Bukti Dajjal Sukar Dikenali

oleh Ibnuyaacob

Sesungguhnya seperti yang telah kami maklumkan sebelum ini dalam beberapa artikel, Dajjal itu memang susah untuk dikenali. Manusia hanya boleh mengenali Dajjal apabila seseorang itu meneliti dan mengkaji secara menyeluruh fakta-fakta dalam al-Quran, hadith, sirah dan lain-lain.

Kami memperoleh penegasan tentang penyataan bahawa Dajjal itu sukar dikenali adalah berdasarkan kajian dalam hadith di bawah:

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang mendengar nama Dajjal hendaklah ia berpaling darinya kerana demi Allah, sesungguhnya apabila ia menemuinya dan dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin maka ia akan mengikutinya (Dajjal tersebut) dengan segala syubhat (kebatilan) yang dia bawa.”

Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim dari Imran bin Hussain dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Al-Misykat, hadith no:5488.

Hadith di atas tidak menggunakan langsung kalimah tersirat untuk menunjukkan bahawa Dajjal itu sukar dikenali. Cukup bagi kita mengambil kalimah berikut sebagai menegaskan teori kita.

Perhatikan kalimah “dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin…”

Maksud bagi potongan kalimah ini ialah seorang muslim tersalah sangka tentang seorang yang ia jumpa dan menyangka orang yang dijumpainya itu adalah seoang mukmin sepertinya lalu muslim itu menurut orang tersebut (Dajjal).

Jelaslah akan potongan hadith itu bahawa Dajjal itu sukar dikenali sehinggakan orang Islam sendiri boleh menganggap bahawa Dajjal itu seorang mukmin.

Apabila Rasulullah mengatakan demikian, apakah Dajjal itu nanti akan berperwatakan seperti seorang muslim?

Kemungkinan Dajjal Akan Menyamar Sebagai Muslim

Ia adalah suatu kemungkinan besar dan bagi kami ia bukan suatu kemungkinan tetapi suatu perkara yang pasti. Setiap apa yang dinyatakan oleh Rasulullah pasti akan berlaku kerana ia adalah ilham maklumat yang cetuskan oleh Allah SWT.

Maka bolehlah kita meyakini bahawa Dajjal suatu hari nanti akan menyamar seperti seorang mukmin sejati. Jika ia bukan menjadi mukmin sejati masakan mana mungkin Nabi berpesan bahawa ada orang Islam yang akan mengikutinya.

Manakala orang Islam yang mengikuti Dajjal itu sudah pastilah orang Islam yang tidak mengkaji (atau mahu mengkaji) langsung tentang hadith-hadith Rasulullah. Mereka hanya menjadi pembaca hadith bukannya menghayati serta meneroka maksud hadith.

Kepentingan Ilmu Hadith dalam mengkaji hal ehwal Dajjal

Semua umat Islam WAJIB mempelajari ilmu hadith sebagaimana wajib mempelajari Bahasa Arab. Ia bukanlah ilmu pilihan seperti yang dibentuk oleh sistem pendidikan sekular kita. Yakni jika bukan dari sekolah agama tidak perlu belajar.

Ilmu hadith adalah pelengkap kepada ilmu al-Quran, dalam erti kata lain, hadith adalah penjelasan tentang fakta-fakta dalam al-Quran. Jika kita hanya mempelajari al-Quran maka mana mungkin kita mengenali ulama-ulama hadith, perawi hadith dan cara ia disanadkan.

Ringkasnya, jika tiada ilmu hadith maka sukar bagi kita untuk menepis dakyah-dakyah Dajjal yang dibawa melalui mazhab Wahabi.

Dan selain itu, tanpa hadith kita tidak akan mengetahui bahawa menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi adalah digalakkan untuk menghindari dari fitnah Dajjal.

Syeikh Sayid Sabiq dalam kitabnya Anasirul Quwwah Fil Islam, menegaskan bahawa ilmu hadith adalah salah satu cabang ilmu syariah yang wajib dituntut sebagai unsur-unsur kekuatan dalam Islam.

13 responses to “Bukti Dajjal Sukar Dikenali

  1. Apa yang kamu ketahui mengenai Dajjal ?

    Marilah kita memeriksa kebenaran Hadith dari Ahlus Sunnah yang telah diberitakan oleh Nabi S.A.W kita bahawa Dajjal akan muncul :

    Nabi kita S.A.W telah memberitahu kita dalam Hadith bahawa Allah akan menjamin kemenangan kepada umat Islam semasa berperang dengan Dajjal dan umat Islam akan membunuhnya dan ‘shiah’ (pengikut)nya ; Apabila pengikut Dajjal bersembunyi disebalik pokok atau batu, pokok-pokok dan batu-batu berkenaan akan berkata kepada orang Islam : “ Di belakang aku ini ada Yahudi,, datanglah dan bunuhlah dia. ( Riwayat Imam Ahmad dalam al-Musnad) Hadis ini menggunakan perkataan shiah bagi menjelaskan pengikut kepada Dajjal.

