Pak Lah, Minyak dan Illuminati

oleh Ibnuyaacob

 

Saya tertarik dengan komen dengan salah seorang pengunjung Blog D’ iaitu:
“Saya rasa kenaikan harga minyak dunia adalah permainan Rockefeller dan Rotchild.. Boleh tak ibnuyaakub merungkai permasalahan ini dan adakah masalah kenaikan harga minyak negara yg pertama kali dalam sejarah negara dlm kadar yg paling tinggi iaitu 78 sen. Adakah syarikat halliburton ini terlibat secara tidak langsung dgn kenaikkan harga minyak di malaysia? Harap penulis dapat memberi penjelasan.. TQ..”

Soalan ini berdasarkan kenaikan harga minyak Malaysia pada beberapa minggu lepas yang meninggi macam roket Soyuz. Range Boy (pengunjung) memberi pendapat bahawa kenaikan harga minyak dunia adalah permainan Rockefeller dan Rothschild.
Saya setuju dengan pandangan itu!!

Namun jika dilihat dalam konteks kondisi Malaysia yang mencapai kenaikan 78 sen seliter, kita tidak boleh terlalu terlatah dengan permainan syarikat-syarikat minyak Illuminati dunia.

    

Ya, memang benar minyak dunia dikuasai Rockefeller dan Rothschild. Hatta di Malaysia sendiri pun syarikat Exxon Mobil, Esso dan Shell sudah lama bertapak di Ketereh, Terengganu iaitu sebelum penubuhan Petronas lagi.

Dan jentera-jentera gergasi pelantar minyak di Laut China Selatan juga bukan teknologi atau hak milik Malaysia. Petronas sekadar tuan rumah yang menggunakan namanya dalam setiap cari gali. Petronas juga adalah gerai minyak baru zaman Tun Razak.

Tetapi saya percaya kenaikan kadar 78 sen di Malaysia yang diumumkan oleh Pak Lah bukanlah kesan dari tekanan syarikat-syarikat Illuminati ini hatta syarikat Halliburton sekali pun.
Mengapa demikian?

Kadar minyak di Malaysia ditentukan sepenuhnya oleh Perdana Menteri dan kambing hitam (scapegoat) di Petronas iaitu Dato’ Hasan Merican. Malah kenaikannya telah pun dijangka oleh para pemerhati politik sebelum Pilihanraya Umum ke-12.

Sebelum PRU12, dalam beberapa ceramah perdana, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun memperingatkan seluruh rakyat Malaysia tentang kemungkinan kerajaan Pak Lah akan menaikkan harga minyak pada 14 April 2008 dengan kadar 70 sen.

Jangkaan Anwar tepat, tetapi kadarnya lebih tinggi iaitu 78 sen, lebih 8 sen dari kadar jangkaan. Saya percaya Halliburton tidak terlibat dalam urusan kenaikan harga minyak Malaysia.

Kita perlu ingat, di dalam lembaga pengarah Petronas, barisan-barisan eksekutifnya masih lagi terdapat saki baki “orang-orang Anwar” (bukan bermaksud Anwar mengupah agen, tetapi ada sebahagian eksekutif yang sukarela membantu kempen Pakatan Rakyat) seperti mana di DUN Sabah.

Tanpa maklumat orang-orang ini, mana mungkin Anwar berani berceramah dengan fakta 70 sen kadar minyak akan naik.

Kita juga perlu ingat, Petronas pada zaman Mahathir tidak pernah menghantar akaunnya untuk di audit oleh Juru Audit Negara. Dan juga tidak pernah mengeluarkan zakat mengikut kadar yang sepatutnya.

Kenaikan Adalah Kehendak Pak Lah Sendiri

Sebenarnya kenaikan minyak adalah kuasa penuh Pemimpin setiap negara. Kenaikan minyak Malaysia adalah kehendak nafsu Pak Lah sendiri. Keputusan beliau pula dipimpin oleh produk karat dari Oxford iaitu Khairy Jamaludin.

Pak Lah mungkin perlu cari wang saku lebih untuk syarikat-syarikat menantu dan kroni-kroninya yang banyak menghadapi bill-out.

