Dajjal: Raja Konspirasi Dunia

Perang Konspirasi Dajjal : Iran dan Hezbullah (Bahagian 4)

January 9, 2009 · 32 Comments

oleh Ibnuyaacob

 

FASA MEMPROVOKASI IRAN

Tanda-tanda bahawa Israel bersedia melancarkan serangan menghadapi Iran sudah kelihatan sejak sebelum kejatuhan Lehman Brothers dahulu lagi. Kejatuhan ini memang dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi seluruh dunia di atas beberapa faktor tertentu.

Pada 6 Januari 2009, dunia dikejutkan dengan bedilan roket dari selatan Lubnan. Kejadian ini disahkan oleh seorang polis Israel yang bertugas di Bandar Nahariya yang terletaknya 8km dari sempadan Lubnan.

Menurut polis tersebut, Mickey Rosenfeld, beliau melihat beberapa roket jenis Katsuya telah mengenai beberapa bahagian di banda tersebut pada pagi Selasa. Kejadian itu juga disahkan oleh seorang wartawan Al-Jazeera, Rula Amin yang berkebetulan bertugas di situ.

Umum mempercayai bahawa serangan roket tersebut adalah dilakukan selepas pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah memberikan ucapan bahawa pihaknya akan sentiasa menyokong tindakan Hamas dan mereka tidak teragak-agak untuk membantu perjuangan rakyat Palestin.

Tindakan Yang Ditunggu-tunggu Israel

Kemungkinan besar, kami percaya tindakan menyerang dan menekan rakyat Palestin dalam konflik Gaza adalah suatu bentuk umpanan. Menekan rakyat Palestin bermaksud akan membangkitkan pembela-pembela berani rakyat tersebut iaitu Hezbollah dan Iran.

Jangkaan ini adalah berdasarkan beberapa faktor yang tidak masuk akal dalam konflik Gaza.

  1. Israel memulakan perang ke atas Palestin pada 27 Disember 2008 berasaskan alasan serangan roket – sedangkan sebelum itu, beribu-ribu roket telah dilancarkan oleh Hamas dan kemungkinan hampir setiap hari. Jika hendak ditafsirkan, Israel sudah mampu menyerang Hamas sejak dari dulu lagi. Tetapi Israel tidak berkehendak demikian, mereka tahu masa yang sesuai.
  2. Israel telah menguasai seluruh pentadbiran Palestin melalui tali barutnya Parti Fatah sejak tertubuhnya kerajaan campuran – apabila telah menguasai Palestin, Israel tidak melancarkan serangan keras tetapi mendiamkan diri untuk tempoh yang lama. Sedangkan serangan mampu dilakukan ke atas Hamas sejak dahulu lagi.
  3. Israel melakukan persediaan ketenteraan besar-besaran sejak 2 tahun dahulu dan kemuncaknya ialah selepas kejatuhan Lehman Brothers – sedangkan dengan bilangan tentera, kapal terbang, kereta kebal dan pelancar roket, Israel mampu menghadapi Hamas.

Di atas ialah 3 faktor utama yang pelik dan mencurigakan tambah-tambah lagi faktor yang ketiga. Israel menggunakan serangan secara sedikit demi sedikit ke atas Palestin seolah-olah ingin ‘menaikkan marah’ pemimpin-pemimpin Islam tertentu.

Persoalannya Israel mampu mengeluarkan jet-jet pejuangnya beratus-ratus buah sekali gus. Tambahan pula, Hamas tidak mempunyai kelengkapan-kelengkapan tersebut.

Situasi ini kami jangkakan ia sebagai umpanan kepada peperangan yang lebih besar yakni menghadapi Iran.

Teori Perang Israel vs Hamas, Hezbullah & Iran

Sejak tertabalnya Mahmood Ahmadinejad sebagai Presiden Iran, dilihat tanda-tanda mengumpan Iran agar terjun ke kancah peperangan telah dilakukan. Semua akhbar-akhbar rasmi Israel telah memainkan peranan yang cukup sistematik dalam menjalankan umpanan ini.

Berikut merupakan faktor-faktor yang dijangka Israel akan berperang dengan Iran disamping menggunakan Hamas dan Hezbullah sebagai faktor penyebab.

Faktor 1 : Strategi propaganda media Israel

Boleh dikatakan berita tentang Iran tiada cuti di akhbar-akhbar Israel. Akhbar Jerusalem Post sendiri mengambil langkah drastik dengan meletakkan kolum khusus iaitu “Iranian Threat” dalam akhbarnya.

