Misteri Topeng Darth Vader Di Dalam Starwars

oleh Ibnuyaacob

nationalcath

Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara.

Maka tidak hairanlah jika dikatakan setiap watak dalam filem menjadi idola bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa.

Satu-satunya watak yang amat mencurigakan ialah watak Darth Vader yang bertindak sebagai bapa kepada si hero iaitu Skywalker. Watak jahat yang agak gentlement ini tidak dibenci oleh kebanyakan penonton kerana ia membawa imej yang bersih, berkaliber dalam setiap aksi kejamnya.

Namun begitu, kemusykilan kami adalah berdasarkan pereka grafik yang mencipta watak dan wajah Darth Vader ini. Dari manakah idea mencipta wajah Darth Vader ini diambil oleh pereka grafik filem Starwars?

Ini kerana imej topeng Darth Vader kelihatan terpampang di salah satu menara Washington National Cathedral dengan ciri-ciri yang jelas dan tinggi kedudukannya. Imej itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu menggunakan teropong untuk melihatnya.

Penerbitan Filem Starwars

Filem Starwars mula ditayangkan kepada orang ramai secara komersial pada 25 Mei 1977 oleh Universal Studio di Amerika Syarikat. Penerbitan filem ini telah menjadikan ia pencetus kepada filem-filem sains fiksyen berteknologi tinggi yang membawa era perang galaksi.

Walaupun ditayangkan pada 1977, tetapi gerak kerja menghasilkan filem ini telah pun dilakukan sejak 1971 yang mana ketika itu Malaysia masih lagi gah dengan sentuhan karya P.Ramlee, Jins Shamsudin dan kebanjiran filem-filem Bombay.

Idea menghasilkan Starwars sebenarnya dicetuskan oleh penerbit Yahudi terkenal iaitu George Lucas yang kini adalah pemilik Lucas Film. Lucas adalah orang yang pertama menulis idea tentang kepahlawanan angkasa yang digelar Jedi.

Namun, ketika mula-mula memperkenalkan idea ini, Lucas terpaksa menulis dua kali tentang konsep Jedi kepada beberapa pengarah terkenal untuk memahamkan idea uniknya itu. Dari mana Lucas mendapat idea ini tidak diketahui dan ia amat mencurigakan sekali.

Lucas yang berdarah campuran British dan Jerman sekarang ini adalah pemilik Lucas Film yang mana amat terkenal dengan pembikinan filem-filem episod Starwars dan Indiana Jones.

Keraguan Tentang Watak Darth Vader

(Gambar) George Lucas bersama watak tentera manusia di dalam Starwars

Watak Darth Vader juga dibina sendiri oleh George Lucas tetapi aspek watak fizikal pula direka oleh David Prowse yang pernah bergiat sebagai ahli sukan bina badan dan pelakon sambilan. Segala tingkahlaku dan perwatakan Darth Vader adalah mengikut sentuhan Prowse sendiri walaupun ianya dicipta oleh Lucas. Seperti juga Lucas, Prowse tidak juga mendedahkan di mana ia peroleh imej topeng Darth vader tersebut.

(Gambar) David Prowse dan kostum Darth Vader ciptaannya

Pada 1980, majalah National Geographic bersama gereja besar ini telah menganjurkan pertandingan melukis bagi kanak-kanak untuk diletakkan di National Cathedral. Amat menghairankan, tiga pemenang yang dipilih yang lukisan yang menggambarkan watak-watak jahat.

Budak lelaki yang bernama Christopher Rader telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3, dan watak yang dilukisnya ialah Darth Vader. Pemenang-pemenang lain pula melukis objek yang menjurus kepada unsur-unsur kejahatan.

Misteri Penghakiman Pertandingan oleh Pihak Gereja

30bj

(Gambar) Amat pelik, pihak pengurusan gereja memilih 3 watak jahat untuk diletakkan di menara Washington National Cathedral pada 1980.

Pihak gereja tahu bahawa pada 1980, pengaruh filem Starwars terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak amat kuat. Memilih watak dan memberikan anugerah kepada objek yang sudah diketahui masyarakat umum adalah amat mencurigakan.

