Perang Konspirasi Dajjal : Tugasan Obama (Bahagian 2)

oleh Ibnuyaacob

FASA PENYERAHAN TUGASAN PERANG

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.

Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.

Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis-penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.

Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.

Presiden Baru Dengan Misi Baru

Walau bagaimana pun, kami melihat perkembangan kemenangan ini dengan tanggapan yang berlainan. Sesungguhnya kami memandang negatif kepada setiap langkah politik Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Ini kerana tiada suatu pun perkara baik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat semenjak ia ditubuhkan.

Perkara baik yang kami maksudkan ialah dasar-dasar terhadap negara Islam.

Conspiracy Theorist terkenal iaitu Texe Marrs pernah memberi komen pada awal kempen Demokrat bahawa kedua-dua parti (Republikan & Demokrat) adalah dari rumah yang sama iaitu Illuminati. Pendedahan tentang rahsia di sebalik kedua-dua parti ini diterangkan dengan teliti oleh Texe Marrs dalam ceramahnya yang bertajuk “The Synagogue of Satan and the Dancing Marionettes of the Democrat and Republican Party.”

Kami percaya Barrack Obama adalah percaturan beberapa kelompok pelobi zionis Israel yang sudah berbusut di Amerika sejak sekian lama. Kumpulan-kumpulan ini adalah pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika.

Biasanya kumpulan percaturan ini dikenali sebagai kelompok Neo-Konservatif. Mereka terdiri dari ramai orang dan pelbagai organisasi. Ahli-ahli mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berfokus dan ianya dianggotai dari pelbagai jenis lapangan bidang ilmu.

Percaturan kumpulan Neo-Konservatif ini dijangka telah menemui capaian keputusan bersama bahawa Barrack Obama adalah individu paling layak menerima ‘tugasan baru’ selepas George Bush jika hendak dibandingkan dengan John McCain.

Sejarah Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam

  1. George H.W. Bush (1989 – 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
  2. Bill Clinton (1993 – 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 1998) dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
  3. George W. Bush (2001 – 2008): Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)

Daripada 3 orang presiden di atas, Bill Clinton adalah presiden paling tidak cemerlang dalam menjalankan operasi ‘menghentam’ Iraq. Operasi Desert Fox 1998 dianggap gagal dan Clinton dianggap gagal menjalankan ‘tugasan’ sebagai presiden Amerika.

Clinton dilihat hanya berjaya menjalankan operasi-operasi kecil ketenteraan sahaja. Kegagalan Bill Clinton diakui oleh bapa Neo-Konservatif Yahudi iaitu Dr. Henry Kessingger dalam satu temuramah dengan Margaret Warner pada 21 Disember 1998. Kessingger menyimpulkan Operasi Desert Fox itu sebagai gagal secara keseluruhan dalam menghapuskan Iraq.

Takrifan Tugasan Baru Obama

‘Tugasan baru’ yang dimaksudkan bukanlah portfolio-portfolio yang ditinggalkan oleh George Bush ketika menjadi presiden tetapi ia berupa bentuk misi sulit yang lebih kepada ‘terjahan’ kepada negara-negara Islam.

Misi Obama kali ini sudah pasti suatu bentuk peperangan versi baru yang terpaksa dipikulnya untuk kesinambungan tugasan kumpulan Neo-Konservatif yang bercabang di bawah organisasi Illuminati.

Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan yang bakal dimainkan oleh Barrack Obama dalam perang konspirasi Dajjal nanti. Adakah Obama akan membawa Amerika sebagai negara penyokong dana sahaja atau memastikan Amerika juga terlibat sama dalam peperangan ini?

 

(Kiri) Timothy F. Geithner (Kanan) Richard S. Fuld

Kami percaya Obama adalah penyambung kepada tugasan yang diberikan pemerintah Illuminati kepada Timothy F. Geithner dan CEO Lehman Brohters, Richard S.Fuld.

Geithner dan Fuld telah dilihat berfungsi sebagai penyumbang modal kepada Israel manakala Obama dilihat sebagai pelindung kepada operasi Israel melalui penggunaan kuasa veto di PBB.

