Facebook Rasmi IBNUYAACOB

FB Ibnuyaacob

(KLIK) Facebook Ibnuyaacob

Dr. Zakir Naik Menjadi Mangsa Isu Politik Di Malaysia

oleh Ibnuyaacob

dr-zakir-naik

Daripada apa yang berlaku, dilihat beliau telah menjadi mangsa isu politik di Malaysia. Tambahan pula sekarang ini sedang hangat isu 1MDB, Deklarasi Rakyat, Pilihanraya Sarawak dan sebagainya.

Apabila munculnya Dr. Zakir Naik dengan kehadiran peminat puluhan ribu orang, maka pihak-pihak tertentu termasuk media arus perdana bertungkus-lumus memanipulasi kehadiran beliau bagi mengalihkan isu perdana berkaitan kerajaan kepada isu perbahasan beliau sendiri.

Buku Terbaru “KONSPIRASI ALIEN”

KUFO_Cover_Front

KUFO_Cover_Back

Harga RM24.00 (Semenanjung)  Rm27.00 (Sabah/Sarawak)

Belian Online : sila rujuk syarikatadam.blogspot.my

“Dapatkan di semua kedai buku di seluruh Malaysia”

Pertanyaan belian, sila hubungi :

019-5625009 (Syarikat Adam)

KDN Sedia Bantu JAKIM Siasat Lelaki Mengaku Imam Mahdi

MIRI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat seorang warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Abdullah yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan terhadap lelaki berkenaan.

“Saya harap orang itu menghentikan aktiviti tersebut dan tindakan akan dilakukan oleh Jakim tetapi KDN akan bantu mereka dalam penguatkuasaan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Imigresen 2015 di sini Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata soal akidah tidak boleh ditolak ansur kerana ia adalah sesuatu yang harus dipegang oleh umat Islam.

“Apabila seseorang itu mengaku sebagai Imam Mahdi atau seumpamanya, mereka cuba untuk menyeleweng dan memesong akidah umat Islam, saya bimbang sekiranya tindakan lelaki itu tidak dibendung lebih awal, ia akan menimbulkan masalah pada masa depan,” katanya.

Khamis lepas, lelaki berkenaan hadir ke Malaysia untuk berdakwah kepada masyarakat di negara ini.

Muhammad Zubir mendakwa dirinya telah pun dibai’ah atau sumpah setia dan taat dan diperakui oleh 11 pengikutnya sebagai Imam Mahdi dalam satu upacara di Makkah pada 18 Julai lalu. – Bernama

Ulasan Ibnuyaacob

Satu lagi penipuan besar. Jika benar ia Imam Mahdi, ulama-ulama muktabar seluruh dunia dan para syeikh-syeikh tarekat akan berkumpul di sana.

Menurut riawayat hadis sahih, Imam Mahdi sendiri tidak tahu bahawa beliau adlaah Imam Mahdi melainkan ada sekumpulan ulama lain yang terserempak dengannya secara kebetulan ketika melakukan umrah. Hanya sekumpulan ulama itu diberikan pengetahuan dan ilham kepada mereka untuk ‘melihat’ wajah Imam Mahdi yang sebenar.

 

Advertorial: Beli Buku “Rahsia Simbol Yahudi 2” di Bookcafe

Belian online di BookCafe : Klik link 

Harga: RM36.00 (Berwarna penuh)

Boleh juga didapati di kedai buku di seluruh Malaysia.

Nota: Kandungan maklumat di dalam buku ini adalah sama seperti buku pertama iaitu Rahsia Simbol Yahudi (tahun 2010). Di atas permintaan ramai, buku ini dikemaskini dan wajahkan dengan muka surat penuh warna. Gambar-gambar terbaru dimasukkan agar ia lebih relevan.

Hanya terdapat penambahan satu bab di akhir buku bertajuk “BAB 17: Bendera Arab Saudi”. Dalam bab ini, penulis membahaskan tentang rahsia sebenar mengapa kerajaan Saud meletakkan kalimah Tauhid Laailaha illallah Muhammadur Rasulullah pada benderanya. Selain itu, membongkarkan rahsia gambar pedang pada bendera tersebut.

TPP: Mampukah Kerajaan Menghadapi Syarikat Multinasional?

TPP behind closed doors

Oleh Ibnuyaacob

Ia suatu perjanjian paling ganas dalam abad mellineum ini selain dari NAFTA. Ia umpama surat perjanjian Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) kepada Raja-Raja Melayu untuk merampas tanah, ekonomi dan politik dalam negeri.

Tapi kini kita berhadapan dengan syarikat baru yang bernama Amerika SYARIKAT. Dahulunya kita berurusan dengan Syarikat dari British tetapi sekarang berurusan dengan Amerika.

Apa itu TPP?

Ia singkatan dari Trans- Pacific Partnership Agreements. Ia suatu buku perjanjian yang ditawarkan oleh Presiden Amerika Syarikat kepada 11 negara terpilih. Negara-negara tersebut ialah:

  1. Amerika Syarikat
  2. Jepun
  3. Malaysia
  4. Singapura
  5. Peru
  6. Vietnam
  7. New Zealand
  8. Brunei
  9. Chile
  10. Australia
  11. Mexico

Maksud lain bagi TPP?

Untuk memudahkan fahaman kepada masyarakat awam, TPP sebenarnya satu perjanjian rahsia yang ditawarkan oleh Amerika. Walaupun ianya dibawa dan dibentangkan oleh Presiden Obama, tetapi bukan beliau yang membuatnya. Perjanjian ini dibentuk oleh konglomerat-konglomerat multinasional.

Mereka menggunakan Obama untuk membentangkan ia di persidangan kongres untuk dibahas dan diluluskan. Dalam masa yang sama juga, syarikat-syarikat gergasi di belakang TPP ini memberi wang sogokan kepada senator-senator dari kedua-dua parti Republikan dan Demokrat untuk bersetuju terhadap draf TPP.

Continue reading