Yahudi Orthodoks dan HDTV

oleh Ibnuyaacob

Yahudi Ultra-Orthodoks di Israel amat bersungguh-sungguh dalam menghalang komuniti mereka dari terpengaruh dengan sebarang elemen yang boleh menyebabkan gejala sosial.

Berikut ialah kempen iklan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Hassedic di Israel untuk mengelakkan komuniti mereka dari melanggan channel HD yang dikeluarkan oleh syarikat YES.

Di bawah ini adalah lirik yang dinyanyikan oleh mereka. Ia bercampuran bahasa Inggeris dan Hebrew.

(Rabbi speech)
Be warned holy land
of the hi definition
go out and erase this “toeivah”

Oy Vey, the “toeivah” is here
He said Oy Vey
now the detail’s so clear
YES brought HD
Groise Tate please help
It’s a “broch” this HD on YES

Gevald it’s Sedom and Gemorah
HDTV… it’s against the torah
HDTV… oy vey vey vey vey
Now the shikses look well
you will all go to hell
Or in Hebrew Yishmor HoKel

Cause the HD is now on YES

Maksud beberapa perkataan di atas

  1. Toeivah = dosa
  2. Oy Vey = Oh tidak!
  3. Groise Tate = Tuhan Syurga
  4. Broch = sejenis tembok besar yang tinggi yang diperbuat dari batu-batu. Ia adalah gelaran bagi dinding tembok bagi kota-kota lama zaman dahulu.
  5. YES = nama sebuah syarikat televisyen satelit di Israel
  6. Gevald = ia adalah perkataan seumpama doa yang disebutkan oleh penganut Judais untuk meminta diri dilindungi oleh Tuhan Yahweh mereka. Contohnya, penganut Islam apabila ingin memohon dijauhkan sesuatu bala kita akan menyebut satu kalimah sahaja iaitu Na’uzibillah. Bagi penganut Judais mereka menyebut Oy gvauld atau Gevald atau gvauld.
  7. Sedom and Gemorah = ianya nama bagi dua buah bandar zaman Nabi Lut. Disebut juga sebagai Sodom & Gemorra, merupakan kisah kaum Bani Israel di perkampungan Sodom & Gemorra yang menerima bala tuhan . Kisah ini disebut dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.
  8. Torah = Taurat (Kitab Taurat)
  9. Shikses = adalah sejenis Kata Nama (noun) dan jamak kepada Shikse. Ia adalah gelaran kasar kepada perempuan Yahudi yang suka melanggar peraturan agama Judais. Perkataan shikses biasanya hanya digunakan dikalangan Yahudi Orthodoks sahaja untuk menghina perempuan jenis ini.
  10. Yishmor Hokel = Tuhan selamatkanlah kami!

Mengapa kempen ini timbul?

Bukan semua Yahudi bersetuju dan bersependapat dengan Zionist. Kelompok Zionist di Israel dikenali sebgaai kelompok Yahudi Sekular yang dikira sebagai perosak kepada agama Judais dan kesucian Taurat dan Talmud. Memandangkan kelompok Zionist adalah kelompok majoriti, maka pengamal sejati agama Judais menetap di daerah-daerahnya sendiri.

Kelompok pengamal tulen ini digelar sebagai Yahudi Orthodoks atau Ultra-Orthodoks. Mereka berpegang teguh dengan fatwa-fatwa Rabbi (Paderi) mereka. Golongan Orthodoks ini berpendapat kesucian agama dan budaya Yahudi hanya dapat dijaga jika kelompok orthodox tidak bergaul dengan Zionis.

Kempen ini bertujuan menentang penjualan HDTV di Israel khususnya daerah-daerah yang didiami oleh Yahudi Orthodoks. Bagi mereka, kualiti resolusi yang melampau daripada televisyen boleh memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan.

Yahudi Orthodoks juga menganggap membeli dan melihat HDTV adalah suatu dosa besar menentang kesucian kitab Taurat. Mereka bimbang kemudian hari kelak anak-anak muda komuniti Yahudi Orthodoks tidak lagi berminat belajar kitab taurat di Synagogue (kuil Yahudi).