Obama dan Israel

Kita harus teliti dalam hal peranan sebenar Obama ini terhadap negara-negara Islam. Kemenangan Obama disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Israel dan akhbar-akhbar utama Israel pula mendefinasikan kemenangan tersebut sebagai ‘kepulihan demokrasi kaum’ di Amerika.

Namun, negro ini kemungkinan lebih memberi ancaman kepada negara-negara Islam kerana tanda-tanda ancaman itu telah pun dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.

Dalam ucapannya Obama ada menyebut;

“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”

“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”

“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”

“We should work – we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”

(Gambar) Obama ketika melawat tembok suci Israel.

Operasi Perang Di Bawah Obama

Kami tidak yakin negro ini bersikap positif terhadap negara -negara Islam. Semasa di persidangan AIPAC pada Jun lepas sahaja, Obama telah menghentam Iran dengan keras dan ucapannya tentang Iran hampir meliputi 60% dari teks ucapan keseluruhan.

Operasi perang yang mungkin tercetus di bawah regim Obama kemungkinan bersifat perlindungan politik terhadap Israel. Ini berdasarkan undian online yang dibuat oleh akhbar Haaretz mendedahkan 47% pembaca akhbar Yahudi itu mahukan Obama mengeluarkan tentera Amerika dari Iraq.

Kita tidak boleh pandang ringan keputusan undian secara online ini. Walaupun sistem ini kecil tetapi ia menggambarkan suara hati pembaca dan pelayar internet.

Kita kemungkinan boleh mengetahui pengaruh sistem undian online ini selepas 20 Januari 2009 apabila Obama membentangkan polisi ketenteraannya ke atas Iraq.

Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanjian politik palsu dengan Amerika kelak.  

Timothy F.Geighner dan Barrack Obama

Dalam artikel lepas iaitu Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1) telah kami terangkan bagaimana Geithner memainkan peranannya sebagai ‘penerima tugasan’. Kini kita lihat pula kenapa Geithner dan Obama dipilih untuk melaksanakan tugasan Illuminati itu.

Timothy F.Geithner (penggerak kejatuhan ekonomi dunia) adalah berketurunan Yahudi tulen dan pernah belajar di Sekolah Antarabangsa Bangkok. Semasa menuntut di Dartmouth Colleage, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Government and Asian Studies pada 1983.

Kemudian Geithner menyambung pula master di John Hopkhin University khusus dalam bidang International Economics and East Asian Studies. Pengetahuan luas tentang ekonomi Asia yang dimiliki Geithner dilihat mencurigakan apabila beliau adalah orang pertama yang memutuskan mengadakan mesyuarat persediaan kejatuhan Lehman Brothers pada 13 September 2008.

Perlu kita ketahui juga Geithner adalah calon yang disebut-sebut akan menerajui sebagai Treasury Secretary dalam pentadbiran Obama kelak. Jika perlantikan Geithner kelak menjadi kenyataan, maka adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang.

Penilaian yang kami buat ini merujuk kepada latar belakang Geithner sendiri yang merupakan anak didik Dr. Henry Kissengger. Selain itu, Geithner juga merupakan ahli pertubuhan Yahudi paling berpengaruh iaitu Council on Foreign Relationship dan Bilderberg Group.

Wallahu’alam…

perhatian2

About these ads

38 responses to “Perang Konspirasi Dajjal : Tugasan Obama (Bahagian 2)

  1. Alhamdulillah, ana setuju 100% dengan apa yang anta huraikan.

  2. Spiderman Spy

    Mungkin Obama ni org suruhan Dajjal jugak. Cuba tengok masa dia menang, muka dia tak le ceria sangat. Biasa-biasa je…macam dah tau nak menang..

  3. Obama jugak yahudi laknat musuh umat Islam!!!

  4. mastura azman

    Mungkin jg kita jgn terlalu negativ thinking, mana tahu lepas ni negara2 Islam kembali aman lepas Obama jd Presiden.

