TPP: Mampukah Kerajaan Menghadapi Syarikat Multinasional?

TPP behind closed doors

Oleh Ibnuyaacob

Ia suatu perjanjian paling ganas dalam abad mellineum ini selain dari NAFTA. Ia umpama surat perjanjian Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) kepada Raja-Raja Melayu untuk merampas tanah, ekonomi dan politik dalam negeri.

Tapi kini kita berhadapan dengan syarikat baru yang bernama Amerika SYARIKAT. Dahulunya kita berurusan dengan Syarikat dari British tetapi sekarang berurusan dengan Amerika.

Apa itu TPP?

Ia singkatan dari Trans- Pacific Partnership Agreements. Ia suatu buku perjanjian yang ditawarkan oleh Presiden Amerika Syarikat kepada 11 negara terpilih. Negara-negara tersebut ialah:

  1. Amerika Syarikat
  2. Jepun
  3. Malaysia
  4. Singapura
  5. Peru
  6. Vietnam
  7. New Zealand
  8. Brunei
  9. Chile
  10. Australia
  11. Mexico

Maksud lain bagi TPP?

Untuk memudahkan fahaman kepada masyarakat awam, TPP sebenarnya satu perjanjian rahsia yang ditawarkan oleh Amerika. Walaupun ianya dibawa dan dibentangkan oleh Presiden Obama, tetapi bukan beliau yang membuatnya. Perjanjian ini dibentuk oleh konglomerat-konglomerat multinasional.

Mereka menggunakan Obama untuk membentangkan ia di persidangan kongres untuk dibahas dan diluluskan. Dalam masa yang sama juga, syarikat-syarikat gergasi di belakang TPP ini memberi wang sogokan kepada senator-senator dari kedua-dua parti Republikan dan Demokrat untuk bersetuju terhadap draf TPP.

Kegunaan perjanjian TPP?

TPP diwujudkan untuk memudahkan syarikat-syarikat  multinasional menjalankan perniagaan ke seluruh negara Asia Pasifik tanpa sebarang halangan dari dasar-dasar kerajaan negara tersebut. Untuk memudahkan mereka berniaga tanpa gangguan, maka TPP juga memberi hak kepada syarikat multinasional untuk mendakwa kerajaan yang cuba menganggu urusniaga mereka melalui peraturan-peraturan dalaman.

Dalam erti kata lain, TPP adalah lebuhraya perniagaan untuk syarikat luar masuk ke dalam 11 negara terbabit tanpa sebarang halangan.

Ada dua perkara silap faham tentang TPP;

  • Ia bukan dibentuk untuk memajukan ekonomi negara terlibat.
  • Ia tidak menyatakan tentang dagangan bebas.

Kebanyakan ahli-ahli politik di negara-negara terlibat disogokkan dengan maklumat yang salah berkaitan TPP. Mereka (pemimpin kerajaan) terpesona dengan perkataan Free Trade Agreement (FTA), cukai rendah, keupayaan eksport tanpa birokrasi, peluang perniagaan syarikat tempatan dan seumpamanya.

Kes-kes awal berkaitan TPP (Syarikat Multinasional VS Kerajaan)

Sebelum TPP ditandatangani oleh mana-mana negara terlibat, telah berlaku pelbagai kes saman yang melibatkan syarikat multinasional melawan kerajaan. Kesemua kes membuktikan bahawa syarikat multinasional dibekalkan senjata kukuh untuk menumbangkan kerajaan. Senjata itu ialah NAFTA, FTA dan perjanjian-perjanjian dagangan bebas anjuran Amerika.

Berikut ialah kes saman syarikat multinasional yang perlu diambil PEDULI oleh ahli-ahli politik Malaysia. Kemungkinan ia bakal berlaku di Malaysia kelak.

1) Kes saman syarikat tembakau Phillip Morris ke atas Uruguay

Pada 19 Februari 2010, syarikat penjual rokok ini menfailkan saman kerugian kerana kerajaan Uruguaymengarahkan syarikatnya meletakkan label amaran kesihatan pada kotak rokok keluarannya. Phillip Morris adalah syarikat multinasional dan merupakan pengeluar pelbagai jenama terkenal seperti Malboro, L&M,  Benson & Hedges dan Peter Stuyvesant. Bagi membolehkan syarikatnya menfailkan saman kepada Uruguay, peguam Phillip Morris menggunakan perjanjian dagangan antarabangsa Uruguay dan Swistzerland. Phillip Morris hanya perlu berpura-pura sebagai syarikat milik Swiss. Akhirnya Uruguay disaman ratusan juta dollar. Selain Uruguay, Phillip Morris juga memfailkan saman ke atas Australia dan New Zealand kerana label amaran kesihatan yang diwartakan oleh kerajaan.

