Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi

oleh Ibnuyaacob

  

Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi

Artikel kali ini akan menghujahkan gabungan maklumat-maklumat berikut :

  • Teori kaedah pilihan Dajjal
  • Pencarian Imam Mahdi
  • Sistem pengecaman wajah berkomputer
  • Programming Language, Operating System dan Windows
  • Peranan manusia dan jin

Pengenalan

Artikel sebelum ini saya ada menerangkan bagaimana Dajjal mencari anak-anak kecil yang dikira bakal Imam Mahdi. Pada artikel tersebut ia hanya menerangkan satu kaedah sahaja iaitu ‘menghapuskan bakal-bakal Imam Mahdi’

Kali ini kita lihat pula kepada satu kaedah lain yang mungkin digunakan Dajjal (melalui agen-agennya) untuk mencari dan menghapuskan Imam Mahdi.

* Kaedah pencarian ini sekadar teori untuk mengesan cara Dajjal mencari Imam Mahdi.

Cara tersebut ialah penggunaan Face Recognition Technology (Teknologi Pengenalan Wajah).

Dajjal menggunakan teknologi yang telah dikembangkan ini untuk mencari Imam Mahdi. Teknologi ini mula-mulanya digunakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tetapi ianya dikembangkan menjadi sesuatu yang komersial.

Melalui beberapa ciri pada wajah kita, sistem ini boleh mengesahkan siapakah orang itu. Sistem akan mengimbas wajah dan menyimpannya di dalam database. Kemudian database akan melakukan kerja konfugurasi penyesuaian dengan data-data sedia ada. Dalam beberapa saat sahaja komputer akan memaparkan identiti lengkap orang tersebut.

Kegunaan FRT Dalam Pencarian Imam Mahdi

Bagaimana mahu mencari Imam Mahdi jika namanya bukan Imam Mahdi? Ini bukanlah suatu yang sukar. Untuk mencari Imam Mahdi menggunakan teknologi FRT, Dajjal memerlukan 2 sumber utama iaitu manusia dan jin.

Manusia dan Jin

Kedua-dua makhluk ini mempunyai peranan masing-masing untuk membantu Dajjal mencari Imam Mahdi. Pencarian Imam Mahdi mungkin sudah bermula sejak seribu tahun dahulu. Namun mungkin cuma cara pencariannya sahaja yang berbeza dan mengikut perkembangan semasa masyarakat.

“Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.”
(An-Nas, 1-6)

#2 : Peranan Manusia

Agen-agen Dajjal akan bertindak mengumpul semua wajah-wajah manusia di seluruh dunia ke dalam suatu database yang besar. Cara mengambil identiti orang ramai termasuk negara-negara Islam adalah mudah.

 

Ianya boleh dilakukan dengan agen-agen ini menjual perisian FRT kepada kerajaan negara-negara dunia. Agensi yang bakal membeli perisian-perisian ini sudah pasti Jabatan-jabatan pendaftaran yang mengeluarkan kad pengenalan.

Perisian-perisian ini akan diformat oleh pembekal-pembekal agar semua database rakyat boleh diambil tanpa perlu meminta. Kepakaran teknologi sudah pastilah mudah kerana perisian ini akan dipasang dalam Operating System buatan Illuminati sendiri iaitu Windows.

Bayangkan seorang pencuri laptop dapat mengesan dan mecuri laptop yang telah dimatikan yang disimpan di dalam kereta. Pencuri hanya perlu menggunakan alat frekuensi.

(Tidak lama dulu, rancangan jenayah 999 di TV3 ada menghuraikan tentang jenayah mencuri laptop dan handphone dengan alat frekuaensi)

Sekiranya perisian FRT dibangunkan oleh orang Islam sendiri pun, Dajjal melalui agen-agen Illuminatinya mampu memecahkan database perisian. Mengapa?

Kita harus ingat, sejauh mana canggih pun perisian itu, ia harus dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer (programming language). Bahasa-bahasa ini dibina oleh jurutera-jurutera Yahudi yang genius.

Kita mungkin hanya didedahkan dengan sejarah pembinaan bahasa seperti Fortran, Borland C, C++, Cobol, BASIC dan sebagainya tetapi tidak untuk belajar cara membinanya.

#1: Peranan Jin

Muhammad Isa Dawud memberitahu Dajjal akan dibantu oleh Jin dan Syaitan dalam setiap operasi jahatnya. Maka peranan jin dan syaitan di sini pada pandangan saya ialah memberikan gambaran fizikal maklumat wajah keturunan Imam Mahdi.