  5. Mungkin apa yang dihuraikan disini betul dan mungkin tidak. Saya tidak kenal awak dan awak tidak kenal saya. Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan info-info sensitif seperti ini di internet. Saya tertanya-tanya juga kenapa awak tahu info-info dalaman sedalam ini? Dari mana “source” dia, dan apa buktinya untuk membuatkan saya percaya?

  6. kiamat itu pasti,sebelum kiamat,tanda2 besar & kecil keluar. saya positif dgn apa yg diceritakan disini.x mungkin akan aman dunia ni selagi yahudi berkuasa.obama mungkin sebagai boneka terbaru,utk memenangkan hati negara2 islam yg lain.utk memudahkan cara mendekati pemimpin negara islam.selepas itu,faham2lah.
    info yg dinyatakan disini bagus.sekurang2nya mata & fikiran kita “dibuka” utk melihat

  7. ini adalah sekadar pandangan..dan tidak dapat dibuktikan selagi ia belum terbukti..tetapi disni kita dapati apabila seseorang (obama) itu, redha akan yahudi dan nasoro..ia bukan berita yg baik buat umat islam..

    boycott them all!

  8. Umat islam zaman skrg ada satu sifat yg buruk yg tak dpt hilang iaitu bila org mengkaji ttg org barat & Yahudi, terus dipertikai kesahihan dan marah2.

    Tapi bila ada org menulis ttg artis2 barat & yahudi khususnya dlm utusan, berita hairan dan majalah hiburan takde pula yg marah2 dan pertikai.

    sedangkan menyanjung org Yahudi dan Nasrani itu adalh laqha semata2. Mudah-mudahan kajian ttg yahudi ini diteruskan …

  9. betul tu.. takkan le neo cons tu semua nak bagi tampuk pimpinan pd selain org dia ye tak..

    mmg dr awal lagi tanah amerika ni dilabel sbg tanah penyembah syaitan. so pusing mana pun ke situ jugak ek..

  10. Dan kepada sesiapa yg bg respon kononnya akan ada damai di antara Muslim dan kafir then just dream on. Ingatlah.. kita sdg berada di dlm akhir zaman.. sprt yg telah diberi amaran oleh muslim2 yg terdahulu, inilah zamannya muslim akan dibunuh2 dan diperangi habis2an oleh org kafir. bukalah mata hati besar2. ramai yg dah mati.. Bosnia,Afghan, Iraq dan yg pastinya akn ramai lagi. Apa lagi yg tak mau percaya.. tentera al-Masekh ni tak akan aman selagi ujudnya kalimah syahadah di jiwa dan perbuatan kita.. apa lagi yg tak mau percaya..

  11. Iran dengan Ahmadi boleh tak sekat Penguasaan US&Israel?…

  12. mastura azman, there is no such thing “negara Islam”. Dalam sistem kuffar demokrasi sekarang ni, tidak mungkin wujud negara Islam yg betul2 mengikut Quran dan Sunnah melainkan sistem kekhalifahan (Khilafah) yg secara terang di tentang oleh musuh2 Islam. Sejarah sudah membuktikan.. golden age bagi umat Islam berlaku pada zaman sistem khilafah.. tapi malangnya, umat Islam sekarang cuba bangkit mengikut acuan barat. saudari rasa adakah Islam mampu bangkit mengikut acuan yahudi & nasrani ni?

    Negara Islam sudah pupus sejak jatuh nyer Empayar Khilafah Islam Uthmaniyah..

    sebab terlalu positif thinking terhadap golongan kafir (kafir harbi ?) ini lah menyebabkan rosak nya pemikiran org Islam.. Juz be alert..

    Hadis ada menyebut, kebanyakkan pengikut Dajjal adalah wanita.. mari kita fikirkan dan lihat nilai2 wanita muslim sekarang..

  13. Syakirin,

    sy bercakap bagi pihak penulis blog dan ini hanya pendapat sy semata2.

    Artikel seperti ini banyak terbitkan di dalam cyberworld. Artikel ni di tulis berdasarkan fahaman dan pemikiran yang mendalam. mereka ini semua penyiasat konspirasi. mereka bercakap bersumberkan ILMU dan pemikiran yg jitu. jika saudara/i berminat, boleh baca buku2 dari Harun Yahya (penyiasat konspirasi Yahudi no 1).