Zaman Mahathir juga harga minyak menjadi persoalan kerana kerap dinaikkan, setiap 4 bulan selepas pilihanraya, maka harga minyak diumum kenaikannya. Cuma kenaikan harga minyak zaman Mahathir tidak seganas Pak Lah. Dan kenaikan ini juga memeranjatkan diktator tua itu.

Kita perlu ingat, pada ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, maka harga minyak kekal RM 1.30 seliter. Selepas itu, Anwar atas arahan Mahathir menaikkan sedikit kepada beberapa sen tetapi menerima tentangan dari NGO, pembangkang dan sebahagian rakyat. Dan pada ketika Anwar jugalah prestasi ringgit berada keadaan paling terbaik dalam Malaysia iaitu RM2.50 untuk satu dolar.

Saya sarankan untuk meneliti ekonomi Malaysia dengan lebih tepat, sila baca Harakah pada ruangan ekonomi tulisan Dr. Rosli Yaakop.

Wallahu’alam

P/S : Saya berusaha untuk tidak memasukkan hal-hal berkaitan politik Malaysia di dalam blog ini, namun begitu, saya terpaksa juga menyentuh sedikit sebahagian darinya kerana terdapat sedikit perkaitan antaranya.

25 responses to “Pak Lah, Minyak dan Illuminati

  1. amir ss yusof

    nmpknya dlm penulisan artikel ini ada unsur2 pro anwar ibrahim. maaf kalau saya silap. tapi nampaknya penulisan sedkit menuju ke arah itu. ok..x kisah lah.ia cukup menarik. itu pasal pak lah. sekarang cuba kupaskan pendapat yg mengatakan anwar adalah salah seorang konco2 yahudi di malaysia dia mana dia berkawan baik dgn beberapa nama2 besar org yahudi.
    harapan supaya blog ini bersih dari agenda politik pihak2 tertentu. demi agama islam dan bangsa melayu..sekian.
    :maaf jika ada yg tersinggung.

  2. saya juga seperti saudara amir ss yusof melihat penulisan saudara seperti menjurus ke arah menyokong Anwar Ibrahim..tetapi jika dilihat “siapa” Anwar Ibrahim barang tentu saudara tidak sesekali akan menyokong perjuangan beliau.Bukanlah niat saya untuk memfitnah sesiapa..Oleh itu saya sama seperti saudara amir ss yusof berharap agar tulisan saudara tidak menunjukkan pro kepada mana2 pihak..tetapi lebih menegakkan yang benar..biar sapapun yang salah..kita sekarang diambang peralihan zaman..InsyaAllah..

  3. Maap le tuan rumah, saya pun menyokong statement kawan2 di atas. Saya/Kami takkan terlepas pandang pemimpin yg ada kaitan dgn barat. Pemimpin nak berkompang camne pun, kita rakyat di bawah tetap jadi mata2 bg negara tak kira mana parti politik sekali pun. Org boleh kata dek kerana terpengaruh dgn hearsay dan statement2 media semasa peristiwa 97/98, tapi …not for us (kajian susulan).

  4. Wah…banyak yok yg krtitik penulis artikel ni, tp heran la, ibnu Yakop ni approve gak komen ni! Kalau aku, jgn harap la nak aprove komen2 camni dlm blog aku…menyemak je!

  5. aku mahu tahu

    artikel ini berjaya menarik minat dan pelbagai pendapat dari pengunjung/pembaca blog ini (termasuk saya). sememangnya pujian harus diberikan kepada penulis. namun agak terkilan dgn comment yg di tulis oleh ‘lelamanja’. bkn kah lebih baik jika blog seperti ini sanggup menerima kritikan dr pembaca. tp nmpknya lelamanja tidak berpendapat sebegitu. bkn niat saya berpihak kepada sesiapa tp harus diingat, kritikan itu tidak semestinya utk menjatuhkn sesorg tp mgkin menguatkn atau memperbaiki sesorg. mgkin blog ini menjadi lebih baik dek kerana kritikan. inshallah.
    fikirkn lah.
    sekian.

  6. erm. ketereh ke kerteh?

  7. untuk Amir SS Yusof,

    Kamu menyatakan blog ini perlu bersih dr unsur politik , tp kamu terlupa blog Dajjal ini bukan kamu punya.. ikut suke blogger ni lah dia nak tulis ape pun…amendelah kamu ni.

    So, jadilah org yg menghormati hak org lain utk meluahkan pendapat. TQ.

