Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul

oleh Ibnuyaacob

(Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.

(Gambar 2) Dajjal perlu muncul dengan wajah-wajah seperti ini agar masyarakat dunia menerimanya atau dengan wajah yang lebih cantik.

Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?

Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.

Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.

Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.

Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.

Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?

Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.

Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.

Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.

Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawud dalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.

Period kemunculan Dajjal sekarang

Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri.

Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.

Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.

Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:

“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”
(Riwayat oleh At-Tarmizi)
“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)
Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.

Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.

Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.

Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah

Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).

“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”

(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Lihat perkataan ini MELELEH

Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.

Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…”

Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.

Dalil bagi teori ini

Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.

 

(Gambar) Wajah Michael sebelum dan selepas pembedahan plastik.

Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.

Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.

Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?

Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach. (Gambar)

Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikaji, mengapa pula Michael yang kristian itu mengambil penasihat dari agama lain?

Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain” yang melantiknya untuk Michael?

(Gambar) Michael bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon

(Saya berharap para peminat konspirasi dapat mengkajinya)

Kemajuan Teknologi Nabi Isa

Artikel sebelum ini saya ada menyentuh tentang Nabi Isa akan diturunkan (bukan muncul) sebagai manusia termaju sesuai untuk melawan Dajjal yang genius itu. Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.

Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.

Wallahu’alam

P/S : Penyelidikan di atas sekadar teori dan pandangan peribadi, dan ia mungkin berubah mengikut fakta dan maklumat semasa. Diharap pembaca tidak menjadikannya sebagai pegangan. Pegangan yang baik adalah isu yang dibahas oleh masyarakat umum yang berilmu.

About these ads

55 responses to “Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul

  1. ASSALAMUALAIKUM..
    ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR..

  2. kalau tak silap aku si Rabbi Shmuley Boteach. ni tengah jadi host dalamsatu prgram kat astro. cuba korang cek sikit syaitan ni.

  3. BatangKeramat

    Betul tu,

    cuma aku heran dgn Rabbi ni, dia ni lain skit dgn Rabbi-Rabbi lain..dia ni selalu je ade dgn org2 ternama dan popular

    macam ade sesuatu motif le…

  4. assalam…..

    apa-apapun rujuk la hadis sahih. Semua kenyataan berbaur penipuan kepada umat Islam yang kurang pedoman.

    dalam Hadis Sahih (riwayat alBukhari)
    dajjal itu juga “BERMATA DUA SEPERTI MANUSIA BIASA TETAPI MATA SEBELAH KANANNYA BERBONJOL KELUAR SEPERTI TELUR AYAM”.

    Wallah a’lam

  5. assalam…..pembetulan

    Apa-apapun rujuk la hadis sahih. Semua kenyataan di atas berbaur penipuan kepada umat Islam yang kurang pedoman.

    dalam Hadis Sahih (riwayat alBukhari)
    dajjal itu juga “BERMATA DUA SEPERTI MANUSIA BIASA TETAPI MATA SEBELAH KANANNYA BERBONJOL KELUAR SEPERTI TELUR AYAM”.

    Wallah a’lam

  6. dear Helper,

    ntah! ntah! hang ni Dajjal..kot. Sebab hang gelarkan hang ni Helper. Dah tu kata umat Islam kurang pedoman plak tu.

    Sah lah hang ni Dajal. Tak pun agen bawahan.

  7. mungkin helper xnmpk tujuan penulis..penulis sengaja meletakkan gmbr ats sekali tu sbg hiasan..dan bukanlah itu wajah sebenarnye..klau begitu buruk wajahnye..masakn orang akan terikut dgnnye..tp die perlu muncul dgn wajah yg lebih cantik dan normal..itu mungkin maksud penulis..penulis juge bercakap ttg 10 hadith sahih ttg rupa bentuk dajjal..sudah tentu die juge mengkaji..

    tp bg saya..bush dan konco2nye dr the fed, cfr, bilderberg,S&B, freemasonry hanyalah dajjal2 kecil yg menjadi tentera kpd dajjal yg sebenar yg digambarkan dlm hadith..umpama tajuk blog ni sendiri..
    konspirasi teori membuatkan kite prejudis dan berhati2..
    tapi saudara salahuddin xperlu terlalu prejudis dgn org..para pengkaji konspirasi teori perlu mengawal perasaan utk prejudis..tp perlu sentiasa berhati2..