    “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai (jubah) al-Tayalisah (Persian shawls – jubah orang-orang Parsi (Syiah hari ini) yang tidak berjahit), .” [ rujuk Sahih Muslim]

    Tanpa kita sedari bandar Isfahan yang merupakan bandar Yahudi di Iran ini merupakan pusat kepada aktiviti nuclear bagi negara Iran hari ini dan juga merupakan pusat penyelidikan senjata berbahaya Iran itu yang menurut keyakinan Israel sendiri, Iran bakal berjaya menyiapkannya aktiviti nuklearnya tanpa masalah yang besar. Ini membuktikan tentera Dajjal sedang dipersiapkan oleh orang-orang Parsi yang merupakan bakal pengikut Dajjal bagi menyambut kemunculan Dajjal nanti. Cubalah fahami pekerjaan Dajjal ini berdasarkan keterangan hadis-hadis Syiah yang saya lampirkan pada penghujung artikel ini. Selamat mengkaji dan mempelajari pekerjaan Bani Israel bersama saudara-saudara mereka dari keturunan Bani Ishak bin Ibrahim a.s, orang-orang Parsi Syiah di Iran.

    MAHDI SYIAH IALAH MESSIAH DAJJAL

    Syiah sedang menunggu kemunculan al-Qaim atau Imam ke-12 atau Imam Mahdi yang telah dua kali bersembunyi dalam lubang Sardab di Sammara’. Bukti-bukti berikut telah mebuktikan bahawa orang yang akan mengisi jawatan Imam ke-12 tidak lain melainkan Dajjal, berdasarkan keterangan agama Syiah sendiri (hadis-hadis dan karya-karya Syiah yang dikaitkan sebagai kata-kata para imam a.s mereka). Ahli Sunnah harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dan menyimpan dalam minda mereka bahawa Shiah adalah pengikut dan tentera Dajjal yang bakal muncul nanti.

    Perlulah diingati Mahdi yang diyakini oleh Ahli Sunnah wa Jama’ah berdasarkan keterangan hadis-hadis yang sahih adalah seseorang yang berbeza dengan apa yang diyakini oleh Syiah baik dari segi aqidah, keturunan, amalan, ajaran dan pekerjaan serta peranan setelah memimpin umat islam ini nanti. Silalah mendapatkan mengenainya secara terperinci berdasarkan nas yang sahih.

    CIRI-CIRI MAHDI SYIAH (DAJJAL) :

    a. Undang-Undang Yahudi (keluarga Daud)

    Al-Qaim atau Imam Mahdi Shiah akan memerintah menurut undang-undang Nabi Daud dan keluarga Daud, menurut hadis Shiah dalam kitab al-Kafi karangan Abu Ja’far al-Kulaini, yang menurut Syiah merupakan kitab paling sahih daripada empat sumber dasar agama Syiah yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Semua yang mengikuti hadis Syiah akan menemui riwayat al-Kulaini dalam al-Kafi(Jil.1, m.s.387-398):

    Ali ibn Ibrahim meriwayatkan dari – bapanya – dari ibn Abi Umair – dari Mansur – dari Fadhl al-Aour – dari Abi Ubaidah melaporkan : “Apabila al-Qaim dari keluarga nabi muncul, dia akan memerintah menurut undang -undang Daud dan Sulaiman.”

    Muhammad ibn Yahya meriwayatkan dari Ahmad ibn Muhammad dari Muhammad ibn Sinan dari Abaan yang melaporkan : “Aku telah mendengar Abu Abdullah [a.s] berkata : ‘Dunia tidak lenyap (terjadinya kiamat) kecuali seseorang dari kami akan muncul dan akan memerintah menurut undang-undang keluarga Daud’”

    Ahmad dari Ahmad ibn Muhammad dari Ibn Mahbub dari Hisham ibn Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Abu Abdullah [a.s] : ‘Di atas undang-undang apa kamu akan memerintah jika kamu menjadi pemerintah.’ Dia menjawab : ‘Menurut undang-undang Tuhan dan undang-undang Daud. Dan jika kami berselisih dalam satu keadaan yang mana kami tidak dapat menyelesaikannya, Jibril (Ruh al-Qudus) akan mendedahkannya kepada kami.’”

    Muhammad ibn Ahmad dari Muhammad ibn Khalid dari Nazr ibn Suwaid dari Yahya al Halabi dari Imran ibn A’yun dari Jaeed al-Hamdani dari Ali ibn al-Hussein [a.s] berkata : “Aku bertanya kepada beliau dengan undang-undang mana kamu akan menghukum ?” Beliau berkata : “Dengan undang-undang Daud, dan jika disana terdapat satu perkara yang tidak dapat diselesaikan, Jibril (Ruh al Quds) akan mendedahkannya kepada kami.”

