Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bhgn 1)

oleh Ibnuyaacob

FASA PENGUMPULAN DANA PEPERANGAN

Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golongan Illuminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.

Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini. Siapakah presiden yang bakal berhadapan dengan presiden Amerika atau Israel?

Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.

Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan tersebut akan berlaku.

Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar akan berlaku dan perang itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro Anti Zionis.

Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa

Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden kepada Federal Reserve Bank iaitu Timothy F. Geithner memanggil orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008.

Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada ‘situasi masa depan’ Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kemungkinan akan berlakunya emergency liquidation  dalam aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi tujuan “bersedia untuk bankrap”

Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11.

Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion.

Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika.

Bagi kebanyakan Conspiracy Theorists dan kami sendiri bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan Dajjal untuk mencetuskan peperangan besar.

Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut. Setelah disuntik dana saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu memulihkan kesihatan syarikatnya.

Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi

Kami melihat tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan peperangan.

Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan dari segi pengurusan dana.

Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatnya.

Ramai Conspiracy Theorists menjangkakan bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat tarikh artikel ini ialah USD400 billion.

Kami amat yakin ini adalah modal awal peperangan besar yang bakal meletus. Manakala negara yang mungkin berperang dengan modal ini ialah ISRAEL.

Jika tidak masakan Anti-Defamation League (ADL) yang berpengkalan di Amerika Syarikat mengumpul semua statements dan pandangan para penyelidik konspirasi di semua blog-blog, laman web dan forum di seluruh dunia.

Mengapa ADL begitu pantas? Hatta komen-komen kecil dari pembaca-pembaca dalam ruangan forum konspirasi juga dikumpulnya.

Pihak ADL sendiri mengakui tindakan mereka itu seperti yang dilaporkan oleh wartawan Israel iaitu Anshel Pfeffer. Beliau melaporkan proses pengumpulan maklumat telah dijalankan bermula awal Oktober 2008.

  

(Kiri) Jeff Rense, bekas wartawan di Amerika dan pernah ditemuramah oleh Alex Jones dalam siaran radio Infowars (Kanan) Anshel Pfeffer, wartawan akhbar Israel pernah dirompak oleh beberapa orang askar Russia ketika membuat liputan berkenaan krisis di Georgia.

Bayangkan seluruh akhbar Israel melompat-lompat menafikan laporan kecil dari Jeff Rense iaitu bekas wartawan akhbar yang tidak popular. Rense adalah orang terawal yang membuat kenyataan USD400 billion (nilai awal) sebenar dipindahkan kepada kerajaan Israel.

Jense Rense tidak sepopular Alex Jones, David Duke, Texe Marrs atau David Icke. Jika manusia sekecil ini pun dianggap besar kata-katanya maka benarlah tuduhan itu. Dua akhbar utama Israel Haaretz dan Jerusalem Post menyerang kenyataan Rense setiap minggu.

Fungsi ADL Dalam Mengawal Pelan Konspirasi

Bagi ADL pengumpulan maklumat amat penting untuk melihat sejauh manakah KETEPATAN TEORI yang dibincangkan oleh para Conspiracy Theorist.

Sekiranya ada orang yang membuat teori krisis tersebut dengan andaian yang hampir tepat (mungkin ketepatan 6/10), kemnungkinan jalan lain akan dibentuk. Maka akan berlakulah kelewatan mencetuskan peperangan. Inilah fungsi sebenar ADL.

(Gambar) Kempen di atas dikeluarkan oleh akhbar pro-Zionis di Amerika iaitu San Francisco Sentinel pada 14 September 2007.

Perang Konspirasi Dajjal (PKD)

Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti negara manakah yang bakal diplih oleh Dajjal nanti.

Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan satu.

Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang kami percaya diwujudkan untuk tujuan-tujuan persediaan menghadapi Imam Mahdi seperti yang kami telah maklumkan sebelum ini dalam artikel bertajuk “Rahsia Misi Dajjal di Timur Tengah.”

Wallahu’alam…

perhatian21

14 responses to “Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bhgn 1)

  1. …YOU’RE NEXT IRAN!!..

    hidup berjuang mati terbilang!just bring it on!..HMMM KALO NAK MALU CAM PERANG KAT LUBANAN TUH ..SILAKAN!..TAKBIR!!!ALLAHUAKKBAR!