  8. Busuk punya Pak Lah, bile nak naikkan harga minyak, berbuih-buih bg alasan harga minyak dunia naik.

    La ni, harga minyak dunia dah turun. Tp kerajan buat dek je…kerajaaskrg menipu rakyat

    Busuk punya Pak Lah.

  9. Sahlah k’jaan BN penipu.

    Dulu masa sblm pilihanraya Pmtg Pauh beriya-ia cakap minyak tak blh turun. Kata k’jaan rugilah, blh bankraplah.

    Bila dah dkt pilihanraya Pmtg Pauh tiba2 je turun, itu pun ciput je 15 sen. Sah, Pak Lah tipu rakyat.

    Harap 16 Sept 2008 ni k’jaan BN jatuh la.

    Hidup Pakatan Rakyat!

  10. kepada cik rosemary…

    walaupun ni blog beliau, xlayak kah kita sebagai pembaca menegur?

    walaupun kita tuan rumah, tak layakah untuk orang lain menegur untuk kebaikan?

    cara cik rosemary cakap melambangkan betapa tingginya mentality cik…tahniah

    sy pun stuju dengan cik Amir SS…

    diharap penulis blog jangan masuk ke 1 side…cari yg benar…tegaskan yg salah…

    walaupun kadang2 kebenaran tu pahit rasanya

  11. saye tak sependapat dgn penulis..walaupun paklah yg menentukan turun naik harga minyak 100% dgn bantuan pakar2 ekonomi kerajaan..tp minyak global yg terlalu tinggi naik menekan semua negara di seluruh dunia..saya berpendapat rockefeller dan rothchilds family melalui syarikat2 minyak mereka bermain spekulasi dan merupakan pemegang saham terbesar minyak seluruh dunia..bile mereka bermain spekulasi dan membeli atau menjual saham mereka dgn jumlah yg byk sekaligus, maka keadaan pasaran minyak dunia terpengaruh dan tidak menentu..mereka juga pastinya punyai agen di OPEC utk bermain politik di sana ttg harga minyak global..jd keadaan dunia sgt tertekan dan ini membawa kepada dependency kita terhadap hubungan dagangan luar bertambah..sprt D8,ASEAN makin memerlukan antr 1 sama lain..ini menjurus kpd misi One World Government mereka..manipulasi ekonomi adlh langkah pertama utk menambah dependency atr negara..kerana kita punyai minyak lah maka kerajaan tergesa2 menaikkan harga dgn begitu tinggi sbyk 78sen utk mengaut keuntungan segera utk menampung ketirisan dan korupsi sebelum ni..budaya mahu cepat kaya terjadi antr penasihat2 ekonomi paklah kerana mereka punyai janji2 yg ditaburkan utk rakyat utk melancarkan koridor2 dan men-subsidi makanan .. maka manipulasi ekonomi itu berkesan keatas negara kita walaupn punyai minyak, ape lagi klau yg tiada..kesimpulannya misi illuminati dlm menganggu kestabilan ekonomi tampak berjaya dan mempercepatkan misi new world order mereka..kestabilan ekonomi pula berkait rapat dgn kestabilan politik..bila kerajaan dituduh punca kejatuhan ekonomi negara..maka rakyat mula tercari2 pengganti utk kerajaan..

  12. Lihatlah anak bakal Perdana Menteri Malaysia di bawah ni. Inikah yg org UMNO sanjung sangat.

    Memang anak ikut bapak, kaki betina!! Bayangkan bakal PM kita nanti kononnya Ketua Negara Islam mempunyai anak yg macam tak Islam perangainya.

    http://www.ohbulan.com/gambar-anak-lelaki-dato-sri-najib-tun-razak-bersosial/

  13. saye sebenarnya dah lama dok perhatikan gelagat dan tulisan dalam blogs pasal harga minyak ni. semua dok blame Hassan Merican & Petronas. korang tau tak petronas takde kena mengena harga runcit petrol naik ke tidak, sales amount tetap sama. sebab petronas (melalui Petronas Dagagan) akan jual petrol & diesel dalam negara ikut harga pasaran. cuma harga yang dibayar oleh pembeli tu lebih rendah dan selebihnya subsidised by kerajaan.

    lagi satu pasal akaun petronas tak pernah diaudit ni. apa yg korang tau pasal audit-audit ni? tau tak baca akaun and audit report? tau tak mekanisme audit macam mana? tau tak nama firma audit yg megaudit akaun petronas ni? kalau tak tau diam and tanya pada yg tahu. jangan dok hentam suka hati aje. menampakkan tahap ilmu yg rendah.

    saye ni orang “hijau” jugak. tapi takdelah terikut2 ngan emosi. memang saye tak setuju dan bangkang kenaikan harga minyak ni. tapi takdelah saye hentam petronas. sebab saye tahu sape yg salah dalam hal ni.

