Kesesatan Pendakwah Wahabi

 

oleh Ibnuyaacob

Wajah-wajah Pendakwah Wahabi di Malaysia

 

(Kiri) Dr. Asri Abdul Talib, Mufti Perlis (kanan) Fathul Bahri Mat Jahya. 

Di sini ingin saya tegaskan semula berkenaan hal kesesatan Wahabi yang pernah saya paparkan dahulu di blog ini. Kali ini saya ingin mengutarakan beberapa maklumat penting yang membuktikan bahawa semua penganut fahaman Wahabi itu sesat dan kufur aqidah.

Seperti yang diketahui bahawa fahaman Wahabi itu berasal dari ajaran Syeikh Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Jauziyyah. Kedua-dua mereka pengasas kepada fahaman ekstrim ini yang mana menolak sebahagian besar bab-bab fekah dan sunnah, malah yang lebih mengaibkan adalah mereka terang-terangan menghina sahabat nabi. Namun begitu, kedua-duanya hanya muncul sebagai pendokong fahaman tersebut dan tidak mempunyai ramai anak murid.

Tetapi kekuasaan Wahabi lebih menonjol dengan lahirnya Syeikh Abdul Wahab yang amat tergila-gilakan fahaman ekstrim itu. Menurut sejarah, Syeikh Abdul Wahab seorang yang malas belajar dan sukakan kepopularan, beliau berangan-angan ingin menjadi sehebat Imam Hambali, Maliki dan Syafie. Dan beliau amat membencinya juga dan dalam masa yang sama beliau rasakan dirinya mempunyai ilmu setanding dengan mereka.

Dalam kitab yang berjudul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah karangan Mufti Mekah (ms 275), Kitab tersebut menyatakan bapa kepada pengasas ajaran Wahhabi merupakan seorang ulama Islam bermazhab Hambali. Dan bapanya marah kepada anaknya yang bernama Muhammad ( Pengasas ajaran Wahhabi ) dek kerana tidak mahu belajar dengan ulama hanya fanatik terhadap kata-kata Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Jauziyyah bulat-bulat serta penyebar keburukan di alam ini. (lihat http://abu-syafiq.blogspot.com)

Ibnu Taimiah Telah Bertaubat

Saudara Abu Syafiq (dari blognya) mendedahkan suatu perkara yang patut dibaca oleh semua pendokong fahaman Wahabi. Pendedahan itu ialah “Ibnu Taimiah yang merupakan pencetus kepada fahaman salah itu telah bertaubat”.

Syeikhul Islam Imam Al-Hafiz As-Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolany yang hebat dalam ilmu hadith dan merupakan ulama hadith yang siqah dan pakar dalam segala ilmu hadith dan merupakan pengarang kitab syarah kepada Sohih Bukhari berjudul Fathul Bari beliau telah menyatakan kisah taubat Ibnu taimiah ini serta tidak menafikan kesahihannya dan ianya diakui olehnya sendiri dalam kitab beliau berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi ‘ayan Al-Miaah As-Saminah yang disahihkan kewujudan kitabnya oleh ulama-ulama Wahhabi juga termasuk kanak-kanak Wahhabi di Malaysia

Lihat dalam http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/07/ibnu-taimiah-bertaubat-dari-akidah.html

Persamaan Sifat Syeikh Abdul Wahab dengan Mufti Perlis

Sifat Syeikh Abdul Wahab yang keji ialah beliau sanggup untuk berbaik dan bersepakatan dengan perisik British ke Timur Tengah iaitu Hempher untuk mendapat jawatan ketua agama di Arab Saudi. Hempher yang merupakan perisik berbangsa Yahudi itu juga telah membantu Syeikh Abdul Wahab dan Ibnu Saud melepaskan ArabSaudi dari kekuasaan kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah. Jatuhnya Turki Uthmaniyah bermakna terbukanya takhta jawatan ketua agama untuk Syeikh Abdul Wahab seperti yang disepakati bersama Ibnu Saud. Ibnu Saud pula dianugerahkan jawatan Raja Arab Saudi oleh British Freemason.

Sama seperti di Malaysia, Dr. Asri terpaksa menjilat tangan Menteri Besar Perlis untuk mendapat jawatan Mufti di Perlis sedangkan semua Mufti di seluruh Malaysia tidak menyenanginya. Malah beliau tidak layak pun menjadi Mufti walaupun mempunyai PhD. Ini kerana syarat untuk dilantik sebagai Mufti ialah mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah bidang Syariah Islamiyah bukannya Hadith.

Menurut sahabat saya yang juga salah seorang ahli jawatankuasa fatwa di  Pulau Pinang, Dr. Asri seringkali bertingkahlaku tidak sopan apabila bermesyaurat bersama mufti-mufti negeri lain. Beliau kerap kali tidak mahu menerima pendapat mufti-mufti lain. Tentang tingkahlaku tidak sopannya itu tidak pula diberitahu bagaimana.

Maka, inilah persamaan antara Syeikh Abdul Wahab dan Mufti Perlis sekarang.

“Get FREE Traffic With A

Top Ranking In Google!”

Discover how EASY it can be to blast your website to a top ranking in Google, and attract 1,000s of FREE, qualified buyers!

Learn the SAME secrets we used to beat 248 Million competitors for a Top 5 listing in Google for 3 years straight.

Get all the details in 4 online videos, a newsletter, and private discussion forum — all for just $2.95.

