Bantahan Konsert Avril Lavigne

oleh Ibnuyaacob

Suatu memo bantahan konsert Avril Lavigne telah dihantar kepada Dato’ Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Abdul Hakim Borhan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Memo bantahan telah diserahkan sendiri oleh Ketua Pemuda iaitu En. Kamaruzzaman Mohamad kepada ibu pejabat Dato’ Bandar. Memo tersebut diterima oleh pegawai khas Datuk Bandar iaitu Shaari Ahmad Junid.

Antara lain isi kandungan menyatakan rasa tidak setuju dan mendesak Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negara (PUSPAL) tidak mengeluarkan permit untuk artis berikut yang dijangka diadakan pada 29 Ogos ini.

Penganjuran konsert Avril Lavigne dianggap mencemar budaya kerana ia dipanggil pada sempena hari sambutan kemerdekaan Malaysia ke-51. Jelas Kamaruzzaman, konsert tersebut hanya akan memperlekehkan imej pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air.

(Berita lanjut lihat harakahdaily.net)

Siapa Avril Lavigne?

Semua orang mengetahui siapa wanita ini. Albumnya berjaya dijual berjuta-juta unit di seluruh dunia termasuk Malaysia. Lagu-lagunya juga sentiasa berkumandang di radio-radio tempatan khususnya radio-radio berbahasa Inggeris.

Cuma ramai dikalangan peminat muslim tidak mengetahui beliau adalah berketurunan Yahudi campuran.

Avril Lavigne menggunakan nama asalnya sendiri dalam dunia hiburan. Beliau berasal dari Ontario, Kanada dan dilahirkan pada 27 September 1984. Asal keturunannya adalah campuran French-Canadian. Ibu bapanya adalah beragama Kristian, namun keturunan asal mereka adalah Yahudi.

Berbagai kenyataan telah keluar dari majalah-majalah hiburan khususnya tulisan dari para peminatnya tentang agama beliau. Semuanya itu ditulis untuk membela penyanyi pujaan mereka dan tidak mahu orang menganggap Avril seorang Yahudi.

(Gambar) “Weird Al” Yankovic

Namun, Avril sendiri mengakui beliau berketurunan Yahudi semasa ditemuramah oleh Alfred Matthew “Weird Al” Yankovic atau lebih dikenali sebagai Weird Al. Avril telah ditemuramah dalam rancangan kendalian Weird Al yang bertajuk Al-TV.

Dalam temuramah tersebut Al telah memberitahu penonton secara berseloroh, “….Lavigne. That’s good jewish name. You’re jewish right?”

Soalan itu ditanya pada awal temuramah. Weird Al tahu nama tersebut adalah nama orang Yahudi kerana dia sendiri adalah berketurunan Yahudi Serbia. Hanya Yahudi yang mengenal Yahudi. Dalam temuramah itu juga Weird Al mengucapkan “tahniah” kepada Avril dalam bahasa Yahudi iaitu “Mazal tov.”

Sesungguhnya sesuatu patut dikesalkan kepada penaja program sambutan Hari Kemerdekaan. Penaja seharusnya mengutamakan artis-artis tempatan dalam meraikan majlis tersebut. Hanya warga tempatan akan tahu menilai makna ‘sambutan’ tersebut.

6 responses to “Bantahan Konsert Avril Lavigne

  1. Ni semua kes nak untung lebih masa merdeka lah agaknya…..

  2. k’jaan bn ni xde lain, asyik2 artis je.. dah tu dijemput Yahudi plak. Patut la nak kalah..

  3. Penjelasan isu:
    PKPIM: Muzik, personaliti Avril OK
    http://www.malaysiakini.com/news/88555

    Assalamu’alaikum.

    Terima kasih atas kepedulian isu ini. Lebih baik saya membuat penjelasan.

    Pertamanya, memang ada wartawan Malaysiakini yang menghubungi bertanya mengenai konsert Avril 29 Ogos nanti. Saya katakan kita tidak setuju konsert Avril diadakan, sebab menyumbang kepada banyak faktor kemungkaran. Hujah kita juga tarikh dekat dengan Ramadan dan ambang kemerdekaan.

    Namun, jika dibandingkan bantahan kita dengan konsert Gwen Stefani yang lalu, kita memang all out sebab personaliti dan lagu yang melampau. Konsert Avril kita tidak ada kekuatan untuk berdemontrasi kerana kelemahan kita sendiri. Cuma jika dibandingkan antara Stefani vs Avril, yang Avril nampak lebih sopan sikit.

    Namun, bukan bermakna saya setuju dengan konset diadakan. Mungkin media salah petik maksud sebenar yang ingin disampaikan. Sdr Hilmi Ramli-Presiden PKPIM

  4. Jika benar inilah kenyataan presiden PKPIM, ana merasa amat kecewa. Kenyataan presiden menggambarkan seolah-olah presiden PKPIM ini meminati Avril Lavigne tetapi terpaksa berselindung disebalik faktor bulan Ramadhan. Dan mungkin juga terpaksa membantah kerana ramai NGO membantah.

    Ape taknya ramai ahli PKPIM sendiri pun dari kalangan pemuda-pemuda PAS.

    Artikel di atas telah jelas dan terang lagi bersuluh. Artikel itu ingin menjelaskan kita bukan sahaja perlu membantah atas sebab konsert itu tidak menghormati bulan ramadhan dan hari kemerdekaan tetapi kita perlu bantah kerana penyanyi itu seorang Yahudi.

    PKPIM perlu detail dlm melakukan sesuatu kenyataan. Memandangkan ini adlh kenyataan rasmi dr Presiden maka ana mengandaikan ia memalukan seluruh warga PKPIM.

    from – Ex-UM

  5. setuju dengan kawan diatas…mcm TERpaksa bantah sbb ramadan…kira kalo bukan ramadan bleh la?

    lebih sopan pun tak tutup aurat gak…sama je…

  6. jews are good race.im support jews.muslim is fuckin’.no comment!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s