Adab Memahami Permasalahan Dajjal

oleh Ibnuyaacob & Blog Admin

imamdesa

(gambar : imamdesa.blogsome.com)

Di mana-mana sahaja forum di internet hatta di kedai kopi sekali pun akan berlaku suatu percanggahan pendapat tentang memahami permasalahan Dajjal. Biasanya percanggahan pendapat itu meliputi perkara-perkara berikut:

• Bagaimana rupa sebenar Dajjal itu?
• Bagaimana bentuk badan, saiz dan kepalanya?
• Apakah sebenarnya Dajjal itu?
• Bagaimana ia muncul?
• Bila ia muncul?
• Dan sebagainya…

Persoalan-persoalan di atas seringkali timbul apabila dua orang atau lebih cuba berbincang tentang hal ehwah kewujudan Dajjal itu. Namun tidak akan ada yang mengatakan Dajjal itu palsu atau perkara karut kerana ia diberitakan sendiri oleh Rasulullah SAW di dalam hadithnya.

(Semenjak blog ini dibuka pada 31 Julai 2007, kami sering menerima email-email berbentuk ugutan, kecaman dan penghinaan terhadap Islam. Kebanyakan email adalah dari Indonesia dan kami yakin ianya ditulis oleh individu non-muslim.)

Konflik Ketika Berbicara Hal Dajjal

Apabila berbicara hal Dajjal, biasanya tidak timbul sebarang masalah dikalangan masyarakat awam. Masalah mungkin hanya akan timbul apabila di dalam kelompok perbincangan itu ada individu-individu yang bertegas tentang pendapat masing-masing tanpa mempedulikan pandangan orang lain.

Biasanya masyarakat yang berbincang seperti situasi ini akan menggunakan nama orang-orang tertentu untuk mengukuhkan pandangannya. Nama yang biasa digunakan ialah ustaz-ustaz, ulama-ulama atau penceramah-penceramah agama.

Dalam konflik perbincangan seringkali kita akan mendengar individu-individu ini menyebut seperti ini;

“Aku dengar ustaz tu cakap…..”
« Aku ada terbaca satu buku, ustaz tu cakap … »
« Aku ada dengar satu ceramah, ustaz tu cakap … »

Yang lebih memeningkan lagi apabila ada yang lebih ekstrem bila berbicara…

« Sebenarnya Dajjal itu……, aku dah baca dalam kitab pun …. »

Itulah pelbagai dialog yang biasa kita dengar apabila berbicara tentang hal ehwal Dajjal.

Perbezaan pendapat itu dibolehkan, tetapi haruslah menjaga adabnya. Di dalam membicarakan hal Dajjal ini, tiada siapa boleh mengatakan ianya benar (hatta Blog ini sendiri atau Muhammad Isa Dawud sendiri pun).

Dajjal adalah suatu perkataan yang disabdakan Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu. Ianya akan muncul pada akhir zaman tetapi bagaimana ia muncul, rupa sebenar, tidak kita ketahui.

Kita boleh membuat teori tetapi kita tidak boleh mengatakan ianya benar 100% dan kita tidak boleh memaksa orang lain mengikut pendapat kita.

Tertib tulisan Muhammad Isa Dawud

Jika anda peminat setia tulisan-tulisan Muhammad Isa Dawud, anda akan dapati tiada langsung unsur-unsur paksaan yang dikemukakan oleh Muhammad Isa Dawud. Beliau hanya memberikan pandangan berasaskan kajiaannya. Kemudian terpulang kepada kita sama ada mahu berpegang kepada teorinya atau membiarkannya sahaja.

Teori Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal adalah jelas, beliau mempercayai Dajjal itu manusia dan makhluk itulah yang mengatur semua strategi konspirasi di seluruh dunia. Kemudian menjadikan individu-inidivdu Yahudi tertentu sebagai agen-agennya.

Matlamat Blog ini

Seperti Blog ini, ianya dibina khusus untuk mendakwahkan teori-teori Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal. Disamping itu, ia cuba memperkembangkan teori-teori tersebut berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan sendiri.

Sesiapa jua yang membaca blog ini dan pandangannya tentang Dajjal tidak perlu untuk setuju 100%. Tiada paksaan dalam memahami teori-teori yang kami bawa ini.

