Perang Konspirasi Dajjal: Persedian Israel (Bahagian 3)

oleh Ibnuyaacob

pkd3002

FASA PERSEDIAAN PERANG

Kemungkinan Israel akan terlibat dalam peperangan ini dapat kita jangka apabila kita meneliti akan persediaan-persediaan polisi serta fizikal yang berlaku sejak akhir-akhir ini di negara Israel.Antara perkara yang kami jangka memungkinkan keterlibatannya ialah berkenaan elemen “pertahanan” negara.

Pada awal Oktober 2008 lepas, selepas sebulan kejatuhan Lehman Brohters, secara tiba-tiba Menteri Pertahanan Israel iaitu Ehud Barak telah membentangkan satu laporan berkaitan keperluan peruntukan tambahan untuk kementeriannya.

Laporan ini mendesak agar kerajaan Israel menyuntik NIS 1.5 billion bagi tahun 2008 untuk perbelanjaan peningkatan teknologi pertahanan negara Israel.

Kemudian, Barak membentangkan satu lagi laporan berkaitan perlunya tambahan NIS 1.3 billion bagi tahun 2009. Ironiknya, permohonan diluluskan meskipun dibantah keras oleh Menteri Kewangan Israel.

Pertengkaran mulut antara wakil Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan di Parlimen Israel disifatkan sebagai “a clash of giants” oleh Giora Eiland dari akhbar Canada Free Press.

Perlu kita ketahui bahawa jawatankuasa yang bertanggungjawab membuat laporan untuk dibentangkan oleh Ehud Barak ialah Brodet Committee. Jawatankuasa inilah ‘punca’ kepada wujudnya permohonan menyuntik peruntukan luar biasa itu.

Apakah Brodet Committee?

Harus diingat, bukan semua menteri-menteri di Israel sukakan peperangan dan perdamaian. Orang-orang Yahudi juga terdiri dari pelbagai ideologi walaupun dari agama yang sama.

(Penjelasan lanjut sila rujuk pada artikel berkaitan Yahudi Orthodoks)

Suruhanjaya Brodet (Brodet Committee) dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu Jeneral David Brodet. Beliau ialah bekas pengarah di kementerian kewangan Israel.

Menurut kebanyakan penganalisis politik, Brodet amat berpengaruh dalam soal penyelidikan peperangan dan pertahanan Israel. Sehingga kini beliau masih lagi berperanan sebagai penyumbang idea utama dalam polisi-polisi ketenteraan Israel.

Brodet bolehlah digelar sebagai mastermind halimunan dalam setiap agenda perang Israel walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu. Brodet tidak memohon wang untuk memenuhi poket kroni-kroninya malah Brodet juga tiada kroni pembuat senjata.

Brodet boleh dikatakan ‘seseorang’ yang ditugaskan oleh mastermind-mastermind lain yang tidak dikenali. Tugasan yang diterima adalah khusus mengikut bidang masing-masing. Jika di Amerika mastermind perangnya adalah Dr. Henry Kessingger, maka Israel pula ialah Jen. David Brodet.

Dalam konteks permohonan peruntukkan tambahan ini, Brodet Committee berfungsi sebagai suruhanjaya yang memutuskan suatu bentuk polisi ketenteraan bagi kementerian pertahana Israel. Dalam erti kata lain, Brodet Committee adalah ‘otak’ kepada Kementerian Pertahanan.

Memahami Sistem Perang Antarabangsa

Di Israel, Perdana Menteri dan menteri-menteri bukanlah ‘penyebab utama’ tercetusnya peperangan. Mereka ini adalah boneka-boneka untuk wajah-wajah lain yang membuat keputusan di belakang mereka.

Biasanya mastermind untuk sesuatu konflik perang tidak popular tetapi amat berpengaruh. David Brodet adalah salah seorang yang dipercayai sebagai ‘mastermind’ kepada perang yang akan datang ini.

