Penyiasat Konspirasi : Keperluan Membezakan Objektif Siasatan

oleh Ibnuyaacob

Menentukan objektif dan keperluan membezakan objektif siasatan amat perlu khususnya kepada penyiasat-penyiasat konspirasi Yahudi beragama Islam. Penyiasat muslim dewasa ini terpaksa bergantung penuh kepada maklumat-maklumat pendedahan penyiasat barat.

* Penyiasat Muslim yang saya maksudkan ialah blogger yang menyebarkan maklumat konspirasi Yahudi melalui blog-blog mereka.

Biasanya proses menyiasat maklumat merangkumi dua perkara penting sebelum sesuatu maklumat disebarkan melalui blog:

a) Mengumpul fakta-fakta yang didedahkan
b) Membuat rumusan.

Kedua-dua aspek di atas terkandung di dalam maklumat yang didedahkan oleh penyiasat-penyiasat barat. Perkara (a) pula apabila dikumpul mengandungi tiga (3) perkara pula:

a) Fakta-fakta yang dikumpul
i. fakta asal
ii. pandangan/rumusan penyiasat
iii. dalil atas siasatan

Di dalam artikel atau maklumat yang didedahkan penyiasat konspirasi dari barat akan mengandungi tiga perkara di atas iaiatu a)i, a)ii dan a)iii. Ketiga-tiga ini biasanya tidak disusun secara teratur. Maka perlu bagi penyiasat konspirasi Muslim memecah-mecahkan dahulu maklumat tersebut. Mengapa?

Kita tdak tahu pemikiran dan pegangan dan ideologi orang yang mendedahkan maklumat tersebut. Dalam hal pendedahan fakta mungkin ia betul, tetapi kebanyakan penyiasat barat melakukannya dalam keadaan berpemikiran anti-Islam.

Kebanyakan mereka masih tidak dapat membuang sifat bencikan Islam. Mereka sejak kecil, semenjak di sekolah-sekolah gereja telah pun ditanam sifat anti-Islam. Oleh itu, setiap pendedahan itu khususnya soal berkaitan agama kebohongan agama Kristian dan Yahudi akan disamakan dengan agama Islam.

Dalam meletakkan dalil atas kebenaran siasatan mereka, penyiasat-penyiasat barat biasanya akan meletakkan ungkapan-ungkapan dari Injil versi King James. Malah hampir 90 peratus blog konspirasi menggunakan versi ini.

Begitulah mereka menipu diri sendiri, mereka mendedahkan kebohongan Vatican dan Pope, mengaitkannya dengan konspirasi Yahudi tetapi dalam masa yang sama mereka mendalilkan fakta-fakta dengan Injil yang mereka sendiri tahu ianya dari Vatican.

Penyelesaian

Jalan penyelesaiannya ialah mencerakinkan maklumat / artikel yang ditulis kepada 3 bahagian yang disebutkan tadi. Perkara terbaik adalah mengambil fakta sahaja kemudian membuat rumusan sendiri berasaskan pandangan seorang Muslim.

Mengambil dalil-dalil dari Injil dan rumusan penyiasat barat juga perlu, tetapi cara kita mengambil haruslah bukan kepada aspek membenarkan semua dalil-dalil tersebut. Ungkapan-ungkapan Injil yang diambil haruslah dengan niat sokongan tambahan bukannya mengajak pembaca mempercayai ungkapan Injil.

Pemahaman Penyiasat Barat Tentang Dajjal

Permasalahan Dajjal masih lagi menjadi permasalahan bagi penyiasat dari barat. Objektif pendedahan penyiasat barat dalam semua maklumat akan menjurus kepada hasil berikut:

“konspirator-konspirator Yahudi sedang melakukan persiapan untuk menunggu kemunculan Raja Israel.”

Maksudnya; semua penyiasat barat termasuk David Icke, Alex Jones dan Texxe Marrs sendiri membuat tanggapan bahawa semua ahli-ahli Illuminati sedang merancang konspirasi-konsprasi untuk menyambut kedatangan Raja Israel.

Penyiasat-penyiasat ini percaya konspirasi dirancang oleh Yahudi sejak 300 tahun dahulu. Tetapi mereka tidak percaya bahawa Dajjal yang merancang.

Objektif Penyiasat Muslim Tentang Dajjal

Para penyiasat Muslim tidak harus terpesona dengan objektif mereka ini. Kita sebagai penyiasat muslim tiada role-model untuk melakukan metode-metode siasatan. Namun kita harus perbetulkan objektif siasatan

Apa sahaja siasaan haruslah berlandaskan objektif berikut:

“Semua konspirasi Yahudi di dalam dunia dirancang oleh Dajjal dan diturunkan pelan itu untuk tindakan ahli-ahli Illuminati tanpa diketahui oleh mereka sendiri.”