Namun blog ini tidak dibina hanya sekadar untuk memenuhi ruang-ruang bicara hal ehwal Dajjal. Kami amat serius terhadap setiap artikel kami dan kami cuba membina artikel itu dengan kaedah sendiri dan cernaan pandangan kami sendiri.

Adab Individu

Sekiranya anda bersetuju dengan pandangan Muhammad Isa Dawud dan Blog ini, ianya merupakan suatu talian dakwah yang tidak kelihatan. Sekiranya ada individu lain yang berbeza pendapat dengan anda, janganlah pula membangkang pandangan orang itu dan merendah-rendahkan pengetahuannya.

Harus bagi kita menghormati perbezaan pendapat orang lain walaupun belum tentu orang lain menghormati pandangan kita. Menghormati dan mendengar pandangan orang adalah sifat paling mulia dan menjauhkan diri dari takkabbur.

Orang yang mempunyai pandangan yang berbeza bukanlah bermakna ia salah. Tetapi itu bermakna ia mempunyai sifat ambil tahu. Adalah lebih baik berhujah dengan orang yang suka mengambil tahu dari yang malas langsung berfikir tentang Dajjal.

Memahami Perbezaan Pandangan Para Ulama

Terdapat pelbagai ulama, imam dan tabi’in yang membicarakan hal ehwal Dajjal, Yakjuj Makjuj dan Imam Mahdi dalam kitab-kitab mereka. Perbezaan itu adalah disebabkan mereka tinggal di negera-negara yang berlainan, budaya berlainan, bercakap bahasa ibunda yang berlainan dan menuntut ilmu pada guru-guru yang berlainan.

Tiada siapa yang salah tiada siapa yang betul. Semua pandangan yang dikemukakan boleh jadi salah dan boleh jadi juga betul.

Adab kita apabila membaca kitab-kitab mereka jangan pula kita menganggap imam ini salah, imam itu betul. Setiap imam ada ijtihad masing-masing berdasarkan kesempurnaan ilmu masing-masing.

Perbezaan pandangan antara mereka tidaklah sampai bertegang urat dan mencerca kelompok lain. Seperti mana jika anda ke Mekah, tiada bacaan Qunut oleh Imam Masjidil Haram tetapi ia bukanlah pula jatuh kepada taraf tidak sah sembahyang. Anda juga tidak akan mendengar ulama di Malaysia mengatakan solat berjemaah di sana tidak sah.

Bicara solat di Mekah dan solat berimamkan imam mazhab-mazhab lain perlu dpelajari dari ilmu-ilmu mazhab.. Dan ilmu-ilmu mazhab ini pula adalah syarat pula untuk melantik seseorang tersebut ke jawatan Mufti.
Perbezaan Pandangan Itu Cabang-Cabang Ilmu

Tidak ramai yang mahu peduli bahawa ‘perbezaan pandangan’ itu adalah cabang-cabang ilmu. Ianya amat digalakkan dalam Islam walaupun khilaf yang wujud mungkin berada pada kategori kritikal.

Kita sering mendengar perkataan ‘khilaf ulama’ di dalam jawapan-jawapan para ustaz yang menjawab soalan-soalan pembaca di akhbar-akhabr atau majalah. Apabila menjawab soalan pembaca, kebiasaan ustaz-ustaz ini akan mengemukakan khilaf-khilaf ulama.

Tujuan dikemukakan khilaf-khilaf itu bukanlah bertujuan mengelirukan pembaca tetapi ia adalah adab seseorang yang ‘berilmu’ apabila menjawab permasalahn masyarakat.

Maksud khilaf ulama (khususnya hal ehwal Dajjal) itu bukanlah percanggahan pendapat yang sehingga menimbulkan permusuhan antara ulama. Perselisihan mereka adalah dalam konteks bicara ilmu, mereka bercanggah berdasarkan tahap pengetahuan dan pengalaman masing-masing.