Namun begitu, Brodet bukanlah perancang utama, ia pula ada topeng bagi wajah-wajah lain di belakangnya.

Begitu juga di Amerika, George Bush adalah boneka yang terpaksa menebalkan muka untuk menerima kutukan masyarakat dunia. Tetapi hakikatnya ia diarah oleh beberapa orang lain di belakangnya yang amat berpengaruh.

William Kristol, Richard Perle, Henry Kessinger adalah contoh beberapa orang Mastermind agenda perang Amerika dengan negara-negara Islam. Tetapi mereka juga adalah kategori pengikut pula kepada mastermind lain yang lebih tersembunyi dan lebih berpengaruh.

Apakah kaitan budget pertahanan ini dengan Perang Konspirasi Dajjal?

Pada artikel bahagian 1, telah kami maklumkan akan perang yang bakal dicetuskan Israel sekarang sedang masuk dalam fasa pengumpulan dana. Kini isu Lehman Brothers agak ‘diam’ seketika.

Budget pertahanan yang dipohon oleh Barak ini kami teorikan ia sebagai suatu kos ‘persediaan peperangan’ yang akan datang. Ini berdasarkan kepada laporan akhbar-akhbar utama di Israel.

Penganalisis-penganalisis kewangan di Israel menyimpulkan bahawa budget yang dipohon oleh Barak bagi kementeriannya adalah budget ”terbesar’ dalam sejarah kewangan Israel.

Permohonan ini dilakukan secara mengejut oleh Barak kepada kabinet Israel. Permohonan dibuat berdasarkan alasan mempertingkatkan keperluan pertahanan dan keselamatan negara.

Walaupun nilai yang dipohon ialah NIS 1.5 dan NIS 1.3 billion untuk tahun 2008 dan 2009, namun ia telah menjadikan jumlah budget terkumpul kementerian pertahanan ialah sebanyak NIS 55 billion.

Persediaan Sistem Pertahanan

Ehud Barak yang bertindak sebagai menteri pertahanan telah mengumumkan pelancaran misil baru Israel pada 26 Oktober 2008. Menteri gila perang ini telah menamakan misil penangkis peluru berpandu dengan namanya sendiri iaitu Barak-1.

Menurut akhbar utama Israel iaitu Haaretz, misil tersebut mampu menepati sasaran pada jarak 500 meter hingga 10 kilometer. Kementerian Pertahanan dilihat sudah pun menguji 4 misil tersebut beberapa bulan sebelum Oktober lagi.

Persediaan Propaganda dan Provokasi Politik

Seperti biasa setiap kali ada tanda-tanda konflik maka Israel dilihat mengumumkan pelbagai senjata canggihnya. Sengketa dengan Hamas yang hanya berbekalkan roket buatan sendiri dijadikan sandaran ampuh untuk menguji senjata baru mereka.

Pada Perang Lubnan lepas telah pun dunia ketahui akan kemajuan bom berangkai yang menggugat penduduk selatan Lubnan. Manakala penghantaran tentera-tentera separa profesional berperang dengan Hizbollah adalah strategi dendam jangka panjang.

Israel tidak silap dengan perancangan penghantaran tentera itu walaupun ramai penganalisis politik Muslim mengatakan kemenangan Hezbollah adalah berpunca dari kesilapan Menteri Pertahanan Israel.

Ia tidak silap, ianya sengaja “disilapkan” untuk membentuk suatu alasan berunsur “dendam palsu” yang akan dibawa pada saluran media pada masa akan datang. Dan sekarang ini, konflik Palestin adalah peluang media Israel membawa isu ‘balas dendam palsu’ yang dicipta pada Julai 2006.

Pada 31 Disember 2008, kabinet Israel mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai pihak. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah mengumumkan bahawa seramai 2500 orang lagi askar simpanan akan ditempatkan di Semenanjung Gaza, sempadan Palestin. Kini jumlah rasmi askar Israel dilaporkan berada di sempadan ialah 8500 orang.

