Teknologi Dajjal VS Teknologi Zikir (Bahagian 1)

oleh Ibnuyaacob

Dalam al-Quran diberitkan bahawa pada ketika Nabi Sulaiman a.s. bertanyakan sesiapa di antara rakyatnya yang mampu membawa istana balqis ke Palestin, maka bangunlah seorang ahli kitab dengan mendakwa mampu membawa istana tersebut dengan sekelip mata.

Kemampuan ahli kitab itu yang dikatakan bernama Asif bin Baqriya mengatasi kemampuan bangsa jin sendiri . Hatta jin afrit yang terkenal sebagai jin terkuat dikalangan jin juga tidak mampu.

Oleh itu, cara atau kaedah yang dilakukan oleh ahli kitab tersebut masih lagi dikaji dan diperdebatkan oleh ulama’. Namun saya secara peribadi percaya ia adalah teknologi milik ahli-ahli pengamal tareqat dan sufi.

Dajjal Meneroka Teknologi Ahli Kitab

Mengikut teori Muhammad Isa Dawud, Dajjal dilahirkan seratus tahun sebelum kelahiran Nabi Musa a.s. Maka dapat disimpulkan bahawa Dajjal tidak sempat hidup pada zaman Nabi Sulaiman .a.s. atau Nabi Daud.

Sekiranya Dajjal hidup pada zaman Nabi Sulaiman maka Dajjal boleh diandaikan menyaksikan peristiwa pemindahan Istana Balqis itu.

Semua ini pendapat ini berdasarkan kisah dalam ayat al-Quran dalam Surah An-Naml

“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”

“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)

Memandangkan ia (Dajjal) tidak melihat kejadian itu, maka harus baginya meneroka sendiri ilmu itu mengikut kaedah yang difikirkannya sendiri atau berdasarkan maklumat dari jin-jin sendiri.
Ujikaji dan eksperimen Dajjal yang diperturunkan kepada agen-agennya telah menghasilkan suatu teknologi prototaip tetapi masih belum berjaya. Misi eskperimen adalah untuk ‘memindahkan’ objek dengan cara menghilangkannya.

Teknologi Ciptaan Dajjal

Untuk cuba meniru, menandingi atau mengatasi ‘kemampuan’ ahli kitab tersebut, Dajjal melalui konco-konconya di makmal U.S. Navy, Philadephia, Pennyslavinia telah menjalankan suatu ujikaji skala besar. Eksperimen dijalankan pada 8 Oktober 1943. Ujikaji ini diberi nama “Eksperimen Philadephia”

Eksperimen ini sudah pun masyur dan diketahui umum sejak berpuluh tahun dulu. Objektif eksperimen ini ialah memindahkan sesuatu objek berjisim dari suatu lokasi ke lokasi yang lain tanpa mencacatkan bentuk fizikal objek tersebut.

Kegagalan Eskperimen Philadephia

Kapal USS Eldridge berjaya dihilangkan pada masa eksperimen tersebut melalui penggunaan suatu generator elektrik yang paling tinggi. Malangnya, ia tidak muncul kembali dan sejak itu pelbagai laporan-laporan palsu tercipta di dada-dada akhbar.

Kegagalan projek itu cuba diselindungi melalui desas-desus kesasksian sesetengah rakyat Amerika (yang diupah) menyatakan ternampak kapal tersebut 40 kilometer dari tempat eksperimen. Ada yang lebih eksptrem mengatakan ianya telah merentasi masa melalui teleportasi yang dilakukan.

Akhirnya berita misteri eksperimen itu berjaya menaikkan imej tentera Amerika di mata dunia. Sedangkan pada era tersebut Jerman dan Rusia telah mendahului teknologi Amerika.

Percubaan Saintis Islam

Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa Dr. Yahya Said Al-Mahjari (moga Allah merestui usahanya) dari Mesir juga telah melakukan pelbagai eksperimen berkaitan pemindahan objek jarak jauh ini. Pelbagai eksperimen telah dilakukan tetapi tidak berjaya. Objek hanya berjaya dihilangkan tetapi tidak berjaya dikembalikan ke bentuk asal apatah lagi untuk diletakkan ke lokasi lain.

Kesimpulan akhir yang diperoleh oleh beliau ialah ahli kitab ketika itu mempunyai pengetahun tentang teknologi kepantasan cahaya. Maka pemindahan dilakukan menggunakan kemampuan cahaya.

Sekarang Dr. Yahya Said bertugas sebagai konsultan di UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber Teknologi Ahli Kitab

Saya kurang setuju dengan pendapat bahawa ahli kitab menggunakan Teknologi Kelajuan Cahaya untuk memindahkan sesuatu objek. Ini kerana untuk menggunakan elemen cahaya kemungkinan seuatu alat perlu digunakan untuk mengeksploitasikan cahaya.