    Ahmad ibn Mahran [r.a] dari Muhammad ibn Ali dari Ibn Mahbub dari Hisham bin Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Imam Abu Abdullah [a.s]: ‘Dengan undang-undang mana kamu akan memerintah ?’ Dia menjawab : ‘Dengan undang-undang Tuhan, dan undang-undang Daud.’”

    Bahasa Hebrew
    Lebih jauh lagi, Imam ke-12, Imam Mahdi Syiah akan bercakap dalam bahasa Hebrew (Yahudi) :

    Ahmad ibn Muhammad ibn Saeed al Uqdah berkata : Ali ibn al-Hasan at-Taymali melaporkana kepada kami : al-Hasan dan Muhammad bin Ali ibn Yusuf berkata, dari Sa’daan ibn Muslim, Dari rijal (perawi-perawi yang ramai), dari al-Mufadhal ibn Umar berkata : Abu Abdullah [a.s] berkata : “Apabila Mahdi berdoa, dia akan berdoa kepada Tuhan dalam bahasa Hebrew.” [Al-Ghaybah an Nu’mani, p.326]

    Yahudi akan mengikuti Imam Mahdi Syiah.
    Menurut Shiah, Yahudi juga akan menjadi pengikut Imam Mahdi:

    Sheikh al-Mufid telah melaporkan dalam kitabnya, Al-Irshaad dari al- Mufadhal ibn Umar bahawa Imam Abu Abdullah [a.s] telah berkata : “Di sana akan muncul bersama Imam Mahdi .. manusia dari bangsa nabi Musa (Israel).” [Al-Irshaad al-Mufid , m.s 402]

    Menurut hadis dari kitab Al-Kafi karangan al-Kulaini, ketika ghaib Imam Mahdi belajar dari satu kitab yang bernama al-Jafr (salah satu kitab suci Syiah yang didakwa ditulis oleh Imam Ali a.s), yang mengandungi ajaran dari agama Israel :

    Imam (a.s.) akan kekal bersembunyi untuk satu tempoh dan kemudian berkata, “Ditangan kami ada al-Jafr. Apakah mereka mengetahui apa itu al-Jafr?” Aku kemudian bertanya, “Apakah kandungan al-Jafr itu ?” The Imams (a.s.) menjawab, “Ia mengandungi ilmu para nabi dan pelaksana harapan-harapan mereka dan ilmu cerdik pandai orang-orang Israel terdahulu.” [al-Kafi, Hadith 635, Ch. 40, h 1]

    KESIMPULAN RIWAYAT DARI KITAB-KITAB SYIAH DIATAS :

    Semua kepercayaan ini membawa kita mempercayai bahawa Imam Shiah yang ke-12 sebenarnya ialah Dajjal Yahudi, yang telah diperingatkan oleh Baginda S.A.W, orang yang akan memperdaya ramai manusia dan mencipta pelbagai kerosakan dimuka bumi. Inilah orang yang ditunggu-tunggu oleh Shiah. Merujuk kepada bukti-bukti, ini ialah apa yang kita ketahui mengenai al-Qaim mereka :

    1. Dia akan memerintah menurut sistem undang-undang keluarga Daud, menggunakan Talmud.

    2. Dia menggunakan bahasa Hebrew.

    3. Pengikutnya terdiri dari orang-orang Yahudi dan pemuka agama Yahudi, kerana dia adalah Raja kepada bangsa Yahudi.

    4. Semasa bersembunyi Imam mempelajari Talmud yang mana merupakan kandungan “al-Jafr.”

    MESSIAH YAHUDI – MAHDI SYIAH

    Cuba kita renungkan persamaan antara Mahdi Syiah dan Dajjal Messiah Yahudi yang diceritakan oleh agamawan Yahudi :

    Penulis Yahudi terkenal Raphael Pata’ telah menterjemah kitab Mishne Torah yang telah dihimpunkan oleh pendita Yahudi lampau bernama Maimonides. Tajuk terjemahannya, The Messiah Texts pada muka surat 322-327, Maimonides menulis ;

    “King Messiah will arise in the future and will restore the kingship of David to its ancient condition, to its rule as it was at first. And he will rebuild the Temple and gather the exiled of Israel. And in his days all the laws will return as they were in the past. They will offer up sacrifices, and will observe the Sabbatical years and the jubilee years with regard to all the commandments stated in the Torah. And he who does not believe in him, or he who does not await his coming, denies not only the [other] prophets, but also the Torah and Moses our Master. For, behold, the Torah testifies about him [the Messiah], as it is written,

