Harun Yahya : Penyiasat Konspirasi Terkemuka

oleh Ibnuyaacob

 

Beliau bukanlah baru dalam bidang siasatan konspirasi Yahudi. Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar merupakan antara Conspiracy Investigator (CI) muslim paling terkenal di dunia setakat pengetahuan saya.

Hasil-hasil kerja beliau amat unik malah beliau tidak sahaja menumpu kepada membongkar aktiviti konspirasi Yahudi tetapi banyak makalah-makalah beliau mengajak manusia mengagungkan ciptaan Allah.

Selepas dipenjara atas tuduhan menentang Teori Revolusi Darwin semasa belajar di Turki, beliau banyak menulis tentang kehebatan makhluk-makhluk ciptaan Allah. Setiap huraian dan penerangannya digabungkan bersama fakta sains dengan ayat-ayat al-Quran. Bahasanya mudah, ringkas dan berfakta.

Maka tidak harianlah sebuah hasil kerjanya diterjemah di seluruh dunia dalam lebih 20 bahasa termasuk Eropah, Asia Timur, Asia Barat dan Amerika.

Beliau amat terkenal sebagai pembongkar dan penentang pertubuhan Zionist dan Freemason di seluruh dunia. Mungkin sifatnya ini yang menyebabkan pihak pengurusan Googel Inc. mengharamkan penggunaan Google Groups kepada Adnan Oktar atau sebarang aktiviti berakaitan dengannya.

Bukan itu sahaja, beliau juga antara CI muslim yang dikategorikan oleh Jewish American Organization (JAO.org) sebagai anti-sematik dan berbahaya kepada Yahudi Zionis.

Nampaknya beliau mengikut jejak langkah Muhammad Isa Dawud digelar sebagai anti-sematik dan berbahaya. Cumanya Muhammad Isa Dawud di banned oleh Anti-Defamation League (ADL.org) lebih awal lagi.

Umur mereka berdua juga hampir sama, kedua-duanya berumur 50-an, cuma Harun Yahya tua setahun daripada Muhammad Isa Dawud iaitu 56 tahun.

Mengapa Harun Yahya Dianggap Berbahaya?

Yahudi amat licik mencari mangsa untuk dihapuskan. Mereka tidak mencari orang-orang awam yang menyertai demonstrasi jalanan menentang zionis, tetapi mereka mencari penusis-penulis buku yang dijangka sebagai racun utama kepada masyarakat.

Buku pertama beliau bertajuk, Judaism and Freemasonry yang diterbitkan pada 1986 telah menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin Freemason aliran sekular di Turki. Akibatnya beliau dipenjara dan dikurung di hospital pesakit mental di Ankara.

Dalam buku itu, beliau mengutuk habis-habisan fahaman agama Yahudi iaitu Judais dan pertubuhan Freemason. Beliau juga menegaskan dalam bukunya bahawa kitab Taurat yang digunakan oleh masyarakat Yahudi sekarang adalah palsu.

Namun tentang dan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kurang memberi kesan kerana beliau lahir dari keluarga kaya raya dan elit. Beliau banyak menggunakan wang-wangnya untuk tujuan berdakwah, membuat risalah dan mengedar kepada orang ramai.

Selepas keluar dari penjara pesakit mental itu, Harun Yahya tidak gentar malah berani menentang Yahudi secara terbuka dengan menerbitkan suatu lagi buku kontroversi pada 1996 iaitu Soykurum Yalam (The Holocoust Lie).

Kini Harun Yahya amat terkenal dan berpengaruh ditambah pula kerajaan Turki sekarang dipimpin oleh pemimpin revolusi Islam dari parti AKP, Recep Tayyip Erdogan. Kedua-dua mereka mempunyai zaman yang sama dan jihad yang satu.

Harun Yahya dengan jihad ilmu-ilmu sains sosialnya manakala Recep Tayip Erdogan dengan jihad politiknya.

Bilal Philips Vs Harun Yahya

Dalam beberapa ceramah baru-baru ini, Bilal Philips yang juga pendakwah dan penulis beberapa buku berkaitan konspirasi Yahudi menyelar salah satu hasil kerja Harun Yahya iaitu The Atlas of Creation.

Bilal terdapat beberapa ungkapan dalam makalah tersebut yang dipertikaikan oleh Bilal Philips.

Bilal Philips juga mengatakan Harun Yahya ialah seorang pantheist, penyembah berhala dan tidak mempunyai latar belakang sains dalam menerangkan sesuatu berkaitan dunia saintifik. Harun Yahya dianggap hanya sebagai interior designer sahaja dalam dunia saintifik.

Bilal juga menegaskan akan merancang beberapa video untuk mendedahkan pembohongan-pembohongan Harun Yahya (Adnan Okthar)

Pandangan Peribadi Saya

Setakat tarikh ini, dan setakat pengetahuan yang ada, saya masih lagi menyebelahi pandangan Harun Yahya berbanding Bilal Philips. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya kurang bersetuju dengan Bilal malah sangsi dengan beliau:

  • Pertamanya Bilal bermazhab Wahabi dan boleh dianggap pendokong ideologi Wahabi yang ekstrem setaraf dengan Ibnu Baaz. Pendokong Wahabi menolak pandangan para sahabat, tabi tabiin dan ulama mazhab lain.
  • Keduanya, Bilal tidak hidup dalam perjuangan seperti Harun Yahya yang pernah dipenjarakan oleh konco-konco Kamal Attartuk.
  • Ketiganya, Bilal hanya mengkritik buku Harun Yahya yang berkaitan penciptaan Allah tetapi tidak mengkritik buku-buku Harun Yahya yang berkaitan Zionis.
  • Keempatnya, Bilal Philips walaupun mempunyai PhD tetapi telah mengeluarkan kenyataan mengatakan semua ulama ahlul Sunnah adalah syirik pada Jun 2007 di Madison Squere Garden, New York. Ini jelas menunjukkan kependekkan akalnya.
  • Dan akhirnya, Bilal tidak tahu berbahasa Turki. Dan Harun Yahya tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris dalam buku asalnya. Semua makalah Harun Yahya sebenarnya dari bahasa Turki. Apabila diterjemahkan ke bahasa asing maka ketepatan makna akan bergantung 100% kepada penterjemah tersebut.