Kemungkinan ini salah satu “seni peperangan masa depan” yang dimiliki oleh Illuminati yang mengawal orang-orang pentadbiran Israel. Mereka mengamalkan “seni” ini sejak Revolusi Perancis 1789 di mana perancangan untuk mencetuskan revolusi itu sudah pun siap 13 tahun sebelum itu oleh Prof. Adam Weishaupt.

Rahsia “Persediaan Israel” Adalah Berasaskan Etika Zionis

Sebenarnya, persediaan Israel untuk menghadapi Perang Konspirasi Dajjal kelak adalah mengikut suatu kod etika perang yang dibangunkan 110 tahun dahulu. Kod perang ini dibina secara sistematik dengan ayat-ayat masa depan yang mengelirukan banyak pihak.

Israel akan dipandu oleh golongan Illuminati untuk terjun ke kancah peperangan secara berperingkat-peringkat tetapi nano-sistematik. Ianya mungkin mengambil masa tetapi amat sukar disyaki aliran peringkat-peringkat tersebut.

Kod perang yang digunakan dalam “Persediaan Israel” ini ialah Kod Protokol Zionis No.7(Bil.3) yang menyatakan;

” We must be in a position to respond to every act of opposition by war with the neighbors of that country which dares to oppose us: but if these neighbors should also venture to stand collectively together against us, then we must offer resistance by a universal war.”

Kod ini dibina dalam suatu mesyuarat rahsia pengasas Zionis iaitu Dr. Theodor Herzl bersama mastermind-mastermind elit Yahudi di Bassel pada 1897. Walau bagaimana pun ia berjaya dicuri keluar, dianalisis dan diterbitkan oleh Prof. Sergei A.Nilus dari Russia.

Kesimpulan

Memastikan perang berlaku bukanlah suatu tugas mudah, dan permasalahan yang perlu kita fahami ialah golongan Illuminati amat mahir dalam strategi merencanakan peperangan.

Di antara kaedah-kaedah klasik yang biasa ia lakukan sejak 300 tahun dahulu hingga sekarang ialah provokasi, propaganda, media dan krisis ekonomi. Dan nampaknya bunga-bunga perang hasil dari strategi klasik kejatuhan Lehman Brothers pada September 2008 lepas kelihatan semakin jelas.

Kejelasan tentang tujuan sebenar kejatuhan ekonomi dunia dan Perang Konspirasi Dajjal terbukti apabila perancang ekonomi Israel mengeluarkan kenyataan ‘mencurigakan’ pada 27 Oktober 2008 iaitu:

“The world crisis is not relevant to the conditions of the Israeli economy, and therefore there is no need to take any action because of it.”

Wallahu’alam…

23 responses to “Perang Konspirasi Dajjal: Persedian Israel (Bahagian 3)

  1. Tahniah atas pendedahan tersebut, teruskan menerjah..

    cuma klu boleh diberikan sedikit bukti2 mesti lagi umph kan.. sekurang2 nya pembaca akan dapat menilai sendiri tanpa ada provokasi dari pihak anda..

    Tahniah, teruskan niat ini,
    salam

  2. Analisis yg baik & lain dr yg lain, tahniah!

    Sy tak faham kenapa antizionis cakap penulis membuat provokasi kpd pembaca?

    Artikel di atas 100% adlh teori dr pandangan penulis, jd sama ada diberi bukti atau tidak ia bukan masalah.

    Jika diberi bukti yg meleret2 pun belum tentu org nak percaya kerana ini adlh dunia konspirasi.

    Bg sy terpulang kpd org yg membaca, kalau tak dpt menilai jgn dibaca kerana tiada siapapun yg paksa baca, betul tak? kalau dpt menilai pun belum tentu org lain tahu…

    wakakaka..

  3. bagus2..saya telah pun me link kan anda di blog saya..

    rajen2 lah melawat

  4. joeglory
    “Artikel di atas 100% adlh teori dr pandangan penulis, jd sama ada diberi bukti atau tidak ia bukan masalah.”

    cakap guna otak bukan guna tin kosong bro..