    The Lord will return your captivity and have compassion upon thee, and will return and gather thee from all the peoples whiter the Lord thy God hath scattered thee. If any of thine that are dispersed be in the uttermost parts of heaven, from thence will the Lord thy God will bring thee into the land which thy fathers possessed, and thou shalt possess it (Deut. 30:3-5)

    Selanjutnya, Yahudi mempercayai Messiah atau al-Masih itu seorang raja, penakluk yang menang dari keturunan Nabi Dawud yang mereka namakan anak Allah. Mereka mempercayai juga bahawa al-Masih itu akan datang semula untuk mengembalikan kebesaran Israel dan menyatupadukan perbalahan kaum Yahudi di Palestin serta menjadikan hukum-hukum Taurat (kitab Nabi Musa) berjalan berkuat-kuasanya.

    Mereka berharap al-Masih mereka muncul sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Nama al-Masih – Messiah sering diseru-seru oleh kaum Yahudi setiap kali mereka ditimpa bencana dan setiap masa mereka menderita dari bencana-bencana tersebut.

    Tetapi juga kadang-kadang al-Masih ini juga dinamakan kepada sesiapa yang bertindak terhadap musuh-musuh mereka (Yahudi) walaupun bukan dari keturunan Daud seperti gelaran diberikan kepada Cyrus. Oleh kerana al-Masih itu masih belum muncul mereka menamakan beberapa ciri-ciri al-Masih sebenar iaitu seorang pembaik (muslih) sosial, adil dan bersopan santun. [lihat Arthur Hertzberg, Judaism, m.s : 215 – 218 ]

    Abbas Mahmud Aqqad berkata, kebanyakan pengkaji mempercayai bahawa idea penyelamat yang jujur itu adalah dipinjam dari kepercayaan Zoroaster, agama asal yang dianuti oleh orang-orang Parsi. [Lihat Dr. Ahmad Syalabi, Agama Yahudi, Pustaka Nasional : Singapore, thn : 1977, m.s : m.s 185. Abbas Mahmud Aqqad, Allah, m.s 117.]

    Guignebert berkata : Sesungguhnya kecenderungan Parsi kepada melukiskan kemenangan berterusan golongan baik ke atas golongan jahat selepas melalui sebuah pertarungan yang panjang . Apa yang dinamakan baik oleh orang Parsi, dinamakan pula oleh orang-orang Yahudi sebagai al-Masih [ Lihat Guignebert , The Jewish World in The Time of Jesus, m.s 141].

    Idea wujudnya seorang raja yang idealis yang memerintah seluruh alam ini adalah asalnya dari idea yang tersebar dari kaum Semitik (Yahudi) dan ia dikuti pula dengan wujudnya suatu alam yang idealis yang sama, iaitu apa yang dikatakan oleh kaum Yahudi dan Kristian sesudah itu, kerajaan Tuhan.

    Setengah pengkaji pula berpendapat kecenderungan kepada idea yang mengatakan al-Mahdi Muntazar yang dipegang oleh Syiah adalah dipinjam daripada idea yang ditunggu-tunggu di kalangan kaum Yahudi. [Lihat Max Margolis dan Alexander Marx : A History of Hebrew People, m.s : 258]

    APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN OLEH MAHDI SYIAH – DAJJAL SETELAH KEMUNCULANNYA.

    Lihat pula apakah sifat-sifat Mahdi Syiah – Dajjal ini dan apakah yang bakal dilakukannya setelah muncul lagi berdasarkan keterangan hadis-hadis agama Syiah :

    a. Rasulullah S.A.W orang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi ? Aqidah sesat Syiah

    Orang pertama yang akan membai’ah Imam Mehdi Syiah ialah Rasulullah s.a.w ketika raj’ah. Rasulullah s.a.w akan menjadi muridnya. [Haqq al-Yaqin jil.2, m.s : 347 dan Bashairu al-Darajat, m.s : 213 ]

    b. Muncul Imam Mahdi, Hipokrit (Taqiyyah) Bagi Agama Syiah Akan Terbatal.

    Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Seterusnya akan terkeluar daripada Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan daripada Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata, “Tiada agama bagi orang yang tidak wara’ dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah. “Maka beliau ditanya, “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah) ? Beliau menjawab, ” Sampai hari tertentu, iaitu hari munculnya Imam Mahdi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluarnya Imam Mahdi, bukanlah dia daripada kalangan kami “. ( Kasyf al-Ghummah Al-Ardabili, hal 341).

    c. Imam Mahdi Kejam dan Ganas.

    Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain daripada membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.

