Teknologi Dajjal VS Teknologi Zikir (Bahagian 2)

oleh Ibnuyaacob

Kegagalan eskperimen Philadelphia yang dibina Dajjal terus gagal hingga sekarang tetapi masih ada usaha-usaha yang dilakukan agar hasrat ini tercapai kelak.

Kemampuan teknologi Zikir pula masih pada carta teratas dan masih tiada tandingan dengan mana-mana teknologi lain. Teknologi ini khusus kepunyaan ahli tasawuf (sufi) dan tidak mungkin dimiliki oleh ulama’ fekah atau hadith sekiranya tidak diamalkan.

Antara ulama’ fekah yang dalam masa yang sama memiliki keramat tasawuf ialah Imam Al-Ghazali dan Imam As-Syafie.

Signifikan Zikir dan Kejadian Kubah Terbang

Pada artikel lepas telah pun ditunjukkan akan kemampuan ahli tasawuf dari Pulau Maluku menerbangkan objek dari suatu lokasi ke lokasi lain tanpa sebarang alat, mesin atau jentera atau tenaga cahaya.

Pergerakan kubah tersebut lambat dan terapung meyakinkan semua orang akan kemampuan ahli tasawuf berikut. Tapi apakah jangkaan kita selepas kejadian itu? Apa yang pasti apabila kejaidian itu berlaku orang awam lebih tertarik mengenali ahli tasawuf berikut daripada mengenali alat (zikir) yang digunakan untuk menerbangkan kubah.

Begitulah rakusnya manusia dalam menghargai kejadian, sedangkan zikir itulah punca objek kubah itu terbang. Dan ahli tasawuf itu hanya sebagai “Pengguna” alat tersebut.

Begitu juga apabila kita melihat orang kaya menaiki sportcar, apa yang disanjung ialah pemandu sedangkan pencipta sportcar yang bertungkus lumus menghasilkan teknologi dilupakan malah tidak diendahkan langsung.

Kecepatan Pemindahan Objek Dengan Zikir

Sekiranya ahli tasawuf itu boleh memindahkan Kubah dengan melayang-layangkannya, apakah ia mampu mengubah kubah itu dengan lebih cepat, lebih pantas atau kurang dari satu saat?

Jawapannya , Ya.

Ia bergantung kepada kaedah penggunaan zikir, cara ia diniatkan, siapa yang mengucapkannya dan martabat kesufian seseorang itu. Atau lebih ringkasnya anda perlu mempelajari ilmu tarekat tasawuf (sufi) untuk mendapat pelbagai kaedah dan pelbagai kegunaan zikir.

Kebenaran Teknologi Asif Bin Baqriya

Teknologi yang dimiliki oleh Asif bin Baqriya bukanlah dicipta dan dimiliki oleh beliau seorang. Teknologi memindahkan objek ini dipunyai oleh semua ulama tasawuf dan semua ulama’-ulama’ bidang ini tahu selengkapnya tentang eksperimen jenis ini.

Kemampuan Asif ada diceritakan di dalam kitab-kitab karangan ulama’ Tanah Melayu. Malah Asif amat terkenal akan kekuatan batinnya melebihi kekuatan Ifrit.

Pertandingan kekuatan membawa istana Balqis bukanlah pertandingan pertama, sebelum itu telah pun berlakunya pertandingan menyelam di laut dalam antara Ifrit dan Asif.

Selain Asif, terdapat seorang ulama dari Pattani yang memilikinya. Ulama tasawuf termasyur itu ialah Syeikh Daud Abdullah al-Fatani yang berasal dari Pattani, Selatan Thai. Beliau adalah ulama’ termasyur yang mengarang banyak kitab. Kitab-kitab karangannya adalah yang terbanyak dicetak di Malaysia dan Indonesia.

Antara kitab termasyurnya ialah Muniyatul Musolli, Bulaghatul Mahram, Fawaid dan sebagainya.