Maksudnya; kita mempercayai Dajjal merancang konspirasi supaya orang-orang Yahudi melakukan persiapan untuk menyambutnya. Berbeza dengan penyiasat barat, mereka percaya Yahudi merancang sendiri konspirasi untuk persiapan menanti kemunculan Dajjal.

Mereka percaya Dajjal hanya duduk sahaja dan bersembunyi di mana-mana.

Kesimpulan:

Sebagai umat Islam kita harus bijak mendapatkan maklumat dan membawa arus perjuangan itu sendiri. Ini kerana, suasana maklumat internet adalah yang paling mencurigakan walaupun maklumat yang didedahkan 100 peratus adalah sahih.

Yang mencurigakan sebenarnya bukanlah maklumat yang didedahkan itu, tetapi mengapa Dajjal membiarkan maklumat-maklumat konspirasi bertebaran ke seluruh dunia tanpa menyekatkannya sedangkan pusat maklumat internet seluruh dunia terletak di Amerika Syarikat.

Kita bimbang agenda memesongkan akidah berputar dalam maklumat-maklumat konspirasi. Kita bimbang Dajjal menggunakan maklumat pendedahan untuk mempersonakan pemikiran para penyiasat.

Penyiasat merasakan ia semakin berjaya mendedahkan maklumat Dajjal tetapi sebaliknya Dajjal yang berjaya mengikat tumpuan penyiasat agar terus berlegar-legar dalam dunia konspirasi tanpa sebarang haluan.

Wallhu’alam

7 responses to “Penyiasat Konspirasi : Keperluan Membezakan Objektif Siasatan

  1. Rahsia (stage 1) dalam Rahsia (stage 2) dalam Rahsia (stage 3). Apabila manusia sudah nampak stage 3, tersingkaplah tabir ilusi disebalik semua permasalahan dunia🙂

  2. Assalamualaikum Ibnuyaacob

    Subhanallah! Nampaknya Allah sangat menyatukan pemikiran kita umat Islam jikalau kita ingin mencari kebenaran. Andaian saya mengenai penyiasat konspirasi barat lebih2 lagi dari aspek pendekatan mereka dalam mendedahkan kebohongan dalam agama kristian amat selari dengan apa yang dinyatakan dalam artikel diatas. Untuk makluman sdr Ibnu, saya sudah sekian lama mengikuti perkembangan para penyiasat konspirasi barat ini. Walaupun saya mengakui kebijaksaan, kewibawaan dan keberanian mereka dalam mendedahkan maklumat rahsia yang diperolehi ( walau terpaksa melalui kesukaran yang teramat menyakitkan ) dari golongan elite yang mereka percayai sebagai perancang segala konspirasi dimuka bumi ini, jauh disudut hati saya merasakan sesuatu yang tidak kena dengan apa yang mereka lakukan selama ini. Alhamdulillah, ini adalah kerana saya banyak merujuk kepada hadith Nabi SAW perihal Dajjal. Saya juga sebelum ini banyak membaca buku hasil tulisan penyiasat konspirasi yang beragama Islam seperti Muhammad Isa Daud dan Ahmad Johnson mengenai perancangan Dajjal dan para pengikutnya ( kaum Yahudi).

    Artikel sdr Ibnu kali ini sangat memerangsang saya untuk berkongsi dan menyumbang sedikit pandangan serta komen walaupun sebelum ini saya hanya mengambil sikap diam diri sahaja mengenai hal2 tersebut. Terima kasih kepada artikel sdr kali ini membuat saya bertindak sedemikian. Untuk pengetahuan sdr Ibnu, sebelum ini, saya ada berbincang dengan anak saudara saya mengenai kerja2 yang dibuat oleh para penyiasat konspirasi barat ini dan apa yang kami persetujui bersama ialah tidak semua maklumat yang didedahkan oleh mereka ini boleh dijadikan pegangan kita sebagai orang Islam. Yang jelas sekali cacatnya dalam siasatan mereka ialah mengenai kes pembohongan dalam agama Kristian dan Yahudi. Ya, memang tidak dapat dinafikan pembohongan yang didedahkan itu benar dan memang sahih sekali hujah mereka berdasarkan fakta2 serta bukti2 kukuh yang mereka perolehi. Akan tetapi apa yang menyedihkan dan menggecewakan ialah ‘conclusion’ atau andaian yang mereka capai. Semua pendedahan itu bukan sahaja menyentuh perihal pembohongan dalam agama kritsian dan yahudi, akan tetapi meliputi semua agama, termasuk agama Islam. Dalam erti kata lain, berdasarkan siasatan mereka sendiri, para penyiasat barat beranggapan bahawa semua agama didunia ini adalah satu penipuan atau satu illusi dan sentiment sahaja yang sengaja diada-adakan untuk membuat semua orang tunduk pada jari telunjuk golongan elite yang dikatakan ingin menguasai dunia itu. Ini semua boleh dilihat dalam satu filem dokumentari mereka yang berjudul’ Zeigeist’ ( mungkin perkataan ini adalah perkataan German)