Manakala akhbar Haaretz juga meletakkan kolum “Iranian Threat” di internet tetapi kolum tersebut dibuang secara tiba-tiba pada pertengahan Disember 2008 atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Faktor 2 : Kenyataan Duta Amerika di PBB

(Gambar) John R. Bolton

Antara yang paling memungkinkan keterlibatan Iran ialah pada Jun 2008, duta Amerika di PBB iaitu John Bolton mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menjangkakan Israel akan menyerang kemudahan nuklear Iran sebelum Presiden Bush menamatkan perkhidmatannya pada awal 2009.

Faktor 3 : Persediaan Kewangan Dalam Kementerian Pertahanan

Ini berdasarkan artike kami yang bertajuk Perang Konspirasi Dajjal : Persediaan Israel (Bahagian 3)

Faktor 4 : Peningkatan Sistem Pertahanan Berkomputer IAF

Pada 16 Oktober 2008, bahagian pertahanan udara Israel iaitu Israel Air Force (IAF) telah melancarkan suatu sistem berkomputer yang mampu mengesan roket-roket yang sedang dalam pelancaran. Sistem ini berfungsi memberi maklumat tempoh pelancaran, jarak dilancarkan dan jangkaan waktu terhempas.

Peranan sistem ini ialah memberi maklumat sepantas yang boleh kepada suatu unit khusus di Israel yang diberi nama Home Front Command (HFC).

HFC bertindak sebagai suatu pasukan khusus yang bertanggungjawab mengarahkan penduduk-penduduk Israel ke kubu perlindungan yang disediakan. Setakat ini, HFC bergerak dalam 10 daerah utama dan kemungkinan akan dipertingkatkan ke 100 daerah lagi apabila sistem IAF itu benar-benar siap sempurna.

HFC ditubuhkan pada Februari 1992 iaitu sejak tercetusnya Perang Teluk. Ia merupakan salah satu unit yang terpenting dan diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan Israel.

Faktor 5 : Latihan perang skala besar oleh Israel

Antara sebab-musabab yang paling meyakinkan ialah suatu program latihan peperangan secara besar-besaran telah dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Israel pada awal Ogos 2008.

Menurut Channel 10 (TV Israel), para tentera dilatih untuk menghadapi serangan-serangan roket anti-kapal terbang yang dimiliki Iran, Hezbollah dan Syria. Latihan itu dimulakan dengan melancarkan serangan roket palsu milik tentera Syria.

Apa yang mencurigakan kami, Channel 10 telah menyiarkan suatu kenyataan misteri dari penganalisis-penganalisis perang Israel. Kenyataan itu mengandaikan bahawa mereka benar-benar sudah tahu perang akan dilancarkan.

Penganalisis-penganalisis tersebut menyatakan bahawa latihan serangan itu dilakukan bagi menghadapi serangan-serangan roket dari pelbagai negara. Menghairankan hanya 3 roket dari 3 negara yang dipilih seolah-olah mereka tahu roket-roket itu akan mengenai dahi mereka kelak.

Latihan ini telah dijalankan 5 bulan sebelum Palestin diserang.

Iran sedar konflik Gaza adalah umpanan Israel

Pada 28 Disember 2008, sehari selepas Gaza dibedil tentera Israel, Ayatollah Ali Khomenei telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang turut serta di dalam perjuangan membela rakyat Palestin, mereka adalah syahid.

Kesan dari ucapan itu ialah dilaporkan lebih 70,000 warga Iran yang kebanyakan golongan belia telah mendaftar untuk berjihad di bumi Palestin bersama pejuang-pejuang Hamas.

Namun begitu, seminggu selepas ucapan itu, Khamenei telah mengeluarkan ucapan yang berbeza sekali. Beliau menegaskan dalam ucapannya bahawa penghantaran sukarela-sukarela jihad tidak perlu kerana terdapat tanda-tanda Israel sedang memasang perangkap.

Oleh itu, kebenaran untuk melepaskan sukarela-sukarela jihad ke Palestin terpaksa ditarik balik. Khamenei dilihat meneruskan agenda menekan secara politik negara-negara barat dalam isu konflik Gaza.

Dalam konteks ini dapat kita lihat bahawa pihak Iran telah mengenalpasti akan tujuan sebenar konflik Gaza dicetuskan oleh Israel. Iran tahu, mereka tidak boleh terus melatah dengan sebarang reaksi kejam yang dilakukan Israel.

Mereka sudah mempunyai pengalaman dalam Perang Iran-Iraq 1980 yang mana negara-negara Arab telah menjadi mangsa hasutan agen-agen elit Zionis yang berwajah Islam. Pasti kali ini tindakan lebih berhati-hati diambil agar tidak tercetus peperangan yang bakal meragut lebih banyak nyawa Muslim.

