Teori Penguasaan Hujan oleh Dajjal

 Hadith Berkaitan....Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. "Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi..."

Keupayaan Dajjal

Keupayaan Dajjal dapat diringkaskan seperti berikut:

  • Dapat mengarah langit menurunkan hujan secara spontan
  • Dapat mengarahkan bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan
  • Dapat menyebabkan tanam-tanaman dan binatang ternakan tidak menjadi.

Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan keupayaan Dajjal yang amat dasyat ini adalah  tergolong dalam bentuk “fitnah” paling besar di akhir zaman kelak. Keupayaan Dajjal mengalihkan perjalanan hukum bumi dari Barat ke Timur diakui oleh Nabi dalam banyak hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh banyak imam-imam yang muktabar.

Sebagai umat Islam adalah wajib kita mengimani apa yang dinyatakan Rasulullah SAW, disamping itu wajarlah kita meluaskan ruang pemikiran kita tentang keupayaan Dajjal yang paling hebat ini.

“Menerbitkan Matahari Dari Barat”

Teori 1 : Pembinaan Mega Studio Tanpa Dinding dan Wayar

Pelan kasar penyelidikan untuk mengalihkan peredaran bumi sudah dilakar sejak beratus tahun. Cuma hasil dan kemajuannya baru nampak kini. Konsep utama teknologi gelombang satelait enam penjuru dapat dilihat  pada logo fahaman Cabbala atau ritual ibadat gerakan Illuminati.

Pengalihan Hukum Peredaran Bumi

Bumi berputar setempat dengan kelajuan 1000 km/j dari arah Timur (terbit matahari) ke arah Barat (terbenam matahari) dan melakukan pusingan mengelilingi matahari dengan kelajuan 65,000 km/j. Dengan kelajuan yang luar biasa itu amat menakjubkan objek-objek dibumi tidak pula terpelanting keluar. Objek di bumi pula ditarik rapat ke bumi dengan bola graviti yang berada di tengah-tengah perut bumi.

Untuk membuatkan bumi berputar ke arah berlawanan maka 3 perkara perlu dilaksanakan iaitu Menghentikan Putaran, Memutarkannya Semula dan Mengekalkan Putaran.

Penulis percaya bahawa hukum ini tidak boleh dipecahkan kerana ia sudah masuk peringkat kiamat akhir. Dajjal menyedari hal ini (Dajjal juga mengkaji “al-Quran” untuk tujuan memesongkan umat Islam), dan si laknat itu masih mahu meneruskan hawa nafsunya yang sering mendesaknya menandingi kuasa tuhan. Dia mahukan kuasa seperti tuhan, dia mahu kuasa menurunkan hujan, kemarau, ribut, banjir, gempa bumi berada di tangannya.

Jalan yang paling mudah ialah membina studio besar tanpa dinding yang boleh menggerakkan sesuatu unit sebagai agen tiruan. Unit-unit tiruan itu ialah awan tiruan, langit tiruan, matahari tiruan, kilat tiruan, puring beliung tiruan dan bermacam-macam lagi lagi perkara tiruan. Ingatkah kita kepada pesan Rasulullah SAW dan nabi-nabi sebelumnya iaitu “berwaspadalah dengan fitnah-fitnah yang dibawa oleh Dajjal”. Pernahkah kita mengkaji perkataan fitnah itu. Apakah takrifan bagi fitnah? Kenapa nabi tidak mengguna perkataan menyerang atau memaksa atau membunuh?

Kita tinggalkan dahulu perkataan FITNAH itu (akan dibincangkan di bab yang lain).

Semua unit-unit tiruan ini perlu disediakan di seluruh bumi (mustahil juga, mampukah Dajal berbuat demikian?). Selepas disediakan, unit-unit ini mestilah telah siap dipasang di sesuatu tempat agar mudah Dajjal mengarahkan cuaca berubah melalui arahan suara. (rujuk artikel rumah pintar, arahan melalui suara).

Dengan tersedianya semua unit tiruan ini, maka Dajjal akan mudah ke mana-mana tempat untuk dia berdakwah, yakni dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja dia berada maka Si Laknat itu mampu memberikan arahan kepada “medium elektronik yang siap dipasang”, dan berlakulah keadaan cuaca seperti yang dikehendaki. (Rujuk artikel berkenaan “Rumah Salji” di Malaysia)

Pelan Persediaan Unit-Unit Tiruan oleh Dajjal

Pelan tindakan menyediakan semua perkakasan-perkakasan amat kompleks dan memerlukan suatu perancangan yang rapi. Ini termasuklah memastikan setiap penjuru bumi dilengkapi kelengkapan yang canggih, yang mana kelengkapan itu berupa suatu bentuk yang tidak disedari manusia bahawa ia adalah kelengkapan pembinaan studio gergasi.