    

(Kiri) Harun Yahya ditahan polis Turki pada 1986 kerana menentang sekular (Kanan) Harun Yahya ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa Barkikoy, Turki.

Kesimpulan

Apabila berlaku pertembungan dua orang Islam di hadapan masyarakat awam yang berebut memperbetulkan keadaan, harus bagi kita menilai siapakah di antara kedua mereka yang lebih gemar menyelesaikan masalah secara musyawarah berbanding tikam menikam lidah.

Wallhu’alam.

11 responses to “Harun Yahya : Penyiasat Konspirasi Terkemuka

  1. Allahuakbar..semoga HArun YAhya tabah dah dapat meneruskan penulisan beliau demi agama ISlam tercinta…

  2. Ariff Ottoman

    semoga beliau boleh menulis ngan lebih tajam lagi , ternyata mata penanya lebih tajam dan berbahaya drpd ketajam peluru

  3. Pingback: sabahdaily » Harun Yahya : Penyiasat Konspirasi Terkemuka

  4. Dalam Kitab wahyu Al Quran disebut dan diceritakan bagaimana Allah swt membantu kaum muslimin memerangi yang kufar pimpinan iblis syaitan termasuk dajjal dengan menurunkan bala tenteraNya :
    a] Dalam perang Badar, kemenangan Rasulullah dengan bantuan tentera ghaib para malaikat
    b] Tentera Gajah yang cuba meruntuhkan kaabah ditewaskan oleh tentera Allah swt iaitu burung ababil
    c ] angin adalah tentera Allah swt juga. 7 hari 7 malam kaum Nabi Nuh berhadapan dengan ribut taufan
    d. Air : juga tentera Allah swt yang diperintah menelan Firaun dan tenteranya. Begitu juga kisah Nabi Nuh
    e] Belum lagi mahluk jin islam yang membantu perang muslimin melawan kufar. Kata orang di Afghanistan juga begitu
    f] Belum lagi para wali Allah, gempa bumi, gunung berapi, tornado, haiwan, virus, semua yang akan Allah swt perintahkan..
    Lemahnya muslimin didunia kerana makin jauh dari Allah swt dan ikut budaya dan nikmat dunia pimpinan anak-anak dajal [ sebelum dajal sebenar muncul dari Barmuda !!! ]
    Sedangkan Nabi teladan kita tidak merebut kekayaan dunia para sahabat lebih mewah dari Nabi. Asasnya mudah, Allah swt sebut dalam Al Quran kehidupan dunia hanya tipu daya dan sementara dan nikmat syurga itu kekal dan tak terjangkau oleh minda manusia.
    Lihat saja Palastine, mereka berjuang untuk negara bukan untuk jihad dan agama. Lihat mereka jemaah Jumaat diAl Aqsa pakai dengri semua, hampir semua tak tutup kepala [ klik dalam web pasti mudah dapat photonya] ini lah hasil kerja anak-anak dajal yang berjaya memecah belah pecahkan mereka jadi Hamas dan Fatah. Jika semua balik bertakwa pada Allah, bersatu saudara Islam pasti lebih diterima doa kita. Kita mohon Allah swt turunkan bala tenteranya….Janji Allah swt pasti benar. Kita mohon Dia tunaikan. Malangnya kita makin jauh lihat depan mata kita pula, buhsia, pengkid, ragut, dadah, rempit, porno, lari rumah, GRO, semua kerana roh kosong, sakit, kurus tak kenal Al Quran, zikir, sedekah, puasa [ tak percaya dekati mereka dan tanya ] kita jauh dariNya. Bayangkan Rempit kahwin dengan pengkid atau bohsia zuriatnya nanti apa dan generasi keempat kita bagaimana. Pelek juga bila puasa ramadan tak cukup zakat pun belum tunaikan tapi berharahkan Lalaitulqadar [ contoh saja ]

  5. Harap ramai lagi Harun Yahya…

  6. Kebejatan Jahiliah Moden mula meledak…..
    sana sini “khalifah bumi” PREJUDIS !
    jual beli Allah melalui prejudis pada Islam yang holistik.

  7. allahuakbar…moga dia boleh siasat kisah bermuda triangle.Kalau boleh nak join dia sekali…

  8. saya selalu suka harun yahya..buku2 dia sgt membangun jiwa dan memberi bnyk maklumat..dia sebenarnya ASET umat islam pda zaman sekarang. dan sya rsa, penangkapan beliau tak akan buatkan dia give up, tapi lebih semarakkan lagi semangat dia untuk menulis untuk islam

  9. maybe u should see this video first..i was utterly speechless of this so called islamic scholar..the proof is out there.. THINK cause i’m sure muslim is better than that..wallahu’alam

  10. you should watch adnan oktar’s channel and his act with naked girls!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s