    Mereka menyatakan, Apabila muncul Imam Mahdi nanti orang orang Syiah akan menghadapkan setiap Nasibi di hadapan Imam Mahdi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu wilayah maka dia akan dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau dia bersedia membayar jizyah sebagai ahli zimmi.(al-Majlisi, Bihar al-Anwar, J.52, hal 373, tafsir Furat ibn Ibrahim, hal. 100).

    Al-Majlisi meriwayatkan, “tidak akan ada yang tinggal antara kami dengan orang Arab melainkan pembantaian” [Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52 m.s 349].

    Dalam riwayat yang lain al-Majlisi meriwayatkan, “al-Muntazar akan berjalan di kalangan orang Arab dan akan membunuh mereka”. [ Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s 318 ]

    Dia juga meriwayatkan, “Hati-hatilah orang Arab kerana mereka memiliki berita yang buruk, maka sesungguhnya tidak akan keluar seorang pun dikalangan mereka bersama al-Qa’im”. [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s : 333 ].

    Kejam terhadap manusia dengan membunuh 9/10 daripada umat islam. Ketika raj’ah, orang-orang ahli sunnah yang tidak menerima ajarannya (Syiah Imamiyyah) akan dipenggal lehernya. [ al-Kulaini, al-Raudah min al-Kafi, jil.8, m.s 160]

    Majlisi meriwayatkan, dari Abu Abdillah a.s, “kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang” . [ Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353 ].

    Sayid Sadr menyatakan, “sesungguhnya pembunuhan yang terjadi pada manusia kebanyakkan dikhususkan kepada kaum muslimin. Kemudian dia (al-Qaim) menghadiahkan kepada saya satu salinan dari kitabnya”….. [Sayyid Husein al-Musawi, lillah thumma li Tarikh, terj. Mengapa saya keluar dari Syiah, m.s : 137]

    d. Imam Mahdi akan merobohkan Ka’bah.

    Al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].

    Imam Mahdi yang dinantikan kemunculannya yang mengikut kepercayaan Ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.

    Syeikh Mufid menyebut bahawa, “Apabila lmam Mahdi muncul ia akan merobohkan masjid al-Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta dituliskan kepadanya, mereka inilah pencuri pencuri Kaabah.” (al-Mufid, Al-Irsyad. hal. 411, At-Tusi, Kitab al Ghaibah, hal.282).

    Al-Majlisi meriwayatkan, “Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”. [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 ] juga al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ]

    e. Membongkar semula kubur para sahabat nabi.

    Akan membongkar kubur Abu Bakr al-Siddiq dan Umar al-Khattab r.a untuk disalib dan disebat dikhalayak ramai. Mereka kedua akan dihidupkan kembali untuk menerima hukuman. [ Lihat, Ni’matullah al-Jazairi, Al-Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s : 85 dan Majlisi, Haqq al-Yaqin, j.2, m.s : 242 ].

    Sementara di zaman kemunculan Mahdi, ketika raj’ah Imam Mahdi akan menghidupkan Aisyah dan akan melaksanakan hukum hudud ke atasnya kerana Aisyah dikatakan telah berzina semasa hidup Rasulullah s.a.w. [ Anwar al-Nu’maniyyah, jil.1, m.s : 161, Tafsir al-Shafi, jil.2, m.s 108, Haq al-Yaqin, jil.2, m.s 256, Hayat al-Qulub, jil.2, m.s 611]

    al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].

    f. Mahdi Syi’ah berhukum dengan hukum Dawud dan Sulaiman (Kitab Zabur) dengan kejam.

    Al-Majlisi meriwayatkan bahawa, “al-Qaim akan membawa ajaran baru, kitab yang baru dan hukum yang baru”. [al-Majlisi, Buhar al-Anwar, jil.52, m.s : 354 ].

    Al-Kulaini dalam Usul al-Kafi, kitab yang paling sahih bagi Syiah yang mengatasi kesahihan Sahih al-Bukhari bagi ahli Sunnah. Dia meriwayatkan dari Imam Abu Abdillah a.s berkata : “Jika al-Qaim dari keluarga Muhammad muncul, dia akan memerintah dengan hukum Daud dan Sulaiman (ajaran Taurat), dia tidak akan menanyakan bukti-bukti”. [ Usul al-Kafi, jil.1, m.s : 397]

    KESIMPULAN

    Akhirkata, sama-samalah kita mengkaji tentang bangsa Parsi pengikut Dajjal yang bakal menyambut kemunculan Dajjal nanti. Hanya orang-orang yang buta mata hatinya menganggap kaum Parsi Syiah itu seagama dengan mereka tanpa mengkaji latarbelakang hubungan dan kerjasama mereka dengan Amerika Zionist dan Israel dalam kejatuhan Taleban Afghanistan dan Iraq. Syiah samada Iran, Syria atau Hizbullah adalah sekutu Israel disebalik konflik dan peperangan palsu antara mereka. Memadailah kita merenung riwayat Imam Muslim dimana Rasulullah telah bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 dari bandar Yahudi Isfahan mereka itu memakai jubah Parsi (Syiah) – Tayalisah”.