Israel Menggunakan Hezbullah Sebagai Umpanan

Untuk mengheret Iran ke kancah peperangan bukanlah suatu jalan mudah. Ianya sama susahnya seperti Presiden Amerika mengheret Jepun ke kancah peperangan pada 1941.

Israel kelihatan amat bersungguh-sungguh ingin mewujudkan perang yang besar. Pada 8 Januari 2009 lalu, lima roket telah dilancarkan ke Selatan Lubnan. Serangan itu sebagai suatu tindak balas serangan Hezbullah ke atas Bandar Nahariya.

Bukan setakat itu sahaja, beberapa jet pejuang Israel juga telah kelihatan berlegar-legar memasuki kawasan Selatan Lubnan.

Apa yang menghairankan ialah jurucakap Hamas di Lubnan, iaitu Raafat Mora telah menafikan bahawa mereka membantu Hezbullah dalam serangan roket tersebut.

Malah jurucakap Hezbullah juga melaporkan kepada wartawan Press TV bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas serangan itu.

Kesimpulan

Kami percaya keengganan Iran memberi kebenaran kepada sukarela dari negaranya menyertai perjuangan jihad Hamas telah membuatkan pelan konspirasi Israel berubah.

Israel tahu Iran di bawah pimpinan ulama adalah berbeza dari pimpinan sekular dahulu. Mereka sudah matang dan masak dengan taktik-taktik provokasi antarabangsa yang dilakukan Israel. Namun begitu, kelihatan Israel cuba mencari ruang mengumpan dengan cara lain.

Categories: Perang Dajjal

32 responses so far ↓

  • ali // January 10, 2009 at 9:00 am | Reply

    dgn terang kita dpt lihat israel sengaja melambat2kan peperangan mereka dan membunuh secara kejam agar dpt menaikkan kemarahan terhadap seluruh umat islam dan iran khususnya. kemungkinan peperangan yg lebih besar akan berlaku sekiranya iran bertindak secara langsung dan ini adalah peluang yg sememangnya dinantikan oleh puak yahudi yang kejam..

  • LangBuana // January 11, 2009 at 8:33 am | Reply

    Assalamualiakum,

    Boleh pihak tuan huraikan ciri mata satu yang dikibarkan oleh salah satu parti politik di malaysia.

    Tidak perlu tuan pergi jauh sampai ke Turki bercerita tentang mustafa kamal atartuk sedangkan di Malaysia sendiri sudah ada freemason yang jelas lagi nyata.

    Tapi buat2 tak nampak buta lagi membutakan..

  • dewajugra // January 11, 2009 at 10:26 am | Reply

    Assalamualaikum sdr Ibnu Yaakob,

    Dalam pecahan peranggan yang bertajuk “Israel Menggunakan Hezbullah Sebagai Umpanan”, saudara ada menyatakan bahawa Amerika telahberusaha mengheret Jepun ke kancah Perang Dunia Kedua. Jadi soalan saya, di mana saya boleh mencari maklumat tentang penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Sekian, terima kasih.

  • Mohd Hanis Razak // January 11, 2009 at 3:41 pm | Reply

    aku pernah dengar ttg isu jepun dan amerika tu, tak silap aku maklumat tu dewajugra boleh dapat dlm blog http://www.threeworldwars.com

    Mungkin kot. Cuba check tengok.

  • Abang Kamal // January 11, 2009 at 3:50 pm | Reply

    Lang Buana,

    Ko UMNO ke? tak payahlah nak suruh2 penulis ni kaji bendera KEADILAN tu. Lebih baik ko sendiri kaji sbb apa dah 50 tahun merdeka hudud masih tak berjalan kat Malaysia.

    Sebab apa semua anak bini Perdana Menteri Malaysia dr dulu sampai skrg malas pakai tudung.

    Sebab apa Malaysia terlalu banyak kedai arak.

    Sebab apa Malaysia ada pusat kasino terbesar di Asia.

    Sebab apa haramkan pemakaian ketayap putih utk kakitangan kerajaan.

    Sebab apa PM melayu buang bahasa melayu dlm pendidikan Sains Metematik.

    Sebab apa Mahathir joint latihan CIA pada 1963 di Harvard.

    Sebab apa kerajaan Malaysia tak haramkan pertubuhan Freemason walaupun MB Kelantan dah tegur di Parlimen tahun 1977 dulu.

    Itulah ko kena buat kajian sendiri bukannya harap org je.

    Utk penulis, teruskan perjuangan mengkaji.

