Pelik Tapi Benar : Kuiz Ramadhan di Israel

(artikel asal dari Yoez Stern, susunan & ulasan oleh Ibnuyaacob)

Pada 10 Oktober 2008 (Jumaat) lalu, Radio Israel telah menganjurkan suatu pertandingan Kuiz Ramadhan peringkat akhir untuk penduduk-penduduk Islam di Israel. Kuiz tersebut dihoskan oleh Yasser Atila di dalam bahasa Arab. Sebahagian kakitangan radio Israel juga ada yang terdiri dari masyarakat Arab.

(Gambar) Dj Malkah Fleisher – Israel National Radio

Semasa peringkat akhir pertandingan yang diadakan di Jerusalem itu, 8 orang peserta telah terpilih untuk bersaing di peringkat akhir. Lapan orang peserta itu terdiri dari empat orang lelaki dan empat orang wanita.

Kuiz tersebut berkisarkan soalan-soalan berkaitan ibadah wajib dalam Islam, fardhu ain dan amalan-amalan Sunnah. Kuiz Ramdhan itu dimenangi oleh Yusuf Wassaf Agbariyeh iaitu jurutera komputer yang berkhidmat di Tel Aviv dengan jumlah hadiah sebanyak USD2,765.

(Gambar) Dj Yishai Fleisher – Israel National Radio.

Atas sambutan yang menggalakkan itu, pengarah urusan Radio Israel bercadang membuka satu lagi kuiz yang sama iaitu berkaitan kitab Injil dan Talmud. Objektif utama adalah mempromosikan perpaduan budaya ketiga-tiga agama itu di Israel.

Minoriti Islam di Israel

Di Israel juga terdapat penduduk Islam yang bermaustatin di sana. Mereka adalah penduduk asal yang menetap sebelum kedatangan rombongan Aliyah tajaan pertubuhan Zionis antarabangsa.

Penduduk asal minoriti Islam yang tinggal di Israel masih mengamalkan bahasa Arab, budaya Arab dan syariat Islam. Sehingga kini ianya masih kekal walaupun terdapat sedikit diskriminasi agama oleh kerajaan Zionis.

Pengaruh masyarakt asal Islam di Israel ini amat kuat hubungan sosialnya khususnya dengan imigran-imigran Yahudi yang datang dari negara-negara Timur Tengah.

Pengaruh ini dapat dilihat pada wang kertas Israel sendiri yang meletakkan ungkapan Bank of Israel dalam bahasa Arab. Tulisan arab kekal sejak mula Zionis memerintah hinggalah ke hari ini.

(Gambar) Matawang Israel bernilai 10 Shekel.

8 responses to “Pelik Tapi Benar : Kuiz Ramadhan di Israel

  1. saya sudah membaca blog anda..
    blog ini telah memberikan bnyk pengetahuan yg selama ini saya tidak tahu..
    saya hrap saya dapat bercakap @ berchatting dgn anda kerana saya ada beberapa perkara yg kurang faham tentang pergerakan illuminati…
    harap dapat membantu..

  2. hmmm,macam mana nie,malu la ngn muslim minority kat israel tuh,walaupun tertindas,diskriminasi,dll dikenakan ..impak islam tuh still berpengaruh lagi..tgk la cth kat duit tuh..bahasa arab masih lagi digunakan.zionis memerintah pon bahasa arab masih digunakan…

    hmmm ada satu “negara” tuh,..hmmm bahasa arab,surat khabar jawi,S.A.R….MANA!!!??

  3. tengokcarisedar

    nampaknya dajjal dah msuk level yg strusnya..
    level untuk mula rapatkan yahudi dengan islam,so dia leh kuar di tengah2 islam dan orang islam akan mempercayainya……

  4. Alhamdulillah … syabass atas usaha anda mendedahkan konsiprasi Dajjal Laknatullahi ‘alaihiim … utk memudahkan saya mengutip isi2nya utk disampaikan dalam khutbah jumaat supaya umat Islam lebih sedar akan agenda Yahudi yg ada disebut dlm al-Quran ..cuma org kita yg sedar dan mendapat pendidikan dari tok2 guru yahudi dan nasrani sampai mendapat PhD tapi jahil terhdapa al-Quran … tak boleh baca dengan baik dan masih tak dapat menguasai bahasa al-Quran … syukran

  5. salam.sebenarnya memang orang Arab Islam ada di Israel.Kita saja yang agak kurang dengar pasal mereka.mungkin sebab Israel negara Yahudi.kalau jemaah tabligh pergi sana, memang ada juga Arab di Israel yang mnjalankan usaha dakwah Tbligh di sana.di Israel, memang bahasa Arab adalah bhs rasmi sebab Israel ad 2 bhs rasmi iaitu Ibrani dgn Arabi.dkt sekolah kerajaan, dua bhs ni diajar utk semua rkyt israel tak kira yahudi ke arab ke.jadi jgn tekejut kalau dkt israel, papan tanda dan arahan ad bhs arab dan ibrni sekaligus.maka xjdi masalah utk masukkan tulisan arab dlm note kertas wang Israel.kdg2, Arab Israel tak disukai oleh Arab2 dr negara lain sbb mereka dituduh sbg pengkhianat kpd bgsa arab (sbb ada yg berkhidmat di tentera israel).tapi sebenarnya yahudi israel totok pun bencikan arab.mereka ingin halau orang Arab dr Israel ke palestin.sebab itula rg Arab di Israel yg bekahwin dgn Arab di Palestin, terus hilang kerakyatannya.

  6. sesiapa yang nak dapat lebih pengetahuan tentang illuminiti, bacalah buku-buku menarik seperti ‘pawn in the game (bidak-bidak di papan catur iblis)’, dan ‘gerakan freemason’. dan ada juga beberapa buah buku lain…

  7. Harap2 mereka dapat bertahan.. tentu byk usaha dilakukan oleh kerajaan utk menindas mereka secara halus.. Daripada wikipedia saya baca Di wilayah utara Israel penduduk Arab Islam lebih ramai daripada Yahudi. Di parlimen pun ada 6 org MP Arab daripada seratus lebih MP Israel.. Mereka mewakili parti Arab Islam dan mostly dari wilayah Utara..

  8. dajjal adalahsalah satu mkhluk yang ditangguhkan kematiannya,betul ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s