Bekas Naib Presiden Pfizer Dedahkan Penipuan Syarikat-Syarikat Farmasi Antarabangsa

Pfizer

oleh Ibnuyaacob

Semua ubat-ubat di dalam dunia, daripada yang digunakan di hospital, klinik dan dijual di farmasi-farmasi adalah produk-produk yang dihasilkan oleh beberapa kerat sahaja syarikat-syarikat farmasi antarabangsa. Antara syarikat-syarikat farmasi antarabangsa yang terkenal ialah;

  • Abbot (Amerika)
  • Novartis (Switzerland)
  • Sanofi (Perancis)
  • Pfizer (Amerika)
  • GlaxoSmithKline (Amerika)
  • Baxter International (British)
  • Roche Holding (Switzerland)
  • Merck & Co. (Amerika)
  • AstraZeneca (Amerika)

Syarikat-syarikat di atas juga adalah pengeluar vaksin-vaksin terkenal bagi sebarang penyakit yang melanda masyarakat dunia seperti Selsema Burung, Hepatitis, AIDS, cacar dan sebagainya.

Bekas Naib Presiden Pfizer, Dr. Peter Rost mendedahkan penipuan besar-besaran syarikat-syarikat farmasi antarabangsa. Pendedahan ini dimuatkan dalam bukunya yang bertajuk The Whitslerbloer, Confession of the Healthcare Hitman, Dr. Rost.

Pendedahan juga dilakukan dalam satu dokumentari khusus bertajuk One More Girl yang memuatkan pelbagai temu ramah dengan ramai pengamal perubatan.

Organisasi Perubatan, Kementerian Kesihatan, Institutusi penyelidikan di seluruh dunia sebenarnya terlibat dalam perancangan kotor menghasilkan vaksin-vaksin dan ubat-ubat palsu bagi meningkatkan keuntungan.

Pemberian Geran Penyelidikan Untuk Meningkatkan Jualan

Menurut beliau, cara untuk memastikan setiap hospital kerajaan di seluruh dunia membeli ubat-ubat mereka ialah dengan cara menyumbangkan dana pendidikan kepada universiti-universiti dan institusi-insitusi penyelidikan awam.

Melalui dana ini, IPT dan institusi penyelidikan akan melakukan kajian perubatan dan mencadangkan penggunaan ubat-ubat dari jenama-jenama tertentu. Nama jenama-jenama ini akan dimasukkan di dalam jurnal-jurnal penyelidikan mereka yang kemudiannya akan dijadikan rujukan oleh kementerian kesihatan dalam setiap negara.

Selepas itu, kerajaan akan mengeluarkan tender-tender pembelian vaksin dan ubat-ubatan daripada syarikat-syarikat yang menjual jenama-jenama ini.

Menurut Dr. Rost, hal ini dilakukan oleh semua syarikat farmasi besar di seluruh dunia.

Di Malaysia, melalui laman web rasminya, Pfizer juga menawarkan geran.

Jelajah Forum-Forum Perubatan

Selain itu, menurutnya, syarikat-syarikat farmasi antarabangsa juga mengupah profesor-profesor atau doktor-doktor pakar untuk membuat road-show ceramah perubatan bagi menerangkan kelahiran ubat-ubat dan vaksin-vaksin baru.

Tujuan mereka berceramah dan berforum sebenarnya adalah untuk mempromosi vaksin jenama tertentu agar ia diguna pakai oleh pemilik-pemilik hospital swasta, klinik swasta dan pihak kerajaan.

(Gambar) Anjuran Pfizer Malaysia. Kempen kesedaran penyakit pneumococcal atau kempen menjual vaksin di klinik-klinik swasta? – utusan.com.my

Menurut Dr. Rost, syarikat membayar doktor-doktor yang berceramah ini sebanyak $1,000 – 2,000 sehari. Syarikat-syarikat farmasi membelanjakan billion dollar hanya untuk kos-kos ini. Sudah pasti keuntungan yang mereka dapat adalah lebih kerana mereka bukan sekadar mempengaruhi kerajaan seluruh dunia malah PBB mengikut arahan mereka.

Penipuan Jurnal-Jurnal Perubatan

Bagi mengukuhkan kepercayaan masyarakat awam, kerajaan dan doktor-doktor seluruh dunia, syarikat-syarikat farmasi ini menggunakan penerbitan jurnal-jurnal perubatan untuk mengeluarkan kertas-kertas kerja yang menyokong jenama vaksin-vaksin mereka.

Dr. Marcia Angell, ketua editor New England Journal of Medicine (NEJM), mengakui secara terbuka dalam artikelnya pada 2010, mengatakan kebanyakan kajian-kajian perubatan yang dibuat dan dijurnalkan, tidak boleh dipercayai.

Dr. Richard Hutton, ketua editor British Lancet mengakui separuh dari penyelidikan sains di dalam jurnal hanya menipu.

Dr. John Ionnidis dari Universiti Standford lebih berani lagi mengeluarkan kenyataan rasmi di dalam kertas kerjanya yang bertajuk,Why Most Published Research Findings Are False?

Dalam kenyataannya, beliau menyebut kebanyakan kajian perubatan adalah tidak benar. Sampel kajian mereka sangat kecil saiznya dan tidak mencukupi untuk mengukuhkan hujah-hujah dalam sesuatu penyelesaian. Semakin kecil sampel semakin kurang kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan.

Tambahnya lagi, amat malang sekali, dengan kajian-kajian yang lemah dan tidak tepat itu, pengamal-pengamal perubatan sekarang tetap menjadikan jurnal-jurnal itu sebagai rujukan malah mempercayainya pula.

Kesimpulan

Bagaimana kita di Malaysia? Adakah ada doktor-doktor pakar di Malaysia yang berani mendedahkan konspirasi-konspirasi perubatan ini?

Di Malaysia, antara mafia farmasi yang terbesar di dunia iaitu Abbot Corp. sudah pun membuka satu makmal baru di Kawasan Perindustrian Kulim Hi-Tech, Kedah. Ia belum beroperasi. Ia hanya berada di sebelah kilang kontroversi iaitu First Solar, iaitu kilang yang dihalau kerajaan Australia kerana mengeluarkan bahan-bahan buangan toksid.

(Gambar) Majlis pecah tanah, Abbot Corporation di Kulim pada 10 Sept 2014.  Gambar dari Bernama.

Lihat video Dr. Rost 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s