Cara Asif Memindahkan Istana Balqis

oleh Ibnuyaacob & Ustaz Badri

Artikel ini adalah sebagai membahaskan hujah Muhammad Isa Dawud tentang penggunaan tenaga cahaya dalam operasi pemindahan Istana Balqis oleh Asif Bin Barqiya.

Artikel ini juga ingin menyatakan ‘tidak setuju’ akan pendapat bahawa Asif telah menggunakan tenaga cahaya. Hujah ini bukanlah kajian baru, tetapi hujah yang diambil dari kitab kajian-kajian ulama’-ulama’ tasawuf terdahulu.

Dalam bukunya (Muhammad Isa Dawud) yang bertajuk, “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”, dengan panjang lebarnya menerangkan akan teknologi cahaya yang telah dicapai sejak zaman silam.

Penerangan ini mencakupi pelbagai sudut dan intipati bermula dari beberapa kiraan kelajuan cahaya, kenderaan UFO sehinggalah kepada kesimpulan bahawa Asif Bin Barqiya telah menggunakan cahaya.

(kami sendiri berasa hairan mengapa MID tidak menggunakan kitab tasawuf untuk membahas soal Asif bin Barqiya, mustahil beliau tidak mengetahui. Namun mungkin beliau ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat kita fikirkan. Mudah-mudahan Allah melimpahi rahmat dan kesihatan atasnya untuk terus menulis)

Sebenarnya Asif Bin Barqiya bukanlah seorang saintis, tetapi beliau adalah ahli sufi, ahli tasawuf dan pengamal tarekat dengan ilmu-ilmu laduni yang tak terkira banyaknya.

Biografi Asif Bin Barqiya hanya dapat diperoleh melalui kitab-kitab pengajian tasawuf dan kelas-kelas tarekat sama ada di Timur Tengah, Pattani, Malaysia atau Indonesia. Bagi sesiapa yang pernah menyertai kumpulan-kumpulan tarekat Shatriyah atau Ahmadiah, sudah pasti guru-guru tarekat tidak terlepas mendedahkan tentang hal Asif yang zuhud ini.

Bagaimana Asif Memindahkan Istana Balqis?

Sebelum menjawab soalan di atas adalah lebih baik kita renung semula ayat al-Quran berikut:

“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”

“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)

Jawapannya ialah;
Cara Asif memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asif hanya sekadar berniat, tetapi “niat” yang dicetuskan dalam hati Asif tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat.

Niat yang didetikkan oleh Asif sebenarnya “berkaedah”. Dan ia sejenis kaedah teknologi yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf.

Niat beliau telah disokong oleh suatu teknologi tasawuf yang diberi nama Keramat Dunia Ke-19.

Dalam kitab Lum’atul Aurad karangan Wan Ali Bin Abdul Rahman Al-Kelantani ada membahaskan bahawa ketika Asif berniat ‘menghadirkan’ istana Balqis, Asif telah menyertakan sekali dalam niatnya kalimah “Yaa zaljalaa..liwal ikram…”.

Ulama’-ulama’ tasawuf keseluruhannya menyetujui bahawa martabat teknologi yang dimiliki Asif adalah antara tertinggi dikalangan manusia biasa (tidak termasuk Nabi & Rasul). Teknologi keramat Asif sudah berada di puncak teknologi tasawuf yang dinamakan capaian akhir “Kun fayakun”.

Perbahasan panjang lebar tentang martabat-martabat keramat seperti ini juga boleh didapati dalam kitab Syarah Hikam dan Sairus As-Salikin.

Apakah Keramat Dunia KE-19?

Keramat Dunia Ke-19 atau ringkasnya KDK-19 ialah suatu martabat ilmu yang dianugerahkan Allah SWT kepada insan-insan yang telah mencapai tahap kekasih Allah. Sesiapa sahaja boleh memperolehnya asalkan bertaqwa, berzuhud, bertarekat dan beramal soleh.

KDK-19 tidak boleh diperoleh hanya dengan kuat beribadat dan berzikir. Terdapat kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti dan dipandu oleh guru tarekat yang mursyid untuk memperolehnya.