    Jika semua artikel perlukan bukti, sy rasa baik kita ramai2 baca utusan malaysia. benda salah jika di berikan bukti palsu pun, ramai manusia kategori sheople yg percaya.. :-) Bukti bukan segala2 nya.. gunakan AKAL yg Allah kurniakan..

    Jangan terlalu gembira dgn kemenangan Obama dan berharap dia akan mengubah terorrisme dan Islamophobia terhadap Muslim. Berharap la pada Allah semata2, bukan kepada makhlukNya apatah lagi berharap kepada golongan Yahudi & Nasrani..

    Muslim akhir zaman ramai tapi umpama buih2 di lautan.. (mari fikirkan kenapa nabi cakap camtu)

  14. sila lihat kesan kejatuhan Empayar Khilafah Uthmaniyah kepada umat Islam sekarang..

    http://video.google.com/videoplay?docid=4078322259298144656&ei=DSEiSaS1BoiCwgPh68n4BQ&q

    jangan fikir pemimpin2 negara kuffar, yahudi & nasrani redho dgn Islam & pengikut2 nya..

    pemimpin2 negara majoriti muslim (tidak di panggil negara Islam) pula hanya boneka mereka. pemimpin2 ini layak di panggil pemimpin munafik yg mempunyai gaya hidup sekular. Tidak peduli saudara seagama di zalimi di negara lain.. (p/s: imam islam hadhari pun ada di dalam klip ini)

    Tapi malangnya, ramai umat Islam tidak tahu dan tidak mahu ambil peduli. Akibat rasa kesombongan, ramai yg tidak mahu belajar dari sejarah. Golongan kuffar ini berjaya meracuni pemikiran majoriti orang Islam melalui serangan media massa (TV, movie, berita, newpaper, etc) dan menerapkan nilai2 pemikiran baru mengikut kehendak & acuan mereka.

    sedih aku tengok nasib saudara seagama di negara lain. takut aku mengenangkan jika ditanya Allah apa peranan aku di padang mahsyar nanti.

    Aku berharap semoga The BLACK BANNERS From The East akan muncul bersama2 dgn Nabi Isa untuk menegakkan keadilan dan sistem khilafah dalam kebangkitan Islam ke 2 nanti. Harap ia muncul di dalam hayat dan tenaga ku masih ada.. Amin..

  15. Setuju dgn Capiloton!!

    Kalau semua artikel nak taruh bukti2 kukuh, baik baca je Utusan Meloya dan Berita Hairan tu. Takde bukti pun, hentam org sama jugak.

    lagi satu utk Syakirin!!

    ko ni sape nak org tunjuk bukti2 utk engko. Ko ni pegawai penilai artikel2 internet ke?

    Kalau dah tak setuju diam je la atau tulis komen2 yg ilmiah agar dpt diperbincangkan dan bertukar2 fikiran.

    Yg lawaknya ko blh cakap “…saya tidak kenal awak, dan awak tidak kenal saya…” ape yg ko nak cakap dgn penulis blog ni?

    wakakaka…

  16. obama adalah agen yahudi…memang betul dan terbukti…

  17. Salam.

    Kepada semua pembaca dan saudara 2 yang mencari bukti dalam kesamaran cerita ,kajian dan bukti. Saya amat tertarik akan pandangan dan komentar yang diajukan saudara sekelian tetapi cuba kembali kepada Hadith Rasulullah SAW;

    ” Barangsiapa yang mendengar nama Dajjal hendaklah ia berpaling darinya kerana demi Allah , sesungguhnya apabila ia menemuinya dan dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin maka ia akan mengikutinya ( Dajjal tersebut ) dengan segala syubhat ( kebatilan ) yang akan dia bawa”.

    Hadith sahih riwayat Imam ahmad ,Abu Daud dan Hakim dari Imran bin Hussain.

    Kaitan Obama dalam hal ini : SILA RUJUK KEMBALI ARTIKEL BUKTI DAJJAL SUKAR DI KENALI.

