Disebabkan Kasut Muntazar Al-Zeidi

oleh Ibnuyaacob

muntazar

Pada 14 Disember 2008 lalu, berlaku suatu kejadian yang amat memalukan tetapi sebenarnya amat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Muntazar al-Zeidi telah menjadi terkenal sekelip mata apabila membaling sepasang kasutnya ke arah George Bush.

Tindakan itu membuatkan hadirin pada sidang media berkenaan gempar dan agak kecoh. Kejadian itu paling tidak disangka-sangka kerana ia dilakukan oleh wartawan bukannya orang awam. Dalam kejadian itu, Bush amat bernasib baik kerana mampu mengelak kasut Al-Zeidi yang sedang terbang.

Keupayaan Bush mengelak kasut al-Zeidi amat mengkagumkan, ini membuktikan Bush seorang yang peka dengan keadaan di depan mata dan tidak hanya tunduk melihat teks ucapan. Kepekaan Bush ini mungkin disebabkan pengalamannya sewaktu menyertai Texas Air National Guard pada 1968.

Kesan daripada insiden itu, Muntazar telah menjadi terkenal dalam masa kurang 24 jam. Berikut ialah beberapa kesan daripada tindakan berani Muntazar Al-Zeidi:

  • Masyarakat Arab menggelarkannya sebagai hero Arab terutamanya akhbar-akhbar internet.
  • Seorang rakyat Palestin bernama Ahmad Salim Judeh, 75 tahun menawarkan Al-Zeidi anak perempuannya untuk dijadikan isteri. Ahmad Salim mengatakan Al-Zeidi adalah wira rakyat Arab dan dia sememangnya pilihan yang layak untuk anak perempuannya.
  • Seorang jutawan Arab Saudi menawarkan Riyal 10 juta untuk membeli kasut Al-Zeidi yang digelar sebagai “Freedom Shoes”.
  • Sebuah kumpulan blogger di internet yang menggelarkan diri mereka George Bush Shoe Thrower Muntazar Al-Zeidi” telah berjaya mengumpul ahli penyokong Al-Zeidi sebanyak 1000 orang dalam masa kurang 48 jam. Slogan kumpulan ini ialah “Damn he missed … but he is still a hero.”
  • Dan yang paling memeranjatkan, beberapa syarikat dan individu telah mencipta ‘permainan game’ berasaskan lontaran kasut ke arah Bush. Permainan ini boleh dimain secara online atau offline dan ada juga mengeluarkannya secara komersial.

Permainan Online membaling kasut ke arah Bush

throw_shoes01

Bush’ Shoe Dodge – permainan ini memerlukan anda mengawal pergerakan badan George Bush apabila beliau dibaling kasut. Sekiranya kasut mengenai dahinya lebih dari 3 kali permainan dikira tamat.

throw_shoes03

Sock and Awe – Dalam permainan ini anda bertindak sebagai Muntazar Al-Zeidi sebagai pembaling kasut. Sasaran anda ialah kepala George Bush. Anda perlu menepati sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan.

throw_shoes02

Bush’s Boot Camp – Dalam permainan ini, anda bertindak sebagai polis atau penembak kasut. Anda dikehendaki menembak kasut yang dibaling ke arah George Bush.

(Klik pada tajuk game untuk bermain secara online)

George Bush juga bernasib baik kerana Al-Zeidi membaling kasut bukannya membaling bom. Jika ketika itu Al-Zeidi membaling bom, maka tarikh kematian Bush akan sama dengan tarikh kematian presiden pertama Amerika Syarikat iaitu George Washington. Beliau mati pada 14 Disember 1799 .

Jika George Bush ditakdirkan mati pada 14 Disember 2008, ia juga dikira sesuai kerana pada tarikh itu semua pertubuhan pencinta haiwan menyambut ulangtahun hari monyet atau dikenali sebagai Monkey Day. Maka setiap kali tiba hari Monyet maka masyarakat dunnia akan teringatkan Bush.

22 responses to “Disebabkan Kasut Muntazar Al-Zeidi

  1. syiah juga yg berani… ke mana perginya sunni…

    • mohd nurhaziq

      perlu ke membeza kan kaum????
      adakah kaum tu penting bg kau???
      adakah dalam AL-QURAN menyebut tentang perbezaan kaum syiah dan sunni???

  2. HAIL TO MUNTAZAR AL ZAIEDI..!

  3. Harap2 lain kali ada wartawan baling bom kat muka Bush. he..he..he..

  4. Selain pengalaman kt Texas Air National Guard George Bush pandai ngelak sbb selalu kn baling ngan pinggan mangkuk ms gaduh ngan bini..Laura Bush..LOL!…

  5. Apa cerita mengenai Bush di Texas Air National Guard?? Sy x tau…

  6. Ratusan Kuliah Tuan Guru Nik aziz ada di sini

    http://kedaionlineanda.com/harunyahya/index.php

  7. Heran betui org UMNO, pemimpin depa terang2 sokong Bush pun, depa tak sedaq2 lagi.

    Ahbodolah dlm satu ucapannya bgtau dia kata tak patut al-zeidi baling kasut kat Bush.

    Tp org UMNO buat dek saja. Heran la org UMNO ni.

  8. MAIZON BINTI ABDUL SALIM

    nape la miss ek..?? kan besh kalu kene kat muke anak haram tuh….biaq bersepai gigi2 dierr…huhuhu

  9. abu imtiyaz

    Kenapa la antara 2 balingan tu tak kena, pandai bush mengelak..tapi dia tak bole mengelak azab di akhirat..

  10. Ruginye tak kena…huhu

  11. klu dpt melastik, sah mesti kene..

  12. hmm..kalau aku jadi orang yang baling kasut tu..tak main lah baling2..datang dekat..bukak kasut..then..”nah,ambik ni!”

  13. kalo aku ar… baling bom aje biar pemimpin Amerika tu mampus….

  14. sape2 leh ceta pasal Texas Air National Guard? nk tau sgt ar ceta psl tu?

  15. waaa..aku nk main game2 yg dinyatakan di atas.. huhu best siot..erm,bleh x sy amik artikel ni??

  16. aku hamba berdosa

    pada cikgu nana83
    cuba kotakan apa yang dikata…..
    takat cakap ja bolehla….cuba buat tengok….
    aku tabik spring la kat ko klau berjaya kotakan apa yang ko kata..x men la setakat cakap ja..

  17. AMIR AKHBAR

    Hmm..sayang tak kena..kalau kena tu..aku tak tahu macam mana muka bush masa tu..jangan orang kata nak bagi 10 juta kat Al-Zeidi..aku rasa 100 juta pun orang bayar kerana ketepatan dia baling kasut..

  18. hahaha…lawak la yang akhir sekali !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s