Dajjal: Raja Konspirasi Dunia

Perdana Menteri Turki dan Israel Bertengkar

January 31, 2009 · 23 Comments

oleh Ibnuyaacob

(Video) Gambar di atas menunjukkan bagaimana Erdogan meninggalkan forum secara tiba-tiba.

Dalam suatu forum ekonomi yang dianjurkan oleh World Economic Forum di Davos, sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku. Buat pertama kalinya, dunia melihat kuasa besar Islam iaitu Perdana Menteri Turki naik berang ketika cuba menghabiskan hujahnya.

Semasa berhujah, Recep Tayyip Erdogan telah membahaskan akan isu Palestin dan kebiadaban pentadbiran Israel terhadap masyarakat Islam Palestin. Beliau amat emosional ketika menyampaikan hujah-hujahnya sehingga membuatkan pengerusi forum iaitu David Ignatius (wartawan Washington Pos) cuba menghentikan percakapan Erdogan.

Tindakan Ignatius yang cuba memotong cakap Erdogan hanya membuatkan PM Turki itu lebih naik angin, lantas Erdogan mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut. Tindakannya mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir pada forum tersebut.

Erdogan memang benar-benar marah sehingga beliau mengatakan kepada Perdana Menteri Israel, Simon Peres yang berada di sebelahnya dengan kata, “You’re killing people!!”

Sebelum itu juga, berlaku perbalahan perang mulut antara kedua-dua Perdana Menteri tersebut. Nada suara mereka juga meninggi antara satu sama lain dan situasi menjadi begitu emosi dan kontroversi.

Kesan dari tindakan kontroversi Erdogan itu, masyarakat Palestin telah mengadakan perarakan besar-besaran di Gaza kelmarin (Jumaat) sambil melaungkan nama Erdogan. Mereka juga membawa sepanduk gambar PM Turki itu sebagai tanda sokongan padu.

Forum tersebut telah berlangsung pada hari Khamis, 29 Januari 2009. Antara ahli panel yang terlibat ialah Recep Tayyip Erdogan (PM Turki), Simon Peres (PM Israel), Ban Kin Moon (Setiausaha Agong PBB) dan Amri Mussa (Setiausaha Agong Liga Arab).

Turut hadir pada forum tersebut ialah Penasihat Kanan Presiden Amerika, Barrack Obama iaitu Vallarie Jarret dan Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway).

P/S : video penuh klik sini

Categories: General

23 responses so far ↓

  • pidot // January 31, 2009 at 4:25 pm | Reply

    saya nk amek artikel nie… saya nk letak pada blog saya.. sekadar memberitahu…

  • Asriq Miow... // February 1, 2009 at 2:55 am | Reply

    saya pun nak amek artikel ni yer..

  • ASRIYENNI // February 1, 2009 at 3:33 am | Reply

    kMANA AJA muslim dunia ? tdkkah kalian takut pd Allah ? Melawan Israel n sekutu aja KALAH

  • pc // February 1, 2009 at 11:54 am | Reply

    saudara editor..tau tak web di bawah ni menghina islam
    http://kebohongandariislam.wordpress.com/

  • lipanterbang // February 1, 2009 at 3:29 pm | Reply

    tindakan yang hebat dan patut dipuji…. walwal pm mesir pun xberani… apa lagi pm malaysia…

  • aku // February 2, 2009 at 10:04 am | Reply

    saya ingin bertanya kepada penulis..adakah ni menunjukkan turki sudah mahu berevolusi seperti iran?

  • A. Sajarwan // February 2, 2009 at 2:20 pm | Reply

    Saya bangga dengan Erdogan.

  • sur02 // February 2, 2009 at 5:52 pm | Reply

    hmmm..skrg makin ramai org dah mula tunjuk taring perjuangan membasmi kuman zionist.. hatta bosingwa player chelsea tuh pon naik hangin ngn mamat israel si benayoun tuh..padan la dia terajang belakang si israel tuh..

    hail up to Recep Tayyip Erdogan!!!

  • shamsadis // February 3, 2009 at 6:43 am | Reply

    Peres berhujah panjang lebar ditonton semua orang, manakala Erdogan dipertonton mengalah meninggalkan majlis, siapa pemenangnya?
    mereka hanya dapat mendengar hujah-hujah sebelah pihak (dari Israel) dan Erdogan pula melakukan adegan dramatik dengan meninggal dewan. Taktik gempak mengajak orang ramai mendengar hujah-hujah Peres ?

  • wanmus // February 3, 2009 at 5:40 pm | Reply

    Kenapa turki bertindak sedemikian? sedangkan turki adalah negara Islam Sekular. Kalalah betul Erdogan membenci ISrael, alhamdulillah.