Click Here Now To

Get Your $2.95 Copy

// –> // –>

 

10 responses to “Kesesatan Pendakwah Wahabi

  1. najmuddin al yamani

    assalamualaikum..saudare…saye ade satu soalan..saudare ni masih belajar di pusat pengajian atau sudah tamat belajar?kenape saudare masih lagi menimbulkan perkare ini?utk pengetahuan saudare<kalaulah akidah meeke ini sesat,kenape tuan guru abdul hadi awang presiden pas selalu memuji ibnu taimiyyah dalam syarahannye?saye harap saudare buleh datang endiri ke masjid rusile dan tanye sendiri tuan guru..saye sebagai anak2 muridnye cukup sedih membace tulisan ini tanpa membuat kajian mendalam dan adil dalam berhujah;;

  2. Spiderman Spy

    Sdr Najmudin,

    Cara sdr komen ini menunjukkan sdr baca x habis artikel di atas. Sbg seorang peljar, adakah patut sdr tanya blogger ni masih belajar atau tamat belajar…

    Bukankah dekat perenggan last artikel ni blogger ni bgtau dia ada shbt yg jd AJK Fatwa di P.Pinang. Cuba tanya TG Hj Hadi apa itu AJK Fatwa.

    Macammana sdr belajar aaa… mungkin ms TG Hj Hadi tengah ceramah pun sdr tidur….

    slmt hari deepavali!!!

  3. secara terus terang pendekatan beberapa tokoh politik di malaysia ber”parti”an yang dinisbahkan kepada Islam menceduk pemahaman zahiriyah dan taqiyyah. oleh itu tidak hairan mereka meloloskan pemikiran wahabiah atau syiah samada secara sedar atau tidak. dan jelas pendekatan zahiriah adalah manhaj wahabi dalam hal penafsiran wahyu, begitu juga taqiyyah dalam menafikan kesilapan hujah dan fatwa mereka.samada mereka bergelar “tuan guru” atau “ustaz dr” tidak menafikan mereka tidak mempunyai “hamasah al-din”, kerana jawatan-jawatan politik atau yang berpengaruh adalah jambatan mereka memperoleh sokongan dan labaan duniawi sungguhpun mencemarkan agama.jika “tuan guru” hj hadi yang anta anggapkan guru yang mengagungkan ibn taimiyyah, maka anta kena perati dan teliti ke mana akhir kesimpulannya!

  4. Sbgai sorg rakyat perlis..kmi smua xsuka dn xingin pn Dr Asri tuu…Habis diporak perandakan amalan untuk mendekatkan diri pada Allah…cth bacaan Yassin rmai2..anak2 buah Asri (maksud saya ustaz yg berfahaman semacam Asri) kata mcm anjur majlis tarian dangdut..Elokla…lma2 hilang terus amalan agama… Sebenarnya mereka ini sudah mempunyai institut sendiri yg menyebar fahaman ini dalam diam…terletak berdekatan empangan Timah Tasoh dibina semasa Era pemerintahan Kaki tipu,penyamun besar negara iaitu SAHIDAN BIN KASSIM…Sangat2 dialukan Dr Asri tu blah dari negeri ini. Tapi masalahnya pandai pulak dia tinggal pewaris…iaitu mufti sekarang dan kebanyakan ustaz2 sewaktu dengannya.Jadi mana2 pembaca blog ini yg terbaca komen nii…Dinasihatkan jauhilah fahaman mereka..sangat2 pelik dan banyak kepincangan…mereka rasa mereka smua btul bleh masuk syurga dahh…xda doa,xda smyang hajat,xda bacaan yasin rmai2,xda Tahlil,kutuk ulama2 dan sahabat2 dahulu,bidaah itu adlah neraka sentiasa tdak lekang dari bibir mereka.AWAS fahaman ini sdah menular ke seluruh negara ke atas golongan pertengahan dn profesional.

  5. Artikel baru: Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi’e! – Klik – http://an-nawawi.blogspot.com/2009/11/isu-zikir-wahhabi-abaikan-saja-kita.html

  6. sy sbg pembaca biasa merasa ragu2 & keliru dgn keadaan ini.. Mungkin kerana kecetekan ilmu yg ada, sy akui..

    tetapi melihat keadaan skrg, pihak yg brtanggungjawab(majlis fatwa,jbtn agama @etc) perlu menyelesaikannya…

    Dilihat dr penjelasan dr asri (dr website nya), pegangannya itu tak slh. Mungkinberbeza dr segi fekah @ mualamat. Syahadah & tauhidnya ttp sama..

    Dr penjelasan blog ini, dr asri mempunyai fahaman wahabi kerana hujah2 yg dinyatakan. Cuma sy tak setuju di akhir perenggan mengatakan beliau tidak sopan & sering tak setuju dgn mufti2 lain dikaitkan dgn fahaman beliau. Hujah mengatakan perilaku beliau adalah wahabi amat lemah..

    Akhir kata , senang bg golongan spt sy(kurang ilmu & pendedahan) mengambil jln tgh tanpa memihak kpd sesiapa… Wallahualam

  7. Iz Zulqarnain

    Jangan percaya dengan Abu Syafiq/Rasyid Alwi. Kerana Abu Syafiq adalah seorang tukang fitnah yang paling bahaya.

  8. tujuh puluh tiga pintu, yang sampai cuma satu jalan….

    ooo….algojo…nanti dulu….

    [pesan m.nasir….]

  9. anda sudah membuat fitnah besar, karena setahu saya yang memberi gelar wahabi itu adalah kaum syiah atau kaum yahudi, mungkin anda termasuk salah satu dari dua kaum itu.
    Tadi saya sangat kagum dengan tulisan anda tetang dajjal. Tetapi setelah kesini tulisan anda mulai penuh dengan fitnah, atau anda termasuk orang yang andil dalam menyebarkan fitnah dajjal.

  10. goku@yahoo.com

    fitnah ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s