Keramat Dunia Ke-19 bermaksud sesiapa yang memilikinya akan mampu menghadirkan atau mengadakan sesuatu benda, kejadian atau tingkahlaku hanya dengan niat di dalam hati. Dalam erti kata lain apa yang terlintas di hati akan dimakbulkan Allah.

Peringkat-Peringkat Keramat Dunia

Di dalam kitab tasawuf telah diterangkan dengan nyata akan KDK-1 hingga KDK-20. KDK boleh diringkaskan sebagai visi akhir seseorang ahli tarekat. Tetapi ada juga ahli tarekat yang tiada langsung mendapat KDK ini, cuma sekadar mendapat keramat-keramat yang biasa seperti menyembuhkan penyakit, berkomunikasi jarak jauh atau berjalan di atas air.

Berikut ialah senarai teknologi KDK yang menjadi rebutan ahli-ahli tarekat:

KDK-1 : Peringkat ini Allah amat kasihkan dan memuji-muji nama mereka (ahli tasawuf). Alangkah bertuah dan mulianya mereka ini kerana sentiasa dipuji Allah.

KDK-2 : Allah sendiri mengucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya kita diucap terima kasih oleh seorang yang hina pun sudah cukup baik, apatah lagi jika Allah sendiri yang mengucapkannya.

KDK-3 : Allah Taala sangat kasih dan cinta akan mereka. Jika seorang raja mencintai kita sudah cukup untuk kita bermegah dan mendapat faedah, apatah lagi raja sekian alam sendiri yang cintakan kita.

KDK-4 : Allah Taala sendiri menjadi wakil untuk mengurus urusan mereka.

KDK-5 : Allah Taala menjamin rezeki ke atas mereka ke mana sahaja mereka pergi.

KDK-6 : Allah Taala mengawal tubuh badan mereka dari disakiti musuh.

KDK-7 : Allah Taala menjadi sahabat teman setia mereka.

KDK-8 : Ahli sufi berjiwa besar dan tidak terasa terhina membuat kerja-kerja yang tidak disukai orang. Malah mereka tidak suka ditolong orang hatta raja sekalipun.

KDK-9 : Tinggi hemah dan kezuhudan seta tidak sedikit pun ternoda dengan kemegahan dunia.

KDK-10 : Kaya hati, tenteram dan aman. Tidak terkejut dengan kekayaan baru yang datang dan tidak pula susah hati bila ditimpa kemiskinan.

KDK-11 : Bersinar-sinar nur hati mereka hingga dapat memberi petunjuk kepada orang ramai tentang ilmu-ilmu rahsia, hikmat-hikmat yang tidak dapat diberi oleh manusia biasa.

KDK-12 : Sentiasa berlapang dada sehingga bala yang besar tidak mampu langsung menggundah-gulanakan jiwa mereka.

KDK-13 : Wajah mereka sentiasa terpancar sinar kehebatan dan mampu merebahkan orang yang melihat atau musuh yang mendekati hatta raja yang zalim sekali pun.

KDK-14 : Allah Taala melimpah keberkatan pada segala pergerakan tubuh dan perilaku mereka seperti tempat tidur, bekas makan dan tempat duduk sehingga diambil orang untuk keberkatan. Malah yang bersahabat dengan mereka juga mendapat tempias ilmu-ilmu keramat mereka.

KDK-15 : Mereka menguasai lipat jalan bumi, udara dan air sehingga jika dikehendaki terbang di udara atau menyelam di laut dalam nescaya diperkenankan Allah.

KDK-16 : Mereka dapat menunduk dan menjinakkan segala jenis binatang buas malah binatang itu dapat dijadikan khadam suruhan pula.
KDK-17 : Mereka dianugerahkan perbendaharaan bumi. Sekiranya mereka mengkehendaki harta karun itu timbul dari perut bumi nescaya berlaku. Mereka juga mampu mendatangkan rezeki (makanan) sendiri jika terasa kelaparan.