    Disini timbullah kesangsian kami terhadap maklumat yang mereka salurkan samada melalui laman web mereka maupun melalui filem2 dokumentari mereka. Dan artikel sdr Ibnu diatas ini walaupun ringkas namun cukup bagi saya memahami perkara yang sebenarnya berlaku dengan nasib penyiasat2 barat ini.

    Pada masa yang sama , saya merasa simpati juga dengan penyiasat2 konspirasi barat ini sebab memang tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan mereka adalah untuk kebaikan masyarat dunia. Mereka nampak begitu ikhlas sekali dalam memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri dan juga nasib seluruh dunia dari ditipu dan ditindas oleh golongan atasan yang memiliki segala kuasa dan kekayaan tanpa batasan. Tapi pada masa yang sama, mereka juga ditipu oleh pencatur konspirasi yang paling utama, iaitu Dajjal laknatullah. Mana tidaknya, mereka ini pada hakikatnya hanyalah umpama bahan umpan untuk memasukkan seluruh masyarakat dunia kedalam perangkap yang lebih besar dan bahaya lagi. Mereka merasakan bahawa mereka adalah penyelamat dan pejuang nasib dunia yang sebenar , tapi disebaliknya boleh bertukar kepada pembawa bencana yang lebih dashyat lagi.

    Kalau ditanya bagaimana mereka ini boleh jadi sedemikian sedangkan mereka juga pada dasarnya menentang musuh yang sama? Disinilah saya ingin mengambil kenyataan dari artikel sdr Ibnu diatas , iaitu mengenai mengapa Dajjal membiarkan mereka ini sewenang-wenang menyembarkan maklumat perancangan rahsianya tanpa banyak sekatan. Sekali lagi saya ingin menyatakan betapa setujunya saya dengan sdr Ibnu mengenai hal tersebut yang mana perkara ini juga adalah sebahagian dari perancangan Dajjal yang cukup rapi itu. Dan bagi saya, ada dua kemungkinan mengapa Dajjal membiarkan perkara ini terjadi begitu sahaja;

    1. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa Dajjal memang individu yang dikurniakan Allah banyak kelebihan. Salah satu ialah dia memang sangat arif tentang tabiat manusia. Dan dia sangat memahami tentang kaitan ‘problem-solution’ dan ‘cost and effect’ yang banyak mempengaruhi tabiat manusia itu sendiri. Maka jelaslah disini mengapa Dajjal membiarkan ‘musuhnya’ ini membolosi benteng maklumat rahsia dan menyebarkannnya kepada masyarakat dunia adalah tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mencetus permasalahan yang lebih besar lagi. Dajjal tahu manusia yang berjuang walau atas nama kebenaran dan keikhlasan sekali pun tapi tidak bersandarkan kepada rasa penuh kehambaan dan keimanan kepadaNya pasti menemui jalan buntu dipenghujungnya. Malahan akan menemui jalan kehancuran yang lebih dashyat lagi. Dia tahu bahawa mereka -mereka ini ( penyiasat barat ) adalah orang yang berjuang bukan atas dasar iman kepada Allah SWT, tapi berjuang bersandarkan lebih kepada nafsu dan emosi. Dan dia tahu bahawa mereka yang sedemikian sudah pasti tidak akan mendapat rahmat dan keberkatan serta bantuan dari Allah SWT. Sebaliknya boleh mengundang kemurkaan Tuhan. Hasil sebeginilah yang dinanti-nantikan oleh Dajjal laknat itu. Lihat sahaja pada orang2 awam yang kononnya bangkit untuk menentang kerajaan mereka sendiri yang dengan cara berdemontrasi dan tunjuk perasaan. Mereka percaya mereka dijalan benar dan kerajaan telah menindas mereka dengan menyekat hak asasi mereka. Ya, mungkin mereka benar, akan tetapi cara mereka yang bertindak dengan penuh emosi dan hawa nafsu itu akhirnya membawa padah pada diri mereka sendiri dan juga pada mereka yang tidak bersalah.