  8. Sy setuju dgn Salam Alaika,

    Sy juga setuju dgn nasihat ke atas sy bhw pengkaji konspirasi teori perlu kawal prasaan. T’ma kasih.

    Komen dr “helper” tu menunjukkan seolah2 dia tak baca keseluruhan artikel di atas. Itu yg buat sy bengang tu.

    Jika “helper” tak setuju bolehlah lg diterima, ini pulak cakap kajian artikel tu satu penipuan. Kemudian tak bagi plak dalil-dalil mengapa dikatakan artikel itu menipu.

    Helper ni kesimpulan sy tak pafam pasal konsep muzakarah dan muqabalah kot. Dah le..penat layan.

  9. “Helper” ko kurang kaji kot..psl ko beri salam pun x betul..aku perhati dari setiap artikel ko asyik komen yang sama jek “Dajal bermata dua dan sterusnya” Hadis2 sahih sebagai rujukan jerk kita perlu tgok teknologi zaman sekarang dan akan datang..

  10. sokong 300 peratus. Ini idea baru ni… kena catat dlm buku nota.

  11. zakaria ismail

    Dajjal adalah pembawa Fitnah terbesar di akhir zaman. Fitnah maksudnya PEMBOHONGAN. Sebarang kemungkinan pasti ada untuk kita sama2 mengkaji PEMBOHONGAN DAJJAL. Tak elok terus dikatakan penulis menipu. Itu tak tahu adab mencari Ilmu namanya. Minta maaf kalau terkasar bahasa

  12. haikalhisham

    telur ayam ade tiga satu yang biasa jual kat kedai satu lagi telor ayam kampung dan satu lagi telor ni ayam dia kontroversi sikit kerana diragui cara pembenihannya walaupun disembelih ..wallahuawalam..sape yang jumpa dan gune teknologi dna kalau bukan dajjal n the gang…

  13. apa2 pun dajjal adalah laknat!!!

  14. bayangkan dajal bermata satu seperti dalam gambar teratas, mesti susah nak dapat pandangan 3Dimensi….nak lari pon mesti tak betul step nyer

  15. tunduk dan sujud

    “….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
    (Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
    “…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
    (Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)

    hadis ini adalah benar… ia tidak bermaksud atau berkias… di minta saudara pengarang tidak membuat andaian sendiri… apa yg diriwayatkan oleh hadis memang rupa dajal begitu.. dia seorang pendek,matanya buta sebelah.. rambutnya kerinting… kalau saudara memandangnya dari belakang nampak seperti pohon yang rendang… ada seseorang yg menyerupainya…

  16. tunduk dan stujud

    gambar di atas adalah palsu semata-mata..

  17. tundutk dan stujud

    Lihat perkataan ini MELELEH

    Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.

    Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…”

    artikel saudara adalah menyimpang… maksud di atas meleleh ialah….dajah meleleh air peluhnya…kerana berdebar..kerana inilah kali pertama beliau memandang isa putra mariam.

  18. Rozaidi Abd Wahid

    tunduk & sujud, camna ko komen ni..cam tak bace je..

    Ko kena paham maksud analisis hadith, setiap hadith ada bermacam2 jenis, sahih, marfu’, qudsi, dhaif dll.

    Hadith di atas adlh sahih, jadi kesahihan tidak blh dipertikaikan melainkan ilmu ko setanding dgn Imam Muslim dll.

    Tp dlm artikel kat atas, ia bukan menolak maksud hadith, ia menganalisis, mengkaji maksud tersirat dan menyelidik bahasanya utk membenarkan hadith tersebut.

    analisis kat atas kategori tarqiq hadith dan dibolehkan. Ko kena belajar kat sekolah pondok balik lah.

  19. Rozaidi Abd Wahid

    Camne ko cakap ulasan hadith tu menyimpang. Menyimpang maksudnya mengada-adakan perkataan yg tiada dlm hadith.

    Ko lagi ler menyimpang, bila masa pulak Dajjal berpeluh, dan ko tahu ke itu kali pertama Dajjal nampak Isa. Ko kenal Dajjal ke?

