Category Archives: Konspirasi Hollywod

Air Kehidupan Nabi Khidir dan Jack Sparrow

Filem ke-4 dari Jerry Bruckheimer ini menampilkan satu kelainan dalam corak misi jalan cerita. Skrip asal filem ini berasal dari novel bertanjuk On Stranger Tides tulisan Tim Powers. Kemudian olahan novel ke bentuk skrip dilakukan oleh Ted Elliott dan Terry Rossio.

Continue reading

Misteri Topeng Darth Vader Di Dalam Starwars

oleh Ibnuyaacob

nationalcath

Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara.

Continue reading

Perayaan Hari Ulang Tahun Israel di Hollywood

oleh Ibnuyaacob

Dalam kesibukan selebriti-selebriti Malaysia menyanjung kemasyuran dunia hiburan Hollywood, pada 19 September 2008 lepas, Hollywood melalui syarikat filem gergasinya Paramount Picture telah melancarkan sambutan sempena Hari Ulang Tahun ke-60 Negara Israel.

Dalam perayaan yang penuh gilang-gemilang itu, beberapa selebriti terkenal dilihat turut serta disamping beberapa ahli sukan profesional. Antara selebriti yang kelihatan ketika tiba di atas red carpet ialah Seal, Warren Beatty, Serena William (pemain tenis), Anetta Bening dan Jason Alexander.

  

(Gambar) dari kiri Warren Beatty, Anetta Beaning dan Jason Alexander

 

Disamping itu, hadirin lain yang hadir ialah penerbit-penerbit Yahudi terkenal seperti Alnon Milchan yang pernah menerbitkan filem hebat “Pretty Woman”. Filem ini telah melonjakkan namanya sebagai penerbit. Dan melalui filem ini juga berjaya menaikkan martabat golongan Yahudi era 90-an apabila heronya iaitu Richard Gere yang berdarah Yahudi itu diberi watak utama.

(Gambar) Richard Gere dan Julia Robert dalam filem Pretty Women.

Hadirin lain yang hadir ialah penerbit muzik terkenal iaitu David Foster dan pelakon filem “Iron Man” , Shan Toub. Selebriti lain seperti Howie Mandel pula dilihat hadir ketika suatu persembahan animasi 3D sedang berlangsung. Mandel difahamkan baru pulang dari becuti di Israel.

Tidak dapat kita lupakan rombongan pemenang Anugerah Skrin 2007 yang dibawa melawat Hollywood tidak lama dulu. Selepas lawatan ‘gemilang’ itu, majalah-majalah hiburan dan akhbar tabloid melompat-lompat melaporkan lawatan itu.

Sesungguhnya itu menunjukkan bukti masih ramai yang tidak tahu latar belakang di sebalik tiang seri Hollywood itu. Masih ramai yang menyanjung membuta tuli. Amat menyedihkan.

Dunia hiburan kita adalah tidak lain berkiblatkan kehebatan dunia Hollywood dan artis-artis di dalamnya. Dan apa yang kita kiblatkan itu pula sebenarnya berkiblatkan pula negara Yahudi Israel.

(Laporan ini dipetik dan disusun dari akhbar The Associated Press)

P/S : Mudah-mudahan artikel ini menyedarkan sebahagian selebriti kita khususnya kita sendiri.

Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai

oleh Ibnuyaacob

Kedua-dua mereka berada di bidang yang berlainan dan corak kerjaya profesional yang berbeza. Seorang dari mereka adalah superstar dalam arena sukan bola sepak. Manakala seorang lagi sememangnya superstar dalam arena hiburan di Hollywood.

Yang menyedihkan ialah kedua-duanya adalah pujaan menggunung bagi kebanyakan remaja dan belia muslim. Kita boleh dapati gambar-gambar dua lelaki ini dilekat di merata-rata tempat khususnya peminat fanatik mereka yang sememangnya skiptikal dalam budaya hedonisme.

Sama ada pelajar sekolah malahan pelajar IPT sekalipun sudah pasti muka kedua-dua Yahudi ini ada di dalam bilik-bilik asrama mereka Tidak cukup dengan itu, ditampalnya di fail-fail kuliah, dilekat dihadapan kulit-kulit buku dan diusung ke hulu ke hilir.