    2. Tidak ada perkara yang lebih menggembirakan Dajjal daripada membuat manusia lupa dan tidak percaya akan kewujudan tuhan sebenarnya, iaitu Allah Rabbul Jalil. Peluang sedemikian akan memudah lagi kerjanya mempersonakan manusia sekali gus membuat mereka percaya bahawa dialah yang sebenarnya tuhan apabila dia muncul kelak, Na’uzzubillah. Nampaknya proses ini sedang berlaku sekarang. Dan yang menjalankannya bukan sahaja golongan elite Dajjal , iaitu Freemason dan Illumnati ( walaupun ini juga merupakan agenda utama mereka) , akan tetapi tidak disangka-sangka perkara ini sedang dilaksanakan oleh musuhnya sendiri iaitu para penyiasat konspirasi barat. Sebagaimana yang telah dinyatakan awal tadi, para penyiasat barat ( berdasarkan siasatan mereka) berpendapat bahawa semua agama adalah tipu muslihat yang sengaja diciptakan oleh golongan elite ini bagi tujuan mengawal dan menundukkan manusia serta mencetuskan banyak konflict agama. Sebab itulah mereka kata ada banyak agama dan kepercayaan didunia ini. Semuanya telah ‘dicipta’ oleh golongan manusia yang dikatakan sebagai pencatur konspirasi dunia supaya terjadinya banyak lagi peperangan atas nama agama. Inilah pendapat mereka yang cukup memukau dan meyakinkan orang ramai hatta orang Islam sendiri pun lebih2 lagi yang dangkal ilmu agamanya dan lemah imannya akan mudah menelan maklumat sedemikian tanpa berfikir panjang lebar. Hasilnya? Maka lahirlah golongan yang tidak pecaya kepada sebarang agama dan pegangan dalam hidup ini. Dan jadilah mereka ini yang dikenali sebagai golongan ‘atheist’ atau ‘freethinker’. Na’uzubillahimin Zalik dan Wallah’ualam Bisawab

    ps: Saya ingin sekali mengenali sdr Ibnu dengan lebih dekat lagi. Jadi, jika tidak keberatan, bolehkah saudara menge-mailkan saya supaya senang saya membalasinya nanti. Dan lagi pun banyak perkara yang saya ingin bertanya kepada sdr secara peribadi mengenai artikel2 sdr dalam blog ini. Sekian terima kasih. Wassalam

  3. Saya pun pernah terfikir akan hal ini. Tapi pendam sendiri sahaja sebab tiada siapa yang berminat utk membincangkannya. Harap Ibnuyaacob dapat terus menulis. Saya sentiasa menunggu artikel2 baru.

  4. “Yang mencurigakan sebenarnya bukanlah maklumat yang didedahkan itu, tetapi mengapa Dajjal membiarkan maklumat-maklumat konspirasi bertebaran ke seluruh dunia tanpa menyekatkannya sedangkan pusat maklumat internet seluruh dunia terletak di Amerika Syarikat.”

    Bagi saya pula ia hanyalah utk menanamkan dalam minda kita utk membayangkan bagaimana licik dan bijaknya Dajjal. Dajjal adalah begitu bijak memperalatkan dunia ilusi ini. Yang paling penting Dajjal cukup memahami bagaimana menggunakan dan mengawal minda utk mewujudkan cause n effect. Nabi sudah pun beri penyelesaiannya iaitu DOA pelindung Dajjal, barangsiapa yg mengamalkannya maka terhindarlah ia dari fitnah Dajjal. Selagi kita kaji maka samalah kita dgn si Yahudi yg juga dimanipulasi malah Dajjal akan lebih berimej, lebih hebat, lebih bijak, konspirasi2 yg tiada kesudahan yang terhasil dari gelombang-gelombang pemikiran kita sendiri. Jika kita fikirkan ‘sesuatu’ maka ‘sesuatu’ itu lah yang akan bergerak kepada kita. Hakikatnya kita hanya disini tidak bergerak walau seinci pun dalam dunia ilusi ini dan Dajjal dengan hakikat sebenarnya iaitu si cacat bermata SATU.

  5. Fuh… mencabar otak betui saranan artikel ni. Sy sokong 100%

  6. Asssalamu’alaikum,

    Dalam kita membicarakan pekara ini, kita haruslah sentiasa memohon petunjuk dan hidayah ALLAH SWT .. yang Maha Mengetahui yang ghaib maupun nyata, yang benar atau salah … jesteru itu kita hendaklah sentiasa bergantung kepadaNYA … kerna kita tidak mengetahui melainkan sekadar apa yang diizinkan ALLAH SWT … dalam apa jua info yang kita perolehi perlulah kita selidik terlebih dahulu lebih-lebih lagi yang datang dari bukan Islam sebagaimana yang disarankan oleh AL Quran … Wallahua’lam.

  7. mari kita berlindung pada alloh dari kesalahan pemikiran dan kata kata saya terharu membaca
    saya mohon email pada sodara ibnu banyak hal saya ingin tanyakan mengenai bahasa sriyani bismilah saron hayan
    terimakasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s