29 responses to “Adab Memahami Permasalahan Dajjal

  1. hello...nama saya mia adina....saya tinggal di malaysia....saya suka makan sayur bayam...ia membuatkan saya kuat dan sihat..

    pada pendapat saya..penulis terlalu taksub dengan muhammad isa bin dawud….janganlah taksub kepada seseorang itu…taksublah kepada al-Quran dan sunnah…

  2. Saya amat setuju sekali…

  3. Mia,

    saya percaya anda baru je jumpa blog ni & tak habis pun baca artikel2 dlm blog ni.

    sy tak setuju dgn perkataan taksub tu kerna takde bukti penulis ni taksub dgn Muhammad Isa Dawud.

    Kalau penulis ni taksub, sbb apa plak dia kritik pendapat Muhammad Isa Dawud dlm artikel yg cerita pasal Asif bin Barqiya tu.

    lain kali baca habis2 baru cakap. Ko tu taksub ke dgn al-Quran. Ntah2 tajwid pun tak betul.

  4. Setuju dgn Mafia.

    Mungkin Mia baca tak habis artikel2 dlm blog Dajjal ni.

    Atau mungkin jugak Mia terlebih makan sayur bayam sehingga nafsu seks melonjak2 dan cakap pun dah melalut.

    Wakakaka

  5. mia..aku rasa ko baru bace je blog ni..takde langsung unsur taksub dengan muhd isa dawud..dan semua fakta based on al-quran dan hadith dikaitkan dengan fakta sains dan seumpamanya…

    baca abes dulu..baru kau ulas..

  6. electric embon

    Mia! mungkin ko tak tahu banyak artikel2 dlm blog ni dah diguna pakai oleh org ramai utk blog2 mereka. Ade jugak artikel2 dlm blog ni yg terpilih dlm akhbar2 online mcm sabahdaily, tranungkite online, utara online & rencana rakyat.

    Ringkasnya ko kena banyak bace le…

  7. hello...nama saya mia adina....saya tinggal di malaysia....saya suka makan sayur bayam...ia membuatkan saya kuat dan sihat..

    yo penulis check diz out babe…link yang saya bagi nie ada kene mengena ngan freemason n NWO..IA BERKAITAN PASAL ANTIGRAVITY..sekarang ni ramai pakar2 saintis n physicianz sedang berlumba2 dalam mengolah hal berkaitan antigravity ni..like example the ufo..

  8. Salam…

    Terima kasih atas ujudnya blog dajjal ini.
    Ianya banyak mengubah persepsi saya kpd issue ini.

    Ujudnya blog ini membuatkan saya lebih alert
    & meng’expose’kan kpd handai taulan perihal related info dari blog ini.

    BarakaAllah…. alaikum…

  9. “sebagai muslim kt hanya punya 1 cara untuk menghadapi serangan2 dajjar,,yaitu pererat Ukhuwah islamiah sesuai dengan amanah Quran dan Hadist”,,krn dgn persaudaraan kita tidak gampang terbawa/terpengaruh dgn provokasi2 yg mengarah ke konspirasi dan bertujuan menghancurkan islam,,kita adalah umat yg besar tp knp kt gampang terombang ambing dgn masalah2 internal yg seharusnya bs kt selesaikan dgn cr2 kekeluargaan bukan dgn cr kekerasaan,,,

  10. ada kucing sesat di sini..miow…
    saya suka penulisan anda ibnu yaacob..miow..

  11. apsal mia tu ek.. poyo je, sure terlebih mkn bayam.. ha ha

  12. kpd mia, harap dpt baca article ini dgn habis, coz article nih ade menyebut utk tiada paksaan dlm menerima pandangan mengenai isu ini termasuk pandangan muhammad isa bin dawud….kpd mafia rd, afiq razali….tegurlah baik2 coz seseorg itu tersilap memahaminya….bagi kita yg phm ini perlu utk kita memberitahu dan cuba memberi pemahaman kpd yg kurg memahami…..wallahua’lam…

  13. assalamualaikum semua..
    sy ni remaja brfhmn Sosialis..
    sy xsk perang.
    sy bnci org kaya menipu, sy bnci rasuah…
    sy nk keadilan.perpaduan….. sy anti racist. sy bnci pmimpin umno skrg…

    Soalannya,
    adakah fahaman sosialis itu brdosa?

  14. waalaikummusalam

    adinda,
    urusan dosa dan pahala di tangan Allah..Ajaran dan fahaman Islam itu lebih baik dari mana2 fahaman, samaada sosialis,komunis,kapitalis, nasionalis dan sebagainya.