Tambah menyakitkan mata apabila baju-baju yang memaparkan gambar kedua-dua lelaki Yahudi ini dibeli dan dipakai ke sana ke mari. Dan yang paling mendidihkan hati wajah-wajah Yahudi ini, atau paling tidak pun nama-nama mereka yang terpalit pada baju di bawa bersama semasa menunaikan solat di masjid.

Maka jadilah adegan David Beckham dan Slash turut solat berjemaah bersama peminatnya.

Keyahudian David Beckham

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom.

Permulaan karier bola sepak Beckham berputik sejak beliau kanak-kanak lagi iaitu di Ridgeway Park, Chingford. Adalah tidak memeranjatkan jika bintang David Beckham bersinar dalam arena ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah peminat fanatik kelab Manchester United.

Walaupun bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia.

Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

Beckham juga mendedahkan dalam buku autobiografinya dengan mengatakan semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya.

Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel..

 

(Gambar) Gaya rambut lelaki Yahudi ini kini ikutan belia seluruh dunia.

Pada April 2008 baru-baru ini, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan anak lelaki mereka iaitu Croz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Kuil Yahudi, Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.

Keyahudian Slash

Slash atau nama sebenarnya Soul Hutson merupakan lagenda gitaris rock era 90-an yang paling terkenal. Dengan rupa paras afrika-amerika, gaya rambut kerinting panjang menutup muka serta topi Uncle Sam yang tidak pernah lekang dari kepala, Slash berjaya menjadi ikon kepada peminat rock n’ roll.

  

Slash amat sinonim dengan Guns N’ Roses walaupun sebelum itu pernah menyertai kumpulan Snackpit dan sekarang ini Velvet Revolver. Dengan petikan gitar rock campuran country-style ini, Slash seringkali diundang untuk menjadi gitaris undangan sesetengah artis terkenal seperti Michael Jackson dan Ozzy Osborne.

Slash sebenarnya anak kepada pasangan Afrika-Amerika. Dia juga berdarah separuh Yahudi yakni mempunyai talian keturunan Yahudi sebelah bapanya. Ibunya Ola Hudson adalah pendatang berdarah campuran Afrika-Amerika.

Namun identiti yahudinya tidak pernah didedahkan pada era 1990-an kerana ketika semangat perkauman (racisme) terutamanya anti-sematik masih menebal.

Kini, walaupun dia (Slash) seorang Yahudi, dia tetap menjadi pujaan peminat muslim. Maka tidak hairanlah petikan gitarnya juga menjadi bunyi utama dalam lagu “Bayangan” nyanyian Ella.

Karektor Slash yang unik itu juga diabadikan oleh pelukis kartun terkenal majalah Ujang iaitu Gayour yang mana wataknya dijadikan watak utama dalam suatu ruangan kartun.

Walaupun kini usia lelaki yang lahir pada 1965 ini sudah pun mencecah hampir 45 tahun, lelaki Yahudi ini tetap menjadi kegilaan peminat-peminat muslim khususnya di Malaysia. Nampaknya selepas ini, mungkin Lenny Kravitz si Yahudi campuran itu akan mengikut jejak Slash.

PAS bantah konsert Avril, Jemaah Menteri Dianggap Biadab

oleh Nyza Ayob (harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Hrkh) – Pemuda PAS hari ini membantah penganjuran Konsert artis simbol seks Avril Lavigne kerana dianggap sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam dan rakyat negara ini yang akan menyambut bulan Ramadan dan kemerdekaan.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert penyanyi tersebut setelah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan serta Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) membatalkan konsert tersebut disifatkan satu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada September ini.

Nasrudin menganggap tindakan tersebut suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap umat Islam, walaupun Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Dato’ Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.

Tindakan tersebut katanya, menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini.

Selain itu katanya, negara juga berhadapan dengan kemerdekaan negara pada 31 Ogos.

“Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak?anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme. Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik, bermoral dan berdaya saing, sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu,”katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Nasrudin berpendapat pembatalan konsert sebelum ini bukanlah kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelewatan memohon permit.

Tindakan ini katanya, menunjukkan maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati penyanyi dari Kanada itu.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan di mana pemimpin-pemimpin Umno yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini.

“Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?” katanya.

Sehubungan itu beliau menyatakan konsert seperti itu harus dibatalkan segera dan ia adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam.