    Ko pesan kat penulis jgn buat andaian sendiri, ni tiba2 ko pulak buat andaian sendiri Dajjal tu berpeluh. Hati2 bile kritik orang, takut kena batang hidung…wakakaka

  20. sokong rozaidi abd wahid….tunduk and stujud,ko kalo stakt nk ckp owg 2 salh yg nie betil tnpa bukti n kajian yg betul baik ko pg bramal byk2…owg pnat2 kaji ko tduh dia mcm2…
    kepad pnulis teruskn kajian anda,dh x rmai owg yg mnhbiskn mse mgkaji kbnyakannya mnuduh dan mengadili kajian owg len je,mcm tunduk dan stujud 2

  21. salam..kalau korg nk tahu interpretasi siapa dajjal yg baik…ikuti ceramah dari Sheikh Imran Hosein..ada kt utube…taip je nama dia…

  22. maksud bermata satu itu adalah satu matanya pandang ke dunia(mata biasa) dan mata hati nya tertutup iaitu mata hati yang memandang ke arah agama allah dan rasulnya

    saya pernah membaca translation lama tentang dajjal ni dan sebenarnya dalam hadis nabi itu semua perkataan nabi adalah kiasan ini kerana pernah dalam satu hadis nabi berkata -sesungguhnya umat pada masaku hanya dapat membayangkan keadaan yang aku gambarkan sedangkan umatku yang terkemudian akan melihat sesuatu yang nyata melalui melalui pesananku

  23. Salam
    Ala helper ngn Tunduk dn Sujud tu geng Al-Sunnah tuu…cam mufti Perlis..smua org xbtul..dia ja btul…biarla Penulis ni mengkaji bukan ckp byk mcm korang…

  24. ade ke dajjal yg baik???

  25. apa-pun rujuk je hadith… x payah nk syok sendiri menganalisanye…rujuk hadis…

  26. lina: salam..kalau korg nk tahu interpretasi siapa dajjal yg baik (mksudnya interpretasi yang bagus tentang kisah dajal) bukan dajal yang baik, tp pemberitahuan yang baik tentang siapa dajal

  27. assalamualaikum
    maafkan saya kerana mencelah saya pun kurang arif tapi guru saya kata menegur dgn bahasa yang lembut dan tak menyakitkan hati orang lebih baik

  28. apa2 pun,,,
    bnda nie tdk bleh djdkan pegangan krn tidak dterangkn secara JELAS didlm hadis,,,
    ia hanya bdasarkn penilaian sndiri,,,
    ttp harus dberi perhatian sbg langkah bjaga-jaga,,,

  29. blog ini btjuan utk mnyampaikan ssuatu ilmu dlm erti kata lain berdakwah.. sepatutnya kita mggunakan penulisan2 ini utk difikirkan. sama ada ia benar atau tidak bgantung pada diri. dan kita smemangnya layak mengkritik mana baik mana x mna btul mana tidak. tp ape yg sy nk katakan, jgn la dijadikan ruangan ini sebagai perbalahan dgn mgunakan ayat2 yg x elok sperti beberapa mereka yg di atas. jika kita musykil. atau kurang yakin, just tanya dn luahkan kekeliruan yg bermain difikiran DENGAN PGGUNAAN AYAT yang baik dn jelas. bgitu juga dlm sbarang pnuduhan yg dilakukan. pnulis dilihat bersungguh mengkaji hal ini demi usahanya menyampaikan dakwah utk umat islam. jgn kita sebarangan mgkritik atau mnuduh walahl kita tidak pula brusaha utk mnyampaikan ssuatu yg baik kpd umat.

  30. Asalamualaikum semua.

    Kita tak payah cari dajal dan majud lagi dah sekarang. Dajal dan maujud dah ada sejak tahun 70an dahulu yang kita tidak sedari. Dajal dan maujud yang saya maksudkan yang BERMATA SATU INI ialah SCREEN TELEVISYEN dan SCREEN DESTTOP KOMPUTER (INTERNET) kita . Kedua-2 benda ini ada ciri-ciri dajal… yang melalaikan dan merosakkan manusia. Allah dan rasulnya tidak menjelaskannya secara terus, cukup dengan kiasan bermata SATU.(SCREEN). Penghadang atau kubu dajal telah lebur (Zaman Iskandar Zulkernain membinanya) maknanya bermacam jenis galian telah dicari dicampur dan dilebur untuk membanggunkanya oleh yahudi untuk melalaikan manusia. Fungsi dajal TV dan Internet nampaknya seakan amat baik tetapi ia sebaliknya menjurus kepada kelalaian, kehancuran umat manusia. Batullah kata hadith yang pernah saya terbaca dahulu iaitu manusia akan terpesona dan cenderung kepada mengikuti dajal ini sehingga yang jahil/salah (contohnya web lucah) dipaparnya menjadi baik sebaliknya yang jahat menjadi baik dan diagung2kan oleh manusia kini. Dan kini dajal bermata satu telah bertukar sifat kepada yang lebih canggih seperti handphone…. sila berwaspada wahai umat Islam dengannya……