    Islam bukan hanya agama, tapi merupakan cara hidup..ini bermaksud semua benda ada dalam islam, temasuk fahaman politik sekalipun.Cuma mungkin kita sahaja yang tidak tahu.

    Ada baiknya kita kaji dulu sesuatu perkara itu sebelum mengatakan, kita ni sosialis, kapitalis dan lain2..

    wallahualam

  15. WhiteShadow

    alahai adinda…ermm..fahaman socialis tu berdosa???…ermm…kalau u rasa tak langgar hukum agama dan hidup cara sunnah nabi saw….apa bentuk fahaman ciptaan manusia pun akan bertempiaran keluar dari hidup kita kalau hati penuh patuh dan takut pada ALLAH SWT…percayalahhhhhh…..(maaf …bukan lagu siti..nooo)..:)

  16. http://video.google.com/googleplayer.swf?docId=4078322259298144656

    Bagi saya apa mia cakap tuh betul, Sabda Rasullah “Ku tinggalkan dua perkara (pusaka), Takan kamu tersesat selama lamanya, selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan sunnahnya”

    Mafia ngan afiq jangan sibuk tentang tajwid, tadwij tuh cara macam mana nak sebut perkataan arab sahaja kerana kita orang malaysia, bukan mothertouge kita bahasa arab kalau zaman dahulu pun alquran bukannya ada baris2 pun.

    Allah turunkan alquran untuk kita fahami, bukan untuk menyanyi2, halau hantu, tiup2 kat air, gantung ayat2 kat dinding. Itu la latest version manual book untuk manusia selepas torat/injil(old testament in hebrew)

    Rasullah berkata sekiranya kamu terjumpa/serempak dengan dajjal, baca la awal surat al kahfi. tapi adakah kita hendak membaca surat itu depan dajjal…. sebenarnya pahamkan la apa isi surat itu… gunakan la petunjuk dalam awal surat tuh… kemudian petunjuk itu gunakan la untuk mencari keterangan dan penjelasan…. baru la boleh bezakan mana haq ngan bathil.

    Selama ini kebanyakkan kita terbawak islam warisan melayu nusantara…. islam ikut-ikutan… yang dah dipesongkan semasa penjajahan belanda/portugis/british dibawah pengaruh yahudi. Islam apakah kita skrang nih? renungkan la

  17. Hamba Allah

    maafkan saya kerana menyampuk..

    assalamualaikum..

    setahu saya.. ayat suci al-Quran mmg wajib dibaca dgn tajwid yg betul.. sbb bahasa arab jika tersalah sebut sikit pun dah membawa maksud yg lain..

    al-Quran mmg terpelihara sejak dari dulu lagi smpai la skrg.. ianya hasil kerja ulama2 terdahulu dlm menjaga adab memegang, membaca & menyimpan al-Quran.. selain dari di ‘payungi’ Allah s.w.t.

    wajib la kita menjaga adab ketika membaca al-Quran.. jgn salahkan lidah.. kalau tak tahu? tak fasih? maka belajarlah dari mereka yg tahu..

    kita digalakkan sentiasa berdoa.. orang yg tak mahu berdoa dianggap sombong oleh Allah.. berdoalah selalu walau apa pun yg kamu akan kerjakan.. termasuk doa mengelak dari fitnah dajjal.. bukan jumpa baru nak baca.. lepas baca ayat al-Quran dpn dajjal jadi apa? terbakar? (confirm ke dajjal tu sama cam syaitan?)

    salah bacaan ayat kursi.. syaitan pun bole senyum je.. doa mengelak fitnah dajjal perlu diamalkan setiap kali lepas solat.. mohonlah perlindungan dari Allah..