” Andai mereka tidak peduli amaran ini, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak?agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung,”katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, Pekida, Abim, Jim, Teras dan Gamis turut bersama-sama membantah konsert tersebut.

Beliau turut menggesa agar seluruh mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti sumpah Saiful Bahri tetapi turut menunjukkan sikap bagi membersihkan bumi ini dari maksiat dan mungkar.

Bantahan Konsert Avril Lavigne

oleh Ibnuyaacob

Suatu memo bantahan konsert Avril Lavigne telah dihantar kepada Dato’ Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Abdul Hakim Borhan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Memo bantahan telah diserahkan sendiri oleh Ketua Pemuda iaitu En. Kamaruzzaman Mohamad kepada ibu pejabat Dato’ Bandar. Memo tersebut diterima oleh pegawai khas Datuk Bandar iaitu Shaari Ahmad Junid.

Antara lain isi kandungan menyatakan rasa tidak setuju dan mendesak Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negara (PUSPAL) tidak mengeluarkan permit untuk artis berikut yang dijangka diadakan pada 29 Ogos ini.

Penganjuran konsert Avril Lavigne dianggap mencemar budaya kerana ia dipanggil pada sempena hari sambutan kemerdekaan Malaysia ke-51. Jelas Kamaruzzaman, konsert tersebut hanya akan memperlekehkan imej pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air.

(Berita lanjut lihat harakahdaily.net)

Siapa Avril Lavigne?

Semua orang mengetahui siapa wanita ini. Albumnya berjaya dijual berjuta-juta unit di seluruh dunia termasuk Malaysia. Lagu-lagunya juga sentiasa berkumandang di radio-radio tempatan khususnya radio-radio berbahasa Inggeris.

Cuma ramai dikalangan peminat muslim tidak mengetahui beliau adalah berketurunan Yahudi campuran.

Avril Lavigne menggunakan nama asalnya sendiri dalam dunia hiburan. Beliau berasal dari Ontario, Kanada dan dilahirkan pada 27 September 1984. Asal keturunannya adalah campuran French-Canadian. Ibu bapanya adalah beragama Kristian, namun keturunan asal mereka adalah Yahudi.

Berbagai kenyataan telah keluar dari majalah-majalah hiburan khususnya tulisan dari para peminatnya tentang agama beliau. Semuanya itu ditulis untuk membela penyanyi pujaan mereka dan tidak mahu orang menganggap Avril seorang Yahudi.

(Gambar) “Weird Al” Yankovic

Namun, Avril sendiri mengakui beliau berketurunan Yahudi semasa ditemuramah oleh Alfred Matthew “Weird Al” Yankovic atau lebih dikenali sebagai Weird Al. Avril telah ditemuramah dalam rancangan kendalian Weird Al yang bertajuk Al-TV.

Dalam temuramah tersebut Al telah memberitahu penonton secara berseloroh, “….Lavigne. That’s good jewish name. You’re jewish right?”

Soalan itu ditanya pada awal temuramah. Weird Al tahu nama tersebut adalah nama orang Yahudi kerana dia sendiri adalah berketurunan Yahudi Serbia. Hanya Yahudi yang mengenal Yahudi. Dalam temuramah itu juga Weird Al mengucapkan “tahniah” kepada Avril dalam bahasa Yahudi iaitu “Mazal tov.”

Sesungguhnya sesuatu patut dikesalkan kepada penaja program sambutan Hari Kemerdekaan. Penaja seharusnya mengutamakan artis-artis tempatan dalam meraikan majlis tersebut. Hanya warga tempatan akan tahu menilai makna ‘sambutan’ tersebut.

Misi Rahsia Yahudi Dalam Walt Disney 2


oleh Ibnuyaacob

                    

Karektor kartun POOH atau Winnie The Pooh memang tidak asing lagi bagi kanak-kanak dan orang dewasa sekarang ini. Kartun ini sudah lama bertapak di kaca-kaca televisyen semenjak 15 tahun lalu melalui penerbit kartun terkenal Walt Disney Picture. Kemasyuran watak Pooh ini lebih dirasai apabila ramai pengeluar-pengeluar barangan mainan mengeluarkan patung-patung comel karektor Pooh.

