Mukasurat 19-32 (Ulasan)

Ulasan Buku DAMDKJBab : Latar Belakang Penulisan Buku Ini (19-32)

Muhammad Isa Dawud (MID) telah menceritakan serba sedikit berkenaan bagaimana ia boleh menulis buku ini. Menurut beliau, semua idea itu timbul semasa beliau berada di Sweden iaitu bumi antara negara-negara Skandanivia. Beliau juga menegaskan menemui beberapa perkara yang misteri berkenaan usul-usul kajiannya yang sedang dijalankan.

         Gustaz and Bush 

Raja Sweden Carl XVI Gustaz (atas) dan Gustaz bergambar bersama George Bush (bawah)

MID dalam bab ini amat memuji Raja Sweden iaitu Karl Gustav. MID amat mengkagumi Karl Gustav sebagai raja dan menyifatkan sebagai raja yang paling adil di muka bumi ini. Agak keliru juga bagaimana seorang Islam yang alim sepertinya menyanjungi Raja Sweden ini. Tetapi perkara itu tidaklah mustahil kerana tiada satu pun pemerintah-pemerintah Islam yang adil dan memerintah mengikut syariat termasuklah Arab Saudi. Walaupun ia menjalankan hudud, tetapi hukum tersebut hanya dijatuhkan ke atas rakyat biasa, golongan diraja dan atasan dikecualikan.

Sesuatu yang menarik bab ini ialah MID menceritakan bagaimana pertemuan ia dengan salah seorang pemerintah diraja Sweden. Beliau menegaskan juga bahawa bukanlah kali pertama ia berjumpa dengan kerabat diraja tersebut.

Wah! Hebatnya MID, mempunyai kenalan bukan sahaja dikalangan para ahli akademik dan ulama tetapi golongan diraja Eropah. Di sini penulis dapat bayangkan akan keakraban MID dengan keluarga Diraja Sweden, jika tidak masakan MID memberitahu ahli keluarga Diraja itu memeluknya sebelum berpisah dan memujinya pula sebagai orang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam memecahkan rahsia Si Raja Yahudi.

Penulis tidak pasti sama ada golongan Diraja Sweden pandai berbahasa Inggeris tetapi apa yang penulis pasti MID mungkin mahir berbahasa Sweden jika tidak masakan maklumat-maklumat penting dan begitu misterius dapat dibualkan.

Masyarakat Eropah seperti yang sedia maklum bukanlah mengkagumi akan Bahasa Inggeris, mereka lebih mengagungkan bahasa Ibunda. Bahasa Inggeris hanya dipelajari oleh golongan-golongan tertentu sebagai suatu keperluan pekerjaan sahaja seperti ahli perniagaan, pemberita, wartawan dan sebagainya.

Penulis percaya MID mempunyai kelebihan menguasai beberapa bahasa Eropah kerana beliau adalah bekas wartawan akhbar. Beliau juga pelajar jurusan bahasa di Fakulti Bahasa-Bahasa Sematik, Universiti Al-Azhar. Jika bahasa kitab taurat lama Ibrani itu boleh difahaminya masakan bahasa Eropah yang mirip-mirip bahasa Inggeris dan Perancis.

MID dalam menerangkan tujuan ia menulis buku ini seperti biasa seringkali meleret-leret dengan huraian dan hujah-hujah yang panjang lebar sehingga kadang-kala tidak sendiri terlupa apakah tajuk asal bab yang kita baca.

Selepas menghuraikan dengan panjang lebar, MID menyambung semula perbicaraannya yang belum tamat semasa di Sweden. Beliau mengatakan;

“…..kemudian dari Sweden saya menyentuh benang-benang lainnya, selain saya yang pernah saya sentuh sebelumnya. Sementera itu di Jerman, benang-benang itu saling bersambung. Benang-benang itu semakin menjadi kuat di Perancis. Pada pucaknya semua benang itu diikatkan dan dihubungkan ke sebuah benteng menakutkan yang puncak bangunannya mendekat, atau, dengan kata lain, mengisyaratkan ke arah Amerika Syarikat. Hal itu untuk menguatkan isyarat bahawa otak dan akal pengatur perkara tersebut berasal dari sana.”

Jika diamati betul-betul, ungkapan di atas adalah kesimpulan keseluruhan untuk tajuk buku ini dan tujuan ia ditulis. Ungkapan itu juga mengambarkan cara MID melihat masalah pokok berkaitan Dajjal. Bagi sesiapa yang menceburi arena penulisan sastera atau sesiapa sahaja yang gemar membaca buku bercorak sains politik, inilah cara penyampaian pemikiran seseorang.

Di dalam ungkapan di atas kita akan mengetahui “cara MID memahami masalah yang berlaku yang berkaitan Dajjal”. Cuma di dalam ungkapan itu, penulis masih tertanya-tanya mengapa digunakan benang. Penggunaan perkataan benang terlalu estetik untuk suatu bentuk penulisan misteri sains politik. Penulis tidak tahu apakah perkataan asalnya yang diterjemah dari bahasa Arab. Ungkapan di atas penulis ambil dari terjemahan buku MID dalam veri Bahasa Melayu (mukasurat 32).

Mungkin juga penulis kurang ilmu tentang hal ini, jadi untuk mentafsirkan benang yang diungkapkan oleh MID yang berilmu sangatlah sukar. Namun begitu, penulis menyerahkan kepada pembaca-pembaca untuk mentafsirkannya. Mungkin para pembaca sekelian ada yang lebih arif.

Ungkapan ‘Benang’ untuk suatu situasi politik yang misteri penulis pernah jumpa sebelum ini dalam suatu artikel berbahasa Inggeris karangan Texe Marrs  berkenaan gerakan Illmunati di Perancis dan Russia. Sejak itu tiada lagi ungkapan benang digunakan oleh Texe Marrs dalam artikel-artikelnya jika penulis tidak silap.

(bersambung….)

6 responses to “Mukasurat 19-32 (Ulasan)

  1. Boleh berikan saya senarai semua buku MID yang dijual di Malaysia?

  2. jg risau sumer…
    Ini orang akan mati tak lama lagi………
    trust me…..

  3. damn all jew

    kau sape??hj kidd, ko pun jangan risau..ko pon mati jugak nanti…semua orang mati..trust me

  4. kt sweden ada 1band rock yg popular
    Mando Diao
    ‘long before rock n roll’
    lgu diorg best!

  5. Benang tu terjemahan dari’strings’ yang bermaksud kaitan dari sesuatu kepada sesuatu yang lain sehingga dapat dirumuskan sekian – sekian .

  6. benang2 itu membawa maksud (halus)…politik secara halus tanpa umum sedari…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s