KDK-18 : Mereka menjadi tumpuan orang ramai Kepada orang yang berhajat berkasih kepada Allah wajarlah dijadikan mereka ini sebagai wasilah. Berkhadamlah dengan mereka ini mudah-mudahan akan sampai makrifat kepada Allah.

KDK-19 : Apa sahaja yang terlintas di hati atau tergerak lidah untuk meminta sesuatu hajat nescaya tercapailah hajat mereka.

KDK-20 : Terjatuh mesra kasih orang ramai apabila terpandang mereka.

Kesimpulan

Dajjal tahu siapa Asif bin Barqiya, apa kehebatannya dan ini bukan sesuatu jangkaan kerana Dajjal mampu mendapat maklumat berikut melalui Iblis laknatullah. Cuma Dajjal itu tidak mampu meniru dan mencipta ilmu tasawuf kerana ia ilmu makrifat yang berkaitan kezuhudan hati.

Dajjal tidak mampu mencipta teknologi ini kerana ia berasaskan wirid dan zikir. Zikir tidak boleh dilihat kehebatannya, ianya hanya boleh didengar.

Menyedari kekurangan ini Dajjal terpaksa berhempas pulas menggunakan tenaga elektrik dan cahaya untuk menandingi ilmu tasawuf ini. Eksperimen Phildephia sudah menjalani beratus-ratus ujian tanpa diketahui.

Ini bukanlah bermakna Dajjal masih diperingkat tenaga elektrik, Dajjal sudah pun mempunyai teknologi cahaya yang digunakan UFO. Cuma Dajjal belum bersedia menimbulkan teknologi itu di tengah-tengah masyarakat sekarang kerana ia belum sesuai.

Kejayaan menggunakan cahaya akan berlaku juga seperti kejayaan memunculkan gambar di skrin televisyen zaman dahulu. Idea teknologi ini akan didetikkan di otak salah seorang terpilih (the chosen one) tidak lama lagi.

Dengan terhebahnya teknologi itu kelak maka hampirlah saat perang dunia akhir zaman.

P/S : Maklumat ilmu tasawuf adalah sesuatu yang sensitif bagi masyarakat yang tiada ilmu zaman sekarang ini. Bagi yang berminat mengetahuinya dengan lebih lanjut hendaklah menanyakan sendiri kepada tuan guru-tuan guru di mana-mana sekolah pondok. Jangan sesekali menanyakan ilmu ini di internet walaupun ada ustaz-ustaz yang membuka ruang bicara secara online.

(PERHATIAN : Bagi yang berminat menggunakan artikel ini untuk blog peribadi hendaklah kiranya tidak dibuang akan pesanan P/S yang tertera di atas bagi mengelak syak wasangka dan fitnah pembaca bukan Islam. Hendaklah diletak alamat blog ini agar tiada kesangsian dalam mengetahui sumbernya.)

38 Responses to Cara Asif Memindahkan Istana Balqis

  1. salam.
    maaf mencelah.
    pada pandangan dan teori saya, teknologi cahaya sepatutnya wujud. sebelum ini saya pernah terdengar yg bahawa segala isi dunia ini berasal dari Nur Muhammad saw, nur itu seperti sedia maklum bermaksud cahaya. jadi, proses manipulasi cahaya mungkin telah dilakukan bagi menukar cahaya kepada objek.
    Bagi keadaan diatas(Asif), mungkin cara memanipulasi objek kpd cahaya ini telah menjadi “auto” dimana ianya adalah berkat dari Allah swt tetapi dajjal pula terpaksa mencari cara “manual” kerana hanya mempunyai laknat Allah swt.
    bagaimanapun, ini hanyalah teori semata2. Waulahualam

  2. Setuju 100%!!

    Namun, org2 skrg masih anggap tasawuf adlh ilmu sesat, maklumlah suratkhabar tabloid asyik citer pasal ajaran sesat tasawuf je..tak pernah pun tonjolkan ajaran sbenar tasawuf.