2) Kes penswastaan air di Bolivia (Kerajaan VS Bechtel)

Pada September  1999, kerajaan Bolivia telah menerima nasihat dari bank tempatan agar menswastakan airnya bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Kontrak baru diberi kepada syarikat tempatan bernama Aquas del Tunari yang sebenarnya adalah proksi kepada syarikat gergasi Amerika bernama Bechtel. Kontak diberi sehingga 2039. Akibatnya Bechtel menaikkan kadar harga berperingkat sehingga 200%. Seluruh masyarakat Cochabamba enggan membayar bil dan Bechtel mengugut akan menutup sumber air kepada penduduk. Kerajaan Bolivia tersepit di antara perjanjian air Bechtel dan desakan penduduk. Polis dan tentera telah dikerahkan mengawal pemberontakan penduduk dan ada sebahagiannya yang ditangkap. Bechtel telah memfailkan saman kepada Bolivia sebanyak $40 juta dollar. Pengarah filem, Marc Forster menjadikan isu air Bolivia sebagai salah satu tema dalam filem James Bond: Quantum of Solace (2008).

3) Kes syarikat perlombongan El Salvador

Pacific Rim, sebuah syarikat perlombongan dari Kanada telah memfailkan saman kepada kerajaan El Salvador sebanyak $315 juta dollar. Punca konflik ialah apabila penduduk Las Cabanas mendapati sumber air minuman mereka telah dicemari dengan bahan-bahan toksid yang datang dari kawasan perlombongan milik Pacific Rim. Penduduk tempatan mendesak kerajaan menghentikan operasi  Pacific Rim dan kerajaan akur dengan kehendak penduduk. Pacific Rim telah memfailkan saman kepada El Salvador menggunakan akta perdagangan antarabangsa yang pernah di tandatangani kerajaan El Salvador iaitu DR-CAFTA (Dominican Republic – Central America FTA).

4) Kerajaan Jerman disaman Syarikat Tenaga Sweden

Insiden letupan dan kebakaran reaktor nuklear pembekal tenaga elektrik di Fukushima pada 11 Mac 2011. Insiden buruk itu mengakibatkan gerakan masyarakat yang aktif di Jerman mendesak kerajaan mereka menghentikan operasi syarikat-syarikat tenaga nuklear yang berada di Jerman. Syarikat multinasional Vattenfall yang menjalankan operasi tenaga nuklear di Hamburg, Jerman telah memulakan saman pada November 2011 sebanyak 1.4 billion euro termasuk interest. Kes tersebut belum selesai sehingga kini dan jumlah saman meningkat kepada 10 billion euro.

Kes-kes lain berkaitan Syarikat Multinasional Saman Kerajaan

  • Pada 2012, syarikat multinasional Lone Pine memfailkan saman ke atas kerajaan Kanada dengan tuntutan $250 juta dollar kerana kerajaan Kanada cuba menutup operasinya yang mencemarkan alam sekitar. Lone Pine menggunakan akta NAFTA.
  • Pada 2012, syarikat Perancis, Veolia memfailkan saman ke atas kerajaan Mesir sebanyak 82 juta euro kerana tidak membenarkan syarikatnya menaikkan kos operasi.
  • Pada 2011, syarikat tekstil milik Indonesia, iaitu Indorama memfailkan saman ke atas kerajaan Mesir kerana kerugian yang ditanggung mereka akibat Arab Spring.
  • Pada 2013, syarikat farmaseutikal antarabangsa, Eli Lilly memfailkan saman $500 juta dollar ke atas Kanada kerana mempersoalkan paten ubat mereka.

Kemungkinan JAKIM Boleh Disaman Syarikat Antarabangsa Melalui TPP?

Berdasarkan kes saman antara Phillip Morris ke atas kerajaan Uruguay membuktikan, institusi kerajaan seperti JAKIM yang menjaga polisi standard makanan halal di Malaysia boleh disaman oleh mana-mana syarikat multnasional yang menyediakan perkhidmatan makanan di negara ini.

Halal adalah satu standard bagi menjaga sensitiviti keperluan agama bagi umat Islam di Malaysia. Mana-mana syarikat sama ada dalam atau luar negara wajib mengikuti standard ini.