  • nafiiz // January 12, 2009 at 5:07 am | Reply

    salam utk penulis..
    saya selalu mengikuti perkembangan penulisan saudara…walau kadang2 ketinggalan juga..

    saya ingin menyumbangkan sesuatu di dalam perjuangan menentang yahudi zionis yang celaka ini..

    saya SANGAT BERHARAP saudara penulis menolong saya dan manusia2 lain yg ingin sama berjuang behind the enemy lines ini, denagan menyenaraikan company2 / barangan2 yang terlibat (samada secara terang-terangan mahupun as second account) di dalam penyumbangan ke atas dana perang dan ekonomi israel…

    hanya itu yang saya (atau kami) mampu lakukan dan sumbangkan ssetakat ini demi membantu keruntuhan ego dan kekejaman israel laknatullah…

  • sotong // January 12, 2009 at 3:20 pm | Reply

    dah nama mata satu, kebanggaan PKR. jelas lagikan bersuloh.

    apa nak tudoh2 orang umno

  • nafiiz // January 13, 2009 at 5:16 am | Reply

    ni asal usul mata satu..
    jgn main taram saja..baca dan kaji..
    ade otak,sendiri gunala.
    tak kira la umno ke mana ke..sume bodoh..
    (indeed i didnt support the political party or any party in malaysia as well..only Allah the Best.)

    1.:: http://en.wikipedia.org/wiki/File:United_States_one_dollar_bill,_reverse.jpg

    2:: http://en.wikipedia.org/wiki/United_States_one-dollar_bill

    3:: http://en.wikipedia.org/wiki/Great_Seal_of_the_United_States

    4:: http://en.wikipedia.org/wiki/Eye_of_Providence

    5:: http://en.wikipedia.org/wiki/Pierre_Eugene_du_Simitiere << salah sorg dr 3 org yg menganggotai committee utk design logo US seal (mata)

  • yahyaabdqayum // January 13, 2009 at 10:47 am | Reply

    jgn gaduh2, kita kena bersatu menentang kezaliman ini…allahuakbar

  • yahyaabdqayum // January 13, 2009 at 10:49 am | Reply

    dn kita harus beringat bahwa sekarang ni kita hidup di zaman fitnah dajjal, so berdoalah agar jauhi dr fitnah ini….

  • Asriq Miow... // January 13, 2009 at 1:28 pm | Reply

    tiada fitnah lebih besar dari fitnah Dajjal…

  • youngmuslim // January 14, 2009 at 12:59 pm | Reply

    salam pada semua pembaca,

    saya amat mengemari kesemua artikel yang postingkan dalam blog ini, namun post pada kali agak berbeda.

    saya ingin penulis menerangakan serba sedikit mengenai perjuangan khomenei dan apakah prinsip beliau.

    Ketahuilah tentera dajjal akan keluar dari bumi iran.

    Atas alasan apa israel mahu serang iran? iran diperintah oleh syiah, messi syiah(imam mahdi syiah) akan menyatukan puak mereka dengan israel dan akan membunuh semua puak sunni..

    Apakah pendirian obama dengan presiden irang sekarang ini? persolan ini perlu dijawab oleh penulis..

    sedangkan iran la yang membantu amerika dan menyebabkan afghanistan kalah dalam peperangan.. jadi, atas dasar apa israel nak serang iran?

  • Abang Kamal // January 14, 2009 at 2:13 pm | Reply

    Young Muslim,

    Betul ke ko bace sumer artikel penulis ni? Dari tulisan ko tu cam cuba tuduh penulis ni penyokong Syiah, betul kan?

    Ko buat kesimpulan camtu sebab penulis ni tulis pasal Iran dan Hezbollah. Apa le bengap ko ni.

    Ko tak paham artikel kat atas tu jenis teori analisis, dah tentu la hal Hezbollah dgn Iran kena sebut.

    Ape ko fikir bila tulis je perkataan Iran dan Hezbollah org tu dikira pro-syiah ke? Ko main tuduh2 org ikut sedap mulut.

    Kalau camtu pemberita kat TV yg baca laporan tentang berita Iran pun mungkin ko cakap pro-syiah jugak.

    Aku nak berleter lg ni…

    Sepanjang artikel yg aku baca, takde satu pun perkataan yg penulis ni cakap dia sokong syiah.

  • anakHarun // January 14, 2009 at 2:17 pm | Reply

    Menyokong Abg Kamal,

    Kesian ler penulis ni, dah penat2 buat kajian dan teori, ramai pulak yg hentam, org Islam sendiri plak tu.

    Nak harapkan org yg hentam tu buat kajian, satu artikel pun tarak nampak.

    Kesian! kesian! inilah org Melayu kita.

  • anakHarun // January 14, 2009 at 2:26 pm | Reply

    Oooops, satu lagi komen utk Youngmuslim!

    kalau kamu anggap penulis artikel ni pro-syiah, kamu memang buta. Kalu betul pro-syiah, blog ni tak akan meletakkan blog bertajuk
    http://tenteradajjal.blogspot.com kat kat blogroll.