    (bekas pelajar SAR)

  3. Yg berkata tidak ada disebalik tu sebenarnya mindanya masih belum sampai disebalik itu.

  4. Saya ingin menambah sdikit pndpt saudara Ahmad,sy bersetuju dgn anda sebelum ini ayah sy ada menceritakan ttg seseorg yang tinggi Ilmu dan dihormati dikalangan pnduduk tmptan ini xperlu la sy sebut dimana..nak dijadikan cerita beliau sering dikunjungi ramai orang,satu hari didepan garaj tmpt letak kereta beliau dihalang oleh sebuah kereta salah seorang tetamu..pada ms itu beliau belum balik lg,apabila balik melihat garaj sudah dihalang..ntah mcm mn tiba2 keretanya sudah diparking kedlm tanpa sdikit pun kereta yg menghalang itu digerakkan..secara logiknya tidak boleh masuk akal.. salah seorang muridnya perasan bhwa kereta nya sudah masuk kedlm lalu bertanya secara selamba “Tuan guru mcmn leh parking kat dlm kan kereta halang” lalu Tuan Guru mnjawb “Ada nmpak cahaya tak”..jd pada pendapat sy lah dimana ada cahaya disitu ada ruang ianya ada sebagai satu tembusan atau boleh dikatakan “Teleport” untuk ssuatu objek melepasi,walaubagaimanapun saya kurang ilmu dalam sains+Tasawuf ini mungkin ada yang boleh menerangkan lg dalam bidang ini..

  5. Salam.
    Salah satu contoh lagi mungkin berkaitan dng persamaan E=mc^2. Apa yang dapat dilihat dari persamaan ini adalah ia menggunakan kelajuan cahaya sbg pemalar (c^2). Sungguh pelik bagaimana saintis berketurunan yahudi (albert einstein) mampu mengaitkan kelajuan cahaya & jisim untuk mengira tenaga. Dari persamaan ini dapat kita hasilkan Jisim (m) bersamaan dengan Tenaga (E) bahagi kelajuan Cahaya kuasa dua (c^2)… Sudah diketahui formula untuk jisim adalah spt panjang x lebar x tinggi, formula tenaga pula adalah e=mc^2 sendiri, tetapi bagaimana pula dengan cahaya? tiada lagi persamaan utk menghasilkan cahaya. Apa yg saya cuba nyatakan disini cahaya merupakan sesuatu yg sangat kompleks untuk diterokai oleh akal manusia secara amnya. oleh sebab itu ilmu tasawuf dikurniakan Allah s.w.t kepada umat Islam sebagai bantuan. Bagaimanapun sebagai umat Islam yang bersifat “Khairu Ummah”, tak salah rasanya bagi kita untuk terus mengkaji cahaya demi kemajuan ummah. hanya sekadar pendapat, betulkanlah jika silap…
    Waulahualam

  6. apa yg aku paham, artikel kat atas cakap Asif ms nak pindahkan istana tu dia tak guna cahaya, tp guna niat je. Dia x perlu cahaya lg sbb dah ade KDK-19. Cuma Dajjal je terpaksa plak cipta alat guna cahaya nak tiru cam Asif.

  7. Artikel diatas telah membincangkan SATU ILMU YANG BERKAIT RAPAT DENGAN KEIMANAN dan AMAT PENTING untuk umat Islam mencari ILMU TERSEBUT. Manusia mempunyai satu sifat yang selalu memandang serong kpd org lain yg beramal tidak seperti beliau. Lantas dihukumnya sesat. Kita adalah anak2 yg lahir dan hidup atas warisan penjajah. Penjajah telah berjaya membahagikan antara ILMU, AMAL dan IMAN. Maka jadilah kita UMAT ISLAM tanpa AKIDAH. Itulah missi penjajah. Cuba fikirkan.

  8. Saudara Nashidul,
    Ko ni melihat pada apa yang ditulis jer la,ko xnak kaji apa yang tersirat disebaliknya..ok la aku bg example ko nak pindah cawan guna tangan dari A ke B kan..Jd sama seperti yang dilakukan oleh Jin Ifrit..cara kaedahnya..Tp Asif dengan kelipan mata boleh memindahkan Istana Balqis ni..jadi disini membincangkan satu masalah Ilmu bagaimana pemindahan tersebut..adakah menggunakan cahaya?atau niat? tp bagaimana?boleh anda terangkan..maaf saya xcukup ilmu lagi..

