boleh dipelajari secara teori sahaja walaupun terdapat banyak buku-buku di kedai yang membicarakan tentangnya. Ilmu ini juga tidak boleh dipelajari sendiri kerana bimbang hati akan mudah tertipu dengan helah syaitan.

Walaupun mata pelajaran Tasawuf ada diwujudkan di peringkat universiti sama ada dalam atau luar negara. Objektif pembelajaran ilmu tersebut hanyalah sekadar pendedahan dan maklumat bukannya pengamalan.

Untuk mengamalkan ilmu-ilmu Tasawuf, seseorang haruslah mendapatkan seorang guru yang benar-benar alim dan mursyid dalam ilmu ini. Perlu juga diselidiki latar belakang guru tersebut kerana terdapat juga dikalangan orang Islam yang mengambil kesempatan menerapkan ajaran-jaran sesat terhadap penuntut-penuntut mereka.

Ringkasan Pencapaian Ilmu Tasawuf

Di dalam bidang pendidikan sekular sekarang ini, kepandaian pendidikan diukur dengan meletakkan tahap-tahap anugerah akademik seperti berikut:

  1. Diploma (Dip)
  2. Ijazah dan Ijazah Lanjutan (Bec)
  3. Sarjana dan Sarjana Lanjutan (MA)
  4. Doktor Falsafah (PhD)

Pemegang status ke-4 akan dianggap supreme dalam bidang ilmunya. Segala apa yang dilihat, diucap, dikaji atau diputuskan akan lebih diambil kira oleh masyarakat mahupun pemerintah.

Dalam ilmu tasawuf, pengamalan ilmu-ilmunya mempunyai tahap-tahap yang hampir serupa dengan pendidikan sekular. Cuma penetapan untuk mengejar tahap tertinggi bukanlah bertujuan untuk mendapat jawatan dan nama dikalangan masyarakat, ianya lebih kepada mengejar status sebagai kekasih Allah tanpa pengetahuan orang ramai.

Berikut ialah tahap-tahap status pengamal ilmu tasawuf:

  1. Nafsu Lawwamah
  2. NAfsu Mutmainnah
  3. Nafsu Mardiah
  4. Insan Nur Kamil

Tahap tertinggi adalah nafsu yang dipunyai oleh para Nabi, sahabat, imam-imam mazhab dan ulama-ulama yang mursyid. Sekiranya tahap ini boleh dicapai, maka Allah akan mengurniakan keredhaan pada insan terssebut dan kebiasaannya menganugerahkan keramat-keramat yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Contohnya, Imam as-Syafie telah dianugerahkan Allah dapat melihat dosa-dosa yang berguguran daripada seseorang yang sedang mengambil wudhu’. Selain itu, beliau juga dapat melihat bagaimana syaitan-syaitan menggoda seseorang daripada melakukan ibadat.

Dajjal Takutkan Golongan Tasawuf

Dajjal sedar golongan ini adalah ahli ibadah, ahli zikir, ahli rohani yang tidak mudah terpdedaya dengan harta dunia. Dajjal tahu golongan ini dikurniakan Allah keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia lain hatta ulama Tauhid atau ulama Fekah.

Keistimewaan pengamal Tasawuf ialah mereka dianugerahkan Allah untuk dapat membaca hati seseorang, melihat benda-benda ghaib, keramat, dan sebagainya. Dengan adanya individu-individu seprti ini, sudah pasti sukar untuk Dajjal berselindung disebalik rupa tiruan yang bakal dihasilkannya untuk muncul di tengah-tengah masyarakat.

Maka, sebagai langkah berjaga-jaga dan supaya proses kemunculannya (Dajjal) kelak berjalan lancar, doktrin-doktrin yang menghalang perkembangan ilmu ini perlu dijana terlebih dahulu. Tindakan mengecam pengamalan ilmu ini harus dilakukan dengan teliti dan terancang. Oleh itu, medium yang paling kukuh untuk digunakan ialah sarjana-sarjana agama uma Islam itu sendiri.

Proses Menghalang Amalan Tasawuf oleh Dajjal

Salah satu ibadah wajib bagi pengamal tasawuf ialah mengadakan majlis-majlis zikir seumpama yang diamalkan oleh kebanyakan tarekat.  Ucapan zikir secara berjemaah sebanyaka beratus-ratus ribu sehari mampu mengubah hati dan menjernihkan roh seseorang itu.