Pembinaan studio gergasi ini harus dilakukan tanpa disedari manusia akan cara ia berfungsi agar Dajjal dapat menipu (memfitnah) semua manusia bila ia keluar nanti. Sebelum melaksanakan tugas besar ini, yang obejktifnya adalah “Dajjal mampu mewujudkan cuaca, mengalihkan matahari, kesuburan tanah dan ternakan“, suatu bentuk eksperimen perlu dijalankan secara kecil-kecilan (pilot project).

Lokasi terbaik melakukan eksperimen ini ialah studio Hollywood yang serba canggih itu yang menjadi syurga semua manusia tanpa iman dalam dunia. Kita sudah sedia maklum akan siapa Lembaga Pengarah Hollywood iaitu seorang Yahudi yang ekstremis.

Hollywood amat sesuai untuk suatu projek percubaan sebelum suatu projek sebenar berjalan. Menyelami projek percubaan (trial project) amat penting bagi kita kerana kunci projek mega Dajjal untuk menjadi tuhan akan terbongkar sedikit demi sedikit.

Ya! Benar ada yang mengatakan “Buat apa susah-susah nak fikir, biarlah semua tu terjadi, Dajjal memang akan muncul, Allah dah tetapkan, kita tak boleh buat apa. Kalau kita tahu rahsia Dajjal sekali pun Dajjal tetap akan menjadi orang jahat dan menentang Nabi Isa dan Imam Mahdi.” Ya benar, ianya semua takdir Allah. Jika itulah hujah yang kita guna untuk tidak mahu berfikir dalam hal ehwal Dajjal maka hujah di bawah ini adalah lawannya.

Menaiki motosikal dalam keadaan tidak bertopi keledar adalah amat bahaya dan semua orang mengetahuinya. Jika jadikan ‘takdir’ sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir mengapa kita memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, polis bukannya ada selalu di jalanraya, bukankah jika Allah berkehendak untuk ia mati, di mana pun ia boleh mati. Oleh sebab itu, jika orang bertanya kepada kita “Ali mengapa tidak memakai topi keledar, bahaya nanti boleh mati? Kita sepatutnya menjawab “Takpelah Mat, mati adalah takdir tuhan”. Tetapi realitinya kita tidak menjawab begitu malah kita sendiri memakai topi kerana takut mati atau cedera. Tindakan memakai topi adalah tindakan berjaga-jaga agar kita “tidak ditakdirkan dalam golongan yang tercedera”.

Samalah juga dalam hal ehwal Dajjal, berfikirlah untuk tidak tergolong dalam kelompok yang termakan fitnah Dajjal.

Berbalik hal studio mega tadi, kita perlu melihat statistik studio Yahudi ini dalam menghasilkan filem-filem berkaitan keadaan cuaca, perubahan alam, gempa bumi, ledakan nuklear, banjir dan sebagainya. Perkara yang perlu dikaji ialah;

  • bilangan filem yang dihasilkan.
  • Siapakah pengarah dan penulis skrip (adakah mereka anggota illuminati atau freemason atau kelompok rahsia lain atau sekurang-kurangnya mereka berbangsa Yahudi seperti Steven Spielberg)
  • Melihat plot atau kronologi cerita tersebut.
  • Konsep yang digunakan dalam mencetuskan bencana alam tiruan.

5 responses to “Teori Penguasaan Hujan oleh Dajjal

  1. wulfi al-kudri amin

    Soalnya..apakah persedian org islam utk mengalahkan si dajjal laknatullah ini? Sedangkan mereka(umat rasullah) masih bertelagah sesama sendiri. Di manakah silapnya? adakah kerana guru2 tidak menjalan kan tugas? atau ini semua telah tertulis pada jalan cerita dunia iaitu takdir?Sama2lah kita renungi..
    Solusinya..insyallah

  2. As’kum,

    ‘Mereka’ juga dpt menjadikan artificial earthquake spt yg menjadi penyebab kpd tsunami. Dlm mythbuster ada menunjukkan bagaimana mereka membuat eksperimen ke atas sebuah jambatan besi sepjg 200 meter dan melekatkan satu alat spt shock absorber motosikal (panjang lebih kurang 1 1/2 kaki) di salah satu hujung jambatan besi tersebut. Alat tersebut akan bergetar (spt shock absorber yg memanjang dan memendek tapi laju) dan dihujung jambatan satu lagi dpt dirasakan jambatan bergoyang sedikit walaupun goyangan kecil. Itu hanyalah satu contoh dan teknik ini diambil dari teori Nikola Tesla.

  3. zakaria ismail

    Dua soalan dari saya :
    1. Bukankah Matahari Terbit Di Barat itu adalah tanda besar kiamat yakni setelah Dajjal dan empayar PEMBOHONGANNYA dibunuh/hapuskan Nabi ISA a.s dan ianya berlaku apabila kekafiran secara berleluasa setelah kewafatan Nabi ISA.
    2. Ada pendapat malah wujudnya kitab dari Indonesia membincangkan perihal sistem suria yang amat berlawanan dengan teori sekarang yg berdasarkan teori Yohannes Kepler. Matahari mengelilingi Bumi. Sila kaji semula hadis2 dan firman berkaitan sistem suria.