Pada sedutan filem di atas menunjukkan Winnie sedang mempamerkan aksi-aksi pemujaan Syaitan dengan menyebut Satan! Satan! berulang-ulang kali. Winnie juga berdialog sendirian mengatakan dia harus meminta pertolongan dari Syaitan.  Dalam video di atas, suara Winnie diperlahankan kelajuannya supaya perkataan yang disebut lebih jelas.

Kaitan Antara Pemujaan Syaitan dan Walt Disney ialah masyarakat Yahudi sejak dari zaman Nabi Ibrahim memang terkenal dengan pemujaan Syaitan dalam amal ibadat mereka. Upacara pemujaan dalam agama Yahudi didokong oleh fahaman Kabbalah. Amalan Kabbalah masih diamalkan oleh masyarakat Yahudi sekarang terutamanya pada hari Pesta Purim.

Kartun Winnie the Pooh mula diperkenalkan pada 1926 oleh A.A Milne dan E.H. Shepard manakala filem kartun ini diterbitkan pertama kalinya oleh Walt Disney Company. Pada 1950-an, Winnie The Pooh menduduki carta kartun paling popular di seluruh dunia. Pooh juga dianugerahkan Hollywood Walk of Fame pada 11 April 2006.

Misi Rahsia Yahudi Dalam Walt Disney

oleh Ibnuyaacob

(Gambar) Pengasas Walt Disney Picture, Mr. Walt Disney

(Gambar) Taman Tema Disneyland, berhati-hati dengannya!

Seperti yang diketahui, pengasas Walt Disney Picture dan Disneyland adalah seorang Yahudi Zionist yang sejati. Bukan itu sahaja, malah Walt Disney juga seorang gay atau homoseksual. Jadi tidak hairanlah semua filem-filem kartunnya menerapkan ciri-ciri homoseksual dan pornografi tanpa disedari oleh ibu bapa tetapi disedari oleh anak-anak mereka.

(Gambar) Pastor Josue Yrion

Di bawah ini saya pamerkan suatu pembentangan umum oleh saudara Pastor Josue Yrion yang membongkar matlamat rahsia kartun-kartun terbitan Walt Disney itu.

Pada gambar di bawah, dapat dilihat bahawa pereka kartun Roger Rabbit sengaja membuatkan watak perempuan tersebut berada dalam keadaan mengghairahkan. Kita mungkin tidak perasan perkara-perkara seperti ini kerana kita tidak menunggu gambar kartun berputar sehingga tamat bersama anak kita. Kita hanya membiarkan mereka melihat seorang diri.

Kekejiaan Yahudi Walt Disney ini tidak sahaja ditonjolkan dalam kartun tetapi diberikan penerapan di luar pawagam terutamanya di taman tema Disneyland. Lihat gambar budak perempuan di bawah yang menaiki patung mainan elektrik. Lihat pada gaya kedudukan Donald Duck tersebut. Dalam banyak-banyak kedudukan, kenapa pereka patung tersebut membuat gaya kedudukan sedemikian? Mungkin anda boleh jawab…

Kita biasanya tidak melihat design mesin elektrik tersebut kerana sibuk melihat telatah anak kita menaikinya. Tetapi lain bagi kanak-kanak, apabila mereka duduk di atas patung seperti itu atau mana-mana patung lain, mereka akan menghafal bentuk kedudukan patung dan rupa parasnya sekali.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak atau abang / kakak yang mempunyai adik-adik kecil, diharap agar lebih teliti dan sensitif dalam ruang persekitaran. Janganlah semata-mata untuk membuatkan anak-anak kita tida menganggu di dapur maka kita menyajikan mereka dengan kartun-kartun di Astro tanpa berfikir panjang.

PS: mudah-mudahan kita menjadi umat Islam yang sentiasa mengkaji dan memerhati bukannya menelan ludah Yahudi barat.

Wassalam..

Komposer Rock Amerika Mendedahkan Pengaruh Yahudi di Hollywood

oleh Ibnuyaacob

      

Penre ketika menjadi komposer pada 1985

Kali ini penyampaian penulis agaknya akan tertumpu kepada bidang hiburan untuk seketika. Tiada tujuan lain hanyalah untuk menyedarkan artis-artis dan peminat fanatik dunia hiburan mahupun muda atau tua. Di sini penulis ingin menghuraikan berkenaan komposer terkenal iaitu Wes Penre dalam membongkar agenda gerakan sulit Yahudi iaitu ILLUMINATI dalam dunia hiburan di Amerika, Hollywood. Wes Penre pernah diberi liputan dalam beberapa akhbar utama tempatan dahulu kala tetapi tidak meluas, dan mungkin ada dikalangan anda yang sudah mengetahui hal ini.