  2. penulis_cyber

    best artikel tuan blog..moga izin ciplak dgn hormat..utk faedah umat.

    salam

    http://ustazmoden.wordpress.com

  3. adisarwajagat

    adakah mungkin negeri Syria menjadi mangsa pertama dan diikuti dengan negeri Iran dan negeri Saudi Arabia di mana as-sufyani akan menjadi pemimpin Arab yang baru selepas negeri Saudi Arabia diserang. Seterusnya Perang Dunia keempat antara bangsa Rom dan kaum Muslimin menentang musuh di belakang kaum Rom seperti mana sabda Nabi saw yang berbunyi:

    Rasulullah S.A.W. bersabda, “Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: “Salib telah menang”, maka datanglah kepadanya seorang lelaki dari kalangan kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum mengkhianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera.” (Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar r.a. Disahihkan oleh Al-Albani dalam mentahkik hadis-hadis Misyqat, nombor: 5424. Dan juga ada dalam Sahihul Jami’ dan ia mempunyai riwayat-riwayat)

    Diikuti dengan Perang Armageddon, yakni perang terakhir antara Muslimin dengan kafir.

  4. peacefinder

    assalamualaikum….
    juz wanna ask,is there any of your article tell us about Harun Yahya..
    He’s the man bro!

  5. Pingback: Pengkaji Konspirasi: Barrack Obama membawa “tugasan” perang | AnwarIbrahimClub.com

  6. Ada seorang Ustaz menceritakan fasa penaklukan Dajjal terbahagi kepada beberapa tempoh 1tahun,1bulan,1minggu,dan akhirnya 1 hari yg ditunggu..

    1 tahun -> penguasaan England
    1bulan -> penguasaan Amerika
    1minggu -> penguasaan Israel
    1 hari -> peperangan Islam – Dajjal

    itu semua nisbah tempoh fitnah dajjal.. pada waktu ini mungkin tempoh yg kedua(1 bulan) jadi kalau kita dapat tafsirkan tempoh sebenar England menguasai dunia kita dapat tahu sampai bila Amerika akan berkuasa dan Bila Israel akan bangkit.. serta berapa lama peperangan yg terakhir tuh..

  7. Dajjal akan muncul selama 40 hari..
    satu hari seperti setahun,
    satu hari seperti sebulan,
    satu hari seperti seminggu,
    dan hari berikutnya seperti hari-hari biasa..

    Dajjal=syaitan/iblis/jin

    syaitan/iblis/jin adalah daripada alam ghaib seperti juga malaikat.. mereka ada didunia ini tetapi berbeza dimensi.. maka waktu mereka juga berbeza..

    tempoh 1tahun, 1bulan, 1minggu bermakna mereka berada di alam ghaib.. hari seperti hari-hari biasa bermakna dajjal telah masuk kedunia kita yang menjelma dalam bentuk manusia.. seperti juga iblis pernah menjelma sebagai manusia berdialog dgn nabi..

    jadi satu hari seperti setahun adalah dajjal memerintah britain sebagai perancang/penasihat kepada kerajaan britain. hanya berkomunikasi drp alam ghaib ke alam nyata.. masih tidak masuk ke alam nyata..

    1 hari seperti sebulan, memerintah amerika, kaedah yg sama dipakai..

    1 hari seperti seminggu memerintah Israel, juga kaedah sama dipakai..

    seperti hari biasa, dajjal akan menjelma dalam rupa manusia.. dan manusia2 yang telah memujanya selama ini termasuk zionist akan mengangkat dajjal menjadi raja segala raja, dan akan tempatkan di singgahsana temple of solomon (jerusalem) yg dibina selepas masjid al-aqsa diriobohkan.. dan yahudi yang tertipu akan menggelarkan Dajjal sebagai Al masih mereka.. (ikuti kepercayaan yahudi mengenai Al Masih)..