    1. Menurut pengkaji :

    Obama adalah boneka rekaan Yahudi pada kali ini setelah kegagalan 3 presiden Amerika yang lepas dan Yahudi terpaksa mencari orang yang berwibawa dan bukan dari kulit putih dan akan mendapat sokongan dari pelbagai golongan kaum bukan sahaja didalam negara bahkan negara2 dunia pun menyokong pemilihan presiden kali ini . Kekuatan Amerika bergantung kepada Pelobi2 Yahudi. Yahudi telah awal lagi mengkaji AL-QURAN dan HADITH2 NABI.

    2. Siapa Obama ?

    Kenapa , semasa angkatsumpah President Amerika nanti dia akan menggunakan nama penuhnya BARRACK HUSSIEN OBAMA Jr.
    Siapa bapanya ? seorang muslim . apa agama Obama sekarang Kristian . Lihat kata kata beliau terhadap Yahudi . MENYOKONG DAN AKAN MENJAGA YAHUDI WALAU APACARA SEKALIPUN.

    3. PELOBI Yahudi mengambil kesempatan ini bila melihat dunia Kulit Putih mulai lemah dan mencari pemimpin baru yang kelihatan seakan Penyelamat Dunia baru .

    Sila lihat artikel diatas yang ditulis oleh pengkaji .

    YAHUDI MENCARI SEBAGAIMANA MAKSUD HADITH DIATAS.

    – Orang islam ingat dan menganggap dia adalah muslim berpandukan bapanya adalah muslim.

    – Setiap ucapannya didengari dan diterima oleh
    masyarakat dunia.

    – Saham 2 dunia melonjak naik , selepas ucapanya.

    saya menyokong penulis dan kriteria 2 ini amat hampir dengan Hadith Rasullah SAW . Renung2kan wahai rakan rakan sekelian .

    Sekian. Wassalam

  18. Salam..

    Saudara/i syakirin, saya tertarik dgn tulisan anda , pada pandangan saya ” seseorang yang hanya tahu menerima sesuatu dengan cara yang mudah tanpa mahu mencari dan mendalami tiap sesuatu dengan lebih mendalam, tidak perlu mempertikaikan akan kenapa dan dimana punca maklumat dan bukti didapati kerana hanya orang yang dalam akalnya dan dalam ilmunya sahaja yang dapat menyelami tiap sesuatu yang tersirat dan yang tersurat” ..sebagai seorang muslim kita kenalah sentiasa berhati-hati dengan dengan Yahudi kerana mereka ini akan sentiasa memperkotak-katikkan ajaran Islam dan memesongkan akidah umat Islam.

    Sekian, Wassallam.

  19. hahaha
    mmg dasar amerika dari kecik smpai ke mmpus akn trus nk jtuhkan Islam..
    segala pecaturan dunia hari ni dh deorg buat dan kita pom sedang ikut

    Org Islam yg pntg bersatu & kembali ke ajaran Islam yg tulen.

    dan nk pilih pmmipin pilih laa yg mao tegakkn Islam jgn pilih yg tao rasuah,maksiat dan segala angkatan dengan nya..
    sume dh tao kn??
    Kita sendiri ada kuasa cuma kita xsdr kita dh diperalat org2 trtntu dgn kelalaian donia..

    Islam akan bgkit gk dlm ms trdekat ni
    dh xlm dh…
    jom ayuh kita kembali pada ajaran Islam yg sbnr mcm zaman Rasullullah s.a.w

  20. obama memang tak guna.. begitu licik percaturan yahudi laknatullah..

  21. tunggu saja sampai semua ummat muslim memenangi semua peperangan terhadap yahudi!!! dan itu pasti….

  22. Bro syakirin, artikel ni tidak memerlukan bukti yg kukuh. Awak sepatutnye sedar dengan ape yg umat Islam hadapi. Bukannye dengan menjatuhkan semangat seseorang dengan soalan yg sebegitu.