Tetapi jika penetapan logo tersebut boleh menyebabkan produk sesuatu syarikat multinasional dipertikai oleh masyarakat sehingga menanggung kerugian maka JAKIM kemungkinan besar akan disaman melalui akta TPP.

Walaupun JAKIM bergerak bagi menjaga syariat Islam dari prospek makanan dan di belakang JAKIM ialah kerajaan sendiri (termasuk masyarakat Islam), akta TPP sebenarnya lebih tinggi kuasanya dari undang-undang dalam Malaysia.

TPP Memberi Kekuatan Perundangan Kepada Korporat Menentang Kerajaan

Dalam rancangan bual bicara Democracy Now yang dihos oleh Amy Goodman, Julian Assage mengatakan seperti berikut tentang TPP;

“First of all, it is the largest ever international economic treaty that has ever been negotiated, very considerably larger than NAFTA.” (Julian Assage, WikiLeaks)

“TPP will grant corporations the right to sue governments should a law or regulation affect their anticipated profits.” (Paul A. Philip, NewPAradigm.com)

“This isn’t just a bad trade agreement,” Wallach says. “This is a ‘one-percenter’ power tool that could rip up our basic needs and rights.” (Lori Wallach, pengarah Public Citizen Global-Trade Watch)

Mengapa Amerika Memilih Asia-Pasifik Untuk Menawarkan Perjanjian?

Nilai dagangan Amerika dengan negara-negara Asia Pasifik sangat tinggi. Nilai eksport syarikat kecil dan sederhana dari Amerika kepada Asia Pasifik mencecah $170 billion dollar. Manakala jumlah eksport keseluruhan barangan pengguna ke negara-negara Asia Pasifik sahaja mencecah $775 billion dollar. Nilai itu merangkumi 40% dari keseluruhan keuntungan eksport Amerika.

Adakah TPP berkaitan Dagangan Pasaran Bebas?

Pihak promoter TPP sememangnya membesar-besarkan ‘kebaikan’ TPP dalam pasaran bebas kepada wakil-wakil negara terlibat tetapi hakikatnya, dari 29 fasal draf TPP, hanya 5 fasal sahaja yang menyentuh soal ‘perdagangan’. Ia mungkin kelihatan seperti pasaran bebas tetapi sebenarnya pasarana bebas itu hanya untuk syarikat multinasional.

Menurut pendedahan Jullian Assage, pengasass WikiLeaks, kebanyakan draf TPP adalah menyentuh soal hakcipta, sistem perbankan, sistem operasi perkhidmatan kesihatan, sistem perkhidmatan tenaga buruh dan penswastaan hospital di negara-negara terbabit.

Menurut Senator Ron Paul pula, buku perjanjian TPP yang dilihatnya di dalam bilik rahsia itu setebal 800 muka surat.

Siapa Yang Menulis Draf Asal TPP?

Melalui pendedahan maklumat yang berjaya dibawa keluar, terdapat lebih 600 syarikat multinasional yang dipanggil oleh pihak tertentu untuk merangka dasar-dasar TPP setebal 800 muka surat. Antara syarikat-syarikat gergasi itu ialah:

  • Chevron
  • AT&T
  • Cargill
  • Ford
  • Walmart
  • Pfizer
  • Syarikat-syarikat semiconductor
  • Kumpulan Bilderberg
  • Trilateral Commission

Perlu diketahui juga, tribunal TPP terdiri daripada firma-firma guaman yang tiada kaitan dengan mana-mana kerajaan. Jadi, mereka berkeupayaan menekan mana-mana kerajaan meningkatkan beban cukai ke atas rakyat di dalam sesebuah negara.

Adakah TPP baik untuk rakyat?

Tiada langsung kebaikan.

Di bawah perjanjian TPP, kerajaan yang mewakili rakyat akan kalah segala-galanya dari segala sudut. NGO pro-kemanusian juga akan kalah, aktivis PBB juga akan kalah.

Perjanjian ini kemungkinan mengatasi Perlembagaan sesebuah negara.

Melalui perjanjian ini, hanya syarikat multinasional sahaja yang diberi hak keistimewaan untuk menentang kerajaan di mahkamah. Syarikat-syarikat tempatan tiada ruang.

Berapakah peratuskah kebaikan kepada rakyat?

KOSONG peratus.

Ada sesetengah pendapat sinis mengatakan, dengan wujudnya TPP, alien pun tidak sanggup berurusan dengan penduduk bumi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s