Siapakah Wes Penre? Peminat-peminat muzik mungkin tidak mengenalinya tetapi dialah salah seorang individu penting dalam membangkitkan zaman Rock dan Heavy Metal tahun 1980-an dan 1990-an dahulu di Amerika Syarikat. Beliau adalah komposer terkenal, pengubah lagu, pencipta lagu bagi kumpulan-kumpulan rock zamannya seperti Rolling Stone, Led Zepallin, Black Sabbath, Metallica, Aerosmith, Slaughter, Megadeath, Dio, Sepultura dan lain-lain lagi.

Apakah yang Wes Penre ingin bongkarkan? Menurut Penre, semasa beliau menjadi komposer muzik dan pencipta lagu, dia amat hairan bagaimana lagu-lagu ciptaannya yang berunsur-unsurkan pemujian kepada tuhan, kedamaian, intergrasi antara kaum, cintakan keluarga dan kehidupan manusia tidak diterima oleh syarikat-syarikat rakaman gergasi seperti BMG dan Sony Music dan beberapa syarikat rakaman gergasi lain lagi.

Lagu-lagu ciptaannya yang bertemakan seks, pemujaan syaitan, penghinaan kepada semua agama, peperangan dan sewaktu dengannya pula diluluskan untuk diterbitkan dalam album-album kumpulan rock. Beliau kurang mengambil berat masalah ini ketika itu kerana masih banyak lagu-lagu ciptaannya diterbitkan. Lama-kelamaan sifat ingin tahu mula timbul dalam diri. Sifat ini berkobar-kobar sehingga mendesak dirinya untuk melakukan kajian dan siasatan sendiri.

Selepas berkahwin pada 1988, Wes Penre mula mendapatkan sebuah komputer dengan kelengkapan internet. Pada ketika itu, komputer agak mahal kemampuan pencapaian internet tidak sebaik zaman sekarang.

Hasil ketekunannya membuat kajian mendapati bahawa industri muzik di Amerika Syarikat di kawal sepenuhnya oleh suatu kelompok Yahudi ekstremis. Kelompok ini ialah gerakan sulit Illuminati yang sudah bertapak di bumi sejak 1770-an lagi. Kajiannya juga dibantu oleh beberapa artis-artis lain yang mengetahui rahsia disebalik industri hiburan Amerika, banyak maklumat yang diperolehinya. Pada awal tahun 2000, Penre tekad meninggalkan bidang hiburan dan sekarang ini beliau menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang penulisan dan kerja-kerja dakwah agama Kristian. Namun itu bukanlah bermakna dia tidak mengambil tahu langsung perkembangan muzik-muzik masa kini, katanya….

“I am one of those who at that time didn’t understand why my revealing lyrics and melodic songs were not appreciated by the big Record Companies. Now I know better. And no matter what some people might think, I am NOT a bitter, failed musician, who wants to “get even” with the Industry. I live a life I am very happy with, and even if I had the chance again, I would not sign up to be a professional musician. In a better world I would, but I will NOT sacrifice my body and soul to make big bucks for the Illuminati.”

Katanya lagi,

“……so when I write this, I am one of the few who exposes this without having a religious or personal agenda. Whatever you may think of the following, it will definitely open your eyes, and next time you see an interview with one of those artists, listen to a concert, or listen to a CD, you will recognize some of what is written here. Again, my intention is not to have you stop listening to music. I still find much of the rock music being great, and I listen to it daily – but with a new insight …”

Lihatlah, bekas komposer rock terkenal pun sudah insaf, tambahan Penre bukanlah beragama Islam. Jadi dimanakah hala tuju anak-anak muda Islam di Malaysia, mahupun yang belajar di universiti, adakah mereka sedar bahawa mereka cumalah hamba-hamba orang Yahudi sahaja sekarang ini.