 

Kemampuan Jin dan Syaitan dalam menampakkan diri kepada bentuk nyata dan berjisim adalah sesuatu yang sahih.

Dalam tafsir al-Qurthubi ada menyebut :

“Diriwayatkan bahawa, syaitan pada hari itu menampakkan diri kepada mereka dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju’syam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut kepada Bani Bakr…”
Rasululllah SAW menegaskan Imam Mahdi adalah dari keturunannya sebelah Saidatina Fatimah. Ini bermakna semua anak-anak dari keturunannya salah seorang bakal menjadi Imam Mahdi.

Cuma keturunannya sekarang berselerak dan tidak dapat dikenalpasti secara sahih.

Satu-satunya makhluk yang boleh mengecam wajah-wajah keturunan Fatimah ialah Jin dan Syaitan. Mereka hidup lama beribu-ribu tahun. Jadi peranan mereka di sini ialah menukar jisim mereka menyerupai sebarang wajah-wajah anak-anak cucu Fatimah yang boleh dikenalpasti.

Penukaran Kepada Bentuk Ramalan Imam Mahdi

Melalui penukaran ke bentuk jisim fizikal ini, maka titik-titik wajah diambil dan disimpan ke dalam database. Semua wajah-wajah keturunan fatimah disimpan dengan tujuan menjadikan maklumat berikut sebagai sumber utama identiti.

Secara logiknya, wajah Imam Mahdi sudah pastilah mempunyai iras-iras dan ciri-ciri datuk neneknya. Maka fungsi database sumber utama ialah melakukan proses penyesuaian dengan database wajah-wajah manusia seluruh dunia.

Komputer sebagai pemutus pencarian akan memutuskan wajah manakah yang dikira 90% hampir sama dengan database sumber utama. Maka wajah-wajah tersebut atau individu yang dikira sama akan dihapuskan pada peringkat seterusnya.

Rasulullah SAW telah pun memberikan gambaran yang jelas tentang Imam Mahdi mengenai rupanya, fizikalnya dan keturunannya. Adakah mungkin Dajjal hanya duduk sahaja berdiam diri dengan maklumat sebegini?

Kesimpulan

Peranan sesuatu teknologi dalam strategi Dajjal biasanya dikaburkan dengan langkah mengkomersialkan teknologi tersebut. Orang ramai mungkin akan mempertikai kembali teori ini kerana FRT telah pun dikembangkan dengan banyakkan oleh syarikat-syarikat kecil dan besar. Maka dari situ orang ramai tidak nampak ada kerahsian sulit tentang objektif penggunaannya.

Kekaburan ini biasanya dibina di atas alasan “Keselamatan dari Pengganas”.

Wallahu’alam…

 

16 responses to “Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi

  1. Yup. termasuklah web/social facility spt Facebook, Myspace, Friendster dan sebagainya. Semua ni utk pengumpulan masuk dalam satu database. Serta, ‘backdoor’ yg terdapat dlm closed-source software spt Windows (semua jenis produk microsoft) dan produk2 software jenama yang lain.

  2. Tu lah antara sebab kenapa produk tu percuma. E-mail2 yang kita gunakan ni pun dalam tangan mereka.

  3. setuju. walaupun kita dah tutup account, data2 kita sbnrnya masih disimpan dalam database diorg…

  4. Rakyat Malaysia

    betul2……betul2

  5. Dan jgn lupe jugak dgn IP adress+satelit bg setiap individu boleh dikesan dimana kedudukannya + webcam anda walaupun tidak di “ON” kan tp teknologi mereka boleh mengaktifkan webcam tanpa kita sedari..

  6. Bila baca artikel2 psl Dajjal dlm blog ni..aku rs puas betul, ada kelainan dan mmg keluar dr tahap pemikiran lama.

    Tak mcm kebanyakan blog2 lain, asyik ulang benda2 same je. Yg diulang apa yg terkandung dlm buku2 je takde kajian langsung.

    Harap tuan blogger teruskan kajian. We’re support U.

  7. ilmu utk suma

    apa yang boleh aku cakapkan…. ko ne memang bijaksana . aku tak berfikir sampai mcm 2 . bagi aku apa yang ko cakap ne betul 100%. . nampak nya orang2 PAS semakin berfikiran saintifik, itu baik utk orang melayu. patut lah dapat tawan beberapa negeri. tahniah.. .

    macammana kalau aku kata blog juga dibuat oleh ahli freemason . tujuannya memberi kesangsian kepada rakyat tentang satu2 perkara, supaya pemikiran rakyat dibingungkan dengan pernyataan yang tahu betul atau tidak . walaupo tak dinafikan ada kebaikan dan keburukan blog ne macam yang ko cerita seperti di atas tentang FRT . aku tak ada bukti tentang apa yang aku katakan . tapi blh difikir dan dikaitkan.