    Blog tenteraDajjal 100% anti-Syiah, cuba klik dan bace sendiri.

    Mungkin youngmuslim is too young to comment. Hati-hati bila menuduh orang, berdosa tau. Kuh! Keh! Kuh! Keh!

  • youngmuslim // January 15, 2009 at 1:23 am | Reply

    Hmm, semua hentam saya nampaknya. Namun persoalan yang diajukan tak da pulak nampak orang komen..

    mengenai obama dan presiden iran? jadi boleh berlaku perang ka.

    Aku tak kata penulis pro syiah, maaf pada saudara penulis. Namun, semua ini berkaitan dan inilah yang dinamakan konspirasi.

    Kepada anak harun, apa yang kau dok kutuk bangsa kau sendiri. sekurang2nya kita boleh jadikan persoalan dan baik untuk dikupas.

    Maaf aku tak ada blog cz bz dengan kerja namun aku banyak habiskan masa dengan membaca sama ada luar atau dalam negara.

    Dunia konspirasi, macam2 teori kita boleh buat namun hanya allah sahaja tempat kitta berlindung..

    salam..

  • Rozaidi Abd Wahid // January 15, 2009 at 2:08 pm | Reply

    Salam, young Muslim!

    Ana rasa cara enta tanya tu silap. Enta tak blh tanya sama ada Iran akan berperang atau tidak.

    Enta kena tanya “Apakah kemungkinan Iran akan terlibat dlm peperangan dgn Israel? Barulah dikatakan bunyi mcm nak berbincang.

    soalan yg diajukan akan menggambarkan cara pemikiran org yg bertanya. Niat enta mungkin baik dan inginkan perbincangan tetapi memandangkan cara enta bertanya agak tidak profesional jd banyaklah yg hentam enta.

    Ana percaya enta mempunyai pembacaan2 yg luas dlm hal2 camni. So be profesional…

    salamm…

  • faeez58 // January 15, 2009 at 6:42 pm | Reply

    Salam,
    Nak mnyampuk skt..mgkin youngmuslim tersalah dgn cara penyampaian soalan beliau.

    Sya setuju dgn cara olahan ayat yg digunakn oleh Saudara Rozaidi Abd Wahid.

    Teruskan Saudara Ibnuyaacob dengan penulisan anda. Syabas.!!!

  • aziz // January 16, 2009 at 5:18 am | Reply

    Salam ‘alayk.

    Hmm…
    Perbezaan pendapat memang bagus, tapi janganlah sampai memecahkan persaudaraan kita…
    Kalau kita asyik cari perbezaan saja, kita akan terus berpecah dan sampai bilapun kita takkan bersatu…

    Untuk mengelakkan fitnah Dajjal, diharapkan kita dapat mengamalkan surah al-kahfi pada setiap khamis malam jumaat…

    Membaca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir fadhilatnya Allah akan menjauhkan pembaca dari fitnah Dajjal hingga hari khamis depannya…

    Wassalam…

  • youngmuslim // January 16, 2009 at 8:19 am | Reply

    Kenapa serangan dibuat sekarang ini? Terdapat dua sebab. Yang pertama, syarat yang diletakkan oleh Hamas kepada musuh untuk menghentikan serangan ialah supaya laluan-laluan di sempadan dibuka dan kepungan terhadap Gaza dihentikan. Akan tetapi, pihak Zionis tidak mahu menerima syarat itu sepanjang enam bulan yang lalu. Cukuplah! Hamas tidak mahu memperbaharui rundingan gencatan senjata dan sanggup menanggung akibatnya.

    Sebab yang kedua ialah tempoh berakhirnya pemerintahan Mahmoud Abbas semakin dekat. Hamas tidak mahu menerima beliau lagi dan pihak Zionis masih mahu memperbaharui tempoh jawatan yang disandangnya yang berakhir pada 8 Januari 2009. Lalu berakhirlah kekuasaan beliau. Kerana itu mereka menyerang kedudukan Hamas, mereka mahu melanjutkan kuasa Mahmoud Abbas kerana dia berkhidmat bagi pihak mereka, mengikut arahan mereka. Dia bersama-sama dengan pihak keselamatan Palestin bertungkus-lumus mempertahankan kedudukan pemerintah Israel dan menangkap para pejuang Palestin. Ini adalah sebahagian sebab mengapa serangan dibuat pada masa ini.