    • en Miaw, lebih manis kalau guna bahasa yang manis, lemah lembut, sofan santun pabila bertutur sesame kita…. Anda tak rugi, malah akan lebih dikasihi dan disanjungi.

  9. Asalamualaikum Saudara;

    Formula Sufi :

    Makhluk Allah
    Makhluk = Semua
    Makhluk = Berbeza
    Makhluk = Hamba
    Makhluk = Jasad
    Makhluk = Roh
    Makhluk = Abadi
    Abadi = Allah

    Asalamualaikum

  10. tarekat adalah salah saTU kelampauan dalam beragama… jauhkan diri dari tarekat2 yang menyesatkan… nauzubillahiminzalik…
    mana mungkin makhluk dapat mencapai tahap kunfayakun… kerana tidak ada satupun dalam dunia ini yang sekutu dengan-Nya.
    dalil- surah al-ikhlas….rujuk dan hayati maksudnya.

    • Salam. Sebelum kita komen begitu, kita perlengkap diri kita terlebih dahulu dengan ilmu. Cari guru. Biar belajar dengan guru. Jika kita belajar tidak berguru, guru kita adalah syaitan!!!

      Kita ambil iktibar dari pepatah kita, ‘kalau kail ada sejengkal, jangan laut hendak di duga….’

  11. persoalan mengenai bagaimana asif memindahkan istana balqis tidak perlulah dipersoalkan panjang lebar..kerana ayat2 al-quran begitu mudah difahami sebenarnya…, dan ayat yang menjadi dalil untuk cerita asif ini adalah ayat mutasyabihat( memerlukan penafsiran mendalam)..tidak perlulah diperbincangkan panjang lebar, kerana ini boleh menyesatkan kita…cukup sekadar mengambil pengajaran daripada kisah tersebut, demi meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allahurabbuljalil…klau kita asyik memperbincangkan mengenai benda2 ini sampai bilapun kita takkan maju…bangsa lain sedang sibuk mengejar kita dengan teknologi …kita masih menumpu perbincangn kepada benda2 yang remeh…macam mana kita nk maju dan bersaing dengan mereka? Fikir-fikirkanlah…- suara tajdid

  12. saya boleh buktikan bahawa KDK 1 dah menyimpang…mana mungkin Allah memuji hamba-hambanya, sedangkan hanya Dia yang layak dipuji…

    segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam…

  13. semua KDK menyamakan Allah dengan makhluk…
    astaghfirullahalazim…. mana mungkin Allah sama dengan makhluk yang diciptakan-Nya sendiri…

  14. “kami sendiri berasa hairan mengapa MID tidak menggunakan kitab tasawuf untuk membahas soal Asif bin Barqiya, mustahil beliau tidak mengetahui. Namun mungkin beliau ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat kita fikirkan. Mudah-mudahan Allah melimpahi rahmat dan kesihatan atasnya untuk terus menulis”
    HAL INI MUNGKIN ANDA BOLEH JELAS DENGAN MELAYARI LAMAN WEB http://www.rasuldahri.com
    atau lebih mudah
    http://rasuldahri.com/web/index.php?option=com_wrapper&Itemid=5

  15. Rozaidi Abd Wahid

    Syafiq,

    Kamu katakan tarekat menyimpang, kamu tlh menjatuhkan hukum tanpa ilmu. Jika kamu kata tarekat menyimpang, sahlah kamu bukan dr aliran agama. Cakap hati2 jgn hentam je, silap2 blh kufur aqidah. Sy cabar kamu tanya ustaz2 di tempat kamu ttg tarekat.

    Mungkin kamu trpengaruh dgn akhbar Metro yg penuh maksiat tu.