Pihak gereja seolah-olah mahu menutup ‘kehendak’ tersembunyi mereka untuk meletakkan topeng Darth Vader ciptaan David Prowse itu. Kemungkinan pertandingan melukis itu hanyalah suatu topeng palsu untuk menutup hasrat sebenar pihak gereja Washington.

Sekiranya pihakpengurusan gereja meletakkan watak Darth Vader begitu sahaja, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, dan kemungkinan wartawan akan menyerang pihak gereja dan David Prowse tentang perletakan arca Darth Vader dengan beratus-ratus soalan.

washington_national_cathedral_darth_vader_gargoyle

Kami percaya pertandingan melukis itu hanyalah topeng dan kemenangan tempat ke-3 oleh Christopher Rader adalah dirancang dan apa yang dilukis oleh Rader sebenarnya di suruh. Objek topeng Darth Vader adalah sejenis lakaran ergonomik digital yang sukar dihasilkan melalui tangan.

Meletakkan kemenangan kepada Christopher Rader di tempat ke-3 adalah logik kerana jika diletakkan tempat pertama, sudah pasti hasrat sebenar pihak gereja dapat dipersoalkan oleh orang ramai terutamanya ahli-ahli sejarah dan akademik.

nation1

(Gambar) Imej kedudukan topeng Darth Vader di menara gereja. Perlukan teropong untuk melihatnya.

Peranan Filem Dalam Pendidikan Kesyaitanan

Telah kami nyatakan sebelum ini dalam beberapa artikel bagaimana unsur-unsur filem itu dijadikan suatu elemen pendidikan kesyaitanan, seksual, free-thinker dan sebagainya. Filem adalah senjata ampuh gerakan Illuminati yang mana tapak pembikinan filem-filem Hollywood itu sendiri dipunyai secara total oleh kelompok-kelompok mereka.

Golongan Illuminati tahu apa yang mereka mahukan dan mereka juga teliti dalam merancang sesuatu disamping meneroka kelemahan masyarakat yang bukan Islam. Bagi mengaburi dan mempengaruhi masyarakat Islam, unsur-unsur estetik dalam filem juga adalah senjata ampuh mereka.

Memerangi umat kristian dan menjauhkan mereka dari ajaran Injil adalah amat mudah kerana masyarakat Kristian sudah ketinggalan jauh dari aspek spiritual sejak sebelum kelahiran Islam lagi.

Kami menyimpulkan bahawa pendedahan imej Darth Vader adalah penyerapan pendidikan kesyaitan secara tersirat. Pendidikan tersirat ini akan lebih bermakna apabila patung-patung Darth Vader dibeli dan diletakkan di rumah-rumah masyarakat Islam.

Sebagai umat Islam, melihat dan memikirkan secara teliti akan sebab dan akibat sesuatu yang berada di depan mata seperti filem adalah amat mustahak. Mempersoalkan setiap unsur di dalam filem yang dilihat boleh menyelamatkan aqidah Muslim dari tergolong dalam kelompok Riddah Qauliyah.

Imam Habib Abdullah bin Thahir menyebut bahawa,

“Setiap muslim yang mukallaf, hukumnya wajib untuk menjaga keIslamannya dari segala hal yang dapat menghancurkan, membatalkan, dan memutuskannya dari tali Islam, yakni murtad.”

(kitab Sulamut at-Taufiq)

Wallahu’alam…

38 responses to “Misteri Topeng Darth Vader Di Dalam Starwars

  1. tulisan kamu terkenal tp kamu x pernah tonjolkan identiti…kamu ni mmg Jason Bourne mcm dlm filem tu.

  2. aku juga terfikir kenapa kamu letak blog ‘Faisal Tehrani’ dlm blogroll.

  3. Perancangan Yahudi memang jahat, umat Islam harus sentiasa berhati2 dlm setiap perkara. Marilah kita sama2 manfaatkan maklumat yg ada.

    Pendedahan yg bagus. Teruskan perjuangan!!

  4. terima kasih atas pendedahan ini

  5. tahniah!.. teruskan membongkar rahsia kejahatan yahudi dan sekutu2 nya..