  • Asral Farhi // January 16, 2009 at 10:08 am | Reply

    Kepada semua pejuang-pejuang kebenaran, mari kita faham akan agenda Dajjal yg telah dijalankan sejak ribuan tahun lagi. Saksikan video terkini yang menceritakan sepenuhnya realiti dunia sekarang dan apa yg akan datang. Video dimaksudkan adalah siri “The Arrivals” yg boleh ditonton di YouTube, di Facebook dan lain2 blog hasil usaha sahabat2 Islam, Abdullah Hashem, Noreaga, dan Achernahr. Ramai orang yg masuk Islam setelah menonton filem dokumentari ini, dan bagi yg Islam akan diperkuatkan lagi Iman, Insya Allah.

    Sila google atau Youtube “The Arrivals” sekarang.

  • haritz // January 22, 2009 at 6:14 am | Reply

    Penulis kau mmg bagus dalam kajian. Ini bahan rujukan yang bagus, tp sayang tak ramai yang nak peduli tulisan segini. Kalau hiburan laju. Teruskan usaha mu.Allahuakhbar!

  • pinochio // January 22, 2009 at 7:45 am | Reply

    satu tindakan yang bijak oleh ayatollah khamenei..
    dan satu analisa yang baik..

  • sham1430 // January 23, 2009 at 12:00 pm | Reply

    Salam semua.Satu usaha yg murni dari empunya blog ini.Tahniah dan terima kasih atas usaha saudara/i.Memang banyak teori2 yg boleh dikaitkan dengan segala perkembangan yg berlaku kebelakangan ini.Namun sesuatu yg pasti,Yahudi laknatullah ini sebenarnya takut akan tibanya satu masa/ketika itu,iaitu apabila Islam akan kembali berkuasa dan berada di puncaknya.Ini janji Allah di dlm al-Quran.Dan Yahudi2 ini,dalam hati2 kecil mereka memang mengakui kebenaran janji2 Allah ini.Cuma dek kerana angkuh dan bodoh,mereka cuba menidakkan. Ini memang sikap kaum Yahudi, dan sejarah juga membenarkannya.Mereka (Yahudi) telah nampak tanda2 bahawa bangsa mereka sedang menuju pengakhiran.Namun, apa jua rancangan mereka,sebaik-baik perancang hanyalah Allah S.W.T.

  • AMINold FADZLANegger // February 12, 2009 at 4:48 pm | Reply

    Assalaamu’alaikum w.b.t.

    Wahai Sekalian Saudara-Saudari yang SeKalimah dengan hamba lagi budiman-budiwati serta dihormati juga disegani.

    “Kesan dari ucapan itu ialah dilaporkan lebih 70,000 warga Iran yang kebanyakan golongan belia telah mendaftar untuk berjihad di bumi Palestin bersama pejuang-pejuang Hamas.”(Petikan di atas).

    Masya’ALLAH, ALHAMDULILLAAH, ALLAAHU AKBAR, LAA ILAA HA IL LALLAAH.
    Inilah contoh Semangat Waja yang perlu kita terapkan dalam diri kita setiap insan yang mengaku Islam, yang benar-benar berpegang teguh lagi kukuh dengan mafhum Kalimah Tauhid, Kalimah Syahadatul-Haq.

    Maaf, izinkan hamba bertanya, adakah hanya kebanyakan dari kaum Muslimin & Muslimat di Nusantara kita ini sahaja yang Kaya dengan pelbagai Ilmu2 SuperNatural, Ilmu2 Kebatinan & Ilmu2 Al-Hikmah, especially Ilmu2 yang bersifat & bertujuan untuk Perang Fisabillaah, seperti Ilmu Kebal, Ilmu Kederat Gagah dll yang seumpamanya?

    Maafkan hamba sekiranya soalan hamba ini kedengaran & kelihatan seperti soalan bodoh.

    Sebabnya, hamba tidak pernah@jarang ada mendengar & melihat akan Kelebihan2 & Kesaktian2 yang kebanyakan dari kita (di Tanah Melayu & Kepulauan Indoneia) ada mengamalkannya, di tempat2 negara2 Islam yang lain, seperti Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Negara2 Timur Tengah, Negara2 Islam Afrika dll.

    Kalaulah kesemua 70,000 belia dari Iran itu adalah dari jenis kaum Mujahidin yang “BERISI@BERSAKTI”,yakni yang ada beramal dengan Ilmu2 Sakti, seperti mana yang banyak & lazim diamalkan oleh kebanyakan dari orang2 Islam di Nusantara kita, yakni seperti Ilmu Kebal, Ilmu Halimunan (Ghaib di mata musuh), Ilmu Kederat Gagah LuarBiasa, Ilmu SapuAngin (Pergerakan Pantas LuarBiasa@mempercepatkan perjalanan), Ilmu Penderas Penumbuk, Ilmu PJJ (Pukulan Jarak Jauh), Ilmu Penggerun dan banyak lagi yang seumpamanya, maka hamba percaya & pasti dengan penuh keyakinan, habis menggelabah & menggeletar seluruh kaum Yahudi laknatullah & sekalian kafir harbi. Habih kecut perut & kecut teloq depa & melutut & sujud depa depan kita.