Sedangkan pada ketika Nabi Sulaiman a.s. memberitahu hasratnya untuk melihat istana Balqis, baginda tidak memberitahu sehari atau seminggu lebih awal. Hasratnya dimaklumkan secara spontan sahaja. Dan jawapan dari Jin Ifrit dan Ahli Kitab juga terkeluar secara spontan. Jawapan yang dikeluarkan juga secara spontan menunjukkan si pemberi jawapan (Ifrit dan Ahli Kitab) sememangnya sudah bersedia dan mampu secara hakiki tanpa memerlukan sebarang alat.

Kemampuan Ifrit membawa Istana kerana sememangnya jin itu dianugerahkan kekuatan semula jadi. Manakala kemampuan ahli kitab adalah kemampuan yang dibina sendiri hasil pembelajaran atau amalan ibadat khusus. Lihat ayat ini…

“….berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-kitab,” (An-Naml, 40)

Jika kita ingin mengkaji teknologi yang digunakan jangan kita mengkaji kalimah ‘seorang’, kita perlu melihat sumber teknologi tersebut iaitu kalimah…

“..ilmu dari al-Kitab”.

Maka, teknologi yang sebenar ialah Teknologi Zikir. Kita harus ingat, Al-Kitab ialah kalam Allah, dan kalam itu mengandungi kata-kata Allah secara terus. Saya amat berkeyakinan bahawa konsep Zikir dari kitab Zabur (kalam zaman itu) telah digunakan oleh Asif Bin Baqriya.

Kita harus ingat perbezaan antara kemampuan cahaya dan kemampuan zikir. Cahaya adalah makhluk ciptaan Allah, makhluk bernama cahaya ini walaupun hebat tetapi terbatas atas waktu-waktu dan situasi-situasi tertentu.

Manakala Zikir adalah ungkapan pujian terhadap Allah sendiri dan Zikir diambil pula dari kata-kata Allah dalam kitab (Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran).

Tetapi saya bersetuju sekiranya kemampuan elemen cahaya adalah salah satu teknologi yang juga mampu memindahkan posisi sesuatu objek. Namun kemampuan cahaya tidak dapat menandingi kemampuan zikir.

Kemampuan Teknologi Ahli Tasawuf

Kejadian yang berlaku di Indonesia di Pulau Haruku, Maluku Tengah ini (moga Allah merahmati ulama’ negara ini) tidak lama dulu (Mac 2008) telah membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh Asif bin Baqriya. Kejadian ini juga membuktikan Zikir juga berfungsi sebagai sebuah teknologi tanpa jisim.

(*pemahaman manusia sekarang apabila menyebut perkataan teknologi, terus saja terfikirkan sebuah mesin, alat atau jentera. Sungguhlah Dajjal telah memesongkan pemikiran manusia sejak zaman Renassaince dulu)

Di bawah ini menunjukkan video dimana seorang ulama’ telah diminta bantuan oleh penduduk kampung untuk memindahkan sebuah kubah masjid dari suatu lokasi ke lokasi yang lain. Video ini bukanlah baru dan sudah pun diketahui umum.


Dalam rakaman tersebut, ulama’ berkenaan hanya meminta orang-orang tertentu yang terpilih agar berzikir secara terus menerus. Kalimat zikir yang digunakan juga cukup mudah iaitu Laa ilahaa illallah.

(Berita lanjut tentang peristiwa tersebut, anda boleh saja dapati di internet dengan mudah)

Namun, penggunaan teknologi zikir dan kemakbulan dari Allah adalah bergantung kepada “SIAPA yang mengucapkan zikir tersebut” dan bagaimana dekatnya iman individu tersebut dengan Allah.

Dajjal tahu hanya ahli tasawuf mampu berbuat demikian, tetapi ia mahu ‘kemampuan’ itu dimiliki oleh orang awam tanpa perlu mendekatkan diri kepada Allah. Maka caranya ialah mencipta alat atau teknologi agar orang bukan Islam juga mampu menggunakannya.

Alangkah baik jika kita berperang dengan menggunakan teknologi ahli tasawuf. Mudah dan berkesan malah lebih ramai tentera akan menjadi alim seperti komander-komander Chechen.

Wallahu’alam…

About these ads

12 responses to “Teknologi Dajjal VS Teknologi Zikir (Bahagian 1)

  1. aku suka artikel ni…teruskan…

  2. Assalamualaikum. berkenaan dengan peristiwa mengangkat kubah secara zikir, ada berpendapat bahawa ianya mendapat bantuan daripada golongan jin. Bagaimana nak membezakan bahawa ianya adalah teknologi sufi atau teknologi jin? Kita selalu lihat penggunaan sihir dalam pertunjukan silap mata dimana orang mengatakan ianya adalah dengan bantuan jin. Saya amat berminat dengan apa yang dibincangkan dalam blog ini, terima kasih kepada yang mencetuskannya.

