Antara Yahudi Orthodoks dan Pemimpin Arab


oleh Ibnuyaacob

 

(Gambar) King Ibnu Saud berbincang dengan bekas Presiden Amerika, Franklin D. Rosevelt di atas kapal perang USS Quincy.

Dalam soal membantu rakyat Palestin, pemimpin-pemimpin Arab dilihat amat bacul dan penakut. Mereka selalunya berselindung disebalik sumbangan derma yang banyak untuk tabung Palestin. Mereka juga berselindung disebalik forum-forum dan persidangan-persidangan antarabangsa yang membincangkan masalah Palestin. Tetapi pada hakikatnya, dalam masa yang sama mereka menjilat tangan orang-orang zionist yang berlumuran darah pejuang-pejuang Palestin.

 

(Kiri) Abbas dan sababat karibnya Olmert. (Bawah) Arafat mencium cincin Pope.

Pemimpin arab seperti Hosni Mubarak (Presiden Mesir) dan Mahmood Abbas (Presiden Palestin) sudah pun diketahui masyarakat dunia sebagai tali barut Israel yang paling akrab. Selain itu, bekas pemimpin PLO iaitu Yasser Arafat juga tidak terkecuali dari gelaran tali barut, tetapi akhirnya persahabatan dengan syaitan Yahudi itu tidak berakhir dengan ketenangan malah memakan diri.

Perubahan Sikap Yahudi Orthodox Terhadap Ideologi Zionis

 

(Atas) Yahudi Orthodoks di New York membakar bendera negara Israel semasa suatu demonstrasi yang diadakan.

Apa yang pelik sekarang ialah masyarakat Yahudi yang selalu dilaungkan oleh masyarakat Islam sebagai JAHAT! JAHAT! KEJAM! Sekarang ini amat berlainan sekali sikap mereka. Mereka mula membela masyarakat Palestin dan menyokong sebarang tindakan oleh Parti Hamas untuk kerajaan Palestin.

(Atas/bawah) Pertubuhan Naturei Karta menyertai demostrasi bersama rakyat Palestin untuk menyokong rakyat negara itu menentang pencerobahan askar Israel di Ramalah, Palestin pada November 2007 lepas.

Tidak cukup dengan itu, mereka secara terbuka menyatakan sokongan padu kepada Presiden Iran, Mahmood Ahmedinejad tentang sikap anti-Israelnya. Pergerakan yahudi orthodox yang diberi nama Naturei Karta ini tidak sahaja menyatakan sokongan melalui sidang akhbar tetapi melalui suatu lawatan rasmi yang dibuat di Tehran.

(Atas/bawah) Naturei Karta mengadakan mesyuarat bersama Presiden Iran di New York pada Isnin, 24 September 2007.

Mesyuarat tersebut berlangsung di Intercontinental Hotel, New York sempena kunjungan Presiden Iran itu. Dalam mesyuarat tersebut, pemimpin Naturei Karta iaitu Yisroel Dovid Weiss menyatakan usul sokongan penuh terhadap tindakan Iran menentang pencerobohan Israel terhadap Palestin. Dovid Weiss juga melaporkan, tindak tanduk Israel adalah bertentangan dengan ajaran suci Kitab Taurat. Malah  menurutnya lagi, fahaman Zionis yang dipromosikan pemimpin Israel adalah terpesong dari akidah agama Yahudi yang sebenar.

Ini amat berlainan dengan pemimpin-pemimpin negara Arab yang melihat masalah Palestin dari jauh dan kemudian melempar sahaja duit-duit berminyak mereka itu. Tidak terkecuali juga beberapa pemimpin politik di Malaysia yang secara berani mengatakan bahawa tindakan pejuang Hamas meletupkan diri dan mengangkat senjata adalah tidak patut. Tindakan yang terbaik menurutnya adalah berbincang di meja rundingan. 

Lebih memalukan apabila ahli politik dari Parti UMNO itu menyatakan pendapatnya dalam program Debat Perdana (rancangan kelolaan Dato’ Johan Jaafar) di hadapan seorang ahli panel berbangsa Cina (parti DAP). Dan yang lebih memalukan, ahli panel berbangsa Cina itu pula menyatakan sokongan terhadap Hamas.


7 responses to “Antara Yahudi Orthodoks dan Pemimpin Arab

  1. mitchel marlann

    emng brengsekk yg nmanya yaudi tuh .

    TAPI KOK GG ADA SATUPUN YG BERANI MEMPUBLIKASIKAN TTG HAL INI K[D KHALAYAK RAMAI .

    ORG PINTAR HANYA BERANI DIAM2 MMBERITAHU NYA . TTPI HNYALAH ORG BODOH YG BERANI LANGSUNG WLAUPUN TDK SMNGERTI ANDA SMUA .

    KENAPA ???

    APAKAHHH MEDIA2 PUBLIKASI SPRTI TV, KORAN, ATW YG LAINNYA ADALAH ANTEK2 YAHUDI JUGA .

    KENAPA KALIAN TDK BERANI MMBAHAS HAL INI SCARA LAGSUNG D TV .

    KLAU INGIN PERANG, PERANGLAH SEKALIAN .
    DARIPDA KY GNI MATI PERLAHAN .

    TUNJUKANLAH .

  2. Salam,
    baik kat depan belakang bukan boleh percaya sgt sang yahudi ni x kiralah orthodoks ke apa…be careful..dats all

  3. Bikir Perak

    MasyaAllah. Segala Dajjal punya angkara, Ya Allah aku berlindung dengan Mu, dari fitnah Dajjal, hamba-2 dajjal yang di laknat di muka bumi Mu ini . amin Ya rabul almin.

  4. shay,tlg la selidik latar belakang dan belajar dulu siapa yahudi orthodoks ni,baca dan cari maklumat dulu,ingat,bukan semua orang yahudi jahat,kena ingat rasul terdahulu pun adalah orang yahudi yang diutuskan untuk memberi peringatan kepada kaumnya.

  5. Salam..amalkan 10 ayat permulaan dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi dan minta petunjuk dari ALLAH..Ini zaman Fitnah Dajjal,zaman yg menutup kebenaran..Sedangkan langit itu pun mempunyai 7 tirai rahsia..Ambil hikmah dari setiap ciptaan ALLAH sebagai pedoman untuk menyingkap rahsia sebalik rahsia..Jgn mudah memberi tafsiran krn implikasinya tersangat-sangat besar…Wallahualam..

  6. Iran paksi syiah. Penulis menyokong syiah ke? Syiah sangat berbahaya kerana berkenaan akidah. Iran dirasakan tali barut zionis juga. Perbincangan dgn yahudi yg menyokong palestin dan kononnya memnentang zionis israel hanya gimik dan hipokrrasi semata-semata.

  7. Ahmadinejad ni bukan ke asal yahudi jugak? Ni semua lakonan je. Ada gambar dia pakai ketayap yahudi tu kt depan wall of jericho.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s