    Saudara-Saudari yang SeKalimah dengan hamba. Kalau kita ingin mengalahkan mereka, yakni sekalian musuh2 Islam (Yahudi & sekalian kafir harbi) dengan memperhebatkan pembangunan sains & teknologi pasukan army kita & menggunakan pelbagai peralatan pertahanan & peperangan yang serba canggih, maka ketahuilah ianya hanya satu usaha yang ternyata SIA-SIA BELAKA!
    Maaf sekiranya pedas & keras ucapan hamba.

    Ini adalah kerana, Kemajuan & Pembangunan Teknologi Pertahanan & Ketenteraan mereka adalah sudah terlalu jauh & terlebih advance jika ingin dibandingkan dengan teknologi yang sedang kita gunakan & praktikkan sekarang ini.

    Ikutilah saje perkembangan pertahanan negara kita (ATM). Helikopter Nuri tu, dah lama diorang dispose & create ciptaan baru yang JAUH lebih berteknologi & berklasifikasi tinggi, tapi ATM masih dok simpan & pakai lagi, cuma baru2 ni aje baru nak dispose pasai banyak sangat kes nahas@tragik helikopter Nuri tu berlaku.

    Bahkan, segala jentera2 & peralatan2 peperangan yang ATM purchase dari oversea semua tu, adalah merupakan barang2 yang hampeh yang mana mereka sudah lama reject, kerna mereka telah mempunyai peralatan2 yang JAUH lebih hebat & SUPERB dari apa yang kita purchase dari diorang tu.

    Maka dengan ini, hamba menyeru kepada sekalian Saudara-Saudari yang SeKalimah dengan hamba, agar marilah kita bersama-sama berguru, menuntut & mendalami Ilmu2 Pertahanan Diri & Ilmu2 Perang Fisabillaah ini dengan beramal dengan Ilmu2 Pakaian Para Pejuang & Handalan Islam dahulu-kala, Ilmu2 Pakaian Para Waliyullah, yakni Ilmu2 Kebatinan Melayu kita, Ilmu2 Al-Hikmah Islam kita, Ilmu2 Sapujagad Agung dan yang seangkatan dengannya.

    Dulu heboh si David Copperfield umumkan nak ghaibkan Jambatan Pulau Pinang, tapi sampai la ni tak berani bikin, pasai dia tahu & kecut teloq dia dengan Kehandalan & Kehebatan orang2 kita, yakni dia gerun Ilmu Sihir2 Taik Babi dia tu akan dikalahkan dengan mudah sekali oleh Ilmu2 Hikmah & Karomah orang2 kita. Ilmu2 si David tu ibarat celah gigi & celah kuku ja bagi Guru2 Kebatinan Melayu kita ni.

    Ilmu2 Kesaktian yang dimiliki & diamalkan oleh Para Handalan Islam dahulu-kala inilah, yang sangat & paling ditakuti & digeruni oleh sekalian kaum Yahudi laknatullah & segenap kafir harbi. Kerana mereka tahu, bahawa sesungguhnya mereka MUSTAHIL atau setidak-tidaknya amat sukar bagi mereka untuk menumpaskan lawan2@musuh2 mereka yang jenis “BERISI” (yang ada beramal dengan Ilmu2 Kesaktian, Kebatinan & Hikmah), berbanding lawan2 mereka yang “kosong”, walau secanggih & sehebat mana sekalipun peralatan2 & mobiliti2 peperangan yang mereka gunakan & lancarkan terhadap golongan yang dari jenis “BERISI” ini.

    Hamba ada pastekan di laman personal hamba itu, akan Link Rahsia Khazanah Kepahlawanan Melayu Kita, yakni Kitab Mat Kilau (dalam format PowerPoint). Kalian boleh pergi ke Link itu dan download akan file kitab tersebut.

    Sekian sahaja, semoga bermanfaat buat kalian & diberkati ALLAH.

    Sebelum hamba mengundur diri, hamba pohon ribuan kemaafan jikalau ada tersalah kata, terkasar bahasa, terlampau bicara & kesilapan2 lain yang hamba tidak sedari & tanpa sengaja lakukan.

    Segala manfaat & yang baik datang dari ALLAH, segala kelemahan & kekurangan datang dari diri kita sendiri.

    Sekian, Selamat Maju Jaya & Salam Muhibbah.

    Wallahu’alam…

    Wabillaahi Taufiq, Wal Hidayah, Wassalaamu’alaikum w.b.t.