  16. Rozaidi Abd Wahid

    Syafiq,

    Kamu kata soal Asif tak perlu dibincang panjang lebar, ini satu lg bukti kamu bukan pelajar sekolah agama. Kamu tahu tak, satu kalimah yg disebut Asif tu dah bincangkan panjang lebar oleh ulama terdahulu.

    Mungkin kamu x pernah ke masjid dengar org baca kitab. Sy yakin kamu remaja belasan tahun yg hanya baca dua buku shaja iaitu buku teks Pend. Islam PMR & SPM.

  17. Rozaidi Abd Wahid

    Syafiq!

    Kamu kt nak buktikan KDK 1 menyimpang, kamu x beri bukti pun. Kamu tak perlu bg bukti kerana apa yg ditulis dlm artikel di atas bukannya penulis tu reka sendiri. Semuanya ada dlm kitab tasawuf spt Sairuz As-Salikin, Syarah Hikam dan Ihya’ Ulumuddin.

    Mungkin silapnya penulis ni x letak ‘rujukan’ secara detail.

    Ini juga bukti kamu anggap mudah hal2 agama. Kamu tak tahu, tp kamu cuba buat2 tahu. Sila belajar dulu sblm komen.

  18. Rozaidi Abd Wahid

    Syafiq!

    Kamu ckp semua KDk menyamakan Allah dgn makhluk. Actually kamu yg cakap, penulis ni tak cakap pun.

    Kamu ckp camtu sbb kamu tak paham pun apa yg ditulis. Tafsiran kamu silap. Ini artikel agama, sila ambik artikel ni dan tunjuk kat mana2 ustaz kat pondok. Kemudian bgtau kat ustaz tu kamu anggap KDK ni menyimpang.

    Saya percaya, lepas tu kamu akan disumpah jd kambing oleh ustaz2 pondok tu krn kejahilan kamu dlm ilmu agama.

  19. salam sejatra semua.

    bagi betul atau salah apa yg di utarakan di sini amat bagus.islam itu agama serua alam.tak tekeawal sebelum dunia in ada semuanya islam.
    syarit,tarikat,hakikat,marifat adalah satu bidang ilmu yg melangkau fikran kita semu.tapi boleh di fahami apabila kefahaman datang tentang sesatu perkara itu.sebagi contoh AKU BERLINDUNG DENGAN NAMA ALLAH DARI SYATAN YG DIREJAM.
    berkenaan dgan perpindah istana BALQIS.seorang hamba allah yg mempunyi ilmu dari al-kitab.adalah tangannya aja.

  20. Aslkm,

    Artikel ini memang menarik, dapat membuka minda kita supaya berfikir lebih jauh.

    Saya ada satu kemusykilan, yang mungkin kita boleh sama-sama panjangkan.

    Mengapa Asif bin Barkhiya ini hanya sekali itu sajalah (yang kita tahu) dia menggunakan kelebihannya? Padahal Nabi Sulaiman banyak kali terlibat dalam peperangan. Mengapa Nabi Sulaiman tidak menggunakan khidmat Asif lagi seperti mencuri senjata-senjata musuh dan sebagainya?

    Kemudian, adakah Asif ini mempunyai hubungan dengan Nabi Khidhir?

    Wallahualam.

  21. salam.
    kalau asif guna asma husna ya zal jala maka istilah melayunya = mulut masin. x berkaitan dgn cahaya dah.

    ada pro n con nya mulut masin ni. cakap kena kontrol. sebab dah kun fayakun. sebab tu kalau nak amal kena berguru

  22. alexander,
    asif tu seorang yang zuhud. orang zuhud ni tidak suka menunjuk-nunjuk akan kelebihannya tetapi kerana pada waktu di mana N.Sulaiman menawarkan tugas maka asif berjaya dengan izin Allah. kalau Sulaiman minta petolongan asif dalam peperangan misalnya suruh curi senjata-senjata musuh bererti tidak adalah cabaran untuk Sulaiman berjuang…nak harap karomah ja dari seorang yang zuhud seperti asif… terima kasi, ini pendapat saya jer…