  14. haikalhisham

    yang salah nye adalah kerana mengikut fahaman sekular dalam mengendalikan pengurusan kewangan dan mentadbir perbendaharaan negara, bukan tak boleh kira ikut syarak ..kalau ikut cara islam..distribution of income pn ikut cara islam..money market pn berlandaskan islam..insya allah boleh,,,cube ikut modul rassullah saw menggunakan masjid selaku medium untuk mentadbir negara..kalau setakat laungkan islam madani islam hadhari tapi masih kira ikut conventional..compounded interest,annuity,present value ..npv tu semua bagus tapi mejurus ke riba yang tak adil ..duit dari e.p.u pun ramai yang elit berebut2 nak gune

  15. huh!apa la korang ni..sama2 umat pn nk bergaduh…kalo sentuh pasal politik je,ada la yg naik angin,ada yg org ni betul la,org ni silap la..ada yg ckp kaki bertina ikot bapak la..mcm2..huh,mcm la org yg ckp 2 baik sgt,dy pn duk kutut org gak..bkn semua sempurna..bg aku,BN ke PKR ke..same jerk..ada keburukan dan kebaikannya..baik korang sumua kutut org yahudi,ni duk kutut sama2 melayu…org yahudi gelak tengok org melayu di malaysia bergaduh sesama sendiri dengan kebodohan masing..

  16. kepada orang yang tidak tahu,silalah research….kalau tak tahu,buat la macam tak tahu…jangan la buat2 pandai pulak…

  17. wahai saudara dan saudari se-Islam ku. Assalammualaikum.. sebelum kita menilai kerajaan, adalah lebih baik kita menilai diri kita sendiri.. diminta supaya saudara dan saudari menonton The Arrivals di youtube.com.. semoga ini dapat membuka mata anda semua..

  18. bagi saya.harga minyak tidak naik pada zaman anwar adalah faktor ekonomi…pada masa tu kan malaysia baru bergerak sebagai negara berpendapatan serderhana…tgklah zaman sekarang,semakin maju,semakin harga barang naik dan kos sara hidup tinggi…kita haruslah berfikir secara rasional…maaflah jika saya cakap2 sahaja..saya peminat baru dunia konsipirasi.

  19. zaman anwar boleh la nak minyak murah. time tu minyak dunia setong pun kurang usd30. sekarang dah usd110. pfttt

  20. waklu sedut

    matahari , bulan , bumi , semua tidak ingkar aturan penciptaNya , jadi manusia wajibnya aturan penciptaNya , menguruskan minyak wajib aturan penciptaNya , malulah sikit kerana manusia tak pernah cipta minyak jadi jangan nak memandai2 ikut aturan kepala hotak berjambul tu……