  • biskut_tawa // February 22, 2009 at 8:41 am | Reply

    “Ketahuilah tentera dajjal akan keluar dari bumi iran.
    iran diperintah oleh syiah, messi syiah(imam mahdi syiah) akan menyatukan puak mereka dengan israel dan akan membunuh semua puak sunni..”
    “sedangkan iran la yang membantu amerika dan menyebabkan afghanistan kalah dalam peperangan”
    sedikit petikan dr komen youngmuslim.

    Komen dan persoalan yg anda timbulkn di atas amat mengelirukan sy..Dari mana anda mengetahui bahawa tentera dajjal akan keluar dari iran dan mengapa anda terlalu fanatik dengan syiah??satu lg sy nk bgtau,iran tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan amerika sejak berlaku revolusi islam di iran pada thn xsilap sy 1972,jd bgmna anda boleh menuduh iran membantu amerika menjajah afganistan?iran ngan amerika dan israel adalah seteru!!!

  • man tanjung // March 7, 2009 at 11:01 am | Reply

    pelik dan hairan bendera keadilan bermata satu, saya tak menuduh tapi buatlah kajian semoga sama2 dapat kebaikan.

  • man tanjung // March 7, 2009 at 11:03 am | Reply

    parti islam pilihan saya.insyaallah islam akan berjaya kalau kita bersatu padu semuanya

  • hadi // March 10, 2009 at 2:47 am | Reply

    @youngmuslim

    Hadis munculnya Dajjal dari Isfahan dan diikuti oleh 70 ribu Yahudi Isfahan, memang ada dalam hadis riwayat Muslim.
    Namun, ada 2 sisi yang anda terlepas pandang:

    1. Hadis ini menyatakan bahawa Dajjal akan diikuti oleh Yahudi Isfahan dan tidak disebut Syiah.

    2. Itu adalah sunatullah, di mana adanya Ibrahim, di situlah Namrud. Di mana adanya Musa, di situlah Firaun. Di mana adanya Muhammad, di situlah Abu Jahal. Maka di mana adanya al Mahdi, di situlah Dajjal

    ‘Kisah’ orang Sunni akan dibunuh oleh al Mahdi yang anda tampilkan bersumber dari apa ya?

    Dajjal adalah musuh umat Islam semua tanpa ada batas mazhab, makanya hati2 saat membawakan berita kepada umum.

    Salam

  • aliman // June 30, 2009 at 4:21 pm | Reply

    assalamualaikom….
    sye antara org yg bru jmpe and terbc pge ni…
    kre org ktggalan la…
    kte da dgr,,da lihat,,tentang propaganda di asia barat…
    kejatuahn islam…
    kjatuhan palestin ,,iraq,,,dan bru nie pmimpin iran yg latest da jtuh gak…
    ini smua ad kaitan dgn angkara yahudi…..ketahuila org yahudi snantiasa akan menjathkan umat islam….
    kcian umat islam di asia barat….
    kita di timur ni hya dapat melhat dn mendngar….
    akan tetapi….mahukah kita trlibat sama dalm peperangan 2???
    smua org akn ckap tidak mahu kn…
    mmg kita perlukan keamanan……tetapi org yahudi tidak terlepas pandg org islam di timur….
    mereka dlm usaha nk menjatuhkan kita…..

    AWAS!!
    wahai org malaysia & indonesia… sdarila kta didalm ancaman yahudii dalm diam…
    kta x sdar….. mereka sdg hendak menjatuhkan kta… mereka cbe mewujudkan pergaduhan antara malaysia dan indonesia….
    contoh isu kain batik,lagu rasa syg, bendera & byk lagi..
    mereka mghasut rakyt2 dn pemimpin2 agr bergaduh tntng isu kcl ini….
    jadi berhatila…
    jgn sampai org yahudi berjaya menduduki sbhgian kcl tmpat di ngara kdua2 ini…..
    jd jgn timbulkan salah faham antara kita…
    biarlah kita bersatu dan mnjadi empayar islam yg unggul dan digeruni org yahudi….
    jg hubungan ssama kita…

  • ABJADIAN // August 11, 2009 at 3:47 pm | Reply

    Sape2 nak menang dunia dan akhirat sila lah menjadi ahli ABJAD MALAYSIA.P.K.2090.

  • SPB Bersama STM. // August 27, 2009 at 7:36 am | Reply

    Salam Khamis.

    Wahai Yaaa SeKalian Para Pengkomen Website DajjalWordPress yang Prihatin lagi Budiman-Budiwati.

    Apabila Kalian berkelapangan, maka sudi-sudilah ziarah sebentar ke Blog hamba. Sekian, Terima Kasih.

    Salam Mukhlis.

Leave a Comment