Filem X-Men tiru gaya Waliyullah Asif Barqiya?

tumblr_nbx63dgKAU1sc0ffqo1_500

Filem X-Men terbaru yang bertajuk Apocalypse kemungkinan besar menciplak kemampuan Waliyullah Asif Barqiya yang hidup pada zaman Nabi Sulaiman a.s. Walaupun Nabi Sulaiman a.s. terkenal dengan pelbagai keramat dan mukjizat tetapi Asif memilik kemampuan tertentu kerana beliau adalah kekasih Allah.

X-Men: Apocalypse menampilkan watak baru bernama Apocalypse atau En Sabah Nur. Ia watak baru yang akan diperkenalkan dalam filem terbaru X-Men yang bakal ditayangkan pada 2016.

Dalam trailer ini watak Apocalypse digambarkan mempunyai kebolehan membina bangunan Piramid Firaun hanya dengan kawalan minda. Sementara Waliyullah Asif Barqiya pula berupaya (dengan izin Allah) memindahkan keseluruhan istana Balqis di hadapan Nabi Sulaiman a.s.

Makhluk kedua yang mampu memindahkannya ialah bangsa jin Ifrit. Ia sebagaimana yang telah diceritakan dalam Al-Quran.

 

En Sabah Nur dalam X-Men

Watak Apocalypse atau digelar En Sabah Nur (The First One) merupakan watak penjahat di dalam komik X-Men. Watak ini mula diperkenalkan dalam komik pada Mei 1986. Ia dicipta oleh Louis Simonson dan JAckson Guice.

Apocalypse dilahirkan di Aqaba, Jordan iaitu daerah berhampiran Laut Merah. Dia dipercayai sebagai manusia pertama memiliki sel genetik mutan. Akibat kebolehannya yang luar biasa, genetik X tersebut telah menukar kulitnya menjadi kelabu dan bibirnya menjadi kebiru-biruan.

Keganjilan warna tubuh badannya menyebabkan dia ditinggalkan oleh masyarakat dan seorang lelaki bernama Baal (pemimpin pasukan Sandstormer). Baal menjaga En Sabah Nur dan mendidiknya cara mengawal kebolehan mutan.

Selepas melihat potensi kanak-kanak ganjil itu, Baal menamakan ia En Sabah Nur yang bermaksud The First One.

Baal telah mati akibat kecederaan ketika dia dan En Sabah Nur berlindung di dalam gua dari serangan tentera Firaun. Baal mendedahkan dia menyimpan teknologi alien di dalam gua tersebut.

En Sabah Nur menukar namanya kepada Apocalypse dan menggunakan teknologi tersebut mengelilingi dunia. Dia pergi merentasi pelbagai kaum dan masyarakat di seluruh dunia meminta mereka mengakuinya sebagai Tuhan.

(Gambar) En Sabah Nur di dalam komik. Sumber : wikimarvel.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s