11 Fatwa Yahudi Orthodoks

oleh Ibnuyaacob

Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.

Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV

Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang melihat.

Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang masa.

Bagi membendung gejalan ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.

Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi

Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks menegaskan agama Judais mengharamkan penganutnya memakan babi.

Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang memimpin Parti Likud.

Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan undang-undang peringkata persekutuan agar melarang semua penganut Judais dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Judais perlu kembali kepada ajaran asal Taurat.

Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.

Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.

Kempen ini bermula pada Julai 1990.

Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan

Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Judais. Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.

Lelaki
– wajib memakai baju berlengan panjang
– memakai stokin putih
– Berkasut penuh yang bertumit tinggi
– Berkot hitam
– Memakai topi hitam
– Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan

  

Perempuan
– Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
– Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
– Memakai baju berlengan panjang
– Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
– Wajib memakai stokin
– Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
– Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.

Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka.

Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat

Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.

Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks.

Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim.

(Chomotarium = rumah pembakaran mayat)

Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera

Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni.

Fatwa 6 : Digalakkan menyimpan janggut dan misai

Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara arab.

Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.

Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.

Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera

Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang mempunyai kamera.

Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.

Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi Orthodoks dicipta.

Bagi merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone jenis Motorola di Israel.

Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter (penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di talian internet.

Akhirnya sebuah telefon yang digelar “Kosher Phone” dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas.

Fatwa 8 : Mengharamkan penjualan MP4 Player

Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan membeli MP4.

Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka iaitu Kointrass.

Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak masyarakat mereka.

Fatwa 9 : Mengharamkan rakaman gambar secara terbuka

Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.

Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing.

Fatwa 10 : Mengharamkan penubuhan negara Israel

Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.

Fatwa 11 : Mengharamkan tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian

Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.

Rabbi Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.

Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.

Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang beragama Judais mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.

Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu tetap mengalir segar.

Akhirnya pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi CJLS sendiri telah meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak senang dengan peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian ini.

Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser.

Kesimpulan

Walaupun golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas mempertahankan hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan benci kepada Islam.

Selain itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama kerana semakin ramai pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini memeluk Islam secara senyap-senyap.

Wallahu’alam…

perhatian22

21 responses to “11 Fatwa Yahudi Orthodoks

  1. asal nama yahudi je… memang semuanya celaka…tak kiralah baik maner pon dorang tuh…

  2. betul tu.orthodok ni kiranya yg berakhlak la.yg zalim tu zionis..tapi baik2 mcmana pun,tetap memusuhi islam..tapi diorg ni dianugerahkan kepintaran.tapi syg,pintar2 pun,ingkar dengan perintah Allah,dari zaman berzaman,mengalir warisan ingkar tu

  3. penulis_cyber

    ya Ahlul Kitab memang benci Islam kerana kejahilan.

    namun bukti kebenaran Islam akan diterima tak kira orang yahudi nasrani atau mana mana agama sekalipun..

    Allahu Akbar !

  4. Pingback: Yahudi Israel laknat « Kijansumardi’s Weblog

  5. Info blog ini mmg gila2 punyer…90% artikel ditulis sendiri & sy rasa org yg menulisnya mmg ada misi tertentu.

    Tahniah utk penulis, harap2 lebih banyak kajian dpt didedahkan utk maklumat pembaca.

  6. 6 remaja Yahudi orthodox dibunuh Muslim Arab Palestin

    http://www.flix.co.il/tapuz/showVideo.asp?m=1291405

  7. Salam, harapan agar anda sekalian sihat sejahtera dan teruskan perjuangan dengan pengkajian tentang golongan ahlul kitab ini..
    cuma yg penting kajiannya adalah untuk menambahkan kekurangan diri kita dan ‘tidak akan berubah suatu kaum itu selagi mereka tidak merubah diri sendiri’..harap saya boleh berkongsi idea disini.terima kasih..

  8. apa-an sih tu…..?????