  4. Assalamualaikum..
    Pernahkah anda merasakan kenderaan yg anda parkir bergerak kehadapan sedangkan sebenarnya kenderaan di sebelah anda yg berundur kebelakang?Ilusi ini terjadi apabila kita berada dlm keadaan pegun tetapi objek yg berada disekeliling kita yg berubah kedudukan dari kedudukan sebelumnya..Yg menjadi persoalan ialah kita sering merujuk kpd dapatan2 dari pihak lain untuk mengesahkan sesuatu fenomena atau kejadian sedangkan kita tidak Qatam menelaah kitab yg ALLAH kurniakan kepada kita..Kita menyerahkan tanggungjawab menghayati kekuasaan ALLAH kpd org lain sedangkan setiap bukti yg ALLAH kemukakan selalunya disudahi dgn kalimat…”kepada mereka yg mahu berfikir”..Ianya satu frasa yg ringkas tetapi masih gagal dihayati oleh umat Islam yg mengaku beriman dgn Ayat2 ALLAH..Kenapa frasa ini sering diulang-ulang oleh ALLAH dlm setiap firmannya?Krn manusia itu perlu sentiasa diperingatkan oleh sang pencipta..Peringatan ini jika didalami membawa maksud setiap kelalaian itu akan dipergunakan oleh musuh2 ALLAH utk melemahkan pemikiran dan akidah kita lantaran mengamanahkan tanggungjawab berfikir(dalam apa jua cara,kebolehan,ilmu,kepakaran dsb)kpd orng lain..Lataran itulah ada manusia yg terpedaya dgn dakyah2 kuffar dan memakainya lantas meniggalkan kesan yg berantaian hingga ke beberapa generasi..Teliti semula maksud Fiman ALLAH “Tidak aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”….Hayati maksud “ibadah” itu sendiri sedalam-dalamnya..”Ibadah” bukan hanya ibadah dlm konteks kaedah Fiqh,tauhid dan cabang2 agama semata-mata,tetapi meliputi setiap perbuatan,gerak hati,ilham serta perkataan kerana setiap perkara yg dilakukan memberi kesan kepada seluruh aspek kehidupan..Istilah “Ibadah”itu sering dikurung di dalam masjid,surau,diskusi /forum agama sehingga terluput dari pemahaman manusia bahawa setiap lagkah dibumi ALLAH yg bersandarkan Lillahita’ala adalah merupakan Ibadah..Buatlah dan kerjakanlah apa2 saja urusan harian,dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara,jika dimulakan dgn niat Lillahita’alla akan menjadi ibadah disisi ALLAH sentiasa mengawasi perjalan ciptaannya..Kita harus menghayati hakikat penciptaan..Hakikat ALLAH menciptakan Iblis itu adalah untuk menderhakainya..jika tidak,ALLAH tidak akan menciptakannya..Hakikat ALLAH menciptakan Malaikat adalah untuk mentaatinya,krn itulah para malaikat tersangat patuh dan takut akan ALLAH..Diciptakan manusia diantara Iblis dan Malaikat adalah untuk manusia itu memilih ciri2 manakah yg sepadan dan ideal dengannya..Disisi manusia itu berdampinglah Iblis dan Malaikat untuk manusia memilih bisikan mana yg menjadi keutamaannya..Dijadikan Syurga dan Neraka adalah untuk diisi dgn penghuni-penghuninya..Lalu diujilah manusia itu dgn kesenangan dan kepayahan untuk diukur kebergantungannya kepada ALLAH atau yg selain darinya..Sematkanlah hakikat ini dlm hati2 setiap mukmin agar kita tidak melepaskan pergantungan kpd ALLAH wlw apa jua keadaan yg kita hadapi dan kembali menjadi “golongan yang mahu berfikir”supaya kita mengenal akan setiap hakikat kejadian yang ditimpakan keatas kita oleh ALLAH dan bersedia memikul amanah sebagai Khalifah muka bumi yg memimpin diri dan umat akhir zaman untuk berdepan dgn tentera2 Iblis..ALLAH akan memihak kepada pendukung kebenaran dan menewaskan kebatilan..telah semakin hampir saat2 itu..persiapkan diri dan tarbiahkan anak cucu kita akan hakikat ini krn jika kita tidak sempat berdepan dgn Tentera2 Iblis,anak cucu kita menjadi wakil2 kita untuk berdepan dgn mereka…Wallahualam..

  5. bagaimana cara untuk mengelakkan fitnah dajjal……..adakah orng yg berada di makkah n madinah terselamat dari fitnah dajjal ini….???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s