  23. Buktinya sdh pun terbukti! Buktinya? Jika sesuatu pendapat itu selari dengan apa yang dibayangkan dlm Quran dan Hadith ( lebih2 lagi hal2 yang berkaitan keadaan peristiwa menjelangnya kiamat) ,maka bolehlah dipakai pendapat itu atau dijadikan sandaran dan panduan. Dan lagipun, sebagaimana yang telah banyak disebut oleh sdr kita dalam komen ini, iaitu mengenai umat Islam menaruh harapan pada pemimpin yang bukan ditunjukkan oleh Islam dari segi ciri-ciri dan amalan hidupnya , adalah amat membahayakan umat Islam dan dia sendiri adalah merbahaya! Lebih2 lagi pemimpin itu bukan orang Islam, lagi parah kesannya atas umat Islam nanti.

    Yang penting sekarang, kita kembali saja pd Quran dan Hadith. Dan dlm hadith banyak menyebutkan tentang kebangkitan Islam yang kedua yang bakal berlaku sebelum kiamat. Yang jelas seperti disabda oleh Nabi Muhammad SAW , pemimpin yang bakal membawa umat Islam ke mercu kejayaan yang hakiki adlah Imamul Mahdi dan Nabi Isa as yang mana didahului dari satu kaum atau jemaah dibawah pimpinan seorang pemuda dari keturunan Bani Tamim. Mereka akan menyediakan kerajaan Imam Mahdi dengan menyerahkan panji-panji hitam kepada Imam Mahdi dan mereka ini seprti disebut baginda SAW akan datang dari sebelah timur.

    So, selain daripada mereka yang disebut diatas ini, tak dapatlah diharap sangat atau tidak dapat diharap langsung untuk menolong umat Islam sekarang. Jadi, sama-samalah kita beusaha kearah yang ditunjukkan oleh baginda SAW sendiri dengan meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kita kpd Allah SWT dan juga berdoa agar kita akan termasuk kdlm golongan yang dirhmati ini. Amin

  24. …setiap peralihan kuasa di amerika tidak akan merubah dasar dan polisinya…..muka-muka baru cuma untuk pengharapan dunia saje…..bapak yahudi (dajjal) yg membuat dan megantur segala pintu masukkediaman presiden bagi mencapai cita-citanya(meghapuskan IMAM MAHDI….sebelum turun nya NABI ISA……..)

  25. saya memang dah agak dah..perjalanan hidup obama dengan pelbagai bentuk latarbelakang memang telah diatur/direncana..sekian-sekian tahun us mesti mengambil presiden daripada kulit hitam. berlatarbelakangkan keluarga yang pelbagai eropah + asia..

  26. Ada orang masuk rumah orang, kemudian membebel “kenapa kau cat puteh jer dinding dan tangga pulak warna hitam… ko tak kenal aku, aku tak kenal kor… watper nak ikut kor! Tapi duk baca lagi ayat2 pd dinding puteh turr.

    Orang ker raksasa kor nih?

  27. Bikir Perak

    Dan kini Dajjal telah bertapak di merata dunia termasuk lah kerajaan kita sendiri yang di pimpim oleh kerajaan umno yang menjadi pengikut setia dajjal…

  28. Bikir Perak

    John F Kennedy pernah berkata pada suatu masa kelak ada seorang permimpim berkulit hitam akan menjadi presiden Amerika… Bermakna strategy telah di rancang dari awal siapa yang akan menjadi president bagi negara besar Amerika itu.

  29. Abajadian Forever

    tak guna memaki hamun. diaorang tetap steady. Jadilah ahli ABJAD MALAYSIA.P.K.2090 di bawah pimpinan Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din. No.Tel:013-4500007

  30. hi semua..disini kita berbincang, bukan nya menghentam sesama kita..itu pun dah ada unsur kejahatan dajjal. Sesama islam kita kena melapangkan dada bila ada dikalangan kita muslim menyampaikan pendapat. Betul dan salahnya adalah Allah saja yang menentukan…bukan ditangan kita insan kerdil. Sekian nasihat saya yang cetek ilmu

  31. aku dh agak drpd awal lg..aku xpnh mempercayai sebarang propaganda USA n Israel..berlagak la selagi kalian mampu..di akhirat kelak nantikan la azab api neraka yg panas menjulang..

  32. setuju 100% dgn Capiloton.