  31. Asalamualaikum,

    Apa lah empunya web site ni. Komen saya tentang tV dan Komputer ialah dajal bermata satu penyesat manusia zaman sekarang ini telah dideletnya. ini tak aci pandangan seseorang tidak dihargai. Cubalah bincangkan atau bahaskan dulu. Hadis itu sujektif tidak semestinya gambar manusia bermata satu itu betul seperti gambar di atas. Tak masuk akal langsung siapa yang hendak menjadi pengikut manusia yang bermata satu gitu.kalau ada pun semua akan melarikan diri ketakutan. tak resional langsung kita lihatlah pada masa sekarang penyebab perubahan peradapan manusia yang begitu giat semenjak adanya TV dan komputer amat ketara sekali yang saya rasa banyak menjadi ikutan dan membawa kesesatan manusia sekarang. iaitu tak lain tak bukan televisyen dan komputer dan handphone yang BERMATA SATU. Saya yakin pendapat saya ini ada kebenarannya………

  32. x silap aku.dulu masa aku blajar kt SMKA AL-MASHOOR (L)..ustaz aku ckp dajjal ada dua mata..salah satunya buta…wallahualam..setiap kali kita sebut nama dajjal..harus kita sebut kembali laknatullah..sbb setiap kali kita panggil nama dia..dia semakin hmpir dgn kita..sesungguhnya dajjal itu laknatullah….wallahualam…

  33. Engko orang dah tengok imej dajjal mata satu, rambut ikal keriting, dilahirkan di IsreEL Tahun 2008? Ia sangat bertepatan dengan hadis nabi tentang rupa dajjal. Siapa tahu, Allah mungkin kurniakan dia kelebihan luar biasa dan didukung orang2 yahudi pulak tu. Dah tentulah dia bisa menarik pesona ramai orang. Aku tengok, wajah bayi mata satu tu macam wajah mistik yang comel. Kalau dia sempat dewasa, pasti dia dajal ke 30, yang terakhir tu. Kelak, pilihan di tangan dia untuk menggunakan kelebihan kurniaan Allah. Atau pun Allah memang dah programkan dia untuk mengaku sebagai Tuhan, sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman. Allah saja Maha Mengetahui.

  34. assalamualaikum…
    wahai saudara2 ku yang mulia…
    menpercukupkanlah dan tingkatkanlah amal
    mohon kepd YANG MAHA ESAH, kuatkan dan tingkatkanlah iman….
    jika kita tidak tahu sesuatu perkara rujuk org alim
    yg beriman
    yg beragama
    yg selalu berada di masjid apabila azan dilaungkn
    yg igin kpd mati dan tidak sabar hendak bertemu dgn Rabnya….

    wahai sdara2 Islamku…
    peperangan ghaib telah berlaku, hanya tggu peperangan dunia, takut2 kita tentera dajjal atau pengikut IM…

    Whai saudr2 Islamku selalulah bangun malam, ingatlah Allah dikala senang dan susah, tanamkn dalm hati mmulai skrg….
    bertaubatlah….
    selalulah ingat pada Allah s.w.t supaya diri dekat padaNya, agar dapt mtaati dan mengikut sunnah kekasihNya…..

  35. adam al-masih

    hanya allah yang tahu siapakah dajjal yang sbnrnya.kita hanya menyelidik tetapi allah itu maha berkuasa diatas segalanya.wallahualam..

  36. adam al-masih

    janganlah kita saling bermusuhan hanya kerana perbezaan pendapat.tidakkah allah itu menjadikan manusia itu utk saling sayang menyayangi.ketahuilah muhammad itu pesuruh allah.muhammad itu pencinta kedamaian.smoga allah merahmati kamu semua.

  37. adam al-masih

    sesungguhnya isa ibni maryam akan turun kebumi selepas imam mahdi yang ingin menyelamatkan muslimin dari dajjal laknatullah.