  21. shahromsulaimanhassyim

    j

  22. shahromsulaimanhassyim

    tiada ilmu,untuk di paham ,manusia sentiasa mendengar cerita dari mencari ilmu,untuk dipahami,bagi saye penulis bukannya,pro mana2 tapi mengambil atas dasar contoh yg dekat untuk si pembaca mudah faham ,contohnya anwar 1 melaysia kenal.dalam anwar tak suma nya betul dan tak sumanya salah,dalam 10 kesalahan ,mungkin ada 4 pekara yg anwar buat btul,,jadi penulis mengambil.4 pekara itu untuk djadikan contoh di dalam blog ini,untuk kita tidak bertanya tnya,sapa itu anwar,kalu si penulis mengambil contoh dri orng yg kita tdak kenal,pembacaan menbolehkan tebantut,di sebabkan,kita tidak kenal,sape yg dia tulis,,,jadi masalah minyak ini nampak nya kita masih tidak paham,kita masih pening kepala,ahirnya begadoh dlam blog,atas sebab beza pendapat,cerita nya,dunia menuju kehancuran bukan nya kemakmuran,,dunia tidak akan dapat di pulihkan,buat la slogan apa skali pun pangilah alim ulamak ke apa ke menyesatkan lagi ade,mcam 1 kenyataan ulama perak hasrulsani bru2 ini, ,tetap tdak dpat di betulkan,kita kena ingt ahir dunia sudah dekat,bukan baru bemula,minyak naik apa suma naik atas dari game siapa,misti la dari permainan yahudi dan dajjaj.kita masih menungu dajal nak datng,kononnya dajjal nak dtg melaysia,.dgn gang2 dia mata 1,dlam masa kita ber ingat2 atas kedatangan dajjal.sebenar dajjal dah pun menyelinap masuk dalam pemikiran kita dalam keaadaan kita berjaga pun ,dajjal.tetap masuk ,,dajjal tak ingin pun nak dtg melaysia,dia antar dalam bentuk pemahaman,dah cukup…sebenarnya dlam melaysia ni mengunakan pemahaman dajjal,cara yang halus saja dapat menembusi alam melayu ni,conton nya 1 saja,dajjal janjikan pembangunan,dan kemajuan,1 malaysia laungkan ,kemajuan,punya banganya kita melaungkan negara maju,pendapatan tinggi,,saya nyatakan salah 1 sifat dajjal.,dajjal akan datang pada orang yg mengeluh kesusahan,,dan menberikan ganjaran,tapi syratnya,misti mengikut dan menyokong apa yg dia buat,kalu tidak ,,maka muksibah la dapat,..contohnya tetang brim.menolong orng dalam kesusahan dalam masa yg sama,sentap rakyat dgn segala macam kenaikan harga barang,ini bukan pasal anwar cakap ke tak,ini kita boleh fikir dgn waras.apa yg nabi suruh suma kta tak buat menyalak,sana sini tentang agama,tapi kerja nabi kita tak penah buat,kerja untuk agama,kita tk penah buat,kita keja untuk diri kita sendiri,tapi kita tk penah pun keja untuk nabi,untuk agama,.balik2 kita melaunkan sunah walljamaah,,,dakwah yg mudah,kononnya dakwah sekarang tidak perlu pergi jumpa orang,cukup sekadar,dalam rangcangan tv,dakwah alaf baru,selagi kita tidak berhadapan dgn kesukaran,sepertimana nabi rasa,salagi itulah kita tidak akan,paham tentang al quann dan sunah,,,kenapa nabi tingalkan al quran dan sunah,antara 2 ini,kita kena buat 50/50 ,adakah kita buat al quran dgn sunah sama banyak,tidak bukan,sememngnya tidak,apabila sesebuah negara itu mengikut al quran dan sunah itu dgn betul,comfem usa atau brtain akan serang melaysia,itulan kesimpulan nya,sebabnya dajjal cukup suka dgn budaya2 macam kita,mengejar kemajuan,dn kekayaan,