  33. Awak kan tukang cabar, mencabar tiap hari, mula bangun sampai lelap.

  34. Bukan kah Allah telah nyatakan dgn jelas dalam ayat2Nya, tipu muslihat Yahudi laknatullah tidak akan tamat hingga hari kiamat dan musuh besarnya Islam dia juga tentera saitan dan penyembah saitan dan bertuhankan saitan..

  35. joostspringbooks

    CAPILOTON?

    who is HARUN YAHYA??
    Can we trust him??

  36. assalamualaikum. nk tambah sikit. dah jelas dan nyata obama tu homoseksual,meluluskan perkahwinan gay.. dia sendiri murtad. dan satu lagi,michelle obama tu yg dikatakn istri dia bknlh wanita sebenar.manusia itu adalah lelaki. dan dia hanya blagak gaya seakan akan wanita. dan satu lagi,ganja juga dibenarkn di amerika. sudah jelas dan nyata,yg haram dihalalkan.. bkn kh itu satu virus dlm dunia islam pd masa skrg dan satu tanda2 sebelum berlaku kiamat,yg haram dihalalkan..
    sekian,jika slh dpbetulkn.

  37. osama bin laden. pengikut syiah! juga dibuktikan,bahawa dia adalah president amerika skrg. obama adalah osama. bknkh misi yahudi adalah mengelirukan pemikiran org islam dan kristian. supaya bmusuhan. yahudi mrancang dan mbuat spekulasi bhwa osama itu ialah pengganas yg beragama islam yg mengetuai misi penghempas pesawat d bgnn PWTC. sdgkn tlh tbkti bhwa osama itu bkn islam sbnr. dan dia adlh syiah. disini,nk mengatakan bhwa,misi mereka mburukkan islam dmata dunia. dan selepas kejadian itu,afghanistan djadi sasaran,dkatakan osama rakyat afghanistan. dh jls2 osama itu rakyat iran pengikut syiah sesat. slps perang di afghan dan iraq tidak dpt d laksanakan oleh bush(president sblm obama),pihak yahudi mbuat pcaturan baharu.dan melantik seorang president baru amerika utk mengetuai misi yg baru yg sblm ini diketuai oleh bush. mereka menarik balik osama yg sblm ini sbgai pengganas untuk memegang misi bru ini,dan kononnya mjdi sbgai president amerika yg bru. osama d ubah sedikit wajahnya dgn pembedahan plastik akibat kecederaan dialami yg kononnya dicederakan oleh tntera amerika. itu semua hnya tpu daya pendustaan org yahudi. dan selepas itu,pd tahun 2012,obama muncul,dan mjdi president baru amerika. dan selepas itu obama membuat satu pengumuman kononnya osama tlh dtahan dan tlh dibunuh. itu semua dusta belaka.. pernah tgok movie hollywood tak? movie 2012. movie ttg berlakunya kiamat pd tahun 2012. itu semua adalah hny satu pemberitahuan awal dri org yahudi bahawa dunia akan mula dgenggam oleh org yahudi bermula tahun 2012. dan itu lh yg dmaksudkn kiamat bgi mereka buat umat islam d dunia. amat licik permainan yahudi.. kita di dtipu daya olh nya.

  38. dan kehilangan pesawat MH370 juga adalah antara satu agenda mereka. pesawat itu bknnya terhempas. ttpi dsembunyikn untuk mencetuskan perang dunia ketiga. kerna china dan amerika adalah kuasa besar yg bmusuhan. dsebabkan itu amerika ttp tidak bganjak dr misi pencarian. mereka mahu menguasai minda ngra malaysia supaya bperang dgn china. dan mereka mberi bantuan ketenteraan pd malaysia dan slps itu mula menguasai ngra kita sprt apa yg tlh blaku dhlu kpd afghan dan iraq. ini semua juga kerana mahu menguasai ekonomi terbesar dunia. ekonomi petroleum. dmalaysia mpunyai sumber petroleum yg ada d borneo. itu smua tlh d kaji awal olh mrka. perang dunia ketiga adalah antara tanda sebelum blakunya kiamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s