  2. songket manis

    Wah! hebatnya hujah Agos…

    Saudara suruh pembaca kaji, saudara ada blog ke? Kalau ada berilah alamat agar kami boleh comment kajian saudara.

    Setakat ni tak banyak blog konspirasi Yahudi yg macam ni.

  3. assalamualaikum…

    untuk pengetahuan saudara/saudari songket manis (tapi saya rasa saudari kot) artikel ini saya peroleh dari laman web
    http://www.al-ahkam.net….

    maafkan saya kerana terlupa untuk meletakkan source artikel yang saya post sebelum nie..

    harap maklum ya…

  4. songket manis

    Thanx untuk link t’sebut, Agos.

  5. sy setuju dgn komen saudara..
    sedangkan Iblis mampu meyamar sebagai ahli abid dan menipu dan menyesatkan imam besar zaman dulu iaitu Imam Barshisha tanpa di sedari oleh imam tersebut, inikan pula manusia biasa macam kita semua.. pastinya Dajjal menggunakan cara yg sama untuk menyesatkan manusia tanpa di sedari..

  6. Tapi d malaysia ada pegerakan syiah bwh tanah giat dijalnkan. Ramai rakn sya yg belajr d intitusi pengajian tggi terpengaruh. Antara yng merka pertikaikn ialah
    1. Ahlul sunnah
    2. Hadith2 yng diriwayatkan imam ahlul sunnah.
    3. Sikap sahabat2 Nabi( kecuali Ali k.m.w)

    Yang pasti mereka menagungkan Iran dan bercakap tentang imam 12 Konon membela nasib umat Islam. Sila Pembaca komen ini siasat di universiti tempatan

  7. Kita boleh kenal dajal dengan mata satu (Sunah Rasullah S.A.W.). Bukan kah lambang di dalam mata wang U.S. ada gambar mata satu di atas pyramid?

    Lambang PKR dengan mata satu juga mesti diambil sebagai satu amaran oleh umat Islam di Malaysia.

  8. Salam

    Merujuk komentar Agos, ada beberapa point untuk direnung:

    1. Hadis riwayat Ahmad itu dinilai dhaif oleh pentahqiqnya Syeikh Syuaib al Arnaut, dan hadis dhaif tidak bisa dijadikan hujjah.

    2. Hadis riwayat Muslim ini jelas menceritakan bahawa Dajjal akan diikuti 70,000 Yahudi Isfahan, lalu apa hubungannya dengan orang Parsi? Dan jubah ulama Syiah berjahit.

    3 Mengenai al Mahdi memakai undang2 Yahudi, berikut kami sajikan hadis2 al Kafi buat dinilai:

    When the Imams will Rise with Divine Authority They will Judge Among People as David and his People had Done that They will not Ask any Witness to Testify (May the peace and blessings of Allah be up on them)

    H 1034, Ch. 99, h 1

    Ali ibn Ibrahim has narrated from his father from ibn abu’Umayr from Mansur from al-Fadl al-A ‘al-A ‘war from abu ‘ubayda al-Hadhdha’ who has said the following. “We lived during the times of abu Ja‘far (a.s.). When he passed away we were left like sheep without shepherd. We met Salim ibn abu Hafs and he said to me, “O abu ‘Ubayda, who is your Imam?” I said, “My Imams are A’l (family) of Muhammad (s.a).” He said, “Did not I and you hear abu Ja‘far (a.s.) say, “Whoever would die without an Imam above him he has died as the death of the age ignorance.” I said, “Yes, that is very true. I can swear by my own life.” It was only about three days before my meeting with abu ‘Abdallah (a.s.) in which meeting Allah granted to me the blessing of recognizing him as my Imam. I said to abu ‘Abdallah (a.s.) that Salim said to me so and so.” The narrator has said that the Imam (a.s.) said, “O abu ‘Ubayda, no one of us passes away before appointing a successor that would act and behave just as the preceding Imam and call people to what the Imam before him did. O abu ‘Ubayda what was given to David did not bar Sulayman from receiving (Allah’s blessings).” Then he said, “O abu ‘Ubayda, when Al-Qa’im (the one who will rise with Divine Authority) will rise he will judge among people the way David and Sulayman had been judging among people. He will call any witness to testify in a case.”

    H 1035, Ch. 99, h 2

    Muhammad ibn Yahya has narrated from Ahmad ibn Muhammad from Muhammad ibn Sinan from Aban from abu ‘Abdallah (a.s.) who has said the following. “The world will not end before the rise of a man from us who would judge among people the way the family of David had been judging them. He will not ask any witness to testify. He will make every soul’s rights available to it.”