    Wallahualam

  8. …dalam pengkajian saya krisis kegawatan yang berlaku adalah angkara suatu keuarga yg begitu ambisius …keluarga rothschilds(konsprasi yahudi utk menghancurkan amerika syarikat)…bukti pertama tentang keterlibatan keluarga rothschilds di bidang kewangan amerika muncul pada akhir 1820-an awal 1830,melalui ejen mereka nicholas biddie,berjuang utk mengalahkan langkah-langkah president andrew jackson utk memotong para banker yahudi.keluarga rothschilds kalah pada episod pertama.pada 1832.president jackson memveto usaha untuk mengubah charter bank of the united states(dikuasai yahudi) utk dijadikan bank central amerika.akibatnya pada 1836 bank itu bankrup.tampa putus asa akibat kegagalan awal untuk menghancurkan amerika syarikat para banker yahudi terus berusaha mecapai tujuan mereka.antara akhir perang saudara 1865 sampai 1914 agen-agen utama mereka di amerika,kuhn,loeb and company(sebuah bank di new york),dan j.p.morgan company memainkan peranan bagi membentuk sebuah central bank utk mengawal sumber-sumber serta aktivit-aktiviti kewangan.
    ….akhirya pada era president amerika ke-28 woodrow wilson(1856-1924), pada 1913 banker yahudi berhasil mencapai cita-cita mereka menandatangani pembentukan the us federal reserve system,lebih dikenali dengan the fed.dengan itu system kewangan amerika dimonopoli secara ketat oleh kaum yahudi yang gila duit.Paul Warburg menjadi ketua ‘The Fed’ yg pertama.
    ….sesudah itu The Fed menjadi penentu dari semua perundangan hukum di amerika syarikat,ini membuktikan kebenaran ucapan Mayer Amschel Rothschilds(1743-1812),pengasas dinasti Rothschilds,yang mengatakan,”berikan kepada saya kesempatan mencetak dan mengendalikan kewangan suatu bangsa,dan dengan itu saya tidak peduli siapa yang memuat hukum di negeri itu.”The Fed” pada dasarnya kini adalah negara didalam negara amerika syarikat itu sendiri.
    ….The US Federal Rreserve adalah suatu badan usaha milik yg berperanan sebagai pengatur utama juga menguasai institusi perbank amerika.banyak para ekonomis mempercayai The Fed mempunyai pengaruh sanat besar terhadap ekonomi atau pun politik di amerika .Eustace Mullins(1983) dan Gary Kah(1991) telah menulis sebuah buku yg isinya mnghasilkan pembuktian sekelompok elite banker yahudi dan bukanya pemerintah amerika yg memiliki dan mengendalikan the fed.
    menurut Gary Kah(penulis)orang-orang yahudi ini memiliki kepentigan asas dan pemegang saham terbesar terhadap The US Federal Reserve Bank…
    1.Rothschilds Bank of London
    2.Rothschilds Bank of Berlin
    3.Israel Moses Seif Bank of Italy
    4.Warburg Bank of Humburg
    5.Warburg Bank of Amsterdam
    6.Lazard Brothers of Paris
    7.Lehman Brothers of New York
    8.Kuhn and Loeb Bank of New York
    9.Chase Manhattan Bank of New York
    10.Goldman-Sachs of New York

    Gary Kah juga menjelaskan kelompok banker yahudi ini adalah pemegang saham kelas “A”dari bank tersebut.
    ….kesimpulannya disi bagi saya israel ingin membuatkan amerika syarikat bankrup dan meguasai sepenuh negara uncle sam itu…dan secara totalnya mengusai dunia,kini ini israel telah menuju ke arah itu…dan tidak mustahil israel sendiri akan memerangi dan menakluk amerika bagi menunjuk kepada dunia bahwa isreal sebuah Kuasa Baru Dunia(NOVUS ORDO SECLORUM-“KONSPIRASI KITA-SEBUAH TATA DUNIA BARU. (E PLURIBUS UNUM-“PEMERINTAHAN SATU DUNIA’) .Kedua -dua seloka ini tercatit pada lembaran wang kertas satu dolar amerika.lambang-lambang ini membuktikan keberhasilan kaum Yahudi mengusai sistem kewangan dan politik amerika dan terus melangkaui seluruh dunia…….

  9. sertakan alquran dan hadis bg menyokong artikel2. terima kasih

  10. Abjadian Forever

    ABJAD MALAYSIA.P.K.2090 di bawah pimpinan Ustaz Haji Ahmad Che Din mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli.

  11. amerika ni memang bangang betul.dasar keldai tunggangan israel!

  12. “Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

  13. tak mungkin america@israel akan berperang dengan iran (syiah0 – refer hadis nabi..isu nuklear Iran hanya propaganda mereka untuk menghuru-harakan umat Islam Sunnah Waljamaah. Iran & Israel & america sebenarnya sepupu sepapat. berkemungkinan besar Syiria, Turki atau Libya yang akan bakal dilanyak dan diserang oleh tentera Kuffar selepas ini. Wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s