Mengenai Syarikat YES

YES adalah sebuah syarikat perkhidmatan televisyen satelit di Israel seperti mana Astro jika di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada 1998 dan biasanya lebih dikenali sebagai D.B.S Satellite Service. Namun begitu, siaran yang disediakan tidaklah sebanyak ASTRO.

Setakat ini, YES hanya menyediakan 5 siaran satelit iaitu YES Star HD, National Geographic, MGM HD dan Sport 5. Sebelum Oktober 2008, YES telah melancarkan 4 siaran baru iaitu

  • yesSTARS
  • yesWEEKEND
  • yesREAL
  • Summer Nights

Malangnya semua siaran ini terpaksa dibatalkan di Israel atas sebab-sebab dikatakan melanggar peraturan Taurat dan mengandungi hiburan yang melampau.

P/S : Di Malaysia rancangan hiburan dari Subuh hinggalah ke tengah Malam. Bicara Mufti yang penting itu diletakkan pula di tengah malam. Walaupun ada rancangan agama tetapi 80% siaran setiap hari dipenuhi hiburan maksiat percampuran lelaki dan wanita. Tidak cukup dengan itu, dimasukkan lagi dalam akhbar harian setiap hari. Paling menyedihkan isu hiburan dan artis diberi pula edisi khas bersaiz kecil pada hari tertentu lebih dari 12 muka surat walaupun majalah-majalah hiburan telah bertimbun-timbun di pasaran.

9 responses to “Yahudi Orthodoks dan HDTV

  1. sy berminat nak tau lebih mendalam tentang yahudi laknatullah nie..klu bleh..perbanyakkan artikel mengenai yahudi..tima kasih

  2. 11 Fatwa Yahudi Orthodoks.? its original protocols wif 11 fatwa.? i’ve an original softcopy 24 zions protocols…

    • fatwa is different from protocols..the 11 fatwa refers to the rules which are used to protect their (orthodox judaic) generation from secular influence..while the 24 protocols of the elder zion is an evil plan to manipulate others..

  3. migdal_bavel

    Salam kepada saudara penulis

    Sepanjang pembacaan ak berkenaan Yahudi dalam blog saudara ini, ak rasa saudara cuba menunjukkan perbezaan yang teruk antara Zionism dan Yahudi Ultra Orthodox.

    Seolah-olah untuk menyedapkan suara hati umat Islam, dengan mengatakan bahawa umat Yahudi sebenarnya berpecah belah, jadi kita jangan takut…

    Biarlah seorang Yehudi Amiti sendiri memperjelaskan akan hal ini kerana penulis blog ini berlaku sedikit tidak jujur dalam penulisannya (rujuk gambar-gambar yang diletakkannya sebagai contoh sahaja, kami sudah tahu bahawa itu adalah Yahudi Orthodoks yang ZIONIS dan bukanlah Yahudi ultra Orthodoks yang kononnya anti-Zionis)

    Yahudi Zionis tidak semestinya seorang yang sekular dan tidak taat pada agama. Zionisme itu hanyalah suatu konsep bahawa umat Yahudi berhak untuk kembali dan hidup sebagai umat merdeka di bumi Israel (meskipun Mashiach masih belum tiba).

    Mereka boleh jadi Muslim, Kristian, Yahudi, Komunis, Atheis, Orthodox atau apa saja.

    Seorang Zionis masih boleh menjadi orthodoks mahupun ultra-orthodoks dalam pengamalan agama Yahudinya. Sebab itulah munculnya istilah Religious Zionism

    Dan jangan lupa para rabbi daripada HaRabbanot HaResheit Le Yisrael (CRC) adalah Zionis dan juga Orthodoks.

    Mereka sesungguhnya didukung oleh majoriti Yahudi beragama di seluruh Israel dan seluruh dunia dan diiktiraf oleh jemaah Chabad Lubavitcher (Jemaah Ultra-Orthodoks terbesar)

    Yeshivas Aish HaTorah di Jerusalem, ialah institusi keagamaan Yahudi Orthodoks yang menjadi pusat terpenting untuk ilmu berkaitan Judaism, Jewish History, Jewish cultures, Jewish Languages etc (Seolah-olah seperti Universiti al-Azhar untuk orang Islam)

    Ia ditubuhkan dan dikendalikan oleh golongan Misnagdim atau Yeshivish, jemaah Yahudi Orthodoks dari suku Litvak (Yahudi Lithuania) yang Zionis.