    H 1036, Ch. 99, h 3

    Muhammad has narrated from Ahmad ibn Muhammad from ibn Mahbub from Hisahm ibn Salim from ‘Ammar al-Sabati who has said the following. “Once I asked abu ‘Abdallah (a.s.), “By what means do you judge when you would judge?” He said, “We judge by the laws of Allah and in the manner of David. If an issue would come before us for which there is nothing with us the Holy Spirit provides us inspiration.”

    H 1037, Ch. 99, h 4

    Muhammad ibn Ahmad has narrated from Muhammad ibn Khalid from al-Nadr ibn Suwayd from Yahya al-Halabi from ‘Imran ibn A‘yan from Ju‘ayd al-Hamadani who has said the following. “Once I asked Ali ibn al-Husayn (a.s.), “By what mean do you issue judgments?” The Imam (a.s.) said, “We judge by the laws of Allah and the judgment of the family of David. If a case would frustrate us the Holy Spirit inspires us with its laws.”

    H 1038, Ch. 99, h 5

    Ahmad ibn Mihran, may Allah grant him blessings, has narrated from Muhammad ibn Ali from ibn Mahbub from Hisham ibn Salim from ‘Ammar al-Sabati who has said the following. “Once I said to abu ‘Abdallah, “What is the degree of the excellence of the Imams?” He said, “It is like that of Dhul Qarnayn and like that of Yusha‘ and like that of Asaf, the companion of Sulayman.” He asked, “With what do you issue judgments.” The Imam (a.s.) said, ” We issue judgments according to the laws of Allah and the judgments of the family of David. The Holy Spirit inspires us with it.”

    Tidak ada kata2 tentang menerap undang2 Yahudi dalam teks di atas, yang ada hanyalah ‘menghukum spt keluarga Daud yakni tanpa memerlukan saksi’.

    4. Imam berdoa dengan bahasa Hebrew… Syeikh Mufid di dlm al Irsyad jilid 2, hlm 369:
    ‘Setiap penduduk bumi akan mendengarnya (Imam) di dlm bahasa masing2’
    Di dlm buku ‘Imam Mahdi Leader of Just’, Ibrahim Amini membawa riwayat bahawa Imam Mahdi akan berhujjah dgn org Yahudi dengan Taurat mereka dan org Nasrani dengan Injil mereka ttg kebenaran Islam

    5. Mengenai pengikut al Mahdi adalah Yahudi, ini riwayatnya:

    from al-Mufadhal ibn Umar that Imam Abu Abdullah [as] has reported: The Qaim [as] will appear from the vicinity of Kufa with twenty seven (27) men, fifteen (15) of whom will be from among the people of prophet Moses [as], those who guide to truth and judge with justice, Seven (7) will be the inhabitants of the cave (al-Kahf),Yusha son of Nun, Solomon, the father of Dajjanah al-Ansari, al-Miqdad, and Malik al-Ashtar, they will be sanctioned as assistants and governors in His [as] presence.
    Al-Irshaad of al-mufeed at Tusi p.402

    6. Nabi saaw akan berbai’ah kpd al Mahdi?
    Sanad hadis tersebut adalah spt berikut:

    “Ahmed bin Muhammad bin Saeed from Yahyah bin Zakariya bin Shaybaan from Yusuf bin Kuleb from Hasan bin Ali bin Abi Hamzah from Aasim bin Hameed Al-Hinaat from Abi Hamzah Thamaali who said that he heard from Abu Jafar [as]…”

    The first weak narrator is Hasan bin Ali bin Abi Hamzah al-Bataini who according to Shaykh Majlesi too, is weak (Rijal al-Majlesi, page 188) and so he is according to Ibn al-Ghadaeri (Rijal Ibn al-Ghadaeri, page 51) while Allamah Al-Heli declared him extremely ‘weak’ (Khulasat al-Aqual, page 181). He has been declared a liar by Ibn Daud (Rijal ibn Daud, page 238), Sayyed Burujedi (Taraef al-Maqal, Volume 1 page 295) and Sayyed Al-Khoei (Kitab al-Hajj, Volume 4 page 102), while declared as ‘lair’ and ‘extremist’ in by al-Kashi in Rijal al-Kashi, Volume 2 page 724.

    The second narrator is Yusuf bin Kuleb. Sheikh Ali Shahroudi whose biographical details are non existent (Mustadrkat Elm Rijal Hadith, Volume 8 page 291). Similarly, Sheikh Ali Akbar Ghafari said about him: ‘We couldn’t find his name in the books of Rijal’ (Margin of Sheikh Mufid’s book Amali, page 138). Also Sheikh Ali Akbar Najad said: ‘We couldn’t find his biography’ (Margin of Sheikh Mufid’s book al-Kafia, page 41).