  8. kaswari azimin

    Dajjal tu mcm tu banyak betul yg difikirkannya, begitu skali bencinya pd mahdi. Sememangnya kita tak boleh elak sbb Nabi Muhammad dah pesan akan perkara2 ni akan berlaku.

    Baginda sendiri dah bgtau Dajjal akan berusaha melawan Imam Mahdi dan Nabi Isa.

  9. Kalau begitu mari kita ramai2 gunakan LINUX….kita guna aplikasi open source….

  10. bg aku setiap apa yg di tulis sgt bgs…tapi aku tak suke bebrape komen org kat sini yg hanya mementingkan pemikiran politik..islam tidak mengajar kite membezakan taraf agama dan pemahaman yg lain…kata nak maju jadi sama2 lah berjuang walaupun berbeza baru islam dihormati…

  11. saya sentiasa mengikuti perkembangan konspirasi dajjal dan ejennya, saya telah menonton video the arrival.. adakah benar bahawa banyak keturunan nabi S.A.W mati dibunuh dengan racun?
    saya harap tuan dpt memberikan saya sedikit pengetahuan tentang perkara ini.
    terima kasih

  12. Wah ini macam taktik terbaru nak suruh org membencikan OS Microsoft Windows dari Open Source Zealots. Udah2 lah tu open source fan, mengaku jelah kalah, mmg dari dulu Linux tu tak dpt nak mengalahkan Windows, masing2 ada tempat sendiri untuk berjaya.

    Kalau betul artikel ni concern pasal Yahudi dan Imam Mahadi, kenapa takde mention Facebook, MySpace semua tu. Ini lah lama sosial yg paling tepat sekali untuk mengesan maklumat manusia seluruh dunia.

  13. Lagi satu perisian FRT tu boleh digunakan di pelbagai OS seperti Linux, Windows, Mac OS X dan OS commercial yang lain, so apa relevant nya perisian ini dengan specific OS?

  14. Dan tahukah anda laman web sosial seperti Facebook, friendster, twitter dan lain2 tu menggunakan open source technology seperti PHP (Zend engine ni yahudi jugak), Linux, Apache, MySQL untuk beroperasi dan menyimpan data-data semua pengguna di seluruh dunia. Dan technologi baru seperti cloud computing yg telah mula diadaptasi oleh Google (company yahudi jugak) dgn Chrome OS nya lagi akan membuat kan data2 anda senang di ketahui oleh Yahudi dan tidak privasi lagi disebabkan data2 anda akan disimpan di database di luar sana.

  15. Sekarang ada facebook, dan sejenisnya dimana orang-orang ramai mengupload gambar dirinya di situs tersebut. Bagaimana? Soalnya sudah banyak yang bilang kalau facebook itu lambang iluminati. Tapi biasanya orang-orang yang sangat religious tidak suka memasang secara bebas gambar2 mereka. :)

  16. Assalam-o-Alykum, my name is Muhammad Qasim I am from Pakistan. Sorry my English is not good.

    Its happened with me, from last 26+ years Allah and Muhammad s.a.w keep coming into my dreams, over 460+ times Allah comes in my dreams and 250+ times Mohammad s.a.w comes in my dreams, when I was about 12 years old I saw first time Allah and Mohammad s.a.w both in dream, after that in 93 when I was 17 years old Allah and Mohammad s.a.w starts coming continuously in my dreams and still Allah and Muhammad s.a.w coming into my dreams.

    Muhammad s.a.w is the last Messenger of Allah and its my Imaan Mohammad s.a.w is the last Prophet of Allah and I am the Ummati of Muhammad s.a.w

    In 2007 Allah and Mohammad s.a.w starts teaching me in dreams what u have to do and what u have not to do, Mostly Allah and Muhammad s.a.w told me to avoid from all type of form of shirk and in april-2014 Allah and Mohammad s.a.w start to telling me in dreams qasim share your dreams to everyone than I started to share my dreams to my family members, friends and some other people, I also share my dreams through email to Pak Army official sites, Pak Govt sites, Pakistan’s big name people, and many Islamic Countries official websites but seems like no one was believing on me and my dreams they all ignore me, after that I stopped sharing my dreams.