  3. Assalammuálaikum wbt Tuan Rumah.

    Saya secara peribadi amat tertarik dan teruja dengan artikel ini. Pada saya ia adalah realiti dan kita akan perdapat melalui amalan dan ibadah. Ya, benar hanya melaui zikir sahaja, jika kita dekat dengan Allah makanya kita mempunyai kemampua ajaib yang akan dianugerahkan Allah SWT.

    Saya tidak percaya akan ujaran dan pendapat sesetengah pihak yang menyatakan kubah tersebut di atas diangkat dengan pengunaan jin. Zikir dan munajat itulah punca al sebabnya akan kemampuan kubah itu diangkat.

    Saya juga tertarik untuk menyatakan di sini bahawa kaedah yang digunakan ini adalah satu kaedah pengaktifan aura. Mungkin kedengarannya agak mengarut, namun bagi saya Nur yang ada di kalbu kita itulah yang digunakan dengan izin Allah. Percaya atau tidak, dengan kekuatan ‘kalbu’juga kuasanya mengatasi kuasa nuklear !!!.

    Inilah teknologi akhir zama yang akan digunakan dalam peperangan dengan Dajjal kelak. Hanya guna pedang dankuda. Senjata2 merbahaya tidak berkesan. Kerana apa, kerana teknologi zkir ini melampaui teknologi2 dunia dan teknologi yang berdasarkan logik. Inilah dia Ilmu Ghaib dan Ilmu Syahadah.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  4. Tuan Rumah, boleh saya copy artikel ini di blog saya? Amat memberangsangkan.

    …di mana ada aku di situ ada DIA…

  5. Salam tuan punya Blog,..

    tahniah kerana dapa menghidangkan bacaan yang menarik sebegini,..saya nak mengutarakan pendapat peribadi saye,..maknenye, pendapat ini bukan suatu kebenaran, tapi sekadar cetusan idea..

    dalam hal ini,bukan karamah para wali,bukan kelebihan tidak kira ape jua bidang ilmu,yang penting adalah setiap amal ibadat yang dilakukan adalah untuk mendapat keredhaan Allah,..segala pembirian dari Allah itu adalah hak Allah yang berkuasa ke atas segalanya dan tidak boleh dipertikaikan,..walaupun kita beribadat 1000 tahun lamanya,..jika allah tidak perkenankan hajat kita, maka hajat itu tak akan termakbul,..ape yang penting dalam amalan kita adalah keihklasan hati hambanya sendiri,..bukan untuk mencapai darjat,dan bukan untuk mendapat karamah,..
    kesimpulannye,..ape jua amal ibadat kita,..samada zikir dan doa tak kira dari ape jua cabang ilmu…

    untuk mengkaji betapa canggihnya teknologi zikir dan doa,itu adalah teknologi Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata,..

    setahu saya,.satu-satunya manusia yang pernah Allah beri kelebihan merasai canggihnya teknologi cahaya,bahkan jauh lebih canggih lagi adalah Nabi Muhammad SAW.ketika peristiwa israk mikraj Nabi diangkat kelangit menaiki Buraq yang diperbuat dari cahaya,.logiknya, sesuatu yang diperbuat dari sesuatu tentunya lebih sempurna dari asalnya,..contohnya,.roti diperbuat dari tepung,sudah tentulah roti lebih enak dari tepung kerana ramuannya,..begitu juga hal nya Buraq,..maka,kelajuan buraq adalah lebih laju dari cahaya..

    wallahua’lam

    yang penting,.kita perlu yakin bahawa pertolongan Allah pasti akan sampai bagi hambanya yang ikhlas terhadapNya,..

  6. Alhamdulillah, anda ikhlas dan berjiwa besar untuk meneroka tafsiran ghaib yang khusus untuk makhluk yang terpilih.

  7. Alhamdulillah, anda ikhlas dan berjiwa besar untuk meneroka tafsiran ghaib yang khusus makhluk yang terpilih.

  8. Pingback: Istana Balkis dipindahkan oleh Asif Barkhiyya « KinoKatsu

  9. Alhamdulillah… kritik seperti inilah yg saya cari kawand, menyangkal, namun mampu memberikan yg benar menurut pengkritik. Kalau yg seperti inilah yg namanya meng kritik, yakni berdasarkan dalil2… Saya merasa menemukan sebuat titik terang masalah buku “Muhammad Isa Dawud”, terima kasih saudara ku….

    Salam Dari:
    Hana Nurdin
    Perwakilan Dari
    Pondok Pesantren Riyadlus Sholihin
    Probolinggo-East Java-Indonesia

  10. Pingback: Cara Asif Memindahkan Istana Balqis | We Want The Truth

  11. jin pun ada yang Islam dan ada pula yang kafir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s