Cara Dajjal Menubuhkan Negara Yahudi Israel

oleh Ibnuyaacob 

Menyedari bahawa suatu platform antarabangsa dan komuniti diperlukan untuk perlaksanaan matlamat One World Government. Dajjal telah melakukan suatu perancangan rapi untuk menubuhkan negara Yahudi Israel melalui kaedah-kaedah perundangan antarabangsa dan sekiranya tidak berjaya kaedah paksaan akan digunakan.

Melalui pergerakan Illuminati yang majoriti ahli-ahlinya berkelulusan Undang-Undang, Dajjal dari pejabatnya di Segitiga Bermuda (menurut Muhammad Isa Dawud) telah merancang bahawa negara Yahudi perlu ditubuhkan melalui suatu gerakan NGO yang kuat yang dapat mempengaruhi ahli-ahli politik dunia. Maka keputusan yang dibuat ialah menubuhkan pertubuhan Zionis. Pertubuhan ini akan berfungsi sebagai agen penggerak utama dalam menubuhkan negara Israel dan akhirnya bertindak sebagai pemerintah negara tersebut. Oleh itu seseorang perlu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja ini.

Sejarah Pertubuhan Zionist Antarabangsa

Pertubuhan Zionist diasaskan oleh seorang bekas peguam yang berbangsa Yahudi iaitu Theodor Herzl (Gambar). Herzl dilahirkan di Budapest, Hungary. Dia menerima ijazah dalam perundangan tetapi memilih untuk menceburi bidang penulisan.

  

Bagaimana timbul idea menubuhkan Zionist ?

Menurut suatu sumber, pada 1891 semasa Herzl berumur 31 tahun, dia telah berhijrah ke Paris sebagai tetamu undangan bagi persidangan akhbar Vienna Neue Presse. Dia menganggap peningkatan sikap anti-sematik (anti yahudi) timbul kerana fahaman dan sikap orang yahudi sendiri yang tidak mahu berubah. (Sumber ini mungkin rekaan sahaja untuk menutup cerita bahawa Herzl sebenarnya sedang diarah “seseorang” bukannya suka-suka pergi Paris)

Semasa di Paris, dia menyaksikan sikap anti-sematik yang menebal di Francis semasa cuba membela Dreyfus yang cuba menyatakan kesaksian bagi kes penindasan Yahudi. Bila Herzl meninjau kelibat Alfred Dreyfus, dia terdengar suara sumbang dari para hadirin mengatakan “Death to the Jews!, death to the Jews!“. Dreyfus ialah seorang Yahudi sejati serta berpangkat besar dalam ketenteraan negara Perancis.

 

(Gambar) Alfred Dreyfus

Namun begitu, orang Perancis sangat maju, berbudaya di dunia. Sifat anti-sematik mereka susah untuk dihakis. Herzl berasa kurang senang dan menyimpulkan bahawa penyelesaian terhadap sifat anti-sematik ialah menempatkan semula mereka (minoriti Yahudi) di tanah bumi asal mereka iaitu Palestin.

Anti-Sematik akan pudar, dia percaya, hanya bila Yahudi mempunyai negara mereka sendiri. Daripada itu, Herzl menubuhkan gerakan politik Zionist.

Selepas berjumpa Dreyfus, Herzl telah menggunakan sepenuh masa hidupnya untuk mencapai matlamatnya iaitu membina sebuah Negara Yahudi merdeka. Dia mula membuat risalah (brochure) dan mengedarkan risalah-risalah berikut dikalangan Yahudi Eropah. Risalahnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Yahudi Eropah dari pelbagai negara.

Dalam tahun 1897, kongres pertama Dunia Zionist telah diadakan di Bassel, Switzerland. Ia merupakan kali pertama orang-orang Yahudi seluruh dunia berjumpa untuk membincangkan agenda politik. Bahasa perantaraan yang digunakan dalam kongress tersebut ialah bahasa Jerman. Mereka sedar bahawa organisasi politik perlu dibentuk untuk mencari negara baru. Kongress sebulat suara mengundi Herzl sebagai Presiden organisasi. Mereka mula menetapkan tarikh akhir, menetapkan corak bendera, dan bersetuju membuat perjumpaan setahun sekali. Pada pejumpaan pertama tersebut, Herzl telah berucap dengan mengatakan “Jika kamu semua berkendak, maka ia bukan lagi fantasi.”

(Gambar atas) Herzl berucap dalam Kongres ke-2 Zionis di Bassel.

Tidak dinafikan bahawa hasrat Herzl menubuhkan negara Yahudi iaitu Israel didorong oleh arahan dari pemimpinnya dalam pergerakan Illuminati. Cara Herzl bekerja adalah luar biasa. Dia tidak lagi menghiraukan akan kerjayanya dan keluarganya, malah yang lebih aneh ialah ia tidak perlu mencari sumber kewangan untuk bergerak ke serata dunia. Dari mana dia mendapatkan semua kos pengangkutannya ke sana ke mari itu?