  23. Assalamualaikum,

    Saya tak layak nak bicara pasal tasawuf ni, nak cakap pasal agama pun banyak jahilnya. Pada hemat saya. Asif menyahut cabaran tu sangat baik untuk ummah manusia. Disini beliau mungkin melakukan atas dasar da’wah dan patuh kepada Nabi Allah. Bayangkan lah jika Ifrit yang memindahkan Istana, ummat manusia yg jahil mungkin akan mengkagumi Jin dan ingin berguru dengan nya. Jadi dimana taraf manusia sebagai khalifah Allah yang lebih mulia dari Jin?.. Hanya pandangan. Wallahua’lam

  24. sudah menjadi lumrah manusia tuh sering berbeda pendapat.

  25. SENAPANG patah

    Bismillah
    Allahummasolli’alamuhammad wa’alaalimuhammad

    Salamun’alaikum semua…

    Aku setuju dgn alLambori, manusia adalah khalifah d muka bumi.

    Aku suka artikel nih, membuka & menjana akal. Ianya bukan membuka persoalan kenapa & bila tapi bagaimana Asif mempraktikan ilmu Allah tersebut…hmmmm

    Kesimpulan yg senang ialah ilmu akal (sains) & kudrat manusia tidak setanding langsung dgn ilmu Allah. Jgnlah kita memandang rendah sesuatu yg kita tiada ilmu mengenainya…terutama dlm ilmu islam.

    Bukankah ada dlm al Quran bhw ilmu Allah sgt bykkkkkkk, jika lautan diguna utk menulis nescaya kering lautan tapi ilmu Allah masih bykkkkkkk dpd itu.

    Lagi pula ilmu sains dpt d hurai cara islam, tapi ilmu islam tak semestinya dpt d hurai cara sains…masyaAllah

    Kalu persoalan kenapa utk d bincangkan…Kenapa Muhammad s.a.w tak guna ilmu spt Asif dlm penyebaran islam? Sudah tentu Muhammad s.a.w lebih byk ilmu Allah berbanding Asif…kerana dunia ini ujian utk kita. Kerana adanya syurga & neraka, kerana sunnatullah dan byk kerana lagi…

    Bukankah dlm al Quran ada nyatakan bhw jika Allah nak semua manusia beriman adalah mudah baginya…

    Bagi aku persoalan bagaimana lebih baik utk d kaji, kerana ianya boleh menolong kita dunia akhirat jika tahu…

    Allahu’alam…

    pendapat seposen aku…ngehhhhh

    iyyakanaqbudu waiyyakanasta’in
    ihdinassirotolmustaqim

  26. askum maaf nak tayer ..
    mana nak cari guru yang boleh tunjuk ajar macam tue..
    sesapa ada maklumat beritau…

  27. pelengkapkan diri dengan islam…
    perteguhkan hati dangan iman…
    perkuatkan amal dengan ehsan…
    pegang kepada 2, Al-quran & Sunnah…
    sentiasa ingat kepada mati…

  28. hadis nabi(siapa yg mengenal dirinya maka dia mengenal tuhannya,barangsiapa yg mengenal tuhannya maka binasalah dirinya]
    asif tergolong dlm golongan org2 yg mengenal diri nya tidak seperti syafiq!
    allah pun kamu x kenal,,tp berhujah tentang menyekutukan allah..dan boleh pula menjatuhkan hukum pada org lain..ingat! hanya allah yg berhak menghukum.jangan hanya belajar syariat saja..sertailah dengan tarekat,hakikat ,makrifat..kalau org mcm syafiq merumuskan hadis di atas nescaya dia akan mengatakan akan hancurlah diri org yg mengenal tuhannya.. ha ha,,apa yg tersurat pasti ada yg tersirat..asif telah mencpai ke makam makrifat..ingat!tiada yg mustahil bagi allah…aku ni tergolong dlm org2 yg kurang ilmu…tidak seperti syafiq,yg tinggi ilmunya hingga ke tahap boleh menjatuh kan hukum..hu hu