Eksperimen Pemindahan Barang oleh Syeikh Daud Abdullah

Saya gunakan perkataan eksperimen agar ia kelihatan terkini dan segar. Biasanya kejadian pelik yang dilakukan oleh seseorang Islam yang berpakaian jubah dan serban akan diandaikan sebagai sihir dan mistik.

Sedangkan kejadian pelik yang dilakukan oleh orang barat yang berkot dan bertali lahir akan dipangil eksperimen atau ujikaji. Begitulah sikap masyarakat Islam sekarang berat sebelah terhadap agama sendiri.

Syeikh Abdullah al-Fatani sudah terkenal dengan karamahnya sebagai ulama’ dan kekasih Allah. Tidak hairanlah apa yang dihajatkan akan tercapai dalam sekelip mata.

Dalam buku karangan allahyarham Wan Mohd. Abdullah Saghir berkenaan Biografi Ulama Nusantara, beliau menjelaskan tentang suatu kejadian karamah (future technology) yang dilakukan oleh Syeikh Daud.

Untuk melengkapkan ilmu tasawufnya, beliau dan seorang rakannya telah mengembara ke Afrika Utara kerana dikatakan di sana terdapat seorang ahli tasawuf yang terkenal. Sesampainya mereka berdua berjumpa orang alim tersebut, ulama’ Afrika itu menguji dahulu kealiman kedua-duanya.

Ulama’ Afrika itu meminta Syeikh Daud Abdullah ‘menghadirkan’ buah tembikai di hadapan ulama’ tersebut. Setelah melakukan solat sunat, dan berdoa, maka muncullah tembikai dari Tanah Melayu itu di hadapan Syeikh Afrika tersebut dan yakinlah syiekh itu akan kealiman Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.

Perbezaan Tahap Teknologi Ahli Tasawuf

Ahli tasawuf juga memiliki perbezaan karamah mengikut tahap kewalian masing-masing. Jika dilihat kepada 3 individu yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu

  • Asif Bin Baqriya (Ahli Kitab Zaman Nabi Sulaiman)
  •  Syeikh Daud Abdullah (Zaman Kesultanan Melayu)
  • Kiyai-Kiyai di Pulau Maluku (tahun 2008)

Kecepatan objek berpindah berbeza mengikut taraf ulama’-ulama’ dan martabat kewalian. Berdasarkan tiga individu di atas, Ahli Kitab zaman Nabi Sulaiman itu adalah paling ekstrem teknologinya. Manakala Syeikh Daud juga menghampiri kemampuan tetapi masih perlu mengambil masa untuk bersolat sunat.

Manakala Kiyai-kiyai di Pulau Maluku pula mengambil masa agak lama dan terpaksa pula mengumpul 3000 orang kiyai untuk memindahkan objek. Namun begitu, kiyai-kiyai mampu melakukan sama juga seperti Asif bin Barqiya jika mereka berkehendak.

Kesimpulan teknologi di atas ialah kesemua mereka mengambil ilmu tasawuf itu dari kitab Allah.

Bolehkah Kita Mempelajarinya?

Sekiranya teknologi ini benar-benar boleh dipelajari dengan mudah dan dimiliki oleh orang bukan Islam, maka hancurlah dunia kerana bom nuklear tidak perlu lagi alat pelancar, hanya perlu dihilangkan dan dimunculkan sahaja di tempat musuh.

Dan jika benar teknologi ini akan dimiliki orang bukan Islam maka tidak perlulah Dajjal bersusah payah ke Makkah untuk mengepung dan membunuh Isa Ibnu Maryam.

Teknologi tasawuf adalah hadiah khusus dari Allah kepada umat Islam untuk mencapai kemenangan peprangan akhir zaman.

Kita boleh mempelajari ilmu tasawuf ini dengan menyertai tarekat-tarekat yang dipimpin ulama’-ulama’ mursyid. Di Malaysia ada beberapa tempat yang masih wujud tetapi tdak dihebahkan kerana bimbang masyarakat menganggap ia ajaran sesat.

     

(Gambar kanan) Habib Ahmad Bin Hamid al-Kaff Waliyullah

Tarekat ini paling banyak di Pattani, Selatan Thai dan di Indonesia sendiri.