  9. Tak hairan sangat pasal kesimpulan tu kerana mereka tak wujudkan satu fatwa :

    WAJIB KELUAR DARI ISRAEL..

    beratus fatwa pun mereka buat just think :

    -macammana mereka boleh berada di sana (bumi Israel)
    – Macam mana nenek moyang mereka dapat tanah kat sana.
    -Rumah yg mereka duduk tu dulu bekas runtuhan rumah siapa, ladang siapa, hasil dari pembunuhan siapa..

    unless kalau mereka memang dariapada golongan yahudi yg menjadi penduduk asal Palestin..

  10. sokong awak faizan.ahlul kitab memang tak reda selagi kita tak ikut mereka.apa pun, seperti umat islam, satu golongan yahudi ini dpt masuk syurga..those yg betul2 mengesakan Allah.zaman ni tak de la kot- hanya Allah yg tahu.

    • aku pencari

      Faizan dan Alinah.

      bagus pandangan anda berdua, tidak akan redha ahlul kitab melainkan kita mengakui dan mengikuti mereka. Tetapi kepada alinah, boleh x anda link kepada saya berkenaan “satu golongan yahudi ini dpt masuk syurga” semoga saya dapat memahami dan meneliti pandangan yang anda keluarkan ini. maaf saya hanya inginkan kepastian. dan saya juga akan mengkaji dari mana perkara ini wujud. Al-quran mungkin ada penjelasan cuma saya juga mahukan dari anda kerana anda mengeluarkan statement ini.

      terima kasih

  11. kes zionis ngan ortodoks ni biarkn jela..
    mngkin diorg da sepakat dlm diam..
    yahudi pn ad mazhab diorg gk..
    sbb 2 ad zionis n orthodoks..
    klu da nme yahudi 2 sume cm celaka..

  12. nk buat mcm mane…
    mereka di cipta sbgai bangsa yg pintar..
    tp angkuh.
    justru mari kita berdoa agar dapat dielakkan fitnah besar dajjal dan smoga mati sebagai seorang islam

  13. Pingback: Amalan Pengkebumian Mayat Masyarakat Yahudi - se7en Blog

  14. But look at it in a way. Some of them ade gak yg join Islam secara senyap-senyap psal mungkin diorg da dapat tau kebenaran and nak elakkan dari api neraka.

    Manusia ada akal, jadi kire alhamdulillah jugak psal segelintir yg orthodoks ni pkai akal diorg untuk tau perkara yg benar.

    Sadly kita yg Islam ni pun wat hal jgak. Change ourselves before we change others as I am too in need of self-change also in other to help others to change.

  15. Pingback: Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Yahudi : :

  16. Tahniah saya ucapkan kepada saudara coz info saudara memang jelas…semoga saudara diberkati dan dilindungi oleh ALLAH SWT…

  17. Bukankah kita dilarang menindas dan memusuhi agama lain? Bukankah kita perlu menghormati agama lain..? Bahkan kita dibenarkan berkahwin dengan orang Yahudi dan Nasrani…

    Tapi Allah mengingatkan kita tentang satu kaum yang dimana Nasrani dan Yahudi bersahabat.. Sejak dahulu lagi Yahudi dan Kristen tidak pernah bersahabat kerana sejarah masing2. Tapi di akhir zaman akan muncul satu kaum dimana Yahudi dan Nasrani bersahabat. Kaum inilah yang perlu diperangi….

  18. CREMATORIUM ke CHOMOTARIUM..tak pernah dengar lak chomotorium,tak tau lah kalau ni bahasa hebrew.

  19. Assalamualaikum,wr,wb.trimakasih ats infonya, smg Allah melindungi kita smua,Bravo to penulis….!

  20. Terima kasih atas ilmu dan info dalam blog ini. Saya suka mengikuti ceramah oleh Maulana Imran Hosein. Beliau seorang expert dalam Ilmu Akhiruzzaman (Eschatology). Sila ikuti video beliau yang banyak di youtube atau di websitenya http://imranhosein.org (English)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s