Pembongkaran Gerakan Illuminati Dalam Bidang Muzik

Berikut adalah perkara-perkara yang Wes Penre ketahui selepas membuat kajian tentang industri muzik yang menjadi darah dagingnya itu;

  • Penre menyedari terdapat suatu gerakan sulit orang-orang Yahudi di peringkat antarabangsa di belakang syarikat-syarikat rakaman dan industri bisnes di Amerika Syarikat. Gerakan sulit ini dikuasai oleh golongan billionaire yang menggelarkan diri mereka Illuminati atau Moriah Conquering Wind, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan industri hiburan untuk memutar belit minda masyarakat untuk mencapai matlamat pergerakan sulit mereka iaitu One World Government.
  • Kesemua pengarah-pengarah eksekutif tertinggi Syarikat-syarikat rakaman terdiri dari individu yang sama, mereka adalah ahli pergerakan rahsia Yahudi iaitu Freemason dan Illuminati.
  • Untuk menjadi ahli-ahli muzik di bawah syarikat-syarikat rakaman gergasi, anda mesti bekerja sebagai pembawa agenda Illuminati, yang mana bermatlamat mengawal pemikiran seluruh populasi dunia, atau dalam erti kata lain, anda mesti bersedia untuk digunakan sebagai hamba mereka sebelum memulakan kerjaya. Namun demikian, ini tidak bermakna semua artis diserap masuk sebagai pembawa agenda mereka, tetapi mereka terikat dengan peraturan-peraturan dalaman industri tersebut. Dalam dunia sebenar, anda bebas melakukan apa saja sebagai seorang artis, sama ada untuk meluahkan perasaan anda melalui muzik anda. Tetapi jika anda mahu membuat perkara tersebut dalam industri muzik barat, anda mesti menyesuaikan diri dengan kehendak kelompok-kelompok Yahudi ini. Sehinggalah sekarang, industri hiburan dan Holywood adalh dua contoh industri yang dikawal sepenuhnya oleh Illuminati.
  • Artis-artis terkenal, yang mendapat publisiti meluas, mereka sendiri sebenarnya adalah mangsa aturan kelompok Yahudi (Illuminati) ini, artis-artis ini diberi personaliti yang berbeza-beza dan semuanya dikawal oleh seorang Programmer yang bertindak sebagai pengurus mereka. Semuanya ini dilakukan untuk memastikan artis-artis tersebut sentiasa berada di atas landasan matlamat Illuminati, oleh sebab itu artis-artis tersebut terpaksa mengikut sahaja apa yang direncanakan ke atas mereka. Jika mereka cuba lari dari landasan Illuminati atau tidak mengikut perancangan yang ditetapkan, mereka akan dibelot, dihalang dari membuat rakaman album, atau dibuang dari industri atau mungkin dibunuh. Sebab itulah artis-artis terkenal di Amerika mempunuyai statistik kes-kes bunuh diri yang tinggi, yang sebenarnya bukanlah bunuh diri tetapi dibunuh menggunakan helah tertentu. Contoh terdekat seperti yang berlaku kepada bekas gitaris kumpulan rock terkenal, Metallica tahun 1980-an dahulu yang dijumpai mati di sebuah bilik hotel.
  • Kebanyakan artis-artis Amerika terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia seperti Church of Satan. Artis-artis ini mengamalkan upacara-upacara penyembahan berhala dan ilmu hitam di Church of Satan sebagai syarat untuk kekal popular (seperti Marilyn Monroe, Ozzy Osborne, Led Zepellin, Michael Jackson, The Eagles dan banyak lagi). Wes Penre juga berjaya mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku disebalik sifat glamour yang dimiliki artis.

Gambar terkini Penre dengan mini studio di rumahnya 

Kesimpulannya

Keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah teori, ianya realiti yang berlaku sekarang ini. Apa yang penulis paparkan bukanlah pendedahan pertama tetapi ianya sudah pun dipaparkan oleh beberapa orang pensyarah-pensyarah Malaysia yang berkhidmat di Amerika Syarikat dan Britain. Pendedahan yang dilakukan adalah berdasarkan fakta-fakta sahih yang dikaji oleh orang-orang Amerika sendiri yang hairan dan gusar dengan keadaan sosial yang melanda masyarakat mereka.