    “Jika diberi bukti yg meleret2 pun belum tentu org nak percaya kerana ini adlh dunia konspirasi.”

    apa niat anda sebenarnya di sini?

    salam kepada ibnuyaacob, sudah tiba masanya ana rasa anta perlu menghuraiakan permasalahan syiah di iran yang berpaksikan amerika. iran dengan liciknya telah memperdaya dunia bahwa mereka membawa penyatuan untuk
    islam.semua ini telah dimainkan watak dan peranan syiah di iran.

    perlu di tegaskan, DAJJAL AKAN DIIKUTI OLEH 70,000 YAHUDI DARI KOTA YAHUDI ISFAHAN (IRAN) menurut hadis nabi.

    salam untuk kali ini.

  5. salam ibnuyaacob,

    artikel yang menarik.

    ada juga cerita illuminati dan freemason di blog hamba.Tuanhamba dijemput kesana.

    salam..
    http://www.sangtawal.blogspot.com

  6. salam.

    izinkan saya menyiarkan artikel ini di blog saya

    terima kasih
    Sangtawal Sakranta.

  7. Antizionis!

    ha,ha, Anda mmg kelakar. Anda katakan pd sy “apa niat sebenarnya anda di sini?”

    Jd sy ingin bertanya apa niat anda membuat provokasi menyuruh org lain yakni penulis blog ini membuat kajian masalah syiah?

    Kenapa ko sendiri tak buat, ko ada blog ke? kalau ada bagilah address supaya org lain blh nilai cara ko berpikir plak.

    Ayuh, bro! b’bincang secara ilmiah, penulis blog ni sendiri pesan ttg adab utk b’bincang hal2 dajjal ni. Ko baca kat link tajuk “Adab Memahami Permasalahan Dajjal”.

    Salam.

  8. Salam Ibnu Yaacob..
    artikel anda sering saya tunggu sehinggakan saya meletakkan link anda anda dalam blog saya.Harap-harap ibnu yaacob akan terus mengupdated blog kegemaran saya ini

    photographer-amatur
    http://fotoharian.blogspot.com/

  9. Nice & good info! Keep u’r good works…

  10. Sy ada terdengar bahawa skim cepat kaya yg banyak menipu org islam didalangi oleh zionis antarabangsa utk mengumpul dana perang konspirasi israel. Adakah 3AIG/JVN salah satu drpdnya. Harap saudara dpt mendedahkannya.

  11. tak faham langsung taktik-taktik yang diorang nak buat ni
    apa-apa taktik yang diorang nak buat pun lambat laun diorang akan kalah juga kerana Allah akan menolong orang-orang yang benar

  12. rajawalibiru

    salam. saya peminat setia wordpress anda. teruskan menulis…

    izinkan saya link wordpress anda dalam tautan wordpress saya.

    saya ikuti setiap muntahan mutiara2 penulis. Selamat membasahkan pena anda.

  13. yang terlibat dalam wordpress ni pun semuanya termasuk dalam jaring dajjal, kalau kita sedar.
    tapi, bagus jugak, sebelum meke tarik kita, kita dapat gunakan tools ni untuk kesedaran. teruskan!hujungnya syahadah juga.

  14. nak tangkap pencuri, harus pikir macam pencuri, yakni, membaca cara ia berfikir. Kalau dajjal mencatur konfliks dunia untuk menjatuhkan Islam, ‘pencatur’ Islamnya mana?
    jangan jadi pemerhati saja, terjun agar lebih ramai pencatur Islam yang buat kerja baik dan besar. dan, jangan takut mati, Sanggup mati kerana Allah bila masa pun. Untuk itu, jangan cinta pangkat dan dunia. Sanggupkah? jika sanggup, anda benar dalam semangat perjuangan anda.Jika belum, kena didik nafsu hingga sampai seperti itu. Slm akhir.
    Tepuk dada, tanya diri masing-masing kita semua.