    Dec-2014 Mohammad s.a.w comes twice time in dream in a night and told me “qasim you should have to share ur dreams to everyone to save Pakistan to save Islam” I got confused I talked my self I share my dreams to many people and they are not believing on it what should I do more? and then Peshawar school got attacked and then I think and decided to share my dreams on Internet forums, but still people not believing on me and my dreams.

    Let me clear I am a simple person I am not a religious person, clean shaved, did not praying regularly, no tahajjud I just tell the truth to everyone and I didnot lie, I dont know why Allah and Mohammad s.a.w keeps coming into my dreams.

    I didnot look at Allah I just feel in my dreams Allah is on Arsh and voice coming from there or I saw Noor(light) and voice coming from Noor(light) or Allah talk to me from the sky. I did not look at Mohammad s.a.w face I can see Mohammad s.a.w Body, in one dream I hug with Muhammad s.a.w and my whole body witness me that u r hugging with Mohammad s.a.w I shake hands many times with Mohammad s.a.w in dreams and my hand witness me that u r shaking hand with Mohammad s.a.w.

    In 1994 Allah talked to me in dream from the sky I still remember those words I try to translate it in English “qasim which promises I make with you one day I will full fill my promises and if I cant full fill my promises I will not the Lord of the whole universe”

    From that day I start waiting for the Allah and I didnot lose my hope but whenever I about to lose my hope Allah or Mohammad s.a.w comes into my dreams and told me like that “Sabbrun Jameel qasim” , “qasim only Non-Muslim loses their hope” , “qasim Muslim cant be lose his hope”.

    I saw many other Nabi and Rasool in dreams but I only look at Suleiman A.S face. I saw Esa A.S in my dreams many times.

    In many dreams Allah and Mohammad s.a.w guided me which is the right path.

    In many dreams Allah told me qasim go and turns the world into light as the world in the darkness.

    Many dreams related to my personal life many dreams related to Pakistan/Muslim world and the whole world but its start from Pakistan and many dreams related to Qiammah(the judgment day).

    Allah and Muhammad s.a.w told me many times in dreams qasim one day you will get out the Whole Muslim Ummah from the darkness and then even the whole world and one day the whole world will become peaceful. but its starts from Pakistan.

    In few dreams i saw when whole world will become peaceful a man coming from somewhere else and try to destroy the world peace.

    In few dreams I saw Esa A.S(Jesus a.s) coming from the sky and Yajooj Majooj (gog magog) come out and spread the whole world and I with very few people join the Esa A.S(Jesus a.s) and then we live with Esa A.S …..

    In Feb 2015 Allah told me in dream qasim u will be the last Ummati of Muhammad s.a.w who will die on this earth. means after my death there will b no Muslim left on the earth but only bad people, and Qiyamah will establish on them.

    In another dream Allah told me qasim I(Allah) will full fill my all promises within next 13 years which I (Allah) makes with you.

    In Feb 2015 Muhammad s.a.w told me in dream “qasim my son dont lose ur hope u r very close to ur destiny Allah is helping u, my son just wait a little more.

    1993 when dreams starts I make a note book and I note my dreams on that note book how much time Allah comes in dreams and how much time Mohammad s.a.w comes in my dreams but few years back I lost that note book during the shifting. total drams are more than 800+ I still remember many many dreams.

    Many people told me you are mentally ill or its shaitan, that is why u are seeing these dreams. I confirmed it to many people I am not mentally ill and its not shaitaan. I believe Allah and Mohammad s.a.w and They are coming in my dreams, I am still unable to understand why Allah wanted it from me to share my dreams to others? maybe there is a big message in my dreams.

    Many years back in one dream Allah told me qasim before sleep read last 3 Qull and then sleep so shaitaan stay away from you, and I am doing this from last many years.

    Allah told me in many dreams like that “qasim one day I will help u and will give u the success and I will full fill my all promises even if the only one day left from Qiyammah (the judgment day) and the whole world will see your success” , but Allah didnot told me when that day will come, and I am waiting for Allah from last 20 years.

    Its a long long journey for me and still I am waiting for Allah I didnot losses my hope from last 20 years and dont know when and how I will reach to my destiny, I dont even know what is my destiny, only Allah knows better.

    my fb page https://www.facebook.com/pages/Allah-and-Muhammad-SAW-in-my-Dreams/324568321070386

    my blog https://allahandmuhammadsawinmydreams.wordpress.com

    Regards,

    Qasim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s