Menurut Imam Habib Abdullah Haddad, kumpulan ahli Tarekat Tasawuf lebih suka memilih berzikir dengan mengangkat suara dan berkumpul beramai-ramai. Ini berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud;

“Allah SWT sentiasa mengirim para Malaikat-Nya yang mengelilingi bumi untuk mengunjungi majlis-majlis zikir. Maka Allah berkata kepada para MalaikatNya: Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka itu, dan Aku telah memberikan apa yang mereka pohonkan, dan Aku telah melindungi mereka dari apa yang mereka pohon perlindungan….”

Maka cara Dajjal menghalang ibadah ini ialah dengan mengeksploitasi mazhab ciptaan Dajjal iaitu Wahabi. Telah saya terangkan sebelum ini akan keberkaitan Wahabi dan Freemason. Pendokong Wahabi mengharamkan majlis-majlis zikir, doa selepas solat jemaah, talqin dan tahlil. Semua itu dianggap bidaah.

Tiada ungkapan lain yang dipromosi oleh Wahabi melainkan BIDAAH, BIDAAH dan BIDAAH.

Ungkapan ‘bidaah’ di mulut-mulut ulama Wahabi adalah senjata Dajjal melalui bisikan jin-jin pendamping ulama’-ulama’ tersebut. Dajjal tidak duduk bermesyuarat dengan ulama-ulama’ ini. Cara terbaik adalah dengan menggunakan jin pendamping setiap ulama Wahabi tersebut.

(Persoalan jin pendamping atau qarin ini bolehlah dibaca pada buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk “Dialog Dengan Jin Islam”, atau buku-buku karangan Dato’ Ismail Kamus atau buku-buku Syeikh Muhammad Abduh al-Maghauri)

Adakah Proses Ini Berjaya?

Ya. kejayaan Dajjal dalam proses (strategi) ini berjaya lebih kurang 80 %. Umat Islam berjaya diyakinkan bahawa Tasawuf itu sesat dan Tarekat itu adalah ajaran sesat. Tambahan pula kebanyakan umat Islam yang berpandangan demikian langsung tidak pernah mempelajari tasawuf dan tarekat.

Sedangkan kedua-dua aspek tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Saya tidak mahu berbicara panjang apa itu tasawuf dan tarekat kerana ia salah satu cabang ilmu yang wajib dipelajari leh umat Islam khususnya bagi mereka yang belajar di Al-Azhar, Mesir.

Cara Mengenali Dajjal Adalah Dengan Mempelajari Tasawuf

Inilah cara paling berkesan untuk mengenali Dajjal. Seseorang itu boleh dikenali nilai kejahatan sebenarnya jika kita mempunyai ilmu pengesan gerak hati. Ilmu ini hanya terkandung dalam ajaran tasawuf bukannya Tauhid dan Fekah. Jika anda berjaya menghafal al-Quran sekalipun atau boleh mengingati 100,000 hadith, tapi jika tiada ilmu Tasawuf anda belum tentu dikira Muslim yang sempurna.

Bagaimana kita boleh mempelajari Tasaawuf dan Tarekat?

Teramat susah sebenarnya. Namun ilmu itu boleh didapati di mana-mana sahaja sekolah pondok di Malaysia, Selatan Thai atau pesantren-pesantren di Indonesia. Sebelum mempelajarinya, haruslah terlebih dahulu menjumpai tuan guru-tuan guru yang berpengalaman.

Orang yang mempunyai ilmu ini secara automatiknya musuh jelas bagi Dajjal. Saya percaya pengamal-pengamal Tasawuflah yang berfungsi menghebahkan identiti Dajjal ketika ia muncul kelak.

Kesimpulan

Adakah kita sedar sekarang bahawa pengajian agama sudah dipinggirkan oleh umat Islam sekarang. Pengajian sekolah-sekolah agama tulen sekarang banyak yang sudah dimodenkan sehingga tertinggal ilmu-ilmu diniyyah. Yang diutamakan hanyalah ilmu-ilmu akademik. Semua itu berlaku dengan alasan mengikut arus perkembangan zaman.