  15. nie link yang korang tak penah cari tapi korang akan terkejut dengan hasilnya…
    http://www.sunstonemagazine.com/pdf/131%2030-34.pdf
    sila download pdf ini dan pahamkan…

    sebelum korang baca pdf tue korang kene baca website nie dlu

    http://kumanddie.blogspot.com/2009/06/kompilasi-asia-finest-imam-mahdi.html

    kita hanya mencari..klau salah ini kerana jari aku yang gatal menulis..dan kalau ini benar maka bersyukurlah kamu kerana mendpt petnjk awal…

    ‘kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang pada kunci syurga’

  16. dajjal telah lame merancang…kini masok fasa3…harap boleh huraikan tentang ramalan tahun2012…tamadun mayan dr dajjal,ibarat tahum utk dia keluar m armageddon tjadi….

  17. adakah mempercayai kiraan tamadun mayan salah satu tipu daya dajjal…2012 amat membingungkan dan mampu myesatkan…. sekarang sudah mula armagedon week discovery chanel…pasti ramai yg akan sesat ankara perancangan licik dajjal jika tiada yang nak dirujuk…harap bantuan pihak muslimin…tq

  18. aku hamba berdosa

    kpd “joeglory” dan “antizionis”, sudah2 la gaduh…cam budak kecil yang x cukup IQ…
    jangan jadikan perbezaan pendapat antara korang sebagai punca perbalahan dan perpecahan..salam ukhuwahhhhh….

  19. Video Phase 3; part 10, daripada Wake Up Project…saya syorkan tengok daripada awal siri terbaru ini….

    Pendapat saya ttg 2012, banyak kekeliruan sengaja ditimbulkan utk kita lupa dan alpa dgn apa yg bakal berlaku sebelum 2012 lagi!

    Maksud saya, ada kemungkinan besar berdasarkan nas dan dalil, juga banyak kajian saintifik yg menunjukkan 2012 bakal menzahirkan ketentuan Allah dlm bentuk TANDA-TANDA BESAR hari kiamat! Bukan maksudnya hari kiamat ttp petanda2 besar dizahirkan yg akan menentukan siapa yg beriman dan siapa yg tidak beriman dgn Ghaybiyyat Allah (the Unseen to be made seen).

    Perbincangan ini banyak diutarakan di dalam forum wakeupproject.com

    Honestly, tanda kecil kiamat sudah hampir semua di depan mata yg menjadi sukar utk kita mengingkari hakikat kita di ambang transisi daripada petanda Kecil kepada yg Besar.

  20. antizionis..sebelum anda dok mgkaji permasalahan aliran syiah baik tunai kan dlu tggungjawab anda sbg seorang muslim.

  21. knpa blog ibnu yaacob yg baru x leh tgk..ada sape2 yg boleh tolong

  22. btol tu,,sbnrnye sye agk kliru dgn Armageddon 2012 nie..sye x pcye ape y dsmpaikan oleh discovery channnel 2 ttpi sy cme ingin btnye dgn lbih lnjut kjian karot y mengbabitkan kalendar maya itu..pkre itu boleh mnimbulkan syirik jikalau tlalu obses mlihatnye..

  23. pejuang islam melayu

    itu semua adalah ketentuan Allah S.W.T sekarang ni pun banyak tanda-tanda kiamat sudah muncul.sebab itu jangan tinggalkan solat dan jangan timbunkan harta…berzakatlah dan semua umat islam tidak kira apa mazhab,bangsa dan negara harus bersatu padu untuk menghadapi konco-konco rejim zionis yahudi apatah lagi dajjal laknatullah sebelum datang imam mahdi dan nabi isa.meskipun kita mungkin tidak berjaya…apa yang kita buat ini adalah jihad dan ingat akhirnya islam akan menang dan itulah janji Allah S.W.T melalui kalam Al-Quran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s