  6. Bagus di atas pendedahan yang dibuat oleh saudara.Tidak menghairankan kerana bangsa2 yahudi dan nasrani akan melakukan pelbagai bentuk ancaman untuk menjatuh orang2 Islam.Semoga hati kita semua dilindungi oleh Allah dari perkara2 yang merosakkan iman.Lindungilah generasi muda kita hari ini dari ancaman halus puak2 yahudi dan kafir ini.Masyarakat Islam di Malaysia harus didedahkan dengan kejahatan secara halus puak2 yahudi dan kafir ini.

  7. bermulanya tarikh hijrah 1430 ini, dunia tidak akan sama lagi. tunggu dalam masa dua tahun. carilah Iqra, kerana itulah senjata ampuhmu, tidak guna tinggi agama jika ‘iqra’ sendiri belum dikuasai. datangnya ilmu agama adalah dari ilmu dunia itu sendiri. ingat. ingat. ingat.

    org sekeliling selalu mengatakan kamu berada di akhir zaman, tapi pernahkah kamu terfikir kamu berada di tempoh yang mana? . ingatlah 1 minute to midnight. zzz

    fitnah itu didepan kamu. sedang dalam solatmu jua ia datang. apatah lagi dalam kehidupanmu. Na’uzubillah.

  8. artikel yg sangat berguna, mohon copy utk pasti johor

    http://pastijohor.net

  9. maaf kalau aku keterlaluan.
    aku paling tak boleh tengong kereta proton savvy sdari belakang.

    mungkin ke’artistik’an aku
    at the very first sight mula2 aku nengok bontot kereta tu aku terbayangkan Toepng & Topi Darth Vader, lebih2 lagi kalu Proton Savvy tu warna hitam… kedua lampu belakang jadi mata,…

    Getiknya aku.

  10. Bagi penulis yang membongkar rahsia dajal, tentu menjadi musykil di kalangan khalayak yang berfikiran kritis, mengapa tidak di apa-apakan oleh dajal atas pembongkaran ini?

  11. Ini sekadar bacaan utk memperluaskan ilmu pengetahuan…walau apapun dajjal akan tetap berusaha untuk mempengaruhi umat Muhammad,Tetapi! dengan wasiat dari Rasulullah S.A.W berkehendakkan kita berpeganglah pada Al-Quran dan Sunnah, nescaya tidak akan sesat..oleh itu kpd pengkaji2 dajjal ini, saya amat teruja bila anda sekalian boleh selitkan pada setiap pengkajian itu dengan rujukan dari salah sebuah antara al-quran dan sunnah…insyaallah tidak lagho pengkajian ini..terima kasih..

  12. terima kasih di atas pendedahan yg telah anda bongkarkan ini… tapi pada pandangan saya, anda patut melakukan pendedahan ini secara lebih meluas dengan platform yg betul untuk keberkesanan pendedahan ini…

  13. abaymindayu

    seiring kemajuan teknologi dajjal, secepat UFOnya merentas cakrawala, secanggih NASA membela atmosfera, melingkar bagai ular yang melilit bumi namun kekuasaan Allah semua itu hanya kecil sahaja dan umat Islam yang beriman telah dibekalkan kekuatan oleh Allah..insyaAllah.

  14. beritau semua fanatik star wars ..aku xkan kasi anak aku tgk cita tu lagi!!!!

  15. tokku mambang

    send msg lagi…kemudian..

  16. strawhatluffy

    anta seorg yg berhati mulia..sebarkan dakwah dengan cara kamu..innallahu ma’ana..

  17. Tidak ada cara yang lain untuk mendaulatkan agama,bangsa dan tanahair, melainkan menjadi ahli ABJAD MALAYSIA.P.K.2090 di bawah pimpinan Ustaz Haji Ahmad Haji Che Din.

  18. aku memang xpnh tgk pn starwars.haha..masa aku kecik dulu,abang aku pnh bukak cite tu kt tv tp aku xberminat pn nk tgk.xtau kenapa.mgkn sejak dr kecik aku memang xsuka cite2 mcm tu.. mengarut je..