Seorang sahabat saya yang menjadi Pengetua salah sebuah Sekolah Menengah Agama pernah menyuarakan isi hatinya bahawa beliau kecewa pelajar-pelajar agama sekarang tidak lagi dihidangkan dengan ilmu-ilmu tasawuf. Ini kerana tasawuf tidak mempunyai buku teks, ia berupa amalan zikir. Namun beliau berusaha juga mengajar anak-anak muridnya tentang Tasawuf walaupun tanpa kebenaran pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Wallau’alam.

P/S : Sama ada ilmu Tasawuf atau Tarekat itu sesat atau sebaliknya, ianya tidak perlu didebat dan dipersoalkan lagi. Orang yang mempertikaikan ilmu ini, sah seorang yang tidak pernah mempelajari ilmu agama atau langsung tidak mengetahui apa-apa. Kelompok yang mempertikaikan ilmu ini biasanya terpengaruh dengan berita-berita di akhbar tabloid seperti Kosmo dan Metro yang suka mensensasikan isu ajaran sesat dengan mengaitkannya dengan ajaran Tasawuf. Akibatnya ajaran Tasawuf mendapat reputasi buruk dari kacamata masyarakat.

About these ads

11 responses to “Siapa yang boleh mengenali Dajjal?

  1. Memang tidak dapat disyak lagi. Perkara2 kerohanian seperti yakazah wa muhazafah , kashaf , auarad & tarekat dan karamah semua dianggap masyarakat sekarang karut, tahyul ,sesat, bidaah ,kuno , lapuk dan bermacam2 lagi tuduhan dan ejekan. Tapi bila tengok keajaiban ( lebih jelas dikenali sebagai ‘special effect) dalam filem2 hollywood dan disney yang jelas tahyul dan karutnya ,semua terpesona dan takjub akan perkara sedemekian. Malahan dipuji pula akan kejanggihan teknologi tersebut.

    Begitulah buktinya betapa berjayanya Yahudi memukau dan meracuni fikiran umat Islam masa kini (termasuk saya sendiri)

  2. salam,

    Sy setuju dengan kenyataan saudara ini. Sekularism melampaui batas agama & bangsa. Kita hidup didalam suasana sekular – pendidikan, pemikiran, beragama, etc. Sistem ekonomi kapitalism & globalization juga adalah antara cabang sekularism. Hidup kita mmg di himpit dari segenap sudut dgn perkara2 ni. Kita sudah di brainwash sejak dari dalam kandungan ibu lagi. Pastinya TV adalah medium terpenting utk menyebarkan dakyah ini.

    Sy setuju yg kita telah di setkan oleh pemerintah sekular bahawa ilmu tasauf dan ajaran tarekat kebanyakkannya adalah ajaran sesat. Mereka bimbang dgn kebangkitan Islam ke 2 yg dijanjikan Rasullullah. Pendapat sy, ilmu tasauf (ilmu ketuhanan) adalah basic dan akar kepada segala cabang ilmu. Masih ingat kepada Asif bin Barkhiya yg hidup semasa pemerintahan Nabi Sulaiman? Beliau seorang abid yg menguasai ilmu “teleportation” yg mampu memindahkan istana Balkis dengan sekelip mata. Ilmu yg tak mungkin dapat dikuasai di universiti2 sistem sekular yg ada sekarang ini. Juga mengenai “ilmu” yg di ajar oleh Nabi Musa kepada Qarun untuk menghasilkan emas yg tak terkira jumlahnya. Qarun adalah manusia yg terkaya dalam sejarah manusia selepas Nabi Sulaiman A.S yg juga mempunyai ilmu utk menghasilkan emas dalam jumlah yg banyak dan singkat.