    Islam tak pernah melarang umatnya berusaha mengubati penyakit selagi tidak melepasi batasan yg ditetapkan.. setakat hembusan pada air.. syirik ke? kalau seseorang tu kena gangguan makhlus halus atau rasuk.. makan panadol bole hilang ke?

    antara gambar bunga, gambar pemandangan atau gambar artis kesayangan.. yg mana lebih baik digantungkan ke dinding dibandingkan dgn ayat al-Quran?

    sekurang2nya bole jugak tetamu yg dtg cuba membaca sambil menunggu tuan rumah membuat air.. atau mempermudahkan anak2 kita yg masih kecil menghafal ayat2 tersebut..

    apa maksud islam ikut-ikutan? setahu saya.. islam yg ada di malaysia sama je islam diseluruh dunia.. melain kita dipecahkan dgn 4 mazhab utama..

    perihal mazhab terlalu pjg utk dibincangkan.. telah dibincang & dipersetujui oleh ulama terdahulu.. beratus tahun dahulu.. nak ungkit lagi? jgn memecah belahkan lagi umat islam.. jangan diungkit semula masalah yg telah selesai yg kononnya utk memperbaharui, menyusun semula & memodenkan agama..

  18. Adinda, Ape yg ko faham ttg makna sosialis tuh? Apa rujukan kamu?
    Baik ko fahami apa yang dah kamu anuti, iaitu Islam. Ianya lebih syumul, merangkum sosial, ekonomi, budaya dsbnya.

  19. Salam buat semua pembaca dan pemilik blog

    Terima kasih kepada pemilik blog atas usaha murni anda mengadakan blog ini….

    Moga ia menjadi bahan rujukan kepada umum hendaknya

    Wassalam

  20. aku suka blog ini..thks to this bloger…

  21. harap jangan bergaduh..kte same2 islm bncglah gne adab yg baek

  22. penuntut imu

    pd aku, kita bleh brckp psl dajjla ni, tp dgn 1 syarat jgn taksub dgn pndpt msng2 sbb kita smua pon x prnh nmpk lg wajah dajjal, pointnya marilah kita berada n ttp d jln yg benar smpai la kiamat nnt…

  23. salam semua..
    sye sgt stuju dgn pe yg dinyatakan oleh hamba Allah..spe kate Islam di Malaysia Islam ikut-ikutan..buat soldier of Allah, adakah anda ingin nyatakan Islam yg kita anuti sejak zaman tok nenek moyang kita di Malaysia sudah tidak bpegang pada Al-Quran & Sunnah???..

  24. Panglima Panji Hitam

    mia.. mia.. saya rasa awak leh jadik pengasah pedang tentera kami..

  25. salam..terima kasih kepada empunya blog ini atas perkongsian pendapat.. ^^

  26. Sebenarnya aku rasa korang sume pernah dengar pasal “Illuminati & Freemason” kan. Kalo tengok apa yang dipapar kisah kumpulan ni aku rasa Dajjal yang bermata satu tu mungkin adalah kumpulan ini kerana mereka ada simbol “all seeing eye”…!!!! Korang baca la and mesti ada nak setuju juga kan.. Dan Dajjal juga mungkin memang telah datang semenjak kembalinya ISRAEL ke tanah yang ‘dijanjikan’ kepada mereka kononnya

  27. Terima kasih kepada penulis blog di atas usaha murni ini. Saya berpandangan kejatuhan Negara Pattani Darusallam adalah konspirasi dajjal kerana musuh2 ALLAH tidak akan senang selagi umat Islam tidak mengikuti mereka sampai memasuki lubang biawak dan Malaysia pun tidak terkecuali dari serangan dajjal dari segi ekonomi dan politik. Pergolakkan politik semasa di Malaysia menunjukkan ada di kalangan pemimpin yang mendapat bantuan luar untuk mengugat kestabilan negara. Teori cukup mudah dari dulu lagi dajjal bercita-cita nak menguasai dunia yakni nak memerintah. Bagi saya orang yang tergila-gilakan kuasa nak jadi pemerintah sanggup memfitnah, memaki hamun, menganggap diri sendiri betul, mengeluarkan kenyataan sampai mengelirukan orang jahil, bercakap bohong, janji tidak ditepati(mungkir), amanah rakyat dikhianati itulah dajjal. Dan puak-puak dajjal ini akan terus menyerang negara2 Islam sehingga kedatangan Isa as. Wallhu a’lam

  28. AL aRSYADIY

    SYABBAS

  29. Payah skang ni…. bnyak kecaman daripada individu yg (maaf) bukan Islam lebih2 lg dari Indonesia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s