    Dan janganlah saudara sering menyamakan ultra Orthodoks secara jumhurnya adalah anti Zionis.

    Kini, hanya sebahagian kecil sahaja Yahudi Ultra Orthodoks yang menentang ideologi Zionis iaitu jemaah-jemaah kecil Yahudi Haredim/Ultra-Orthodoks yang bersidang dalam Eidah HaCharedis (Muktamar Haredi) yang bertempat di Meah Shearim.

    Bagaimanapun, Yahudi Haredim tersebut tidaklah bermaksud menentang Yahudi Zionis atau menolak hak umat Yahudi Zionis atau mana-mana Yahudi ke atas tanah Israel.

    Walaupun mereka menentang ideologi Zionisme (yang sekular) dan mereka menentang penubuhan Israel (hanya kerana Israel adalah sekular), mereka tetap memperjuangkan hak Yahudi di Israel dan mereka sesekali tidak berpihak kepada orang Palestin.

    Anda tanyalah mana-mana Yahudi orthodoks dan ultra-orthodoks (melainkan golongan Naturei Karta), berkenaan hak orang Palestin terhadap tanah suci, sudah tentu mereka akan menidakkannya.

    Ramai yang masih belum faham akan konsep Zionisme yang ditentang Yahudi Orthodoks dan ultra-Orthodoks. Mereka hanya berselisih tentang penubuhannya sebagai negara sekular Yahudi saja. Kerana Mashiach masih belum tiba.

    akan tetapi, mereka tetap menganggap umat Yahudi berhak untuk tinggal dan menetap di Israel, sama seperti di negara lain, dengan syarat, mestilah terdapat pengamalan syariat Yahudi yang menjaga kemaslahatan mereka dalam keagamaan.

    Oleh sebab itulah terdapat Yahudi ultra-Orthodoks yang menubuhkan Agudas Yisroel (Kesatuan Israel), sebuah parti yang menyatukan sekalian Haredim dalam memperjuangkan kemaslahatan mereka di Israel.

    Ini jelas menunjukkan mereka, dalam masa yang sama menolak pembenaran Israel sebagai negara Yahudi (kerana maksud Medinat Yehudi/Negara Yahudi ialah Medinah Halachah/Negara Syariah dan bukannya negara sekular seperti sekarang ini), atau dalam erti kata lain ialah anti-Zionis, mereka tetap mengakui Israel sebagai sebuah negara (yang sama tarafnya dengan negara lain) dan mana-mana Yahudi yang tinggal di negara tersebut berhak untuk terus menetap di sana.

    pendek kata, maksud tidak iktirafnya penubuhan Israel dalam kalangan Ultra-Orthodoks ini ialah statusnya sebagai negara Yahudi sepertimana yang dijanjikan dalam Taurat (yang dipimpin Mashiach).

    Sebab itulah dalam kalangan Yahudi sekarang ini, kebanyakan ultra-Orthodoks ini lebih tepat digelar sebagai non-Zionis daripada anti-Zionis (yang disandang oleh serpihan jemaah kecil progresif dari Naturei Karta)

    Di bawah pengaruh parti Sha’s, parti Orthodoks Zionis yang dinaungi CRC, banyak perubahan telah dilakukan yang merapatkan jurang antara Yahudi Haredim (Ultra-Orthodoks) dan Yahudi lain di Israel.

    Jika dahulu, ramai Haredim tidak mahu bersolat di Kotel HaMa’aravi (Tembok Barat), mengundi semasa pilihan raya dan tidak mahu berkhidmat di TZaHa”L (IDF), sekarang ini ramai yang telah akur sahutan Israel untuk berkhidmat dalam ketenteraan dan redha untuk menjejakkan kaki mereka ke kawasan suci Kotel sambil bersembahyang bersama-sama Yahudi lainnya.