    Jadi, umat Islam memang akan sentiasa akan lemah s’pun setinggi mana pun tahap pendidikan sekularnya. Iman masih tidak cukup kuat jika kita hanya mampu melaksanakan perkara syariat sahaja (rukun Islam yg 5). Mana mungkin kebangkitan Islam akan berlaku jika roh Islam tidak sebati dengan diri muslim yg kebanyakkannya masih lagi sibuk dgn hal2 duniawi dan material (duit, kesenangan & kemewahan, kebendaan, perempuan, status & kuasa, etc.) – wallahualam-

  3. Rakyat Malaysia

    Saya setuju dengan pendapat sudara. Ilmu tasawuf makin dilupai oleh segelintir umta Islam sekarang. Ilmu ini adalah wajib kerana dengan ini lah kita dapat mengenali ruh islam yang sejati. Para ilmuan islam di Universiti sekarang banyak di pengaruhi oleh ilmu islam sekular.
    Sepatutnya inilah ilmu pertama ya itu ‘awalludin makrifattullah’ awal-awal agama mengenal Allah dan ‘Hubblummimnannas, Hubblummimnallah’ hubungan dengan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah’. Jika diamalkan cara ini insyak Allah kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah.

  4. zakaria ismail

    Bayangkan perubahan zaman di Malaysia. Zaman kanak2 saya pada awal 1970an….orang lebih membincangkan soal mencari ilmu walau ke Gunung sekalipun. Maksudnya ILMU satu priority.
    Zaman remaja saya awal1980an…orang lebih membincangkan soal harta benda
    Zaman dewasa saya awal 1990an…orang telah meletakkan wang sebagai topik perbincangan dan priority untuk menyambung missi 1980an mereka.
    Zaman matang saya awal 2000….Wang menjadi Raja dihati. Org berilmu tidak dipandang. Hanya orang berharta
    Zaman beralih untuk menjauhkan ILMU TAUHID dari jiwa manusia. Takhairanlah berbagai fitnah menimpa Umat Islam.

  5. Salam Sejahtera

    Sefaham saya yang sangat dhaif dan tidak berilmu ini, hanya 2 golongan sahaja yang besar kemungkinan akan mengenali tanda-tanda yang tuan sebutkan:

    a) Ulama Warisatul Anbia (termasuk golongan sufi/tasauf yang TERPILIH sahaja)

    b) Ahlul Bait (dari Sayyidina Hassan/Hussein r.a.) kerana Imam Al-Mahdi adalah daripada keturunan Ahlul Bait Baginda SAW.

    Sekian, wallahu’alam bisawwab.

  6. haikalhisham

    apakah diantara kita yang telah tahu mengenai perkara ini hanya membiarkan sahaja ia berlalu??mgkin atas sebab kita tidak berkuasa untuk mengubah nya , mgkin kita bukan orang yang berjawatan untuk layak bersuara mengenaiatau adakah institusi islam di negara ini telah dijajah oleh oleh pemikiran sekular??? atau apakah mufti dan ulamak telah dipenjarakan kata2 mereka sehingga hanya menurut sahaja kata pemerintah yang akan mggunakan alasan sesat,terpesong, atau ditakuti akan menimbulkan kacau bilau ..masya allah,kasihanilah kami yang kurang ilmu akhirat ini…

  7. Salman Al Farisi

    WALLAHUALAM..
    “Bagi ana,risalah berkaitan dajal dari Rosullullah itu semestinya peringatan kepada umatnya,,itulah yang terpenting…kerna ana percaya,musuh yang paling bahaya itu adalah hati…Hati yang dikawal nafsu itulah musuh sebenar umat.Siapapun Dajal,apapun ia,kita seharusnya bersedia,dengan bersenjatakan iman,berpulurukan akal.Dan oleh kerna itu juga,kita perlu merawat usia kita dengan kedewasaan akal dan cara kita berfikir,mempelajari ilmu tauhid dan ajaran
    Muhammad S.A.W..Percayalah kejahilan itu adalah penyakit yang lebih bahaya dari kehadiran dajal…Semoga kita dijauhi dengan wabak bodoh yang semakin merantai
    setiap jiwa2 muslimin dan muslimah,di akhir2 ini.. MasyAllah…

    Adapun adanya dajal,sudah pasti ia telah lama
    keluar bermastautin diantara kita..bahkan hari kesehari kita melihatnya…
    persoalanya..Adakah kita sadar..?
    sememangnya sebelah dari matanya itu membiaskan cahaya kufur…
    sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk
    di dalam hati kita,seandainya kita menggunakan hikmah akal dan mata fikir yang bersih..
    InsyAllah..