Kesimpulan

Saya amat berkeyakinan tidak akan sesekali Allah membenarkan teknologi ini dimiliki oleh Al-Masikh Ad-Dajjal. Dan Dajjal sendiri tahu ia tidak mampu mengatasi teknologi ini dan seperti yang saya sebut dalam artikel sebelum ini, cara Dajjal menghapuskan teknologi ini ialah dengan membunuh ulama’-ulama’ tasawuf.

Atau dengan cara terbaik menghapuskan sistem pengajian pondok yang mana kitab tasawuf adalah kitab wajib dipelajari khususnya kitab Syarah Hikam. Kita sendiri dapat melihat bagaimana kurangnya minat ibu bapa sekarang menghantar anak ke sekolah-sekolah agama rakyat.

12 responses to “Teknologi Dajjal VS Teknologi Zikir (Bahagian 2)

  1. Askum,satu ilmu yang saya dapat hari ini!!!

  2. teruskan kajian dan pemerhatian anda

  3. salam..kepada empunya blog..
    alhamdulillah..anta telah membuka kaca mata masyarakat ttg dunia tasawuf..ana pun dari glongan itu..baru jer belajar merangkak di dalam dunia tasawuf..bagus..satu artikel yg amat hebat..jazakallah khairan katheeran…

  4. a,kum, sememangnya dajjal mencipta fitnah dan selalunya melalui sihir…sihir boleh memanipulasikan kebenaran dan sihir dapat dibunuh dengan ilmu makrifat yang ada pada sufi tertentu sahaja….wali Allah telah mencapai tahap koramah saja yang boleh membunuhnya dan dajjal x dapat menirunya sungguhpun dia bercita-cita ingin menjadi tuhan…apabila kehidupan seseorang itu hanya untuk fisabillillah maka dengan sendirinya Allah mengujinya dengan ujian sememangnya tersangat berat untuk zahir batin dan maha hebat dan telah lulus dengan cemerlang maka dunia ini milik mereka dan ianya sangat tele dengan sunnah Rasullallah….laduni mereka telah pun mencapai tahap tertinggi…mereka tidak berkata-kata melainkan perlu saja, mereka hanya dipertemukan dan jarang sekali menemukan makluk kecauli dengan izin Allah…dunia hari ini telah dimaipulasikan, setiap jam kebenaran makin terhakis dan fitnah ada dimana-mana…..kita x boleh buebuat apa-apa cuma selamatkan diri sendiri saja kerana Allah hanya menyelamatkan hambaNya saja dengan jalan kemewahan dan kefakiran…fikirlah dengan tenang…..kamu akan menemukan dimanakah Allah…

  5. salam,..
    sekali lagi saya panjatkan syukur kepada Allah, bahawasanya Blog saudara membuatkan kita semua berfikir,..dan saya amat kagum dengan saudara,..dan saya juga ingin berkongsi pendapat peribadi saya,..dan saya bukanlah orang yang bijak dalam sesuatu bidang ilmu,dan tidak juga alim,..dalam mencari ilmu,dalam beramal dan beribadat,..bukan karamah yang saya pinta,..bukan darjat yang saya kejar,..tetapi cukuplah sekadar Allah redha dengan setiap hembusan dua nafas saya ketika hidup saya di dunia ini,..

    saya nak membincangkan mengenai hal karamah,..kita sering membezakan karamah antara para auliya,.samada wali dari ulama sufi,ulama hadith,ulama fekah dan sebagainya,..

    karamah ini lebih mudah dijelaskan atau di ertikan dengan kelebihan luar biasa,dengan kata lain pemberian termulia yang Allah kurniakan kepada hambaNya ketika di dunia,..dan pemberian atau kelebihan yang paling mulia adalah Mukjizat para ambiya.seperti Nabi Muhammad yang menerima mukjizat paling besar diantara semua nabi dan rasul,iaitu mukjizat Al-quran…jika dilihat pada mata dunia(buta hati),tidak ada kelebihan pada nabi kerana hanya menerima Al-quran,bukan dapat melakukan perkara pelik yang tidak terfikir oleh akal manusia..seperti tidak ada bezanya menerima al-quran dengan menerima sebuah buku,.tapi kesannya,..mukjizat yang diperolehi oleh nabi pada 1400++ tahun dahulu masih diterima juga pada umatnya hingga hari ini,..maka,itu lah pengertian yang terselindung disebalik mukjizat yang terbesar..