    7. Imam Mahdi kejam?

    Hal itu adalah mengenai Nasibi (pembenci Ahlul Bayt) dan Khawarij. Di dlm Shahih Muslim juga ada riwayat ttg membunuh Khawarij

    Sahih Muslim, the book of zakat exhortation to kill the Khawarij, book 005, Number 2328:

    ‘Ali said: Whenever I narrate to you anything from the Messenger of Allah (may peace be upon him) believe it to be absolutely true as falling from the sky is dearer to me than that of attributing anything to him (the Holy Prophet) which he never said. When I talk to you of anything which is between me and you (there might creep some error in it) for battle is an outwitting. I heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) as saying: There would arise at the end of the age a people who would be young in age and immature in thought, but they would talk (in such a manner) as if their words are the best among the creatures. They would recite the Qur’an, but it would not go beyond their throats, and they would pass through the religion as an arrow goes through the prey. So when you meet them, kill them, for in their killing you would get a reward with Allah on the Day of Judgment.

    Even if it is said that the Quran mentioned in this tradition refers to the actual copies of the Quran, there should still be no objection to this traditionn since the different aspects of the war of Sifeen are preserved in the historical records wherein the malicious army of Muawiyah raised the copies of the Quran on spears with deceitful intention while Imam Ali bin Abi Talib [as] asked his men to:

    “Continue the war since I am well aware of these people. They were malicious in their childhood and have now become thugs in their youth. Neither do they believe in Quran nor do they have any relationship with Islam. Just continue the war on the right path”
    Tarikh Ibn Khaldun, Volume 4 page 343, published by Hind press, Allahabad

    8. Imam Mahdi membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar?

    Sanad hadis itu adalah spt berikut:

    Abi Shoib and Muhammad bin Nusair from Umar bin al-Farat from Muhammad bin al-Mufadhal bin Umar from Imam Jafar Sadiq [as].

    Two narrators in the chain namely Muhammad bin Nusair Numeri and Umar bin Farat are unreliable. Muhammad bin Nusair Numeri has been declared as ‘an extremist’ by Sheikh Tusi (Rijal al-Tusi, page 402) and Ibn Daud (Rijal ibn Daud, page 276), while Ibn al-Ghadaeri declared him ‘weak’ (Rijal ibn Ghadaeri, page 99) and so did Shaykh Al-Hur al-Amili (Al-Rijal, page 237). Shahroodi declared him ‘Khabith’ (Mustadrekat elm Rijal, volume 7 page 350). Allamah al-Heli said: ‘Imam Ali bin Muhammad al-Askari cursed him.’ (Khulasat al-Aqwal, page 401). Allamah Maqani while writing about the narrator Muhammad bin Nusair Numeri states:

    “There is no doubt with regards to Muhammad bin Nusair Numeri being weak and Zindeeq… he claimed that he was a prophet and messenger, he claimed that he had been sent by Imam Ali bin Muhammad Askari and he believed in their divinity and believed Haram women to be Halal. He was the founder of the Nusairi sect which has been unanimously declared Kafirs by all Shia scholars. Imam Ali bin Muhammad Askari cursed him and had shown his disassociation.”
    Tanqeh al-Maqal, Volume 3 page 195

    Another narrator in the chain namely Umar bin Farat has been declared ‘weak’ by Shaykh Majlesi (Rijal al-Majlesi, page 270) while he has been declared as ‘an extremist’ by Sheikh Tusi (Rijal Tusi, page 362), Allamah al-Heli (Khulasat al-Aqwal, page 376), Al-Hur al-Amili (Al-Rijal, page 188) and Shahroodi (Mustadrekat Ilm Rijal, volume 6 page 106). Ibn Daud said: ‘An extremist, narrates munkar’ (Rijal ibn Daud, page 264).

    Moga tidak ada salah faham lagi

    Salam

  9. marc shinoda

    ye ke syiah dibawa oleh mazhab whabi…….rse sye kmu tkde wahabi konfem syaih akan berleluasa

  10. Kita berada dizaman teknologi dunia tampa sempadan,kita terpaksa mengharungi tipu daya syaitan laknatulah yang berpura-pura untuk memusnahkan agama Islam agama Allah,setiap langkah perbuatan kita, berjalan,melihat dan mendengar kalau ta’kita awasi dan berhati-hati akan tersandung dengan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam.dengan anak-isteri kita kekadang kita terlepas pandang.AMAT MENAKUTKAN.

  11. Assalamualaikum w.b.t…

    Maaf bertanye…boleh terangkan tentang salah satu pengikut dajjal itu adalah anak luar nikah. Ape akan jadi pada mase depan anak2 ini dan ape yg perlu mereka buat bile berdepan dengan akhir zaman???

  12. Incredibly great post! Really.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s