Kita sebagai rakyat Malaysia nampaknya masih terhegeh-hegeh mendewakan selebriti-selebriti Hollywood melalui pelbagai rancangan-rancangan hiburan. Kebodohan artis-artis Malaysia lebih menonjol apabila pemenang-pemenang Anugerah Skrin  dipilih untuk melawat dunia Hollywood tidak lama dulu pada 19-26 Mac 2007. Inilah bukti orang-orang Islam yang menghambakan diri mereka kepada nafsu hiburan semata-mata.

Mujurlah ketika itu wartawan bernama HARTATI HASSAN BASRI dari Harian Metro bersikap agak rasional dan tidak terikut-ikut dengan sanjungan ke atas Hollywood. Hartati mengambil jalan yang betul dalam artikelnya yang bertajuk “Pembohongan Hollywood” yang mana beliau menjelaskan pengambaran hanya di lakukan dalam Universal Studios, Fox, CBS Paramount dan Warner Bros Studio VIP Tour.

Cuma ada sedikit komen dari penulis…

Iyelah mereka mempunyai modal yang besar dan canggih. Maksud canggih bukannya cari kampung orang, pinjam rumah dan buka kamera. MAksud canggih di sini ialah semua kerja-kerja yang dilakukan adalah dalam suatu kawasan di mana selebriti-selebriti boleh dipantau kehadiran dan disiplinnya.

Hartati mungkin tidak sedar apatah lagi Raja Hiburan Malaysia Datuk Farid Ridzuan bahawa mereka sedang berurusan dengan kelompok-kelompok Yahudi yang terkenal. Ini tak termasuk lagi Brtiney Spears, Harrison Ford dan Richard Gere yang memang anti-Islam cuma orang Islam sahaja yang kurang mengetahui.

Nauzubilah himinzaalik…

Kurt Cobain (Nirvana): Bunuh Diri atau Dibunuh?

Penguasaan Illuminati (melalui CIA) dalam dunia Hollywood

         

Mungkin anda mengetahui mengenai Kurt Cobain, bekas penyanyi kumpulan alternatif terkenal Nirvana. Berita gempar mengenai kematian Kurt Cobain pada 4 April 1994 mengejutkan semua pihak terutamanya peminat-peminat setianya. Kematiannya berlaku ketika beliau mencapai tahap populariti kemuncak dalam dunia muzik antarabangsa.

Punca kematian Kurt Cobain dilaporkan oleh media massa Amerika sebagai ‘bunuh diri’ (suicide). Namun begitu, setahun selepas kematiannya itu timbul pelbagai khabar-khabar angin tentang kematian Kurt. Khabar-khabar angin itu kelihatan lebih jelas dengan beberapa bukti diketemukan oleh beberapa orang penyiasat persendirian.

Salah seorang penyelidik sosial Stewart juga seorang ahli muzik, percaya bahawa Kurt Cobain tidak membunuh diri tetapi dibunuh. Berita media mengenai punca kematian Kurt sebagai bunuh diri adalah PALSU. Stewart juga mendakwa bahawa Kurt dibunuh oleh seseorang, berkemungkinan seorang anggota Mafia yang juga pernah mengugut aggota-anggota Nirvana kerana enggan membayar wang perlindungan.

Khabar angin lain pula mengatakan cerita bunuh diri Kurt hanya direka-reka. Kurt dikatakan masih hidup dan menikmati kehidupan yang selesa di luar Amerika. Khabar angin itu juga menyebut, penyanyi tersebut pernah dilihat berjalan-jalan di bandar Rio De Jenario dan Paris. Selain itu, Kurt juga didakwa pernah dilihat di Disobey Club, di bandar London, dipanggung-panggung wayang serta di Festival Hackney Homeless. Selain itu, salah seorang peminat mendakwa pernah menjumpainya membeli-belah di supermarket Kwik Save, bandar Canning.

Cerita yang paling boleh dipercayai ialah berkenaan Kurt Cobain mati kerana ia menjadi eksperimen CIA.  Salah seorang yang terlibat dengan eksperimen CIA ini cuba menghubungi Stewart bagi mendedahkan perkara-perkara yang sebenar.  Stewart bersetuju berjumpa dengan individu tersebut di Gereja Temple, Fleet Street. Stewart memberitahu lelaki yang berjumpa dengannya itu sangat muda tetapi kelihatan seperti ketakutan semasa duduk di sebelahnya. Menurut lelaki muda itu, CIA terlibat secara langsung dan mengambil berat tentang pengaruh-pengaruh muzik popular ke atas golongan muda. Hal itulah yang menjadi punca kepada pembunuhan penyanyi-penyanyi terkenal sebelum ini seperti Brian Jones, John Lennon dan Jim Morrison.

