Perayaan Hari Ulang Tahun Israel di Hollywood

oleh Ibnuyaacob

Dalam kesibukan selebriti-selebriti Malaysia menyanjung kemasyuran dunia hiburan Hollywood, pada 19 September 2008 lepas, Hollywood melalui syarikat filem gergasinya Paramount Picture telah melancarkan sambutan sempena Hari Ulang Tahun ke-60 Negara Israel.

Dalam perayaan yang penuh gilang-gemilang itu, beberapa selebriti terkenal dilihat turut serta disamping beberapa ahli sukan profesional. Antara selebriti yang kelihatan ketika tiba di atas red carpet ialah Seal, Warren Beatty, Serena William (pemain tenis), Anetta Bening dan Jason Alexander.

  

(Gambar) dari kiri Warren Beatty, Anetta Beaning dan Jason Alexander

 

Disamping itu, hadirin lain yang hadir ialah penerbit-penerbit Yahudi terkenal seperti Alnon Milchan yang pernah menerbitkan filem hebat “Pretty Woman”. Filem ini telah melonjakkan namanya sebagai penerbit. Dan melalui filem ini juga berjaya menaikkan martabat golongan Yahudi era 90-an apabila heronya iaitu Richard Gere yang berdarah Yahudi itu diberi watak utama.

(Gambar) Richard Gere dan Julia Robert dalam filem Pretty Women.

Hadirin lain yang hadir ialah penerbit muzik terkenal iaitu David Foster dan pelakon filem “Iron Man” , Shan Toub. Selebriti lain seperti Howie Mandel pula dilihat hadir ketika suatu persembahan animasi 3D sedang berlangsung. Mandel difahamkan baru pulang dari becuti di Israel.

Tidak dapat kita lupakan rombongan pemenang Anugerah Skrin 2007 yang dibawa melawat Hollywood tidak lama dulu. Selepas lawatan ‘gemilang’ itu, majalah-majalah hiburan dan akhbar tabloid melompat-lompat melaporkan lawatan itu.

Sesungguhnya itu menunjukkan bukti masih ramai yang tidak tahu latar belakang di sebalik tiang seri Hollywood itu. Masih ramai yang menyanjung membuta tuli. Amat menyedihkan.

Dunia hiburan kita adalah tidak lain berkiblatkan kehebatan dunia Hollywood dan artis-artis di dalamnya. Dan apa yang kita kiblatkan itu pula sebenarnya berkiblatkan pula negara Yahudi Israel.

(Laporan ini dipetik dan disusun dari akhbar The Associated Press)

P/S : Mudah-mudahan artikel ini menyedarkan sebahagian selebriti kita khususnya kita sendiri.

2 responses to “Perayaan Hari Ulang Tahun Israel di Hollywood

  1. yahudi babi!!!

  2. dan negara malaysia (negara islam) merupakan pengeluar babi terbesar di asia tenggara..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s