    Andai ada kekurangan,pada wadah ana..
    maafkanlah ana,.Ana pohonkan belas
    tunjuk ajar..
    Di usia kesempatan ini…

    Allahuakhbar
    Allahuakhbar
    Allahuakhbar

  8. Assalamualaikum..Al-Sya’rani mendefinisikan Tasawwuf sebagai ilmu yg terbit di dalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan Al-Quran dan Sunnah..Sebagaimana ilmu yg terbit drpd ulama2 fiqh,setiap amalan yg dilakukan dgn panduan kedua-duanya(Al-Quran danSunnah) akan menerbitkan pelbagai ilmu,adab-adab,rahsia-rahsia dan Hakikat yg tidak dapat diungkapkan secara lisan,dgn syarat jika amalan itu bebas drpd kecacatan dan kehendak hawa nafsu..Dari definisi ini dapat kita fahami secara umum bahawa Tasawwuf ini adalah Roh dan jiwa Islam yg hakiki..sekiranya ia berkembang subur,maka gemilanglah Islam..Tetapi mempraktikkan Tasawwuf ini sgtlah mencabar krn ia menuntut kita beramal dgn membebaskan hati dari dari bisikan2 lahga’ yg menjadi senjata2 Iblis yg menganggu kesempurnaan ibadah kita..Kerana itu lah Tasawwuf ini memperbanyakkan amalan dzikir untuk membersihkan hati..Matlamat Tasawwuf adalah: 1) mengenal ALLAH dgn cara beribadah kpdnya secara bersungguh-sungguh..2)Pensucian,pembersihan jiwa dan peningkatan sehingga ia layak memperoleh Ma’rifah Ilahi..3)Membina masyarakat yg sejahtera dgn asas yg baik,akhlak yg mulia,berpegang pd peraturan2 agama dan jaln2 rahsia kesufian yg meningkatkan martabat pengamal disisi ALLAH S.W.T…Langkah langkah mencapai ma’rifah itu ada empat peringkat..dlm posting ini memadailah sy kemukakan peringkat pertama dulu iaitu: Mengarahkan keinginan kpd makrifat dan membina kemahuan yg tinggi utk sampai kpd ALLAH..Ianya akan sempurna dgn cara berikut:1)Mengingati ALLAH semata-mata,melalui jalan Zuhud dan Tawadhu’..2)Menundukkan sifat2 kebinatangan spt nafsu syshwat dan marah.Hakikat ini akan tercapai dgn membanyakkan puasa,mengekang nafsu syahwat dan memperbanyakkan amal ibadat serta berfikir..3)Memperlengkapkan jiwa utk menerima gambaran secara aqli.Hal ini boleh terlaksana dgn cara berfikir dan membuat kajian ilmiah yg diharuskan.Hal yg demikian itu boleh tercapai dgn latihan,mujahadah dan pimpinan Syeikh yg mursyid dan arif..Dari penjelasan ini sy harap saudara2 mendapt sedikit gambaran mengenai Tasawwuf..Wllahualam..