  23. shahromsulaimanhassyim

    suma ini,,i kata2 indah yang di taja oleh yahudi dajjal,,dgn halus,untuk mengaburi umat dunia,bukan hanya umat islam,diaorang seolah olah,ada satu kedai,yang mencipta kata2 indah besama dgn orang dan bantuan2 kepakaran yang hebat,sebab tu setiap negara kena ada penasihat,siapa yang menberi nasihat dan tunjuk ajar misti la ada orang pandai dalam bidang ekononi,tidak lain la dia adalah yahudi,yahudi tak penah larang pun kita nak sembyng puasa ape suma,malah dia bantu lagi menmpakn negara islam,tapi harus di ingat,hanya 1yahudi akan peranggi,dia,, adalah sunnah nabi,apa itu sunah,suma orang tau apa itu sunnah,,pendek kate,,apa yg nabi buat dan lakukan,itulah sunah nabi,untuk kita,apa yg nabi buat itu lah sunah,perbuatan,dari hujung rambut sampai hujung kuku nabi ajar umatnya,apa yang nabi suka ,macamna nabi makan minum bejlan mandi tdo,jimak,pakaian,apa suma adalah sunah,,,salah satunya yg saya penah baca ,dari sahabat,mengatakan,,nabi pernah berkata,salah satu2 nya sunah aku yang masuk hingga ke dalam kubur adalah janggut ,,nampak kuat kan sunnah,tapi kalu kita lihat dalam2 tv skarang nak tgk ustaz2 yg ada jangut,sorang pun susah,susah sangat,cukur licin,samping sampai ke pusat baju berwana warni,kopiah indon hitam tu yg dibangakan,atas sebab adat,melayu,kononnya adat,adat ni la nak jawap kat ahirat nanti,,nampak benda2 gitu mudah,tetapi kesan dia amat kuat,,,dalam masa yg sma siapa yg tak ikut sunah2 kecil,tak di katakan berdosa pun,harini kalu seorang ustaz tu tak de jangut atau serban pun,bukanlan dia berdosa,cuma syafaat,takde,nabi suka umat dia,tiru cara hidup dia,itu nabi suke,dalam kes yahudi,bukan sumanya yahudi jahat,misti ade pecahan,,ade yahudi yg islam,yg baik,jagn kata yahudi,melayu pun bukan suma baik,jahat dari pada yahudi pun ada,roboh2 rumah orang kedai2 makan untuk orang cari rezeki,sama la macam israel roboh,rumah orang palestin,beza nya,cuma bangsa,sedangkan nabi pun penah membeli pada orang yahudi,,kan nabi penah perkata,72pecahan dalam islam hanya 1 saja yg allah terima,cuba fikir,72 pecahan tu terlalu banyk,yg kita tau brapa,saja,syiah ,,wahabi,ayah pin,lagi ape,10 pun kita tak mampu,fikir,pecahan selebinhya tu,suma ada dalam diri kita,sebab itu nabi kate andai kamu keliru ,pada jalan yg kamu jalan,pulang la ke al qurann dan sunah,baca al quraan,dan ikut lah sunahku,nescaya kamu takan sesat,sebab tu kita selalu keliru,keliru sentiasa,disebabkan kita munafik padah sunah,,kita melaugkan sunah waljemaah,tapi kita tak penah buat ,apa yg nabi buat kita tak penah sambung ,,kerja2 nabi,yang allah bagi,allah bagi nabi buat dakwah,takan hanya pada nabi sorang,misti pada suma umatnya,sebab apa nabi kena baling batu ke apa sampai bedarah,sebab nak pg jumpa orang ,untuk wat dakwah,sampai bedarah kepala2 punya nk berdawah,kenapa sebalum nabi wafat,nabi,suruh sahabat,keluar untuk suma negara,untuk dakwah sampai,tidak pulang2 hingat ahir hayat,mcamna islam bleh sampai ke sini tnah melayu,suma nya atas keja nabi,keja allah,jadi mana keja kita pada allah pada nabi ,,,takde bukan,ade yg mengtakan,dakwah sekarang takyah macam dulu,cukup suma dalam tv,takyah susah2 dah,kalu macamtu nabi ni,nabi zaman dulu la,,allah jadikan nabi,sepanjang zaman,takde dulu takde skarang,cukup la,dah tak larat nak tulis,saya pun bukan,pandai agama,sye cuma ingin jadi pemikir yg semampu bijak,maaf pada yang tersingung,asslamualaikum

  24. Semua manusia ade kelemahan. Blog encik dibaca oleh ramai org. Jgnlah krn taksub dgn seseorg,fitnah plak org lain. Klau perkara betul pn,xpatut ditulis begini begitu seperti encik tahu bukti sejelas2nya. Tidak takutkah dgn keadaan muflis akhirat yg ada dlm hadis nabi. Sanggupkah merangkak di akhirat kelak mencari2 org yg kita fitnah. Jgn krn berasa seronok disanjung pembaca krn tulisan,perasaan riak seolah xprnh ada salah mula bersarang dlm hati.

  25. Hai, pak lah, pak lah. Kata anak wali, tapi perangai, hummm. Islam hadhari pulak dah. Isu anwar tu agen ke tidak, biarlah dikupas dalam entry lain. sekarang ni bincang pasal pak lah. haduuu. lagi nak backup orang yang dah terang2 buat salah. Aku sokong tuan penulis ni. dah lama kaji pasal dajjal, tapi baru sekarang jumpa blog ni lepas beli buku rothschild tu, baru kenal ibnuyaacob, TQ.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s