  • aRM // February 4, 2009 at 4:47 am | Reply

    setuju dengan tindakan erdogan…
    tapi…kenape nk tunggu forum baru nk luahkn ‘perasaan’?
    bumi palestin dah hancur…rakyat dlm kesengsaraan
    tapi awas umat islam…sekarang banyak pemimpin bertopengkan syaitan
    .
    .
    timbul satu persoalan
    mungkinkah ini taktik zionis nk alih pandangan?

  • yahyaabdqayum // February 5, 2009 at 2:36 am | Reply

    wat masa ni kita tk pasti lg, so kita hanya wait n see shj apa yg berlaku di sebalik kejadian ini….maybe petunjuk dr tuhan bahwa islam akn bangkit atau sebaliknya….yg penting selepas berlaku kejatuhan islam, maka berbangkit lh kembali islam yg benar….itu lh hukum alam…hidup umpama roda….

  • Nizam Osman // February 6, 2009 at 10:34 am | Reply

    Kepada saudara-saudara sekelian. Ada tak terbaca post artikel terbaru dari Raphael Nonsenso di “Artikel Pengunjung Blog D”. Ianya sangat logik dan masuk akal. Saya harapkan ada yang membacanya dan menilainya dan berkongsinya di sini. Kerana artikel walaupun sangat panjang (bhg I dan bhg II), ianya amat terpeinci dan menunjukkan kaitan kepada semua benda yang berada di dunia. Ianya sangat masuk akal dan sangat menakutkan.
    Boleh kalian berkongsi, selain dari blog ini dan blog lain yang dicadangkan, di mana lagi saya ingin mendapat info tentang ini.
    Hebat dab Menakutkan!!!!!!!Boleh percaya ke?

  • FreeAgentMsia // February 8, 2009 at 2:21 pm | Reply

    Salam Brothers and Sisters

    tontohlah series ‘The Arrival’ dalam channel ‘noreagaaa’ at youtube. terdapat 50 episod dlm siri ini yg mengupas isu yg sama dbincangkan di website. Semoga kita boleh bertukar2 maklumat atas nama Islam pada skala global!!

    juga boleh join forum penerbit series The Arrival – wakeupproject dot com

  • Nadzir // February 9, 2009 at 4:30 pm | Reply

    Kepada Saudara Nizam Osman,

    Nak baca kat mana artikel yang saudara maksudkan? Boleh bagi URL nya?

  • Nizam Osman // February 10, 2009 at 2:17 pm | Reply

    Skrol ke atas. Klik ‘Artikel Pengunjung Blog D’. Skrol ke bawah, cari artikel oleh Raphael Nonsenso

  • farysaSINSabell // March 3, 2009 at 2:14 pm | Reply

    Salam…Boleh tuan huraikan atau paparkan fakta sebenar berkenaan Osama Bin Laden? Ada sesetengah teori yang mengatakn Osama hanyalah propaganda Illuminiti dan Yahudi utk memecahkan umat Islam…

  • awsj2000 // March 8, 2009 at 8:51 am | Reply

    jom join wakeupproject!

  • ged // March 13, 2009 at 11:39 am | Reply

    tapi turki masih BELUM memutuskan diplomatik dengan israel berlainan dengan venezuela president hugo chavez, pada gua -Recep Tayyip Erdogan still nothing…-

  • Faizan // March 20, 2009 at 2:30 am | Reply

    Turki memang kena buat revolusi.. itu saja cara untuk menghapuskan perlembagaan sekular yang digubal sejak sekian lama.. Pada waktu ini, kerajaan pun tidka berkuasa, hanya melalui kuasa rakyat saja ia boleh diubah..

  • Midka73n // March 22, 2009 at 8:49 pm | Reply

    Salam sejahtera kpd tn. editor. Sy ad link article yg mungkin menarik minat tn…

    http://www5.ocn.ne.jp/~magi9/isracame.htm

    Harap tn. dpt kaji dgn lebih lanjut…

  • neocon // April 26, 2009 at 8:10 am | Reply

    sekadar membetulkan yg tersilap..

    shimon peres tu presiden israel.kenape erdorgan sensitif trhadp nsib muslim kat palestin w/pun turki negara islam sekular?kerana parti yg dipimpin erdorgan di negaranya mendukung kesederhanaan dlm islam dan menolak revolusi islam terlampau dinegaranya

  • fir... // May 27, 2009 at 4:33 pm | Reply

    besar pengorbanan yang dibuat Erdogan..
    jika tidak…mane mungkin, rakyat palestin bangkit memberi sokongan padu dalam perarakan..

Leave a Comment