Kerajaan Mesir Pernah Bankrap Pada 1875

 

oleh Ibnuyaacob

Pada 8 April 1875, pemerintah Mesir ketika itu, Ismail Pasha telah membuat penangguhan bayaran pinjaman kepada bank, kemudian mengumumkan Mesir telah BANKRAP. Jumlah anggaran hutang kerajaan Mesir kepada bank-bank Yahudi ialah £68, 497, 160 juta pound sterling.

Jumlah hutang terbesar kerajaan Mesir ketika itu adalah kepada dua bank utama Yahudi di Kaherah iaitu:

  1. Fruhling & Goschen (milik British)
  2. Joubert Bank (milik Perancis)

Bagi menguruskan pemegang-pemegang  saham di bawah Goshen dan Joubert, kedua-dua bank itu telah menubuhkan satu suruhanjaya khusus bagi mengurus hartanah Mesir, ia diberi nama Suruhanjaya Goshen Joubert.

Hanya seorang yang menentang penubuhan suruhanjaya ini iaitu Ismail Sadik, Menteri Kewangan Mesir. Malangnya, Ismail Sadik telah ditemui mati di Sungai Nil dan dipercayai ia angkara bank dan orang-orang suruhanjaya tersebut.

Ismail Pasha telah tertekan dengan keadaan ini, namun beliau membiarkan sahaja suruhanjaya ini memanipulasi harta perbendaharaan negara sehinggalah seluruh negara Mesir jatuh ke tangan Perancis dan British.

Namun begitu, pihak Perancis dan British juga bijak, mereka tahu rakyat Mesir majoritinya Islam dan sukar menerima aturan penjajah. Oleh itu, beberapa pasukan pemimpin Islam boneka telah dibentuk untuk menggantikan barisan kepimpinan Ismail Pasha.

Mengapa Goshen dan Joubert Mengurus Hartanah Mesir?

Kedua-dua bank ini bersatu mengurus hartanah Mesir kerana ketika Ismail Pasha (Pemimpin Mesir) membuat pinjaman wang untuk kerajaannya, Ismail perlu mencagarkan geran-geran tanah Mesir kepada bank. Selepas bank memegang geran tanah atau bon kerajaan, bank-bank ini akan berusaha mencari jalan supaya kerajaan Mesir sukar membayar hutang pinjaman.

Bagaimanakah Mesir sekarang?

Ia tetap menjadi miskin, lebih miskin dari Indonesia. Walaupun Hosni Mubarak kaya-raya, rakyat Mesir tetap miskin. Setelah Ikhwan Muslimin berjaya menumpaskan kerajaan Hosni, negara Mesir tetap sama. Kini pemimpin baru yang lebih diktator pula muncul, Jeneral Sisi dan rakyat Mesir tetap menjadi miskin tetapi televisyen-televisyen Mesir mempunyai siaran hiburan yang sangat banyak.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s