  9. tasaawuf itu teori,
    tarekat adalah praktikalnya..
    tasaawuf&tarikat tidak boleh dipisahkn.
    bnyk org keliru apa itu tarekat.tasaawuf bnyk membicarakn soal penyakit hati.contoh plg senang,
    riak,ujub,sombong,besar diri(cuma sebahagian) adalah penyakit hati.mcmn nk paham?penyakit hati adalah najis batin.lagi senang nak paham,najis batin adalah PEKARA YG MEMBATALKAN PAHALA ataupun PEKARA YG MEMBATALKAN AMALAN.
    coba fikir,jika kita bersolat dgn membawa taik kucing dikaki,maka kita terus boleh hukum,TAK SAH la solat aku ni.so,kita kena la membuang najis tu dr segi sifatnya,baunya,rasanya,dgn menggunakn air mutlak dan sebagainya(bersuci),kemudian mengambil wuduk semula dan solat semula.itu baru dinamakn NAJIS yg ZAHIR.yg kita nampak dgn mata kepala.mcmn dgn NAJIS BATIN?yg kita tak nampak dgn mata kasar?yg best tu,kita tau pulak,jika kita bersolat dgn membawa taik kucing dikaki maka batal solat kita,batal amalan solat tu,batal pahala jikapun kita diberi pahala tapi kita tak pernah kisah bab membawa NAJIS BATIN(riak,takjub,sombong,etc)ke dalam solat kita,pastu angan2 solat kita diterima.logik ka?solat bawa taik kucing(NAJIS ZAHIR) pandai plak tau hukum batal,solat bawa NAJIS BATIN wat dek plak,rasa takdak hal plak…
    bebalik pada soal PENYAKIT HATI a.k.a SIFAT MADZMUMAH a.k.a PERKARA YG MEMBATALKN AMALAN/PAHALA,ilmu tasaawuf hanya membicarakn perihal sifat2 itu.persoalannya mcmn nak buang sifat2 tercela tu?jika tak buang,buat la amalan sebanyak mana pun,tetap TERBATAL sbb kita bawa najis utk dipersembahkn kpd TUHAN!
    bnyk org yg bakal baca statement ni tak akan setuju tapi itulah hakikatnya.ingat senang nak BERIMAN?ingat senang nak masuk SYURGA?jika tasaawuf itu teori yg membicarakn perihal hati maka wajiblah kita belajar ilmu tarekat sbb HANYA ilmu tarekat shj yg mengajarkn perihal membuang penyakit hati a.k.a perkara yg membatalkn amalan/pahala dgn cara berzikir yg khusus yg diajarkn oleh guru yg benar2 murshid.
    contoh lg..
    kita sakit gigi,logik ka kita pergi jmpa doktor sakit mata?ambil ubat sakit mata utk sembuhkan sakit gigi?..ataupun kita sedar bab najis batin yg membatalkn pahala/amalan tu.kita jumpa doktor,wahai tuan doktor,saya ada sakit hati sama sipolan2,saya ada rasa riak sbb saya ada nissan skyline,boleh tuan bagi saya ubat nak hilangkn riak saya tu?panadol boleh hilangkn riak,ujub etc?no way ok.habis kita rasa duduk diam tanpa berbuat apa2 boleh hilangkan semua penyakit hati tu?ada org akn cakap,diam la,jgn mengumpat,jgn riak,masalahnya kita akan mengumpat dalam hati jika kita tak mengumpat dimulut,kita akan berlaku riak dalam hati jikalau pun kita tak berlaku riak secara terang2an.soalnya secara zahir atau batin pun,penyakit hati tu tetap ada dan tetap membatalkn amalan2 kita…
    carilah guru murshid bersungguh2.inshaAllah masih wujud dlm masyarakat,berjumpalah dia,merendah diri lah dpn dia,minta dia pimpin kita,jgn bnyk soal,jgn pertikai apa2 kerana ilmu yg bakal diajarkn tak pernah diajar dimasjid2 sekalipun…tanamkn dalam hati,jgn minta apa2 dari ALLAH,jgn teringin nak jd wali,berjalan atas air,terbang diudara,boleh nmpk hal orang sebagainya.sbb aku masih ingat pesan al-marhum guruku,cek oi,tak hebat pun boleh jalan atas air,sbb baru sama mcm labah2,tak hebat pun boleh terbang atas angin sbb baru sama darjat seekor burung..cukuplah sekadar minta keredhaanNYA…
    wahai TUHANKU,ENGKAUlah maksudku,
    aku tuntut hanya REDHAMU..

  10. Assalamua’laikum,

    Dalam persoalan ini … pada rasa hati saya … ALLAH SWT yang lebih mengetahui akan hamba ciptaanNYA itu … dan sebahagiannya telah pun disampaikan kepada kita melalui rasul pilihanNYA Rasulullah SAW … jesteru itu kita haruslah sentiasa memohon pertunjuk dariNYA kerna tanpa izinNYA kita tidak mampu mengetahui walau sebesar zarah sekalipun akan sesuatu itu … kita jua harus memohon perlindungan dariNYA … kerna didalam kita mencari kebenaran agar kita tidak terjerat dengan fitnah yang ada dalam diri kita … hawa nafsu, syaitan yang bersembunyi, dan juga kelemahan kita …. Wallahu’alam.

  11. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas post ini saya akan sentiasa meningatkan diri dan keluarga mengenai hal dajjal ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s