    manakala,para wali pula Allah beri kelebihan kepada mereka iaitu karamah,..dan darjat kewalian seseorang itu hanya Allah sahaja yang tahu,.bukan seseorang ulama itu dapat melabelkan dirinya adalah wali,..tindakan begini amat memalukan kerana dia telah jatuh bongkak dan angkuh terhadap ilmu dan kelebihan yang Allah berikan kepadanya,..

    karamah para wali,..contohnya,ulama fekah seperti imam as-syafie,imam al-Ghazali, imam hanafi dan ulama fekah yang lain..Allah beri kelebihan kepada mereka dan dapat mengarang kitab fekah yang lengkap,..dan ini tidak dapat dilakukan oleh orang lain,..dan kelebihannya..kitab karangan mereka dapat digunakan dan dirujuk hingga ke hari ini,..
    maka, karamah yang Allah berikan kepada insan kamil sebegini amat besar nilainya,..berbanding karamah seperti berjalan di atas air dan lain-lain,..karamah ini amat ajaib dan tidak terfikir akal manusia kerana berjalan di atas air tanpa sebarang peralatan moden,..tetapi karamah ini hanya untuk dirinya sendiri..dan kesannya kepada orang lain adalah, supaya orang lain yakin dan percaya bahawa pertolongan Allah itu amat cepat..ini adalah salah satu pengajaran yang dapat di ambil dari kisah yang berlaku ketika Asif bin Baqriya membantu Nabi Sulaiman A.S. pengajaran yang kedua adalah, supaya umat seterusnya harus berpegang teguh dengan Kitab(al-quran),beramal dengannya dan beribadat kepada Allah dengan keIKHLASan hati nescaya pertolongan dari Allah itu datang dari berbagai bentuk bahkan tidak terfikir di akal manusia,..sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Allah di dalam al-Quran melalui Hambanya Asif bin Baqriya,..dengan amalan yang ikhlas dan penuh takwa, maka muncullah pertolongan Allah yang berteknologi tinggi,..bahkan lebih jauh dari di capai oleh akal fikiran manusia,..

    lagi sekali saya tekan kan.//dalam beragama, keihklasan adalah kunci kepada keredhaan Allah SWT..apabila Allah redha,segalanya Mungkin,..

    Wallahu’alam,..Allah jua yang lebih mengerti,..

  6. marilah mengenali sufi dalam sufimas.blogspot.com

  7. Nanang Wijanarko

    Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Alhamdulillah, saya mendapatkan pencerahan dari alamat blog ini. Mohon maaf apabila saya tanpa izin telah membaca blog ini. Hanya Allah SWT lah yang akan membalas budi baik Tuan IbnuYaccob.

    Salam saya,

    Nanang Wijanarko

    Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

  8. Terimakasih kerana pos kan topik yg berkenaan tasauf. Maka itu, pernah saya terbaca ttg satu hadith di mana ketika kemunculan dajjal menyebabkan ketandusan makanan, lalu apa yg dapat mengenyangkan kita hanyalah berzikir. Adakah ilmu ini yg dimaksudkan?