Menurut lelaki muda itu lagi, pihak CIA sentiasa memastikan bahawa corak muzik dan lirik yang dibawa penyanyi atau kumpulan mestilah mengekalkan nilai-nilai sentimen perkauman, sifat benci terhadap warna kulit yang berbeza dan pengekalan jurang hubungan sesama kaum. Dalam kes Nirvana ini, khususnya Kurt Cobain, beliau mungkin disyaki tidak mengikut landasan yang dikehendaki oleh CIA sebagai mana yang dipersetujui bersama.

Informer itu juga memberitahu Stewart bahawa penyanyi-penyanyi telah diracuni pemikiran mereka untuk melakukan ‘tindakan bunuh diri’ ketika di saat kemuncak populariti. Semua ini kerana CIA mahu memastikan para peminat bersimpati kepada penyanyi tersebut dan terus menerus mendengar muzik-muzik yang dinyanyikan penyanyi tersebut walaupun penyanyi atau band itu telag berkubur.

Kebenaran ini dapat dilihat kepada beberapa kumpulan rock zaman dahulu dan sekarang yang masih digemari ramai dan album-album mereka masih dibeli oleh kebanyakan peminat misalnya Elvis Presly dan The Beatles.

Persoalan yang boleh ditimbul sekarang, adakah tembakan itu datang dari tangannya sendiri? Laporan paling lengkap mengenai tragedi sebenar ini hanya diketahui 9 tahun selepas kejadian itu. Bekas penulis lagu-lagu rock dan penyanyi sebuah kumpulan rock iaitu Max Wallace dan Ian Halperin mendedahkannya dalam buku mereka yang bertajuk In Love and Death : The Murder of Kurt Cobain, diterbitkan pada 3 April 2004. Buku mereka ini berjaya mendedahkan teori bahawa Kurt Cobain telah dibunuh (murdered) bukannya bunuh diri (suicide). Teori mereka disokong oleh bukti-bukti siasatan forensik pihak polis daerah Seattle.

Siasatan Wallace dan Halperin mendapati pada masa kematiannya tahun 1994, Kurt Cobain telah meninggalkan isterinya Courtney Love dan menempah dua tiket penerbangan ke Seattle untuk dirinya dan seorang perempuan yang tidak dikenali. Courtney percaya perempuan tersebut adalah teman wanita Kurt.

Hal ini dibuktikan melalui laporan mereka yang mengatakan sejam sebelum kematiannya, Kurt telah hilang dari pusat pemulihan dadahnya di Los Angelas, dia didapati telah menghubungi United Airlines untuk menempah tiket penerbangan yang masih belum digunakan sehingga sekarang. 

Wallace dan Halperin dalam awal siasatan mereka mendedahkan laporan bedah siasat ke atas mayat Kurt yang dikeluar Jabatan Polis Seattle. Rekod bedah siasat untuk melaporkan Cobain telah mengambil dos heroin yang berlebihan sebelum membunuh diri dengan pistol. Hasil temuramah dengan doktor-doktor bedah siasat itu, mereka percaya seseorang telah memberikan sejenis dadah kepada Kurt, kemudian menunggu Kurt menghisap dadah tersebut hingga khayal dan akhirnya melepaskan tembakan ke arah Kurt. Tiada  tanda atau cap-cap jari dikesan pada pistol Kurt Cobain. Namun siasatan rambang mendapati kemungkinan sekurang-kurangnya 3 orang berada bersamanya di bilik itu sebelum ia mati.

Kurt Cobain bukanlah orang pertama yang dibunuh, terdapat berpuluh-puluh lagi artis terkenal yang dibunuh oleh agen-agen Illuminati kerana tidak mengikut arahan pihak mereka. Terdapat banyak pendedahan-pendedahan yang diterbitkan tetapi memandangkan media massa Amerika milik sepenuhnya bangsa Yahudi, maka hal-hal demikian ditutup rapat tanpa diberi sebarang ruang untuk didedahkan kepada masyarakat.

Nota bunuh diri Kurt Cobain