Tag Archives: Malaysia

Dr. Zakir Naik Menjadi Mangsa Isu Politik Di Malaysia

oleh Ibnuyaacob

dr-zakir-naik

Daripada apa yang berlaku, dilihat beliau telah menjadi mangsa isu politik di Malaysia. Tambahan pula sekarang ini sedang hangat isu 1MDB, Deklarasi Rakyat, Pilihanraya Sarawak dan sebagainya.

Apabila munculnya Dr. Zakir Naik dengan kehadiran peminat puluhan ribu orang, maka pihak-pihak tertentu termasuk media arus perdana bertungkus-lumus memanipulasi kehadiran beliau bagi mengalihkan isu perdana berkaitan kerajaan kepada isu perbahasan beliau sendiri.

Advertisements

TPP: Mampukah Kerajaan Menghadapi Syarikat Multinasional?

TPP behind closed doors

Oleh Ibnuyaacob

Ia suatu perjanjian paling ganas dalam abad mellineum ini selain dari NAFTA. Ia umpama surat perjanjian Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) kepada Raja-Raja Melayu untuk merampas tanah, ekonomi dan politik dalam negeri.

Tapi kini kita berhadapan dengan syarikat baru yang bernama Amerika SYARIKAT. Dahulunya kita berurusan dengan Syarikat dari British tetapi sekarang berurusan dengan Amerika.

Apa itu TPP?

Ia singkatan dari Trans- Pacific Partnership Agreements. Ia suatu buku perjanjian yang ditawarkan oleh Presiden Amerika Syarikat kepada 11 negara terpilih. Negara-negara tersebut ialah:

  1. Amerika Syarikat
  2. Jepun
  3. Malaysia
  4. Singapura
  5. Peru
  6. Vietnam
  7. New Zealand
  8. Brunei
  9. Chile
  10. Australia
  11. Mexico

Maksud lain bagi TPP?

Untuk memudahkan fahaman kepada masyarakat awam, TPP sebenarnya satu perjanjian rahsia yang ditawarkan oleh Amerika. Walaupun ianya dibawa dan dibentangkan oleh Presiden Obama, tetapi bukan beliau yang membuatnya. Perjanjian ini dibentuk oleh konglomerat-konglomerat multinasional.

Mereka menggunakan Obama untuk membentangkan ia di persidangan kongres untuk dibahas dan diluluskan. Dalam masa yang sama juga, syarikat-syarikat gergasi di belakang TPP ini memberi wang sogokan kepada senator-senator dari kedua-dua parti Republikan dan Demokrat untuk bersetuju terhadap draf TPP.

Continue reading