  38. Bila kita baca artikel penulis ni….jangan kita hentam beliau secara tak beradab. Jaga budi bahasa kita. Tak bersetuju dibolehkan, tetapi janganlah secara kasar menuduh beliau melakukan penipuan dan pembohongan. Tak sopan dan tak manis begitu. Saya juga tak bersetuju dengan beliau dalam bbp hal, tetapi saya sangat menghormati beliau kerana keberaniannya mengadakan teori konspirasi dajjal ini. Sebuah medan polemik yang dikira agak baik jugak.
    Penulis blog ini bagi saya, mempunyai fikiran dan daya kesungguhan berfikir yang tajam dan terkehadapan. Tetapi dalam beberapa hal, beliau mencipta bbp teori sendiri yang bombastik. Tak apa la. Kalau setuju, terima sahaja. Kalau tak setuju, diam aje la. Saya menghargai teori beliau dan bberapa pandangan beliau yang tajam. Dan saya sangat berharap rakan2 lain mempunyai pendirian dan pandangan sepeti saya. Dalam kita berbeza pendapat, tunjukkanlah budi bahasa dan sopan santun yang tinggi.

  39. Bagaimana rupa Dajjal akhir zaman????? Hadis Nabi dah menyebutnya dengan sifat sekian dan sekian. Satu perkara yang perlu diperhatikan. Manusia akhir zaman (terutama orang barat/eropah) tak pentingkan rupa. Lihat wajah2 penyanyi mereka….sesetengahnya sangat hodoh dan hitam. Mereka pentingkan kualiti suara. Begitu juga dengan kehadiran Dajjal nanti…sehodoh manapun, seteruk manapun wajah Dajjal, dia tetap disanjung dan dipuja oleh ramai masyarakat dunia kerana beberapa kebolehan luar biasanya. Sila sahaja Sai Baba (anggap dia Dajjal kecil), dia mendapat jutaan peminat dan pengikut kerana kerana kebolehan supernaturalnya. Wajahnya hodoh, badannya gempal, rambutnya mengelengser dan berbagai kekurangan fizikal lain, tetapi dia mendapat sanjungan luar biasa di sebalik semua kekurangan itu.

    Maka, untuk apa Dajjal perlu merubah wajah fizikalnya???? Saya tidak percaya teori penulis ini berkaitan perkara ini. Agak tidak logik.

    Begitu juga perkataan MELELEH…..Agak sadis bunyinya. Dajjal takut kepada Nabi Isa a.s dengan ketakutan yang luar biasa. Perkataan meleleh itu mempunyai pelbagai makna. Boleh jadi hatinya berdebar2 kuat/perasaannya kecut serta merta/jasadnya menjadi kecil serta merta/terkencing dan terberak. Pokok ceritanya, Dajjal sangat takut pada Nabi Isa a.s. Dia takut dibunuh yang akhirnya memang dia dibunuh.

  40. walaupun begitu,, byk2 lah membuat amlan sebelum terlambat. allahhu akbar

  41. memperbayakkan lah membaca al-quran….

  42. Menurut pembacaan sy…Dajjal da wujud sejak zaman nabi lagi.keturunan Samiyah.(tgl filem skrg byk guna nama Sam) …lahirnya Nabi Muhammad maka si dajjal di rantai di sebuah pulau nama nya pulau Atlantis (yg tengah d cari skrg tak ju…mp……a2)…setelah Nabi Muhammad wafat maka di lepas kan rantai si Dajjal itu…dia berjanji akan pergi segenap dunia utk menyebarkan fitnah menyesatkan umat….kalau di kaji teliti da byk fitnah da pun berlaku…ini semua pakatan antara Dajjal & Syaitan dan Illuminati(freemason)… Dajjal hanya bole muncul di dunia selama 40 hari….satu hari bersamaan 1 seminggu…sehari lagi bersamman sebulan…da seterusnya…dajjal memiliki kebolehan salah satu nya…bole merentas masa…merentas lautan yg luas ..dan bole menyerupai sape2 yg di kehendaki nya…dan .bole berselindung memasuki alam jin dan alam nyata…dua alam….pengikut si dajjal nie ahli kelab freemason nie…diorang la penyebar fitnah dajjal skrg sementara menunggu kemunculan sebenar…dajjal is false messiah..dia memperdayakan manusia dgn membawa neraka di tangan kiri dan syurga di tangan kanan….hanya Nabi Isa bole berhadpan melawan dan membunuh dajjal kelak selepas kemunculan Imam Mahdi….wallahualam….renung2kan la…