  29. Keramat atau mukjizat bukannya spt sihir yang hanya tipu daya berkaitan dgn penerbalikan gelombang otak manusia. Ahli sihir sendiri tidak tahu bagaimana manusia bleh tertipu kerana nyata ia sebenarnya sedang menipu dari ajaran dan bantuan iblis dan jin. Ahli keramat mengetahui secara jelas dan nyata dan ada hukum sebab musabab yang kita tidak ketahui melainkan mereka. Kesan atau hasil dari perbuatan mencarik adat itu datang bukan dengan tanpa ilmu pengetahuan, Sesuatu hasil atau kesan seperti tidak tahu bagaimana ia boleh ghaib dan tidak tahu entah macam mana dia boleh berjalan seolah2 melipatkan bumi dibawah kakinya adalah sihir. Iblis sendiri mampu bergerak sepantas kilat dan sekelip mata mampu berada beribu2 kilometer jaraknya di bumi dan begitu juga caranya ia mengembara memilih jaraknya ke angkasa. Yang samar dan tidak diketahui itu sumbernya dari sihir dan fatamorgana. Kenapa ahli keramat begitu yakin melakukan sesuatu yang mencarik adat ( perbuatan seumpama itu bukannya pilhan utama kerana termasuk dalam ujian dari Allah s.w.t ) Amalan zikir dan mujahadah yang mreka amalkan mempunyai kaedah dan kaedah itu mampu menerbitkan pengaruh pada otak, jasmani dan rohani. Getaran atau gelombang dari zikir dan mujahadah mereka mampu mensucikan hati dan membaikkan pekerti apatah lagi fikiran dan otak yang disinari cahaya dari ilmu ilmu Allat s.w.t. Manusia dicipta dan disempurnakan untuk menanggung amanah, rahsia dan ilmu dimana Adam a.s telah membuktikan ilmu yang diperolehimya terus dari Allah s.w.t. yang tidak diketahui Malaikat, Jin dan Iblis laknatullah. Pasti dengan kelebihan ilmu pengetahuan serta rahsia alam yang fana yang dianugerah Allah s.w.t hasil dari sikap dan sifat zuhud mereka menjadikan mereka mampu melakukan sesuatu yang mustahil dimata kita tapi tidak pada mereka. Rahsia yang Allah s.w.t bentangkan dihadapan mereka menjadikan mereka celik, sedar
    dan arif tentang segala sesuatu yang ingin mereka ketahui..Apapun keramat mencarik adat sedemikian bukanlah sesuatu yang wajib pada sesorang abid kerana keramat yang sebenar ialah istiqamahnya mereka dalam mengamalkan amalan dan mujahadah. Wallah huaklam.

  30. ya Allah bantu lah aku mencari guru yang musyid….

  31. sesungguhnya Alquran itu adalah petunjuk bagi orang yang beriman…

  32. jikalau air laut dijadikan dakwat pena pun takkan dapat menulis semua ilmu2 ALLAH.ilmu akidah,ilmu fikah,ilmu tasauf adalah ilmu ALLAH semata-mata.Milik dan HAK ALLAH ilmu2 tersebut beramallah kamu setakat kemampuan dan pengetahuan kamu sesungguhnya kamu akan diberi manafaat(pahala/ilmu/rahsia ketuhanan) sesuai dengan usaha dan ilmu di dada mu.syurga 7 peringkat ,neraka 7 peringkat. janganlah menuduh saudara2 kamu yg mengamalkan mana ilmu2 ALLAH itu sesat.Sesungguhnya kepada ALLAh kita semua akan dikembalikan.Datang dari alam ghaib..dikandung dalam rahim ibu…nyata zahir di dunia fana..diuji ketaatanmu dan janjimu semasa di alam ghaib dan akan meninggalkan dunia dan kembali semula ke alam ghaib.’dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita akan kembali’

  33. Sebagai manusia yg di ciptakan AllahSWT hendaklah senentiasa bersyukur dan redha atas pemberiannya sekalipun ilmu landunni yg hanya di berikan pada orang2 yg tertentu saja atas amalan alquran dan sunnah , dan pilihan Allah itu di berikan pada yg benar2 cinta dia sajai,. Allah huaalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s