Tidak lain adalah dari jutawan-jutawan yang juga ahli Illuminati. Jutawan-jutawan ini telah diarahkan untuk membantu Herzl dari sumber kewangan sebagai jalan memudahkan kerja-kerja Herzl. Jutawan-jutawan ini juga berbangsa Yahudi atau dikenali sebagai financiers.

Herzl Diherdik Khalifah

Persetujuan yang diperoleh tentang kawasan negara Israel ialah bumi Palestin. Pemilihan ini dibuat berasaskan disitulah tempat lahirnya Nabi Yaakub a.s. yang juga digelar bapa Bani Israel (Nama Israel adalah gelaran kepada Nabi Yaakub). Namun begitu, hasrat ini terhalang kerana ketika itu Palestin di bawah kekuasaan Kerajaan Islam Turki Uthmaniah. Khalifah Islam ketika itu ialah Sultan Abdul Hamed II (1876-1909) iaitu khalifah yang sangat tegas dan patuh kepada ajaran Islam.

  

(Kiri) Sultan Abdul Hamed ketika berumur 30-an. (Kiri) ketika lewat 60-an.

Herzl berangkat ke Turki pada Mei 1901 untuk berjumpa Khalifah. Misi Herzl ke sana ialah memujuk Khalifah menyerahkan bumi Palestin kepada orang-orang Yahudi. Malangnya, Khalifah enggan menyerahkannya kepada orang-orang Yahudi, malah permintaan Herzl itu dibalas dengan kata-kata berikut;

Beta lebih rela ditikam dengan besi daripada melihat Palestin hilang.

Herzl terkejut dengan pendirian Sultan Abdul Hamed, perasaan dendamnya pada khalifah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi dendamnya perlu disimpan dahulu, jalan lain harus difikirkan sebagai menunaikan hasrat menubuhkan negara Israel.

Selepas itu, Herzl berhijrah ke seluruh dunia untuk mencari tempat yang sesuai bagi menubuhkan negara Israel. Herzl tahu itulah tugas yang diberi oleh pemimpinnya (Dajjal) sepanjang hidupnya, jika gagal mungkin ia akan ditimpa masalah.

Pada 1903 Joseph Chamberlain dari British Royal Commission telah menawarkan khidmat berunding dengan kerajaan Mesir bagi mendapatkan tempat di Selatan Palestin iaitu Semenanjung Sinai. Malangnya, rundingan gagal. Kerajaan British selepas itu menawarkan kawasan di Utara Afrika iaitu Uganda dan Cyprus. Herzl membawa cadangan ini kepada Kongres Zionis di Bussel.

Keputusan yang dibuat pada kongres ke-6 itu ialah persidangan sebulat suara tidak bersetuju dan bumi Palestin adalah kawasan terbaik untuk penempatan negara Israel memandangkan ia adalah bumi sejarah Yahudi dan makam Nabi Yaakub.

Herzl gagal dalam melaksanakan misi Illuminati, Zionis dan pemimpinnya Dajjal. Pada 1904, Herzl telah mati akibat serangan sakit jantung. Mayat beliau ditanam di Edlach, Selatan Austria. Herzl mati ketika berumur 44 tahun.

Taktik Akhir Dajjal Mendapatkan Palestin

Satu arahan diturunkan oleh Dajjal kepada pemimpin Zionis (pengganti Theodor Herzl) dalam melaksanakan misi mendapatkan Palestin. Arahan tersebut ialah “merencanakan revolusi menjatuhkan Kerajaan Khalifah Uthmaniah pimpinan Sultan Abdul Hamed IV. Tugasan ini diberikan kepada ahli freemason Yahudi Turki iaitu Mustapha Kamal Attartuk. Misi Mustafa Kamal mendapatkan Palestin berjaya apabila berjaya menggulingkan kerajaan Khalifah Islam terakhir itu dalam Revolusi Turki pada 27 April 1920

 

(Kiri) Semasa Revolusi 1919. (Kanan) Ketika menjadi kapten dalam Perang Gallipoli 1915.

Namun negara Yahudi tidak dapat ditubuhkan lagi atas sebab-sebab tertentu.

(Atas) Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed IV meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Attartuk pada 1922.

About these ads

7 responses to “Cara Dajjal Menubuhkan Negara Yahudi Israel

  1. Cerita ttg Kamal Attartuk telah saya tahu. Boleh saya tahu di mana hasil2 penterjemahan karya Muhammad Isa Dawud boleh didapati?

  2. tolong kirimkan sejarah kekhilafan an kepada saya dong, saya ingin membantah cerita/fitnah bahwa Sistem Khilafah itu kejam, radikal seperti cerita sebagai berikut

  3. kalo ada orang islam yang membantai manusia ..itu bukan islam….kalo ada orang islam yang seperti itu ..hukumnya qishas..dibunuh lagi..walau dengan alasan jihad ..namun jihad yang salah kaprah..it’s so simple

  4. bukankah emmanuel itu salah satu nama utk orang yahudi?

  5. Insya Allah, Islam akan tetap berjaya sampai akhir jaman…

  6. Zzz.mustafa kamal attartuk is kafir

  7. nyari artikel lain dimana yak..?? saya suka baca-baca kayak gini om…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s