  43. Michael Jackson dulu ahli Freemason,… setelah dia memeluk Islam melalui abangnya….dia di bunuh oleh ahli freemason….. byk artis2 adalah ahli freemason….Madonna contohnya….check this utube for good info and detail…
    Check this out…very good info ” The Arrivals ”

  44. hambaAllah.

    kita asyik berdebat dan hentam sana sini, kita tak sedar yang mungkin dajjal atau konco2nya sedang dalam pemerhatian terhadap kita dan hanya mentertawakan kerana kita umat Islam patut bersatu dan menyedarkan dunia tentang kehadiran laknatullah ini, di samping mengelak tipu dayanya yang mana mungkin kita sedang hadapi secara langsung atau tak langsung pada kehidupan kita pada hari ini tanpa kita sedari.
    semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t daripada tipu daya dan fitnah dajjal.
    Amin.

  45. salam..aduyai korg nie nk bdebat ke nk melaawak.aq nyer thrill baca pasal dajjal….tgk korg bdebat sakit perut aq…mmg kering ah gusi aq…xyah nk marah2 sgt la kat org yg bg pendapat bbeza ngan korg.y not korg sangkal pendapat dorg yg slah tu dgn bukti yg kukuh dr sumber lain…btambah laa ilmu kite bsama.xkkan kite nk tgk bngsa kite dlm ksalahan n biarkan die camtu jerr…brubahlaa..demi nabi s.a.w kite…pbuh.

  46. biar la dia nak kaji,yang korang dok baca saja tak kaji2 tu kenapa, lepas baca kutuk pula. dajjal tu rupa macam kita juga bila dia menjelma, rupa asalnya macam yang hadis sebut. kalau dia keluar dengan rupa asal dia semua orang islam tahu dia dajjal. sapa nak ikut dia…..dia berlakon alim, warak, ahli sufi dsb, pelbagai keajaiban dia boleh buat utk dapat pengaruh. ramai org ikut dia termasuklah org2 yg mengaku islam. hanya org yg tinggi kerohaniannya saja yg boleh mengenal dajjal. wallahua’lam.

  47. TERANG CAHAYA

    SALAM, WALAUAPAPUN JUA DAJAL PASTI AKAN MUNCUL DI DUNIA INI, SATU FITNAH PALING BESAR YANG DIBAWAH OLEH DAJAL UNTUK MASYARAKAT DUNIA HARI INI, KORANG NAK LAGI INFO PALING TEPAT DAN SAYA SUDAH MENONTON 13 EPISOD VIDEO INI MEMBUATKAN SAYA SEDAR AKAN KEGIATAN MANUSIA YANG BERSELINDUNG DISEBALIK SEBUAH NAMA, KERAJAAN DAN AGAMA TAPI PERCAYALAH APA YANG KITA LALUI SEKARANG SUDAH SAMPAI KEPENGHUJUNGNYA PENGIKUT@PENGAMAL FREMASON SEMAKIN LAMA SEMAKIN GIAT MELAKUKAN PEMUJAAN UNTUK MENANTI KEDATANGAN TUAN MEREKA YANG SELAMA MEREKA NANTIKAN…

    CARIK KAT GOOGLE TAIP:

    SATU KEDATANGAN

    DAN ANDA AKAN TAHU AKAN KEBENARAN KONSPIRASI DUNIA PENIPUAN DAJAL LAKNAT ALLAH SWT..

  48. owh…apabila dajjal muncul semua manusia pasti akan mengikutnya…

  49. subahanallah….jika dajjal muncul itu tandanya dunia akan kiamat…sebelum dunia kiamat nabi isa pasti akan turul untuk memusnah kan dajjal…ada tertulis di dalam al-quran…

  50. solat jgn tinggal.Selamat dunia akhirat

  51. jangan terlalu asyik mengkaji kesalahan sesiapa… cukupkan amal ibadat dulu dan bersedia untuk menempuh kedatangan dajjal…Insya Allah kita dapat mengelakkan pengaruh dajjal

  52. salam,kita mesti ingat bahawa hari kiamat akan berlaku tanpa disedari dan ia terjadi dengan begitu pantas so kena sama-sama ingat bahawa dajjal akan muncul apabila kiamat nanti,.

  53. Terus kan perjuanga mu terbaek bro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s