  9. Salam…
    saya amat tertarik dengan hujah2 anda semua….
    soalnya mengapa dibincangkan kemampuan Asif bin barkiya sahaja???
    mengapa tidak dibincangkan kemampuan Rasulullah SAW

    seperti…
    -Israk Mi’raj(perjalanan satu malam yang melampui kemampuan Nabi Sulaiman yang menguasai angin)
    -Kemampuann Rasulullah SAW membelah Bulan dari jarak jauh dalam sekelip mata dan merapatkannya semula dalam sekelip mata…….
    -Air keluar dari celah-celah jari Baginda SAW dan cukuplah untuk diguna bagi wuduk para sahabat yang mencapai ribuan…
    – Makanan yang bertambah walaupun sedikit dan scukup untuk ribuan sahabat nabi menikmatinya…
    dan banyak lagi kemampuan Rasulullah hasil dari Zikirullah dan Doa…
    semuanya dilakukan oleh Rasulullah denga zikir dan doa(niat dan sebagainya…)

    Nah… di sini kita ada contoh yang lebih baik dari Asif bin Barkiya…
    tak perlu kita agungkan Asif…
    dia cuma Hamba Allah yang tahu sesuatu dari ilmu Allah yang tercatat dalam kitab.

    Tidak dinafikan semuanya menggunakan teknologi Tasawuf( sejak Nabi Adam hinggalah ke Zaman Rasulullah SAW yang disambung pula oleh para ulama mursyid…)

    oleh ada baiknya kita bincangkan bagaimana Rasulullah SAW mwendapat mukjizat yang sememnagnya jelas yang umat Muhammad pun pasti dapat sekiranya berusaha mendapatkannya..

    wallahualam..

  10. subhanallah….ana dpt 1 lg ilmu hari ne…terima kasih tuan punya blog…mohon copy…

  11. “Pada artikel lepas telah pun ditunjukkan akan kemampuan ahli tasawuf dari Pulau Maluku menerbangkan objek dari suatu lokasi ke lokasi lain tanpa sebarang alat, mesin atau jentera atau tenaga cahaya.”

    walaupun artikel ni dah lama tapi saye ttp nak perbetulkan..bende ni sebenarnye x wujud…kubah tu sebenarnye ditarik oleh tali..kite mmng xnmpk sbb gambar video tu x clear..tapi sbnrnye mmng ade tali yang tarik kubah tu..cube perhatikan care kubah tu terbang..ade macam terapung x??bende2 ajaib ni jarang atau hampir tiada orng sempat rakam..tapi dorng bleh panggil ramai2 orang tgok bende tu..macam mukjizat plak..bukan nak kutuk or nak permainkan..tapi selidik bende2 camni sebelum percaye bulat2..

  12. SAYA NAK SHARE PENGALAMAN TENTANG TEKNOLOGI ZIKIR NI. IA JUGA DIKENALI DGN TEKNOLOGI ROH. SAYA ADA MENJADI FOLLOWER KPD GURU MURSYID YG KEARAH TASAWUF DAN SUFI NI. PENGALAMAN SAYA, KENA ISTIQOMAH LAKSANAKAN ZIKIR (AMALAN TAREQAT) TERSEBUT. ZIKIR TERSEBUT ADALAH DARI AYAT AL QURAN DAN SELAWAT ADALAH SEBAHAGIAN DARINYA UTK MENJADI TALI PENGHUBUNG KPD ALLAH. SELAIN ITU KENA BYK MEMBERSIHKAN DIRI DR DOSA2 DGN BERPUASA, TAHAJUD, BERTAUBAT DAN MUJAHADAHTUNAFSI. APABILA ZIKIR TU DAH SEBATI, ALLAH AKAN HANTAR TENTERANYA IAITU KHADAM AYAT. KHADAM AYAT ITU LAH AKAN MELAKSANAKAN PERMINTAAN KITA DGN IZIN ALLAH. KHADAM AYAT TU TAK MEMUNCULKAN DIRINYA. CONTOHNYA APABILA MOHON KEPADA ALLAH DGN BERTAWASSUL KPD GURU MURSYID, RASULULLAH DAN KEBERKATAN AYAT ZIKIT TERSEBUT, SEBAGAI CONTOHNYA JIKA KITA BERKEHENDAKKAN PARANG TERBANG, MAKA KHADAM ITU AKAN MEMBAWANYA. BEZA DGN JIN, KITA KENA IKUT PERMINTAANNYA YG KEBANYAKANNYA MINTA HADIAH BENDA2 YG HARAM. WALLAHUALAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s