    (Haredim yang anti-Zionis mengharamkan solat di Kotel, HarHabayit dan kawasan yang dilingkunginya yakni al-Quds kerana Mashiach belum tiba untuk membuka Haikal ke-3 di tempat itu. Maka jika anda lihat Yahudi yang berupa Haredim/Ultra-Orthodoks di kaca TV bersolat di Kotel, jelas sekali mereka itu Zionis!)

    Dan jangan terperanjat juga apabila melihat askar IDF yang berjanggut, berjambang dan berkippah, serta bersolat 3 kali sehari semalam dan menghadiri kuliah-kuliah Talmud-Torah. Itulah Haredim yang dahulunya para tua mereka digelar anti-Zionis.

    Ak agak kekangan dalam masa, bagaimanapun ak harap saudara tunjukkan bukti golongan Yahudi manakah yang menanam mayat secara berdiri? Suatu yang tidak didengari dan asing dalam kalangan Yahudi.

    Dan ak juga berharap saudara tidak menyamakan kewujudan suku Ashkenazi dan suku Sephardi sebagai asabiyah dalam kalangan umat Yahudi jika saudara belum faham erti manhaj tarbiyah mengikut agama Yahudi.

    Kaedah-kaedah fikah bagi Halachah (Syariah) dalam Judaism terpecah kepada mazhab Ashkenazi dan Sephardi disebabkan sebelum kewujudan Israel, dua golongan ini terpisah di waki’e atau tempat-tempat berbeza dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Justeru, sudah tentulah pengamalan mereka sedikit berbeda.

    Jika Islam itu sendiri mengiktirafkan perbezaan mazhab dan khilaf ulama mereka (berdasarkan kesesuaian dengan tempat, masa dan budaya masyarakat setempat) jadi janganlah memandai-mandai pula untuk mengatakan Yahudi berasabiyah atau berpuak-puak malahan dalam beragama.

    Ak tidak faham apa maksud ayat saudara di bawah:

    “Perbezaan paling ketara antara Ultra-Orthodoks dengan Yahudi lain ialah mereka tidak percayakan konsep Tuhan Zion yang dibawa oleh kelompok Ashkenazi dan Sephardi. Bagi mereka, Tuhan Zion adalah ideologi ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Taurat sebenar.”

    Tuhan Zion itu adalah gelaran bagi Tuhan sebab sememangnya Qodesh HaQodeshim (Holy of Holies) yang bertempat di Zion itu mempunyai Shechinah (Sakinah/G-d’s Presence)

    ini bukanlah kononnya ideologi Zionis. Gelaran Zion telah lama wujud dalam kalangan umat Yahudi dan ia sememangnya wujud dalam Mazmur Daud.

    Dan Yahudi Haredim majoritinya berketurunan Ashkenazi, manhaj tarbiyah mereka juga mengikut Ashkenazi.

    Terma Ashkenazi dan Sephardi itu adalah klasifikasi mengikut etnik manakala terma Haredim dan bukan Haredim itu lebih merujuk kepada perbezaan jemaah dalam menginterpretasi agama.

    Jadi agak pelik apabila saudara cuba membedakan Haredim dan Ashkenazi kerana majoriti Haredim adalah Ashkenazi.

    Seolah-olah sama seperti mengatakan orang Muslim bermazhab Syafi’ie adalah bertentangan dengan Muslim Sunni (Padahal pengamal Syafiie itu sendiri adalah Sunni).

    Wassalaam

  4. Blog yang sangat bermanfaar. Teruskan perjuangan anda…

    Pengkaji-pengkaji barat yang mengkaji masyarakat dan budaya di timur digelar orientalist…

    usaha-usaha anda ini mungkin boleh dikelaskan dalam usaha-usaha golongan oksidentalist…org2 timur yang mengkaji mengenai barat/ atau kehidupan masyarakat sebelah2 sana….

  5. Yes juga bermaksud Satan kalau dengar dari terbalik

  6. Pingback: Kenapa Ada Persamaan?PKR- Imam Mahdi- Konspirasi- Krisis Kewangan- Revolusi Negara Telok « http://rmf7.wordpress.com

  7. Sy suka bhan bacaan spt ini dan sy sokong perbanyakkan pendedahan spt bahan bacaan ini samada media cetak atau elektronik.

  8. Pingback: 11 Fatwa Yahudi Orthodoks | Pengkaji Konspirasi Dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s