  19. Hindari Dajjal ada caranya…Bila Dajjal muncul di muka bumi ini…(dikatakan tahun 2012..)

    1) Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi… jadikan amalan bacaan lepas sembahyang…
    2) Doa elak Dajjal masa sembahyang.. boleh tanya ustaz mana2
    3) Kalau dah tak terdaya sangat… menetaplah di Mekah dan Madinah…Dajjal tak leh masuk kat situ..

    Ni la cara yang aku dengar… kerana kalau boleh..apabila Dajjal muncul di muka bumi…jangan cuba dekati dia.. kerana dia pandai memberi tipu daya..

  20. dd (dan yang sewaktu dgn nya….) bukan setakat star wars je, bukan yang dari hollywood je atau dari bollywood, yang kat sini pun banyak yang melekakan lagi songsang. Kalau pakai seksi gila atas pentas lepas tu bagi salam, sebut insya… dan alham….. semua tu agen dajjal la tu..

  21. muslim prihatin

    satu laman maya yang bagus untuk memberi pendidikan dan info yang berguna kepada masyarakat islam amnya tentang muslihat orang kafir laknatullah

  22. muslim prihatin

    saya telah mendapat banyak info….

  23. Adakah saudara penulis kita pernah terfikir mengenai rahsia di sebalik fenomena UFO?
    saya rasa ia adalah agenda yang direka-reka dengan begitu jelas sekali..jika mungkin ya, apakah agenda mereka agaknya?

  24. Aku cukup minat tengok filem star wars ni, kira adventure dan best. Kenapa aku aku yang kacak ini suka tengok filem ni, kerana filem kita tak memenuhi citarasa aku , apa tak nya tengok tema dia asyik jantan dan betina dok gaduh pasal cinta jeee. La ni tambah lagi Drama dari indon cinta cinpam tak habis2 depa tak ada masalah lain ke, dah tu artis jantan mereka ada yang pakai gincu lagi dan semua rakyat marhain di malaysia dok tengok sampai terlopong mulut. Kalau kira filem ni betul2 haprak lagi pariak, lebih baik aku tengok filem yahudi ni lagi bagus.

    Jika Dajjal muncul kelak aku teringin nak jumpa dia, manalah tau dia lantik aku jadi menteri dia ke.

    Ada mana2 rakyat marhain yang suka tengok drama indon yang tak setuju ngan aku tak?

  25. Dunia dah akhir zaman, bila-bila masa sahaja akan hari kiamat akan tiba. Jadi jom perbanyakkan amalan🙂

  26. baca surah alkahfi dengan penghayatan esp kisah nabi Musa ngan nabi Khidir…kita kena berfikir secara mendalam bukan logik! Lihat dengan mata hati, harapkan Nur dari ALLAH agar kita mampu melihatnya…hanya orang yang benar-benar beriman saja mampu melihat siapa dajjal bukan beriman sekerat-kerat…kembali pada sunnah Rasulullah saw yang kian kita tinggalkan…amalkan kembali walaupun berdikit-dikit….jangan asyik agungkan segala sistem dari Barat, kebanyakan penciptanya orang Yahudi [or fake Yahudi] tu…

  27. Dajjal atau yajjuj dan makjuj yg mana lebih mengancam kemaslahatan umat islam dan syariat islamiah.?

  28. kafir bodo makan babi jak banyak……..

  29. boring artikel kamu ni, menyesal saya baca. tulis lah sesuatu yg lebih bermanfaat. ini sangat kosong.

  30. darth_vader

    korang ni paranoid gila…..pegi mati boleh tak?

  31. mujahidah islam

    trima kseh atas info yg berguna..truskan usaha saudara mmbongkarkan kjahatan yahudi laknatullah..
    al’amal fi sabillillah …

  32. Ewah ewah… pepandai jer dia karang… tah betul tah tidak… hehe gurau jer … best cerita nie .. thanks.

  33. Ahmad Lutfi

    masya Alloh. Semoga kaum muslimin terhindar dari tipu muslihat kaum kafir.

  34. mula-mula kata steven spielberg yg mengarahkan cerita star wars ni, lepas tu tiba-tiba george lucas pulak hahaha kelakar

  35. bocah tua nakal

    Bahasa konyolll males baca ..
    kagak sekolah tulisanmu ..
    belagak …
    goblok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s